Langkau ke kandungan utama

Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology

Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terdapat di negeri Sabah dan terletak di daerah Kota Kinabalu.

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERISITY

Sumber Gambar : tarc

Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology Cawangan Sabah atau nama lama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman College University) merupakan salah satu IPTS di Sabah yang terletak di Kota Kinabalu dan ia telah dirasmikan pada 24 Februari 1968 di Kuala Lumpur oleh Malaysia Chinese Assocation (MCA) dengan mengambil nama bersempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman.

TAR UMT Cawangan Sabah mula beroperasi pada 20 Mei 2002, yang mana pada masa itu ia adalah cawangan pertama dibina Kepulauan Borneo. Ketika baru ditubuhkan di Sabah, ia terletak di Pusat Dagangan Donggongon Daerah Penampang iaitu kira-kira 13 km atau 20 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Kemudian pada 2 Mac 2020 kolej ini telah berpindah ke Alamesra Kota Kinabalu dengan sebuah kampus sendiri yang baru dan moden.


Terdapat beberapa program yang ditawarkan di Kolej Universiti ini untuk sesiapa yang ingin sambung pengajian ke sini, antaranya adalah seperti berikut :
1. Perakaunan
2. Pentadbiran Perniagaan
3. Pemasaran
4. Perbankan dan Kewangan
5. Teknologi Maklumat

Banyak lagi program lain yang ditawarkan oleh universiti ini yang mana program ini adalah diperingkat diploma, ijazah sarjana muda dan juga pascasiswazah. Program yang banyak ditawarkan di sini telah menaik ramai pelajar untuk melanjutkan pengajian di sini.

Di sini juga terdapat kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kolej iaitu untuk para pelajar dan juga tenaga kerja iaitu antaranya :
1. Bilik kuliah
2. Perpustakaan
3. Perkhidmatan kesihatan
4. Perkhidmatan keselamatan
5. Pusat Gim
6. Gelanggan sukan
7. Perkhidmatan internet yang laju

Terdapat kemudahan lain yang mana kebanyakkan kemudahan tersebut akan sentiasa ditambah baik agar dapat memberikan keselesaan kepada pelajar dan juga pada kakitangan di kolej ini.

Alamat :

Tunku Abdul Rahman Universiti of Management and Technology
Cawangan Sabah
No. 1, Jalan Alamesra, Alamesra
88450, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-348 080
Website : https://sabah.tarc.edu.my/

Ulasan