Langkau ke kandungan utama

Kolosunan Eco Tourism

Kolosunan Eco Tourism adalah salah satu tempat menarik di Sabah untuk rekreasi seisi keluarga yang mahu beriadah bersama ketika ada kelapangan masa seperti cuti hujung minggu. Tempat ni terletak di dalam Kampung Kolosunan, Inanam iaitu lebih kurang 26 km atau kira-kira 45 minit perjalanan kalau naik kereta dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah.  

KOLONSUNAN ECO TOURISM


Kredit gambar : Kolosunan


Kredit gambar : Kolosunan

Kredit gambar : Kolosunan

Kolosunan Eco Tourism merupakan salah satu tempat yang menarik di Kota Kinabalu yang terletak di dalam kawasan pedalaman Kampung Kolosunan, Inanam tetapi tempat ni tidaklah juga terlalu jauh dari pusat bandar dan mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai yang ingin datang beriadah bersama rakan atau keluarga ketika hujung minggu. Kolosunan terletak lebih kurang 26 km atau kira-kira 45 minit jika naik kenderaan, kalau dari Pekan Inanam pula jaraknya adalah sekitar 18 km atau lebih kurang 39 minit perjalanan menaiki kenderaan tapi masa tu bergantung juga dengan kelajuan dan kesesakan jalan bila anda ke sini. Kawasan eko pelancongan ni boleh dikira masih baru lagi jadi mungkin belum ramai lagi yang tahu akan wujudnya tempat ini terutama sekali penduduk yang berasal dari luar Inanam dan juga Kota Kinabalu serta pelancong dalam dan luar negara. Selain itu kawasan ini juga merupakan adalah satu tempat yang sangat sesuai kepada mereka yang sangat mencintai alam sekitar kerana tempat ini merupakan salah satu daripada kawasan tadahan air Empangan Babagon iaitu empangan yang berada di dalam rizab biosfera Banjaran Crocker. Memang sangat menyeronokkan bila anda datang ke sini untuk beriadah atau melakukan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini, lebih-lebih lagi kalau datang ke sini dalam satu kumpulan yang ramai sebab dapat buat aktiviti bersama di tempat yang masih lagi asli dan terpelihara serta bersih ini. Oleh itu jika anda datang bercuti ke Kota Kinabalu pastikan jangan lupa untuk meluangkan masa walaupun sekejap untuk singgah dan melihat keindahan serta merasai suasana alam semulajadi di Kolosunan Eco Tourism.
 
Untuk makluman, buat masa ini belum ada lagi penginapan yang disediakan dalam kawasan Kampung Kolosunan Eco Tourism ni, oleh itu sekiranya anda datang ke sini dengan menaiki perkhidmatan awam seperti teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain pastikan anda membuat tempahan awal untuk pergi dan balik dari tempat ini agar dapat memudahkan segala perjalanan anda, penginapan anda boleh pilih sama ada menginap di Bandar Kota Kinabalu atau pun cari hotel atau penginapan di Pekan Inanam. Apa pun adalah lebih digalakkan sekiranya anda dapat datang ke sini dengan menaiki kenderaan sendiri agar dapat mudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini yang terletak jauh di pedalaman Kampung Kolosusnan. Untuk kemudahan, terdapat beberapa kemudahan awam yang asas disediakan buat para pengunjung yang datang ke sini iaitu seperti tandas dan tempat ganti pakaian bagi mereka yang mandi di sungai yang terdapat di tempat ini. Selain itu terdapat juga jambatan yang telah dibina di atas sungai bagi memudahkan pengunjung berjalan di jambatan tersebut sekiranya ingin menyeberangi sungai tersebut tanpa perlu berjalan di dalam sungai. Kemudahan tapak perkhemahan pun ada juga di sini bagi anda yang mahu berkhemah, tetapi sebaiknya buat tempahan lebih awal dan bertanya dahulu dengan pihak pengurusan eko pelancong di sini agar mereka dapat menyediakan apa-apa keperluan yang mungkin diperlukan dan untuk makanan pula boleh terus atur sekali dengan pihak pengurusan di sini sekiranya anda tidak ingin memasak dan membawa makanan sendiri, unntuk kemudahan lain anda boleh juga bertanya terlebih dahulu sebelum datang ke Kolosunan Eco Tourism.


