Langkau ke kandungan utama

Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu

Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu merupakan salah sebuah Institusi Pendidikan Swasta yang terdapat di Negeri Sabah dan kolej ini terletak di dalam daerah Kota Kinabalu, Sabah.

KOLEJ CYBERJAYA KOTA KINABALU


Sumber Gambar : Cyberjayakk

Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu merupakan salah sebuah Institusi Pendidikan Swasta yang terdapat di Negeri Sabah. Kolej Cyberjaya ini terletak lebih kurang 7 km atau sekitar 10 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kota Kinabalu dan kolej ini juga adalah salah satu kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kolej Cyberjaya yang juga merupakan gabungan dengan Universiti Cyberjaya telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan bangunan utama kampus kolej ini telah dirasmikan pada 2 Oktober 2010 oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu iaitu YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman.

Program yang ditawarkan di kolej ini adalah lebih tertumpu kepada program yang berteraskan kesihatan iaitu seperti kejururawatan, farmasi, penjagaan kesihatan dan psikologi, namun terdapat juga beberapa program lain yang ditawarkan di kolej ini untuk mereka yang berminat menyambung pengajian di sini. Program-program yang ditawarkan dikolej ini juga adalah yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu kolej ini ada mempunyai satu unit yang ditubuhkan khas untuk membantu graduan yang telah tamat di kolej ini untuk mencari pekerjaan yang sesuai melalui rakan kongsi industri kolej ini.


Terdapat beberapa program yang ada ditawarkan di sini yang terdiri dari program sijil atau diploma. Antara program tersebut adalah :
01. Asas Sains Kesihatan
02. Sijil Sains Kesihatan
03. Diploma Fisioterapi
04. Diploma Farmasi
05. Diploma Penjagaan Kesihatan
06. Diploma Teknologi Makmal Kesihatan
07. Diploma Kejururawatan
08. Diploma Psikologi
09. Diploma Pengajian Perniagaan

Terdapat banyak lagi program lain yang ditawarkan di kolej ini, jadi kepada yang berminat bolehlah menghubungi pihak kolej untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai program yang ditawarkan dan juga syarat kelayakan yang perlu untuk memohon masuk ke kolej ini.

Selain itu terdapat kemudahan yang disediakan dikolej ini yang menggunakan teknologi terkini agar dapat memberikan satu suasana yang baik untuk para pelajar yang belajar di sini. Antara kemudahan yang ada :
1. Bilik kuliah
2. Perpustakaan
3. Makmal Sains
4. Makmal Komputer
5. Penginapan
6. Biasiswa
7. Dan lain-lain lagi

Untuk maklumat lanjut atau pun sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu di alamat seperti di bawah :

Alamat :
Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu
Lot 33-40, 
Wisma Angkatan Hebat, 1 Borneo,
Jalan Sulaman, 88400, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-218 230 / 088-487230
Website : www.kk.cyberjaya.edu.my/
Waktu pejabat : 8 pagi - 5 petang (Isnin-Jumaat)

Ulasan