Yayasan Sabah College of Technology (YSCT) dahulunya dikenali sebagai Kolej Yayasan Sabah. Kolej ini merupakan salah sebuah Institusi Pendidikan yang terdapat di Sabah dan terletak di Kota Kinabalu.
YAYASAN SABAH COLLEGE OF TECHNOLOGY
Yayasan Sabah College of Technology (YSCT) merupakan salah sebuah kolej atau Institusi Pendidikan Swasta yang terletak di Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah. YSCT telah ditubuhkan pada tahun 1990 oleh Kumpulan Yayasan Sabah selaras dengan objektif utama Yayasan Sabah yang ingin memberi penekanan kepada kemajuan pendidikan kepada penduduk tempatan di negeri ini.
Kolej ini telah melalui beberapa peringkat penjenamaan yang mana pada awal penubuhan kolej ini menggunakan nama Institut Pembangunan Insan. Namun pada 30 Julai 1994 nama tersebut telah ditukar kepada Kolej Komuniti Yaysan Sabah (KKYS). Kemudian pada 4 Januari 2001 pula nama Kolej Komuniti Yayasan Sabah telah ditukar sekali lagi kepada nama Kolej Yayasan Sabah selaras dengan usaha penswastaan yang dibuat Yayasan Sabah.
Pada tahun 2016 sekali lagi nama Kolej Yayasan Sabah telah ditukar kepada nama Kolej Teknikal Yayasan Sabah. Kemudian pada 2022 nama kolej ini telah di jenamakan lagi dengan menggunakan Yayasan Sabah College of Technology selaras dengan hala tuju Sabah dalam pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat. Penjenamaan semula ini menekankan konsep 3E iaitu :
1. Education
2. Employment
3. Entrepreneurship
Kebanyakan Program yang ditawarkan oleh YSCT adalah lebih kepada kemarhiran teknikal, vokasional, profesional dan akademik yang mana ianya hanya merupakan salah satu objektif YSCT iaitu agar dapat memenuhi keperluan tenaga mahir untuk pembangunan negeri Sabah.
Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di YSCT boleh cuba mendapatkan tajaan pendidikan melalui beberapa cara seperti melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Sime Darby, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK) dan Zakat Pendidikan Sabah
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Yayasan Sabah College of Technology di alamat seperti di bawah

Alamat :
Yayasan Sabah College of Technology
Jalan Ibu Pejabat JKR,
88100, Sembulan,
Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-239498 / 08-239639
Website : www.ktys.edu.my
Yayasan Sabah College of Technology
Jalan Ibu Pejabat JKR,
88100, Sembulan,
Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : 088-239498 / 08-239639
Website : www.ktys.edu.my
Ulasan
Catat Ulasan