Langkau ke kandungan utama

Kombuutan Camping & Nature Trails

Kombuutan Camping & Nature Trails merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk aktiviti perkhemahan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang begitu cantik dan indah berhadapan lokasi tapak perkhemahan ini. Dari sini anda akan dapat lihat dengan begitu jelas Gunung Kinabalu terutamanya bila cuaca cerah dan tidak ada kabus tebal, tempat ini terletak di daerah Ranau iaitu lebih kurang 30 km atau kira-kira 50 minit perjalanan menaiki kereta dari Bandar Ranau, manakala jika dari Kota Kinabalu pula jarak perjalananya adalah lebih kurang 93 km atau kira-kira 2 jam perjalanan menaiki kenderaan untuk sampai ke sini.

KOMBUUTAN CAMPING


Kredit gambar : Kombuutan


Kredit gambar : Kombuutan


Kredit gambar : Kombuutan


Kredit gambar : Kombuutan

Kombuutan Camping & Nature Trails merupakan salah satu tempat yang menarik di Ranau untuk orang ramai kunjungi khususnya buat mereka yang berminat dengan aktiviti perkhemahan dengan pemdangan Gunung Kinabalu yang berdiri megah, cantik dan indah berhadapan lokasi tapak perkhemahan, tempat ini adalah mesra keluarga jadi anda boleh datang ke sini bersama ahli keluarga tidak kira tua atau muda dan boleh juga kalau mahu datang bersama rakan-rakan, boleh datang beramai-ramai ke tempat ini agar ianya menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan sepanjang berada di sini. Sekiranya anda adalah seorang peminat aktiviti berkhemah dan ingin mencari lokasi perkhemahan yang begitu menakjubkan bolehlah mempertimbangkan memilih tempat ini sebagai lokasi percutian anda seterusnya apabila ada kelapangan masa tidak kira anda adalah penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri ini dan mencari tempat untuk bercuti dengan berkhemah. Lokasi tempat berkhemah ini tidaklah terletak jauh dikawasan yang terpencil tetapi dengan kedudukannya yang boleh dikira jauh dari bandar menjadikan suasana di sini agak aman dan tenang sesuai untuk berkhemah dan berehat dengan keadaan yang lebih menenangkan sambil melihat keindahan alam semulajadi yang ada dihadapan anda yang terbentang luas dengan hutan yang subur tumbuh dan menghijau serta keindahan gunung ganang termasuklah Gunung Kinabalu. tempat ini terletak di daerah Ranau iaitu lebih kurang 30 km atau kira-kira 50 minit perjalanan menaiki kereta dari Bandar Ranau, manakala sekiranya anda datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jarak perjalananya adalah lebih kurang 93 km atau pun kira-kira 2 jam perjalanan menaiki kenderaan untuk sampai ke tempat ini. Sebelum datang ke tempat ini adalah lebih baik untuk hubungi pihak pengurusan di sini terlebih dahulu untuk memastikan tempat ini buka untuk aktiviti perkhemahan pada tarikh dan masa yang anda pilih untuk datang dan bolehlah terus sekali buat tempahan awal tapak perkhemahan, lebih-lebih lagi sekiranya anda datang dalam kumpulan yang ramai dan ketika musim cuti, ini adalah agar mudah pihak pengurusan tempat ini menyimpankan tapak perkhemahan untuk kumpulan anda.
 
