Langkau ke kandungan utama

Koisaan Cultural Village

Koisaan Cultural Village merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi oleh orang ramai tidak kira penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin tahu atau ingin mengenali dengan lebih dekat lagi kebudayaan suku kaum pribumi di negeri ini khususnya dari suku kaum seperti Kadazan, Dusun, Rungus dan Murut. Tempat ini menjadi lokasi utama untuk sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang sering diadakan setiap tahun dan ia terletak dalam daerah kecil Penampang iaitu lebih kurang 8 km ataupun kita-kira 15 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

KOISAAN CULTURAL VILLAGE

Kredit gambar : Sabahtourism


Kredit gambar : Sabahtravel


Kredit gambar : Koisaancv

Koisaan Cultural Village merupakan salah sebuah tempat menarik di Penampang, Kota Kinabalu Sabah yang boleh dikunjungi orang ramai ketika ada kelapangan masa tidak kira pada hari-hari biasa atau pun ketika cuti dihujung minggu dengan datang bersama keluarga atau bersama rakan-rakan kalau datang beramai-ramai rasanya lagi menyeronokkan. Tempat ini sangat sesuai kepada mereka yang ingin tahu atau ingin mengenali dengan lebih dekat lagi cara hidup dan kebudayaan suku kaum pribumi di Sabah khususnya seperti suku kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus, oleh itu tidak hairanlah sekiranya di sini ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang sebab ingin melihat sendiri cara hidup dan kebudayaan suku kaum berkenaan. Koisaan Cultural Village terletak di kawasan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Hongkod Koisaan, Penampang iaitu lebih kurang beberapa minit sahaja dari Bandar Penampang dan kalau dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 8 km saja iaitu memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan. Biasa penduduk tempatan negeri ini lebih suka panggil nama tempat ini sebagai KDCA sahaja sebab ianya lebih ringkas dan mudah untuk disebut. Tempat ini adalah lokasi utama untuk menyambut kemuncak sambutan hari Pesta Kaamatan (Pesta Mennuai) yang sering diadakan pada 30 Mei dan 31 Mei setiap tahun, walaupun hari-hari biasa termasuk hujung minggu boleh juga datang melawat ke sini tetapi pada 30 dan 31 Mei adalah antara tarikh yang disyorkan kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan ketika itu termasuklah pelbagai hasil jualan tempatan dan pada waktu ini memang tempat ini sangat meriah sebab ramai penduduk tempatan dari setiap daerah di negeri ini yang datang ke sini, apa yang lebih menarik ialah yang datang ke sini bukan sahaja dari 4 suku kaum yang disebut di atas tadi tetapi semua kaum di negeri ini turut sama datang ke sini untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut. Oleh itu sekiranya anda ada peluang datang ke sini bolehlah pilih datang pada tarikh 30 dan 31 Mei tersebut.

