Kondis Point merupakan salah satu tempat menarik di Sabah, juga salah satu tempat yang sesuai untuk orang ramai kunjungi untuk berkelah, berekreasi dan berkhemah dan lain-lain lag, tempat ini adalah mesra keluarga jadi sesuai untuk anda membawa ahli keluarga atau datang bersama rakan-rakan dan bagi cikgu sekolah atau kolej pun sangat sesuai membawa pelajar ke sini untuk melakukan pelbagai aktiviti sambil belajar. Tempat ini terletak lebih kurang 4.4 km atau kira-kira 7 minit sahaja perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kiulu, Sabah.
KONDIS POINT

Kondis Point merupakan salah satu tempat menarik
di Kota Kinabalu yang boleh dikunjungi oleh orang ramai dan dijadikan sebagai salah satu lokasi percutian ketika ada masa cuti seperti musim cuti sekolah atau cuti dihujung minggu, kalau anda ingin mencari lokasi percutian dengan yang bertemakan alam semulajadi dan suasana yang tenang jauh dari kesibukan bandar bolehlah memilih untuk menjadikan tempat ini sebagai tempat percutian anda seterusnya pada kali ini. Terpulang pada anda sama ada ke sini untuk lawatan sehari sahaja atau pun anda mahu luangkan masa cuti dengan bermalam di tempat ini dan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga atau rakan-rakan. Tempat ini sangat sesuai untuk beriadah atau rekreasi lebih-lebih lagi lokasinya yang berhampiran dengan sungai yang mengalir bersih, sejuk dan segar, bagi peminat aktiviti berkhemah mungkin boleh memilih lokasi ini untuk perkhemahan bersama kumpulan anda sambil mengadakan aktiviti untuk memeriahkan lagi percutian anda di tempat ini yang terletak di Kiulu iaitu sebuah pekan kecil yang terdapat di dalam daerah Tuaran, Kondis Point terletak lebih kurang 4.4 km atau kira-kira 7 minit saja perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kiulu, kalau anda datang dari Bandaraya Kota Kinabalu pula jarak perjalananya adalah sekitar 45 km dengan mengambil masa selama lebih kurang 1 jam untuk sampai ke sini. Landskap tempat ini memang cantik dan bersih oleh sebab itu tidak hairanlah tempat ini selalu dipenuhi orang ramai ketika ada cuti terutama sekali ketika hujung minggu dengan ada yang untuk lawatan sehari sahaja dan ada yang ambil peluang untuk bercuti di sini sekurang-kurangnya satu malam untuk berehat setelah penat bekerja sehari-hari sambil merasai suasana ketenangan di tempat ini dengan pemandangan alam semulajadi yang sejukkan mata apabila memandangnya. Terpulang pada anda mahu bermalam atau pun tidak yang penting boleh cuba datang dahulu ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan melakukan pelbagai aktiviti yang telah di sediakan oleh pihak pengurusan untuk para tetamu yang datang.
Kalau yang tinggal disekitar daerah Kota Kinabalu, Tuaran dan Tamparuli mungkin bolehlah ke tempat ini bila ada kesempatan masa, begitu juga kepada mereka yang datang dari luar daerah di negeri ini dan juga pelancong dari dalam dan luar negara yang bercuti ke Sabah khususnya ke Kota Kinabalu bolehlah luangkan masa untuk datang ke sini berkelah, rekreasi atau pun berkhemah. Memang tidak rugi datang ke tempat ini sebab bayaran masuk dan sewa peralatan yang ada pun sangat murah dan berpatutan, dan yang lebih menarik adalah pemilik tempat sekeluarga sangat peramah kepada semua tetamu mereka tidak kira anda berasal dari mana sekali pun, jadi sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi dan bertanya dengan mereka sebelum anda berangkat datang kemari. Untuk memberikan kemudahan kepada para pengunjung maka pemilik tempat ini telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada pengunjung agar mereka sentiasa rasa dihargai dan juga rasa selesa sepanjang berada di tempat ini bercuti tidak kira bermalam atau pun tidak, antara kemudahan yang disediakan adalah seperti pondok yang boleh disewa untuk kegunaan anda sekeluarga dan setiap pondok ini pula dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain seperti tempat bbq yang boleh anda gunakan untuk masak sekiranya ingin memasak makanan sendiri di sini atau pun sekiranya anda bermalam, di pondok juga ada disediakan meja, pili air dan juga tong sampah oleh itu sekiranya anda ada memasak pastikanlah setiap sisa plastik atau sisa makanan tu dibuang dalam tong sampah yang disediakan dan jangan buang merata-rata tempat, ini adalah agar dapat memastikan tempat ini sentiasa bersih sekaligus dapat tarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang ke sini sebab kalau tempat menarik tapi kotor memang sukar juga untuk menarik orang datang, jadi bersamalah menjaga kebersihan tempat ni sepanjang anda berada di sini tidak kira siang atau malam. Untuk sambung elektrik ke pondok boleh minta dengan pemilik tapi akan dikenakan bayaran sebanyak lebih kurang RM30 tanpa had dan anda boleh gunakan untuk cas apa saja seperti telefon, laptop, kamera dan sebagainya, kira berbaloilah juga sebab boleh gunakan bersama keluarga atau rakan-rakan yang lain.