Sebelum ini jalan masuk ke tempat ini lebih sesuai jika memandu kenderaan besar atau yang tinggi, tapi tidak pasti sekiranya sekarang ini boleh memandu kenderaan kecil masuk ke sini, terutamanya apabila musim hujan, untuk lebih kepastian anda boleh hubungi pihak pengurusan tempat ini untuk bertanyakan keadaan jalan sebelum datang. Anda tidak perlu risau jika datang ke sini sebab banyak juga kemudahan yang telah disediakan agar dapat memudahkan dan memberikan keselesaan kepada para pengunjun bila mereka berada di sini tidak kira berapa hari pun, dengan adanya kemudahan ini akan membolehkan lagi pengunjung meluangkan lebih masa di sini dan tidak perlu risau sepanjang mereka berada di tempat ini. Antara kemudahan yang ada adalah tapak perkhemahan yang luas dan terletak menghadap ke arah satu pemandangan yang cukup indah dan menakjubkan iaitu pemandangan Gunung Kinabalu, dari sini anda dapat melihat dengan begitu jelas Gunung Kinabalu terutama sekali jika pada waktu itu cuaca cerah dan tidak ada kabus yang tebal. Tempat ini sering menjadi pilihan orang ramai untuk aktiviti perkhemahan terutamanya ketika musim cuti sama ada cuti hujung minggu atau cuti umum, oleh itu adalah lebih baik sekiranya anda dapat membuat tempahan lebih awal untuk tapak berkhemah agar memudahkan pihak di sini menyimpankan kawasan tapak untuk anda dan menyediakan keperluan lain yang mungkin anda perlukan, lebih-lebih lagi kalau anda ke sini dalam satu kumpulan yang ramai. Kawasan tapak untuk perkhemahan di sini adalah rata dan mempunyai rumput yang tebal, jadi ianya tidak akan membuatkan rasa tidak selesa atau sakit badan apabila baring dalam khemah sepanjang berada di sini. Kemudahan khemah pun ada juga disediakan di sini yang boleh anda sewa sekiranya tidak mempunyai khemah anda sendiri, dan anda boleh buat pilihan jenis khemah sesuai untuk kumpulan anda yang dilengkapi sekali dengan bantal. Tetapi untuk sewa khemah ni pun rasanya lebih baik juga kalau buat tempahan lebih awal agar anda dapat jenis khemah yang dimahukan, lagi pun seperti yang dinyatakan di atas tempat ini sering jadi tumpuan orang berkhemah jadi takut sekiranya khemah yang ada tidak mencukupi jumlah permintaan dan menyebabkan anda tidak sempat untuk menyewa khemah tersebut, oleh itu lebih baik membuat tempahan awal agar dapatlah pihak di sini menyimpankannya untuk kumpulan anda nanti.


Di sini juga ada kemudahan tandas dan bilik mandi yang disediakan untuk kegunaan para pengunjung yang datang berkhemah dan tandas serta bilik mandi ini dijaga dengan baik dan bersih, oleh itu apabila anda menggunakannya pastikan tidak merosakkan atau membuang sampah ke dalamnya terutama sekali jangan membuang sampah ke dalam lubang tandas sebab ianya akan menyebabkan tandas tersebut jadi tersumbat seterusnya akan menyukarkan anda dan orang lain menggunakannya, pastikan juga sentiasa tutup pili air dengan rapat selepas menggunakan agar tidak adalah berlakuknya pembaziran air, bilik mandi juga dilengkapi dengan pancuran air mandi yang mana ianya akan lebih memudahkan sekiranya anda ingin mandi di bilik mandi tersebut. Dapur gas juga ada disediakan untuk para pengunjung yang mahu memasak di sini ini, tapi pastikan anda membawa semua barangan untuk memasak termasuklah makanan basah yang ingin di masak, untuk peralatan makanan seperti sudu, gelas dan pinggan bolehlah buat pertanyaan terlebih dahulu dengan pihak di sini sekiranya mereka ada sediakan, jika tidak ada pun tidak mengapa sebab anda boleh membawa sendiri dari rumah atau beli saja jenis yang pakai buang tu agar tidak perlu lagi penat mencuci di sini nanti, tapi kalau mahu mencuci pun tidak jadi masalah sebab di sini pun ada sinki untuk anda mencuci pinggan tersebut tapi jangan buang sisa makanan yang ada ke dalam lubang sinki tersebut agar ia tidak tersumbat, sebaliknya simpan sisa makanan tu dalam plastik atau apa juga bekas kemudian buanglah ke dalam tong sampah yang telah pun disediakan di sini agar tempat ini sentasa kelihatan dalam keadaan yang bersih dan cantik. Kemudahan lain ialah tempat letak kereta yang luas dan percuma buat anda yang ke sini dengan memandu kenderaan sendiri, tapi pastikan letak kereta anda dengan baik agar tidak mengganggu laluan kereta lain yang mungkin baru masuk atau mungkin juga ada kereta yang mahu keluar, tempat letak kereta pun berhampiran dengan kawasan anda berkhemah atau buat aktiviti perkhemahan di sini, jadi tidak perlulah risau.