Untuk makluman anda, sekiranya mahu datang pada 30 dan 31 Mei tu boleh pilih sama ada anda pandu kereta sendiri ke sini atau naik perkhidmatan e-hailing, sebab pada masa tu memang akan ada ramai orang yang datang ke sini terutama sekali pada tanggal 31 Mei, oleh itu sekiranya anda pandu kereta sendiri mungkin terpaksa letakkan kereta di tepi jalan sahaja atau boleh letak agak jauh sedikit lepas tu jalan kaki ke sini sebab sukar untuk mencari tempat letak kereta, Pilihan terbaik ialah dengan menaiki perkhidmatan e-hailing seperti grab atau maxim untuk lebih mudah tanpa perlu fikir mencari tempat untuk letak kereta lagi. Tetapi itu semua terpulang pada anda sendiri sama ada mahu naik sendiri kereta ke sini atau naik e-hailing yang penting dapat berkunjung ke tempat ini dan melihat sendiri keunikan kebudayaan suku kaum berkenaan. Terdapat beberapa kemudahan yang ada disediakan di tempat ini untuk para pengunjung yang datang melawat antaranya adalah seperti tempat letak kereta, tetapi tempat letak kereta di sini adalah terhad terutama sekali ketika ada sambutan majlis keramaian seperti Pesta Kaamatan dan juga ketika musim cuti seperti hujung minggu, tetapi kalau anda datang pada hari-hari biasa mungkin tidak terlalu ramai orang pada masa itu jadi mudah untuk anda mencari tempat untuk meletakkan kereta berhampiran tempat ini. Kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah beberapa tempat duduk untuk memudahkan para pengunjung berehat sebentar sekiranya sudah penat berjalan di sini. Tandas juga ada di sini untuk lebih memudahkan para tetamu yang ingin menggunakannya ketika datang melawat, tetapi pastikan anda tidak merosakkan kemudahan ini atau membuang sampah dalam tandas terutamanya ke dalam lubang tandas sebab ianya akan menyebabkan tandas tersebut tersumbat sekaligus menyukarkan tetamu lain untuk menggunakannya, kalau ada sampah sebaiknya buanglah ke dalam tong sampah yang ada disediakan di beberapa lokasi sekitar tempat ini agar tempat ini sentiasa kelihatan lebih bersih dan dapat menarik lebih ramai pengunjung.


Dewan serbaguna juga ada di sini bagi sesiapa yang mahu mengadakan acara atau majlis tidak kira majlis itu besar atau kecil seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, seminar, konsert dan sebagainya, yang penting anda mestilah terlebih dahulu menghubungi pihak pengurusan di sini untuk membuat tempahan awal agar mereka dapat mempersiapkan segala peralatan dan keperluan lain seperti kerusi, meja dan lain-lain lagi untuk majlis anda itu nanti agar ianya berjalan dengan lebih lancar. Dengan buat tempahan awal dapatlah juga memudahkan pihak pengurusan memeriksan sekiranya tidak ada orang lain yang menyewa dewan tersebut pada hari dan tarikh yang anda pilih. Selain itu kemudahan lain yang ada di sini adalah laluan berjalan kaki konkrit yang akan memudahkan orang ramai berjalan walau pada ketika itu adalah waktu hujan, sebaiknya bawa payung atau pakai topi jika ke sini untuk elak dari panas matahari ketika berjalan. Seterusnya di tempat ini juga ada kemudahan kedai kraftangan yang boleh anda kunjungi sekiranya ingin membeli hasil kraftangan daripada suku kaum pribumi di negeri ini yang banyak dijual dikedai ini khusunya kraftangan dari suku kaum Kadazan, Dusun, Rungus dan Murut, oleh itu sekiranya datang ke sini pastikan bawa duit poket untuk membeli kratfangan tersebut. Terdapat juga jambatan gantung yang dibina di sini melintasi sungai yang boleh pengunjung lalui atau naik agar lebih mudah untuk keseberang. Kemudahan atau perkhidmatan lain yang ada disediakan di sini ialah ada khidmat jurupandu atau guide yang boleh anda sewa untuk membawa kumpulan anda melawat sekitar kampung budaya ini sambil diberikan penerangan mengenai tempat yang dilawat dan aktiviti yang dilakukan, ini akan dapat memudahkan lagi para pengunjung untuk lebih memahami cara atau kebudayaan suku kaum berkenaan dan biasanya seorang guide akan membawa dalam 5 orang atau mungkin juga boleh lebih mengikut keadaan, guide adalah pilihan dan ia terpulang pada anda sekiranya mahu gunakan guide atau tidak jika ke sini, bagi pelancong dari luar negara sangat digalakkan untuk dapatkan khidmat jurupandu agar lebih memudahkan mereka sepanjang berada di tempat ini.

