Kokol Haven Resort merupakan salah satu resort yang terdapat di negeri Sabah dan resort ini bertaraf 3 bintang yang terletak di Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah iaitu lebih kurang 23 km atau kira-kira 35 minit perjalanan kalau dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.
KOKOL HAVEN RESORT
Kredit gambar : Kokol Haven
Kredit gambar : Kokol Haven
Kokol Haven Resort merupakan salah satu resort atau pusat peranginan yang bertaraf 3 bintang dan terletak di
Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah iaitu lebih kurang 23 km atau
kira-kira 35 minit perjalanan daripada Pusat Bandaraya Kota
Kinabalu. Lokasi resort ni sememangnya strategik dengan ianya berada di atas kawasan tanah tinggi iaitu di Bukit Kokol yang sudah pasti dapat menyajikan satu pemandangan yang cukup indah terutamanya pada waktu pagi iaitu ketika matahari terbit dan juga petang iaitu ketika matahari terbenam. Oleh kerana ia terletak di ketinggian 2400 kaki dari paras laut maka cuaca di sini pun memang agak sejuk dalam 24 hingga 26 darjah celcius dan kalau musium hujan anda daapt lihat kawasan di sini diselubungi kabus yang tebal begitu juga pada waktu pagi dengan embun yang turun menjadikan tempat ini menjadi lebih sejuk. Selain itu dengan lokasi resort ni berdekatan dengan tempat atau kawasan yang kini pesat membangun menjadikannya antara tempat pilihan orang ramai khususnya penduduk tempatan di daerah ini untuk datang bercuti di sini kerana tempat ini juga tidak jauh daripada pusat perindustrian, pusat pendidikan seperti universiti dan juga pusat membeli belah yang terbesar iaitu 1borneo hypermall yang berjarak lebih kurang 19 km sahaja.
Kokol Haven Resort juga ada menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada para tetamu yang datang ke sini sama ada untuk tujuan lawatan sehari iaitu day trip ataupun yang datang bercuti dalam beberapa hari dengan bermalam dan menginap di resort ini. Jadi kalau anda datang ke sini tidak perlu risau sebab memang di sini walaupun ia terletak di bukit tapi kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan sudah pasti akan memuaskan hati para tetamu yang bercuti di pusat peranginan ini. Antara kemudahan yang ada ialah seperti penginapan yang mana anda boleh pilih bilik kegemaran seperti untuk suite, keluarga, deluxe, twin dan beberapa lagi yang lain. Bilik yang disediakan di sini juga anda boleh pilih sama ada yang menghadap pemandangan matahari terbenam ataupun bilik yang menghadap ke arah matahari terbit. Untuk bilik yang menghadap ke arah pemandangan matahari terbenam ni ianya juga di sebut sebagai The Sunset Wing yang terdiri dari 10 buah suite dengan reka bentuk yang begitu unik dan berkeluasan 800 hingga 1000 kaki persergi sesuai untuk para vip atau mereka yang ingin berbulan madu di sini. Bagi bilik yang menghadap ke arah matahari terbit pula atau di sebut The Sunrise Wing bilik ini dinamakan Vila Rose yang terdiri daripada 16 bilik deluxe yang berkeluasan sekitar 300 kaki persegi. Dari bilik Vila Rose ni anda boleh melihat pemandangan matahari terbit yang begitu indah dengan pemandangan yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan di hadapan Vila ni juga anda akan dapat lihat beberapa tumbuhan seperti sayur, herba dan bunga orkid.
Apa pun bilik yang anda pilih ianya sudah pasti menyajikan satu pemandangan yang begitu indah buat anda bila berada di sini, Jadi anda boleh pilih yang mana anda suka dan yang dirasakan sesuai untuk percutian anda sepanjang berada di sini. Kemudahan dan perkhidmatan lain yang ada disediakan oleh pihak resort adalah seperti Dewan Serbaguna yang boleh anda sewa dan gunakan bagi tujuan membuat acara atau majlis seperti perkahwinan, persidangan seminar, mesyuarat harijadi dan sebagainya dan ia dapat memuatkan sehingga 300 orang dalam satu-satu masa. Kalau anda buat majlis seperti majlis majlis harijadi atau acara makan malam bersama syarikat tapi tidak mahu di dewan, anda boleh pilih juga kemudahan lain iaitu di Taman Serbaguna di kawasan yang terbuka sambil melihat keindahan suasana malam yang dipenuhi bintang berkelipan. Di Dewan Serbaguna dan juga Taman Serbaguna ni semua dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan yang diperlukan untuk majlis anda tetapi yang penting anda perlulah membuat tempahan lebih awal agar pihak resort dapat menyediakan atau mempersiapkan segala keperluan untuk majlis tersebut dan ia juga memudahkan pihak resort untuk memastikan adanya kekosongan tempat untuk majlis pada tarikh yang anda pilih. Kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah tempat makan atau restoran untuk anda menjamu selera iaitu seperti makan malam, restoran ni menghadap ke arah pemandangan matahari terbenam, jadi anda boleh ke sini makan malam lebih awal jika ingin melihat matahari terbenam dengan pemandangan Bandar Kota Kinabalu pada waktu malam yang dipenuhi cahaya.