Peti sejuk pun ada tetapi tidak pasti bolehkah anda menyimpan makanan basah di situ, anda boleh buat pertanyaan terlebih dahulu sebelum datang, kalau tidak boleh maka anda perlulah bawa sendiri tempat untuk menyinpan makanan basah agar tidak mudah rosak terutama sekali jika anda bercadang mahu ke sini berkhemah lebih dari sehari atau semalam. Sebenarnya kalau anda mahu ke sini tetapi tidak mahu berkhemah pun boleh juga sebab ada pilihan untuk anda menyewa kabin, pemandangan dari kabin ini pun cantik juga sebab menghadap ke arah Gunung Kinabalu juga dan dilengkapi dengan pelbagai lagi kemudahan lain iaitu seperti dapur, katil, tilam, bantal, tandas, bilik mandi, penyaman udara, tv, kerusi, meja dan pelbagai beberapa lagi kemudahan lain, setiap kabin ni biasanya boleh memuatkan sehingga 4 orang dalam satu-satu masa. Dapur di kabin ni dilengkpai dengan dapur gas dan kemudahan peralatan memasak dan peralatan untuk makan, oleh itu anda hanya perlu datang membawa pakaian lebih dan barang untuk di masak nanti. Jumlah kabin adalah terhad jadi kalau anda bercadang ke tempat ini serta mahu sewa kabin maka perlulah terlebih dahulu membuat tempahan dengan menghubungi terus pihak pengurusan Kombuutan Camping & Nature Trails sama ada guna telefon atau boleh whatsapp mereka. Apa pun pilihan anda sama ada menginap di kabin atau berkhemah ianya tidak menjadi masalah sebab kedua-duanya menyajikan satu percutian yang menarik dan menyeronokkan apatah lagi dengan adanya pemandangan yang begitu menakjubkan dari tempat ini. Di bawah ini adalah antara ringkasan beberapa kemudahan yang ada disediakan di sini 

Kemudahan :

01. Kabin
02. Tapak berkhemah
03. Khemah sewa
04. Tilam
05. Selimut
06. Bantal
07. Tandas kabin
08. Dapur gas
09. Tandas luar
10. Kipas angin
11. Air bersih
12. Peti sejuk
13. Soket
14. Elektrik
15. Alat memasak
16. Alat untuk makan
17. Televisyen
18. Singki
19. Kerusi dan meja
20.
Tempat letak kereta

Walaupun terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan tetapi anda pun boleh juga sekiranya ingin membawa beberapa barangan keperluan lain terutamanya bagi yang mahu ke sini berkhemah, ini adalah agar dapat memudahkan anda sepanjang berada di tempat ini berkhemah mengikut keperluan berapa lama anda bercadan berada di sini, selain itu dengan membawa beberapa barangan keperluan ini dapat juga menjimatkan sedikit kos perbelanjaan anda. Di bawah ini merupakan antara barangan kerperluan yang dirasakan boleh anda bawa ke sini, tetapi ini adalah adalah cadangan saja, sebab ianya terpulang pada anda sendiri apa barangan yang dirasakan perlu untuk di bawa mengikut kesesuaian dan keperluan anda sekeluarga atau dengan rakan-rakan dan barangan keperluan ni bergantung juga jika anda ke sini berkhemah atau tinggal di kabin

Barang perlu bawa :

01. Khemah sendiri

02. Pakaian lebih
03. Makanan basah
04. Peralatan makan
05. Barang masakan
06. Kamera
07. Lampu suluh
08. Pisau lipat
09. Tali jika perlu
10. Bantal tidur
11. Selimut tidur
12. Beg tidur
13. Penghalau nyamuk
14. Sejadah solat
15. Telekung solat
16. Kerusi berkhemah
17. Baju sejuk
18. Pemetik api
19. Powerbank
20. Duit poket
21. Ubat peribadi
22. Kipas usb
23. Lampu usb
24. Peralatan memasak
25. Bekas simpan makanan

Di sini lebih kepada tempat untuk bercuti dan berehat dengan berkhemah atau menyewa kabin sambil melihat alam semulajadi yang cantik dan indah dan keindahan Gunung Kinabalu dengan suasana yang begitu aman dan tenang jauh dari kesibukan bandar bersama ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Untuk aktiviti berkhemah di sini digalakkan untuk anda membawa khemah sendiri agar ia lebih memudahkan anda tanpa perlu risau kekurangan khemah untuk disewa, selain itu kalau ada khemah sendiri dapatlah juga jimatkan kos perbelanjaan anda. Memang seronok dapat melakukan aktiviti perkhemahan di sini tidak kiralah anda datang bersama keluarga atau rakan sebab selain daripada keindahan alam semulajadi di sini udaranya lebih bersih dan segar dan cuacanya juga lebih sejuk, selain itu pemandangan matahari terbit dan terbenam dari tempat ini juga sangat indah dan memukau mata, tetapi rasanya yang menarik ialah ketika matahari terbit yang mana anda dapat melihat indahnya matahari yang terbit dari celahan gunung ganang, oleh itu pastikan anda bangun awal untuk melihat sendiri keindahan ini.

Waktu operasi :
Sentiasa buka

Bayaran masuk :
Buat tempahan

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai harga terkini atau sekiranya anda ingin buat tempahan
awal bolehlah terus sahaja menghubungi Kombuutan Camping & Nature Trails seperti alamat yang tertera di bawah ini :

Hubungi :
Kombuutan Camping
& Nature Trails
Bundu Tuhan,
89300, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6017 773 5774
Website FB : Kombuutan


Ulasan