Gerai juga banyak di dekat pintu masuk KCV ini yang menjual pelbagai jenis barangan seperti hasil kraftangan, pakaian, hasil pertanian, aksesori tradisional, produk-produk tempatan dan lain-lain lagi, ini termasuklah juga makanan serta minuman terutamanya ketika sambutan Pesta Kaamatan pada 30 dan 31 Mei. Tetapi buat yang muslim pastikan anda membeli di gerai yang menjual makanan dan minuman yang halal sebab semasa sambutan keramaian tersebut dan juga hari-hari biasa terdapat juga gerai yang menjual makanan dan minuman yang tidak halal, oleh itu sentiasalah bertanya sekiranya ada yang anda tidak tahu. Terdapat banyak lagi kemudahan yang telah disediakan di sini untuk para pengunjung yang datang tidak kira datang pada hari biasa atau ketika sambutan majlis keramaian dan semua kemudahan yang disediakan ini adalah untuk lebih memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pengunjung sepanjang mereka berada di sini. Berikut di bawah ini adalah antara ringkasan kemudahan yang ada di sediakan oleh pihak Koisaan Cultural Village :

Kemudahan :

01. Dewan Serbaguna
02. Laluan Jalan Kaki
03. Gerai Jualan

04. Jambatan Gantung
05. Papan Tunjuk Arah
06. Tong Sampah
07. Tempat Letak Kereta
08.
Kerusi dan Meja
09. Kedai Kraftangan
10. Khidmat Guide
11. Tempat Duduk
12. Tandas Awam

Jika anda bercadang datang melawat ke tempat ini sebaiknya membuat beberapa persiapan seperti apa barang keperluan yang perlu di bawa agar lebih memudahkan anda sepanjang berada di tempat ini tanpa perlu merasa risau, apa pun senarai barang yang di bawah ini adalah cadangan sahaja dan terpulang pada anda sendiri sama ada mahu bawa atau tidak. Berikut adalah antara cadangan barangan yang boleh pengunjung bawa bila ke sini :

Barang di bawa :

01. Pakaian Sesuai
02. Kamera
03. Video Kamera
04. Pakai Topi
05. Payung
06. Khemah
07. Duit Poket
08. Ubat Peribadi
09. Powerbank
10. Buku Nota

Ada beberapa aktiviti menarik yang boleh para pengunjung lakukan apabila datang bercuti ke KCV ini iaitu seperti melawat rumah tradisional atau rumah kebudayaan dari beberapa etinik berbeza yang ada di negeri ini, terdapat lebih kurang 12 rumah budaya kesemuanya yang boleh anda kunjungi apabila datang melawat ke tempat ini contohnya seperti Rumah Lotud Tuaran, Rumah Liwan Ranau, Rumah Tatana Kuala Penyu, Rumah Tuhawon Tambunan dan lain-lain lagi. Memang seronok bila datang lawat rumah ini semua sebab disetiap rumah yang anda kunjungi tu akan ada aktiviti atau cara kehidupan dan kebudayaan bagi etnik berkenaan contohnya di Rumah Liwan Ranau akan dipersembahan demontrasi cara membuat sigar iaitu kain yang ditenun untuk dijadikan sebagai penutup kepala khussunya bagi wanita, selain itu di rumah ini ada dibuat demo membuat batik. Contoh lain adalah di Rumah Budaya Dusun Tindal Kota Belud pula akan dipersembahkan demo menghidupkan api cara tradisional dengan menggunakan kayu. Di Rumah Budaya Tuwahon Tambunan pula ada persembahan tradisional seperti demo bermain alat muzik dan instrumen yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buluh. Oleh itu sekiranya anda berpeluang datang melawat tempat ini pastikan anda kunjungi semua rumah budaya yang ada di sini sebab memang seronok bila dapat melihat demo atau persembahan yang ditunjukkan di setiap rumah budaya ini sekaligus akan dapat memberikan anda satu pengalaman yang baru
. Bagi yang muslim bolehlah elak ketika demo membuat makanan atau minuman yang tidak halal sebab ada rumah budaya yang mungkin akan buat demo cara membuat minuman seperti wain yang tidak halal, oleh itu bolehlah bertanya dengan guide atau kakitangan ketika anda datang berkunjung ke rumah budaya yang ada di sini. Pastikan sentiasa patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan pihak pengurusan Koisaan Cultural Village setiap kali anda mengunjungi semua rumah tersebut agar tidak ada sebarang masalah yang timbul sepanjang anda berada di rumah budaya.

