Langkau ke kandungan utama

Kolam Resort Keningau

Kolam Resort Keningau adalah antara tempat menarik di Sabah yang boleh dikunjungi orang ramai tidak kira tua atau muda dan tidak kira dari mana pun anda sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu mencari tempat bercuti bersama keluarga atau rakan sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik. Tempat ini terletak di dalam Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di daerah Keningau lebih kurang 5.6 km atau kira-kira 8 minit perjalanan sahaja dari Pusat Bandar Keningau dan lebih kurang 118 km atau kira-kira 2 jam 20 minit perjalanan sekiranya datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

KOLAM RESORT KENINGAU


Kredit gambar : KRK


Kredit gambar : KRK

Kredit gambar : KRK

Kolam Resort Keningau merupakan antara tempat menarik di Keningau untuk orang ramai kunjungi sebagai salah satu tempat percutian terutamanya bagi mereka yang mahu mencari lokasi percutian sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik dalam satu tempat percutian tersebut. Tempat ini boleh dipilih sebagai lokasi percutian tidak kira untuk lawatan sehari sahaja atau pun yang mahu bermalam dengan tinggal di rumah penginapan yang disediakan atau dengan berkhemah. Tempat ini bersih dan pemandangan di sini boleh dikira cantik jadi memang sesuai untuk dijadikan lokasi percutian tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong yang datang dari dalam dan luar negara sebab di sini anda boleh bercuti sambil melakukan pelbagai aktiviti tanpa perlu pergi jauh lagi, cuma perlu sedia duit poket sahaja sebab aktiviti tersebut ada bayarannya, tapi tidak perlu risau sebab tidak terlalu mahal juga bayaran tersebut. Tempat ini sesuai untuk semua tidak kira yang datang berkeluarga atau bersama rakan yang lain, untuk aktiviti sekolah pun memang sesuai tempat ini seperti melakukan kem motivasi kepada para pelajar. Kalau anda datang sini bersama keluarga pastikan sentiasa menjaga anak-anak anda sebab tempat ini aktiviti utamanya adalah lebih kepada kolam jadi sentiasa perhatikan anak anda jika mereka bermain di sekitar kawasan kolam. Dengan lokasi tempat ini yang tidak jauh dari bandar membolehkan ia mudah saja untuk diakses atau kunjungi, tempat ini terletak kira-kira 5.6 km atau lebih kurang 8 minit perjalanan sahaja dari Pusat Bandar Keningau, manakala kalau dari luar seperti dari Bandar Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 118 km atau lebih kurang 2 jam 20 minit perjalanan menaiki kenderaan. Bagi merek adatang dari luar daerah boleh pandu kereta sendiri atau boleh naik bas sahaja kemudian bila sudah sampai Bandar Keningau boleh sewa perkhidmatan e-hailing sebab lokasi tempat ini tidak jauh jadi tambang pun adalah tidak mahal. Apa pun terpulang pada anda mahu naik apa ke sini yang penting anda selamat sampai dan dapat bercuti di tempat ini dengan gembira bersama keluarga, rakan sekerja atau rakan sekolah.

Oleh itu sekiranya anda datang berkunjung ke daerah Keningau jangan lepaskan peluang untuk singgah ke tempat ini untuk merasai sendiri keseronokan bercuti di lokasi percutian ini. Pihak pengurusan resort ini ada juga menawarkan beberapa pakej kepada mereka yang mahu ke sin terutamanya bagi mereka yang mahu buat majlis tertentu seperti perkahwinan dan lain-lain lagi, tapi terpulanglah pada anda jika mahu ambil pakej tersebut atau tidak bergantung kepada keperluan anda. Di resort ini memang banyak kemudahan yang telah disediakan untuk para pengunjung agar mereka sentiasa merasa selesa sepanjang berada di sini bercuti tidak kira sehari mahu pun beberapa hari, antara kemudahan yang ada disediakan ialah seperti rumah penginapan untuk para pengunjung yang mungkin mahu bermalam di sini satu malam atau lebih dan rumah penginapan ini pula ada 5 bilik kesemuanya jadi anda boleh pilih sama ada terus sewa 1 rumah sekali ataupun sewa bilik sahaja. Sekiranya anda sewa 1 rumah sekali maka hanya anda sekeluarga sahaja dalam penginapan tersebut, manakala kalau sewa bilik sahaja anda mungkin akan berkongsi rumah penginapan tersebut dengan pengunjung yang lain. Kalau anda tidak mahu jenis rumah sewa ataupun bilik sewa anda juga boleh untuk pilih penginapan jenis asrama dan biasanya kalau jenis asrama katil yang digunakan adalah jenis bertingkat yang mungkin sesuai untuk pengunjung yang datang ke sini dalam satu kumpulan yang ramai kerana ianya lebih menjimatkan. Apa pun bagi anda yang mahu bercuti di sini tapi tidak mahu menginap di penginapan bolehlah memilih untuk berkhemah dan lokasi tapak perkhemahan yang biasanya berhampiran dengan kolam tapi bolehlah bertanya pihak pemilik di sini jika ada lokasi lain yang dirasakan perlu, terpulang pada pilihan masing-masing. Untuk anda yang mahu bermalam di sini tidak kira menyewa rumah sewa, asrama atau yang berkhemah, pastikan anda membuat tempahan lebih awal, ini adalah agar dapat memastikan ada kekosongan pada tarikh dan waktu yang anda pilih, ia juga bagi memudahkan pihak pengurusan tempat ini menyediakan tempat dan segala keperluan yang anda perlukan nanti.


Kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah dewan terbuka yang boleh disewa oleh orang ramai untuk mengadakan majlis atau acara seperti majlis perkahwinan, harijadi dan lain-lain lagi. Terdapat lebih kurang 2 dewan yang boleh anda sewa di sini sekali dengan kemudahan dapur juga perlu untuk anda memasak sendiri, selain itu kalau anda sewa dewan boleh terus sewa sekali kerusi dan meja yang turut ada disediakan di sini, oleh itu adalah lebih baik sekiranya anda menghubungi pihak pengurusan tempat ini untuk rundingkan harga sebab mereka ada menawarkan beberapa pakej yang boleh anda pilih jika mahu mengadakan majlis keramaian di sini
terutama sekali majlis perkahwinan dan anda juga boleh menyewa kemudahan set karaoke jika perlu yang turut disediakan pihak KRK di sini dan untuk set karaoke tersebut harga yang diberikan adalah untuk 6 jam sahaja, kalau lebih mungkin akan ada tambahan bayaran. Memang mudah jika anda mengadakan majlis perkahwinan di sini sebab semua kemudahan ada disediakan cuma perlu buat tempahan awal sahaja agar pihak pengurusan KRK dapat mengatur dan menyediakan segala apa yang diperlukan untuk majlis tersebut. Kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah tempat masak bbq yang boleh anda sewa sekiranya datang ke sini sama ada untuk lawatan sehari atau yang ke sini bermalam, kalau berkhemah di sini memang sesuai untuk dapatkan kemudahan set bbq yang ada agar mudah untuk memasak. Terdapat banyak kemudahan lain yang disediakan terutamanya untuk anda yang mahu melakukan pelbagai aktiviti di sini iaitu seperti gelanggang futsal, jaket keselamatan, laluan atau jambatan dan sebagainya. Kemudahan tempat letak kereta juga ada disediakan secara percuma jadi mudahlah untuk anda meletakkan kereta, cuma kalau waktu tu terlalu ramai pengunjung mungkin harus pandai cari tempat untuk letak kereta anda tapi tidak perlu risau sebab memang banyak tempat yang disediakan untuk para pengunjung. Apa-apa pun untuk kemudahan lain bolehlah menghubungi pihak pengurusan jika mereka ada menyediakan kemudahan yang anda perlukan, contohnya jika anda mahu berkhemah di sini boleh tanya sekiranya mereka ada sediakan khemah untuk disewa. Untuk lebih ringkas di bawah ini adalah antara beberapa kemudahan yang ada disediakan :

Kemudahan :

01. Kolam Memancing
02. Rumah Penginapan
03. Bilik Penginapan
04. Asrama Penginapan
05. Bantal/Tilam
06. Tapak Perkhemahan
07. Jaket Keselamatan
08. Tempat BBQ
09. Dewan Terbuka
10. Kayak
11. Padang Futsal
12. Set Karaoke
13. Tempat Letak Kereta
14. Laluan Jalan Kaki
15. Pondok Rehat
16. Dapur
17. Kerusi
18. Meja Bulat
19. Meja Panjang
20. Tandas

Untuk aktiviti pula memang terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang ke KRK ni tidak kira anda datang sendiri, bersama keluarga atau pun bersama rakan-rakan. Antara aktiviti tersebut ialah memancing ikan yang mana ia merupakan antara aktiviti utama orang ramai ke sini sesuai dengan nama tempat ini iaitu Kolam Resort Keningau. Untuk memancing di sini anda perlulah bawa peralatan pancing dan umpan sendiri dari rumah sebab biasanya di sini tidak ada menyediakannya jadi untuk lebih memudahkan anda maka sebaiknyalah membawa sendiri. Memang seronok memancing ikan di kolam ini sebab terdapat pondok yang boleh anda berlindung dari terkena matahari dan dapat berkenalan dengan pengunjung lain yang turut sama memancing di sini. Selain memancing anda juga boleh melakukan aktiviti berkayak di kolam dan untuk aktiviti berkayak ni anda perlulah menyewa kayak tersebut termasuklah juga jaket keselamatan yang wajib untuk dipakai ketika melakukan aktiviti ini agar keselamatan anda lebih terjamin, biasanya kayak boleh dinaiki oleh dua orang, jadi bolehlah naik bersama kawan anda yang sudah pasti akan lebih menyeronokkan, yang penting berhati-hati ketika berkayak dan berkayaklah perlahan-lahan sebab bukan perlumbaan pun. Kayak yang ada mungkin terhad jadi kalau waktu tu ramai orang mungkin anda harus bersabar untuk meunggu giliran. Mungkin ada masa yang tetapkan bagi setiap orang yang berkayak di sini agar pengunjung lain turut dapat juga peluang untuk berkayak. Selain itu antara aktiviti yang menarik di sini ialah perkhemahan yang mana anda boleh berkhemah di tempat ini bersama keluarga atau rakan. Guru-guru pun boleh membawa murid mereka ke sini membuat kem motivasi dan lain-lain lagi dengan berkhemah, cuma perlu sentiasa jaga keselamtan murid sepanjang berada di tempat ini. Biasanya orang ramai buat aktiviti berkhemah di sini berhampiran dengan kolam, tapi anda mungkin boleh bertanya kepada pihak pengurusan di sini sekiranya ada lokasi yang sesuai jika perlu, sebaiknya juga anda membawa khemah dan peralatan lain dari rumah untuk lebih memudahkan urusan anda di sini dan dapat menjimatkan perbelanjaan sebab tidak perlu lagi menyewa khemah.

