Langkau ke kandungan utama

Kolej Universiti Borneo Utara

Kolej Universiti Borneo Utara merupakan salah sebuah Institusi Swasta yang terdapat di Negeri Sabah dan kolej universiti ini terletak di dalam daerah Kota Kinabalu.

KOLEJ UNIVERSITI BORNEO UTARA

Sumber Gambar : NBUC

Kolej Universiti Borneo Utara atau dalam English North Borneo University College (NBUC) merupakan salah satu institusi swasta yang terdapat di Negeri Sabah. Kolej ini terletak di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu dan telah dibina sejak tahun 2006 dengan nama Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech. Kolej ini kemudian telah dijenamakan semula dan ditukar nama kepada Kolej Universiti Borneo Utara pada bulan Mac 2015.

NBUC juga merupakan salah satu Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan antara kolej yang pertama menyediakan program dari pra-siswazah sehinggalah ke program PHD. Selain itu NBUC juga mempunyai kerjasama dengan beberapa institusi lain di dalam dan luar negara, iaitu seperti Kolej Universiti Jesselton di Kota Kinabalu, Kolej Universiti Geomatika (Malaysia) dan lain-lain lagi.


Sebenarnya Kolej universiti ini bukan sahaja menerima kemasukan semua pelajar dari dalam negara tapi ia juga menerima pelajar daripada luar negara yang berminat untuk melanjutkan pengajian di sini tidak kira sama ada mengambil progam asas, diploma, ijazah, master dan juga program phd. Antara program-program yang ditawarkan oleh kolej ini adalah :

Program :

1. Asas Perniagaan
2. Asas Belajar Komputer
3. Diploma Perakaunan
4. Diploma Pentadbiran Perniagaan
5. Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan)
6. Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Antarabangsa
7. Sarjana (Master) Pengurusan
8. PHD Pentadbiran Perniagaan

Di atas ini cuma sebahagian program sahaja, terdapat banyak lagi program lain yang ditawarkan di kolej. Jadi anda boleh pilih yang sesuai dengan kelulusan sekiranya ingin untuk melanjutkan pelajaran di sini. Selain itu t
erdapat banyak kemudahan yang disediakan dikolej ini yang menggunakan teknologi terkini, antara kemudahan yang ada adalah :

Kemudahan :

1. Bilik kuliah
2. Perpustakaan
3. Makmal Forensik
4. Teknolgi Penggunaan Drone

Terdapat lagi kemudahan lain yang mana kebanyakkan kemudahan tersebut adalah yang terkini dan moden agar ia dapat memberikan keselesaan kepada pelajar dan juga pada kakitangan di kolej ini. 

Alamat :
Kolej Universiti Borneo Utara
Wisma Angkatan Hebat, 1 Borneo,
Jalan Sulaman, 88400, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-218 230 / 088-487230
Website : https://nbuc.edu.my
Waktu pejabat : 8 pagi - 5 petang (Isnin-Jumaat)

Ulasan