Selain itu terdapat juga kemudahan taman permainan untuk kanak-kanak yang ingin bermain seperti gelongsor, bagi yang dewasa pula terdapat beberapa kemudahan untuk bersukan iaitu seperti padang bola keranjang dan padang golf mini. Di sini ada juga disediakan kemudahan internet iaitu wifi secara percuma di semua kawasan resort ni. Tempat letak kenderaan juga ada di sini bagi anda yang memandu kereta untuk bercuti di sini, anda boleh letak kereta anda di berhampiran dengan resort jadi tidak perlu risau lagi keselamatan kereta anda. Untuk mereka yang ingin memasak sendiri di sini ada juga dapur dan kemudahan BBQ untuk anda gunakan tapi sebaiknya bertanya dahulu dengan pihak resort jika ingin buat BBQ sebab takut tempat atau cuaca pada masa itu tidak mengizinkan. Bagi yang mahu cuci pakaian sendiri di sini ada kemudahan rak cucian kering dan untuk mengeringkan pakaian, terutamanya kepada mereka yang bercuti di sini sehingga beberapa hari. Untuk kemudahan keselamatan pula pihak resort mempunyai pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam, terdapat juga cctv di luar penginapan dan kawasan umum untuk memastikan segala keselamatan tetamu yang datang dalam keadaan lebih terjamin. Banyak lagi kemudahan dan perkhidmatan lain yang ada di sini dan anda boleh lihat di laman web rasmi Kokol Haven Resort. Untuk lebih ringkas di bawah ni saya senaraikan beberapa kemudahan yang ada iaitu seperti
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Penginapan
02. Dewan majlis
03. Restoran
04. Tempat letak kereta
05. Pengawal keselamatan 24 jam
06. Padang golf mini
07. Tv & telefon
08. Restoran
09. Kemudahan BBQ
10. Tempat letak kereta
11. CCTV keselamatan
12. Parking orang kurang upaya
13. Tempat permainan kanak-kanak
Oleh kerana resort ni terletak di atas bukit jadi aktiviti yang boleh dilakukan di sini mungkin tidaklah begitu banyak tetapi aktiviti yang ada sudah pasti dapat memenuhi keperluan percutian anda ke sini dan antara akviti yang boleh anda lakukan adalah seperti bergambar dengan pemandangan matahari terbit yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu atau bergambar dengan pemandangan matahari terbenam berlatarbelakangkan alam semulajadi termasuk Bandaraya Kota Kinabalu. Aktiviti seterusnya adalah bersukan seperti bermain bola keranjang, bermain golf, atau acara sukan lain yang boleh anda lakukan di sini bersama kumpulan sekiranya datang beramai-ramai. Bagi yang mahu aktiviti santai-santai boleh berjalan bersiar ke Taman Koi atau membuat jungle trekking bersama keluarga atau rakan-rakan sambil melihat keindahan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh menghijau disekitar resort ini. Bagi kanak-kanak pula boleh buat aktiviti bermain di kawasan permainan yang dikhaskan untuk mereka. Apa pun yang penting kalau bawa anak-anak bersama sentiasa awasi dan perhatikan mereka ketika bermain agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini. Aktiviti lain mungkin anda boleh pergi melawat beberapa tempat lain yang menarik yang berhampiran dengan resort ini atau di sekitar Kota Kinabalu.
Tempat menarik berhampiran :
01. Muzium Negeri Sabah
02. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
03. Taman Seri Kionsom
04. Air Terjun Kionsom
05. Mari-Mari Cultural Village
06. 1Borneo Hypermall
07. Menara Tun Mustapha
08. Taman Rekreasi Likas
09. Kota Kinabalu Wetlands
10. Kokol Hill Elf
11. Muzium Marin & Akuarium UMS
Jika anda ingin ke sini sebaiknya adalah datang dengan memandu kenderaan sendiri kerana tempat ni terletak di atas bukit dan bukan di tepi jalan besar, jadi kalau ada kereta sendiri ianya akan dapat lebih memudahkan perjalanan pergi dan juga balik anda dari tempat ini dan juga agar anda mudah untuk pergi mencari barang keperluan sekiranya ada kekurangan. Pilihan lain ialah mungkin anda boleh bertanya dengan pihak resort sekiranya mereka ada menawarkan khidmat shuttle lapangan terbang atau pengangkutan mengambil dan menghantar anda ke lokasi seperti ke Bandar Kota Kinabalu. Terpulang kepada anda mahu menggunakan cara apa untuk ke sini yang penting segala perjalanan anda ke sini berjalan dengan lancar dan selamat.
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Kokol Haven Resort di alamat seperti di bawah ini.
Kokol Haven Resort
KM 10, Jalan Kokol, Menggatal,
88450, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 412 248
Telefon : +6088 412 284
Telefon : +6019 862 2248
Email : kokolhaven@gmail.com
Website : Kokolhaven
Telefon : +6088 412 284
Telefon : +6019 862 2248
Email : kokolhaven@gmail.com
Website : Kokolhaven
Ulasan
Catat Ulasan