Pondok yang ni tidak banyak, ada pondok yang saiznya besar dan kecil sedikit dengan jumlah bayaran yang berbeza, kalau yang pondok besar boleh menampung sehingga 10 orang dalam satu masa, tapi bagi pondok yang kecil sikit tu pula hanya dapat menampung sehingga 4 atau 5 terpulang pada keadaan oleh itu jika anda bercadang datang ke sini dalam kumpulan yang ramai maka adalah sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal dengan menghubungi pihak pengurusan atau pemilik tempat ini agar mereka dapat memastikan adanya kekosongan tempat sekaligus menyimpan pondok tersebut dan buat persiapan segala apa yang diperlukan untuk kumpulan anda nanti. Kedudukan pondok ini juga sangat menarik sebab ia berada berhadapan dengan sungai, jadi pemandangan anda memang ke arah sungai yang mengalir jernih dan bersih. Sekiranya anda tidak mahu menyewa pondok ni anda boleh menyewa tapak perkhemahan untuk berkhemah bersama keluarga atau rakan, lagi pun seronok juga kalau dapat berkhemah di sini lebih-lebih lagi bagi yang bermalam sebab dapat berkhemah beramai-ramai bersama. Kalau berkhemah pun ada juga kemudahan untuk masak bbq jadi anda tidak perlu risau yang penting sediakan sahaja barang makanan yang hendak di masak nanti sebab rasanya di sini mereka tidak ada jual makanan basah untuk di masak bbq dan pastikan juga sekiranya anda bercadang untuk berkhemah buatlah tempahan terlebih dahulu sebelum datang ke tempat ini agar lebih memudahkan pihak pemilik tempat ini, lagi pun ianya untuk memastikan ada kekosongan tapak perkhemahan untuk kumpulan anda nanti di sini. Untuk kemudahan arang bagi tujuan bbq pula anda bolehlah hubungi dan bertanya terlebih dahulu pemilik tempat ini sekiranya mereka ada menjual arang tersebut, sekiranya ada adalah baik beli di sini saja nanti sebaliknya jika tidak ada maka anda hendaklah membeli terlebih dahulu dari tempat anda dan membawanya bersama ketika datang berkunjung ke sini, arang ni biasanya tidak mahal cuma dalam beberapa ringgit saja jadi anda perlu bawa sedia duit poket jika ingin membeli atau membayar apa-apa yang diperlukan untuk disewa.
Bagi yang datang dengan memandu kenderaan sendiri, di sini juga ada disediakan kawasan tempat letak kereta yang berhampiran dengan tempat ini dan mudah untuk melihat serta menjaganya tanpa perlu rasa risau, pihak pengurusan di sini pun sudah pasti akan turut memantau keselamatan setiap kereta para pengunjung yang datang Kemudahan lain yang telah disediakan di sini ialah tandas dan bilik mandi, kedua-duanya kemudahan ini memang sangat penting untuk tempat berkelah seperti di sini agar ianya dapat memudahkan setiap pengunjung yang ingin menggunakannya tanpa perlu pergi jauh mencari tandas. Tetapi diharapkan para pengunjung pun turut sama menjaga kemudahan ini terutama sekali tandas, pastikan anda tidak buang sampah ke dalam lubang tandas yang boleh menyebabkan tandas itu tersumbat dan rosak seterusnya menyukarkan orang lain untuk menggunakannya, oleh itu sama-samalah bertimbang rasa ketika menggunakan setiap apa kemudahan yang disediakan khususnya tandas dan bilik mandi tersebut. Kemudahan seterusnya yang ada disediakan ialah peralatan untuk aktiviti di sungai seperti jaket keselamatan, perahu kayak, rakit, pelampung dan lain-lain lagi, tidak pasti lagi sekiranya setiap kemudahan peralatan untuk aktiviti sungai ini ada dikenakan bayaran atau pun tidak jadi ketika membuat tempahan ke sini anda bolehlah terus bertanya bayaran untuk kemudahan tersebut itu pun sekiranya anda ingin melakukan aktiviti sukan di sungai seperti di atas tadi, tapi kalau ada bayaran pun rasanya tidaklah mahal sangat. Walaupun tempat ini agak jauh daripada kawasan pekan atau bandar tetapi perkhidmatan liputan talian telefon tetap ada yang mana ianya akan membolehkan anda untuk sentiasa berhubung dengan ahli keluarga dan rakan lain di luar sana sekaligus berkongsi gambar kegembiraan percutian anda di sini kepada mereka agar dapat menarik minat mereka datang ke sini suatu hari nanti bila ada kelapangan masa. Di bawah ini adalah antara beberapa barangan keperluan yang boleh anda bawa apabila bercadang untuk datang ke sini khususnya bagi mereka yang ingin ke sini dan bermalam, ini bertujuan agar apabila berada di sini ianya akan lebih memudahkan sepanjang anda berada di tempat ini :
Barang di bawa :
01. Khemah
02. Kamera/video kamera
03. Pakaian lebih
04. Pakaian mandi
05. Arang bbq
06. Pisau lipat