Aktiviti seterusnya ialah melawat ke kedai kraftangan dan kedai cenderamata yang ada di sini dan anda boleh membeli kraftangan atau cenderamata yang terdapat di kedai ini untuk dijadikan kenangan yang menunjukkan percutian anda ke KCV sebab rugi juga jika tidak ada yang dibeli untuk kenangan anda lebih-lebih lagi bagi mereka yang datang dari luar negeri atau negara. Cuma pastikan bawa duit poket untuk membuat pembelian agar lebih memudahkan segala urusan anda. Antara aktiviti yang patut anda buat bila datang ke tempat ini ialah melawat galeri Unduk Ngadau sebab pertandingan Unduk Ngadau adalah acara kemuncak untuk sambutan Pesta Kaamatan setiap tahun, oleh itu sudah semestianyalah banyak maklumat penting dan menarik mengenai Unduk Ngadau ini yang dipamerkan di dalam galeri tersebut. Terdapat juga aktiviti permainan atau sukan tradisional yang diadakan di sini khususnya ketika sambutan Pesta Kaamatan pada 30 dan 31 Mei setiap tahun, kalau lawatan pada hari biasa atau hujung minggu mungkin permainan tradisional tersebut akan dipersembahkan oleh rumah budaya tertentu yang ada di sini. Selain itu biasanya ketika datang melawat ke KCV ini akan ada persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan kepada umum di dewan atau pentas, jadi anda bolehlah ke sini melihatnya dan kalau ada peluang mungkin akan dapat mengikuti persembahan kebudayaan tersebut seperti tarian tradisional daripada beberapa etnik berkenaan. Ketika sambuta Pesta Kaamatan biasanya banyak juga kiosk yang dibuka oleh beberapa syarikat yang menjual dan membuat promosi seperti Maxis, Celcom dan syarikat penyiaran pula membuat liputan untuk pesta ini seperti seperti RTM, Kupi-Kupi FM, Hitz FM dan lain-lain lagi, jadi bolehlah lawat sekali tempat ini untuk lihat sekiranya ada promosi menarik yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Di bawah ini adalah ringkasan kepada aktiviti yang mungkin boleh anda buat di KCV :

Aktiviti :

01. Lawat Rumah Budaya
02. Lawat Galeri Untuk Ngadau
03. Bersiar-Siar
04. Mengambil Gambar
05. Cuba Permainan Tradisi
06. Cuba Makanan Tradisi
07. Lawat Kedai Kraftangan
08. Membeli Pakaian
09. SambutPesta Kaamtan
10. Cuba Sukan Tradisi
11. Cuba Cara Hidup Etnik

Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Warganegara: RM55.00
Bukan Warga: RM65.00

Bayaran di atas ini mungkin berbeza sekiranya ada sambutan perayaan seperti Pesta Kaamatan dan bayaran ni juga adalah untuk orang dewasa sahaja, manakala bayaran untuk kanak-kanak mungkin kurang daripada di atas ini. Harga ni juga mungkin berbeza jika anda ada pilih pakej yang disediakan pihak KCV. Untuk segala pertanyaan dan maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi saja terus pihak Koisaan Cultural Village :

Hubungi :
Koisaan Cultural Village
Hongkod Koisaan, Penampang
Kota Kinabalu, Sabah
Tel : +6088 713 696
Tel : +6088 713 337
Web Fb : Koisaancv


Ulasan