Sebenarnya banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung apabila datang ke sini bercuti, antaranya ialah seperti mandi di sungai atau air terjun yang terdapat di dalam kawasan ini, aliran air sungai dan air terjun ni agak kuat juga lebih-lebih kalau kalau musim hujan, jadi jika anda mandi di sini pastikan jaga keselamatan diri masing-masing lagi pun batu-batu yang terdapat di sini mungkin agak licin. Kalau sungai tu mungkin berhampiran sahaja tetapi air terjun tu agak jauh sedikit jadi kalau anda mahu ke air terjun haruslah buat aktiviti meredah hutan atau jungle trekking, bila buat jungle trekking ni pastikan anda pakai pakaian yang sesuai serta bawa apa-apa barang keperluan yang dirasakan penting seperti kompas, telefon, wisel keselamatan, semburan penghalau nyamuk, alat untuk buang lintah atau pacat tapi yang ni untuk persediaan sahaja biasa tiada juga tapi sebaiknya sedia saja untuk memudahkan aktiviti meredah hutan anda tanpa sebarang masalah. Di sini juga ada laluan untuk anda mendaki ke puncak bukit yang ada di sini, biasanya akan ada penunjuk jalan atau guide yang akan membawa anda untuk menunjukkan laluan naik ke bukit, walaupun tidaklah setinggi mana tetapi ianya dapat menyajikan satu pemandangan yang cukup indah dengan kehijauan hutan yang terbentang luas dan anda boleh mengambil gambar pemandangan yang indah ini untuk dikongsikan bersama rakan lain yang belum pernah datang ke sini. sekiranya anda mahu buat aktiviti mendaki bukit ni pastikan juga memakai pakaian yang sesuai, kasut sesuai agar memudahkan anda mendaki, jangan lupa bawa air minuman secukupnya, tongkat jalan atau walking stick juga boleh anda sediakan untuk membantu pendakian anda nanti dan beberapa lagi barang lain yang dirasakan perlu untuk aktiviti mendaki dan yang paling penting bila di atas bukit sentiasalah menjaga keselamatan diri serta keluarga atau rakan.

Di sini anda juga boleh memancing tetapi perlulah bawa pancing sendiri dan meminta kebenaran lebih dahulu dengan pihak pengurusan Kolosunan Eco Tourism sebab sungai di sini adalah ditagal, jadi jika mahu memancing pastikan bertanya dahulu dan nanti pihak pengurusan akan memberitahu peraturan yang perlu anda ikut semasa melakukan aktiviti memancing di sini. Selain itu ada juga aktiviti tanam beberapa tumbuhan yang akan diberikan dan ditunjuk ajar oleh pihak eko pelancongan kepada mereka yang ingin cuba lakukan aktiviti ini, kalau dapat buat aktiviti ini memang seronok sebab bolehlah anda datang lain kali lagi ke sini untuk melihat hasil tanaman yang anda tanam. Untuk aktiviti berkhemah pula anda haruslah membawa khemah sendiri dari rumah dan membuat tempahan awal dengan pihak di sini agar mereka dapat memastikan ada kekosongan tempat pada waktu yang anda pilih, bila berkhemah ni sudah pastilah anda ingin menyediakan makanan juga kan? jadi semasa buat tempahan boleh terus tanya sekali jika pihak pengurusan eko pelancongan ni ada menyediakan tempat memasak atau tempat BBQ untuk anda memasak, kalau mereka ada menyediakan tempat memasak seperti dapur dan BBQ memang agak menyeronokkan sebab dapat memasak bersama ramai-ramai dengan rakan. Tetapi jika sekiranya tidak ada boleh bertanya jika mereka ada menyediakan kemudahan penyediakaan makanan untuk kumpulan perkhemahan anda, kalau ada maka anda bolehlah runding harga makanan berdasarkan jumlah orang dalam kumpulan anda dan tempoh berapa hari berkhemah. Untuk lebih ringkas di bawah ni adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan bila ke sini :

Aktiviti :

01. Berkhemah

02. Mandi sungai
03. Mandi air terjun
04. Memancing
05. Menanam
06. Mendaki bukit
07. Meredah hutan

Bila anda bercadang untuk ke sini bolehlah sediakan beberapa barang keperluan agar dapat mudahkan anda sepanjang berada di tempat ini dan melakukan pelbagai aktiviti yang menarik seperti mendaki, meredah hutan, mandi, memancing, berkhemah dan lain-lain lagi. Antara beberapa barangan dan juga keperluan yang boleh di bawa ialah seperti :

Barang di bawa :

01. Pakaian sesuai
02. Kasut sesuai
03. Khemah (jika berkhemah)
04. Kamera
05. Video kamera
06. Pakaian ganti
07. Makanan & minuman
08. Walking stick
09. Penghalau nyamuk
10. Pancing (jika perlu)

Sekiranya anda ada
sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda bolehlah hubungi pihak Kolosunan Eco Tourism di alamat seperti di bawah :

Hubungi :
Jeffery Abun
Telefon : +6016 307 9795


Ulasan