Aktiviti flying fox juga boleh anda dilakukan di tempat ini yang mana aktiviti ini anda akan melintasi di atas kawasan kolam jadi tidak perlu risau dan ada juga orang atau pengawal yang bertugas dari pihak pengurusan KRK yang akan menjaga para pengunjung sepanjang mereka melakukan aktiviti flying fox tersebut, anda juga akan dipakaikan dengan peralatan keselamatan jadi anda tidak perlulah risau. Selain itu anda juga boleh melakukan beberapa lagi aktiviti menarik lain seperti 'move it' dan swing on yang ada disediakan di tempat ini iaitu melalui jambatan atau laluan yang bergoyang menyeberangi kolam, oleh kerana anda melalui kawasan kolam maka adalah sangat-sangat digalakkan anda untuk menyewa dan memakai jaket keselamatan untuk memastikan keselamatan anda lebih terjaga ketika melakukan ini termasuklah aktiviti lain yang berkaitan. Bagi mahu mahu melakukan aktiviti seperti majlis atau acara seperti mesyuarat, perkahwinan, harijadi, makan malam dan lain-lain lagi bolehlah menghubungi pihak pengurusan di sini untuk membuat tempahan sebab mereka memang ada menyediakan keperluan untuk aktiviti ini. Kalau boleh buat tempahan lebih awal agar pihak mereka dapat membuat persiapan dengan lebih baik seperti menyusun kedudukan meja dan kerusi dan menyediakan segala peralatan lain yang diperlukan untuk sesebuah majlis. Banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berada di sini jadi untuk itu pastikan anda datang melawat tempat ini, kalau datang beramai-ramai lagi menyeronokan
sebab ada kawan untuk bermain dan melakukan aktiviti yang ada disediakan oleh pihak KRK. Apa juga aktiviti yang anda lakukan pastikan jaga keselamatan setiap masa, jika ada peralatan yang perlu disewa untuk keselamatan maka anda perlulah meneywa dan memakainya agar keselamatan anda lebih lagi terjamin. Kalau ada bawa anak kecil sentiasalah pastikan mereka ketika bermain sebab semua ini adalah tanggungjawab anda sendiri, selain itu pastikan juga anda menjaga kebersihan tempat ni, pastikan anda buang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Berikut di bawah ini adalah ringkasan apa aktiviti yang boleh dilakukan :

Aktiviti :

01. Memancing Ikan
02. Berkayak
03. Berkhemah
04. Main Futsal
05. Flying Fox
06. Swing On
07. Move It
08. Majlis Keramaian
09. Masak BBQ
10. Berkaraoke
11. Lain-Lain Lagi

Di bawah ini pula adalah antara beberapa barangan keperluan yang mungkin patut anda bawa sekiranya bercadang datang ke sini untuk lawatan sehari mahupun yang mahu bermalam, barang keperluan ini memang sangat disarankan untuk di bawa agar percutian anda ke sini berjalan dengan lancar dan juga dapat menjimatkan perbelanjaan. Seranai keperluan di bawah ni adalah cadangan sahaja, terpulang pada anda mahu bawa atau tidak dan jika tidak ada dalam senarai anda bolehlah tambah yang mana diperlu agar lebih memudahkan anda nanti tidak kira sama ada anda menginap di penginapan atau pun yang ke sini dengan berkhemah :

Barang di bawa :

01. Khemah Sendiri
02. Makanan
03. Minuman
04. Baju Sejuk
05. Selimut
06. Pakaian Lebih
07. Pakai Sesuai
08. Lampu Suluh
09. Kasut
10. Duit Poket
11. Tuala Mandi
12. Peralatan Mandi
13. Kamera
14. Video Kamera
15. Sejadah
16. Telekung
17. Powerbank
18. Gelas
19. Sudu
20. Pinggan
21. Ubat Peribadi

Untuk anda yang mahu melawat ke sini, membuat tempahan dan jika ada pertanyaan atau maklumat lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan boleh menghungi Kolam Resort Keningau seperti alamat bawah ini :

Hubungi :
Kolam Resort Keningau
Lorong Keningau Ville,
Phase 3,
89009, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6013 547 7323
Web Fb : KRK


Ulasan