07. Lampu suluh
08. Makanan bbq
09. Bekas simpan makanan
10. Powerbank
11. Pengecas telefon
12. Pengecas kamera
13. Penghalau nyamuk
14. Bantal
15. Selimut
15. Beg tidur
16. Tikar duduk
17. Duit poket
18. Alat memasak
19. Ubat peribadi
20. Sejadah
21. Telekung Solat
22. Piring, gelas, sudu
23. Berdoa
Kalau anda rasa ada lagi barang yang perlu di bawa, maka bolehlah bawa sahaja yang penting tidak ada kekurangan bila berada di sini nanti. Untuk pakaian mandi di sungai tu sebaiknya yang menutup aurat khususnya bagi yang muslim sebab sungai ini kawasan terbuka dan memang akan ada ramai orang yang berada di sungai tersebut mandi dan melakukan pelbagai aktiviti lain di sungai, selain itu boleh juga bawa kompas untuk melihat arah kiblat bagi yang muslim agar mudah untuk anda menentukan arah kiblat dan menunaikan solat serta jangan lupa juga bawa sejadah dan telekung bagi wanita. Bagi anda yang ke sini dan bercadang untuk masak bbq tidak kira anda ke sini untuk lawatan sehari saja atau pun bermalam bawalah bekas untuk simpanan makanan basah yang anda ingin masak bbq nanti agar ianya lebih tahan lama contoh boleh guna polisterin. Yang penting jangan lupa untuk bawa duit poket ya bila ke sini sebab untuk membayar bayaran masuk dan juga bayaran lain untuk kemudahan yang ingin anda gunakan sepanjang berada di sini. Kemudahan lain yang ada di tempat ini adalah karaoke tetapi biasa ia mengikut permintaan daripada pengunjung juga sebab kadang tu ada yang mahukan suasana yang lebih tenang dan sunyi agar mereka dapat berehat di tempat ini dengan lebih aman dan tenteram.
Tempat ini menawarkan pelbagai akiviti menarik yang boleh dilakukan oleh para pengunjung apabila datang ke sini tidak kira bermalam atau pun tidak, antara aktiviti yang ada ialah perkhemahan di tapak berkhemah yang telah disediakan dan tapak perkhemahan juga berada tidak jauh dari sungai yang sudah pasti memberikan pemandangan yang menarik ditambah lagi persekitaran di sini yang dikelilingi oleh tumbuhan menghijau memberikan udara yang lebih segar dan bersih. Sekiranya anda bercadang ke sini dan berkhemah sebaiknyalah anda membuat tempahan lebih awal untuk memastikan ada kekosongan tempat pada waktu dan tarikh yang dipilih sekaligus memudahkan pengurusan di sini menyimpankan tapak perkhemahan dan menyediakan apa-apa yang patut untuk kumpulan anda nanti, ini termasuk juga jika kumpulan anda ada yang ingin menyewa pondok untuk bermalam sebab mungkin mereka tidaklah biasa menggunakan khemah. Agar lebih menjimatkan kos, adalah digalakkan anda membawa khemah sendiri dari rumah dan begitu juga dengan peralatan perkhemahan lain yang mungkin tidak ada diberi atau disediakan ditempat ini. Kalau sudah berkhemah adalah lebih menarik dengan membuat aktiviti masak bbq, tempat untuk buat aktiviti bbq ni pun ada disediakan jadi anda hanya perlu membawa alatan dan juga barang makanan basah yang hendak di masak nanti, seronok bila dapat berkhemah kemudian memasak bbq seterusnya makan bersama beramai-ramai di sini terutama sekali lebih menyeronokkkan jika bermalam sambil bercerita kenangan masing-masing tidak kira kenangan lama mahu pun cerita kenangan percutian ditempat ini yang sudah pasti ianya akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaran antara keluarga atau tali persahabatan antara kalian, dengan adanya paip air berhampiran dengan tempat bbq akan memudahkan lagi anda melakukan aktiviti ini seperti untuk memasak, mencuci pinggan dan gelas yang sudah dipakai dan lain-lain lagi.
Aktiviti mandi di sungai juga merupakan antara aktiviti yang begitu menarik di sini dan untuk aktiviti mandi di sungai ini anda perlulah sentiasa berhati-hati sebab arus sungai kadang laju jadi mungkin tidak berapa sesuai untuk yang baru belajar berenang terutamanya kanak-kanak, mungkin kanak-kanak boleh mandi di tepi sikit yang tidak dalam dan arusnya tidak laju tetapi biarpun begitu ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan anak-anak mereka ketika berada di kawasan sungai, ini adalah untuk menjamin keselamatan mereka lebih terjaga. Anda juga haruslah berhati-hati apabila berada di tepi sungai dan di dalam sungai sebab banyak batuan yang mungkin agak licin yang boleh menyebabkan anda tergelincir apabila tersalah pijak, oleh itu sentiasalah berhati-hati sepanjang anda berada di sungai agar anda dan keluarga anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Di sungai ada juga dibuat aktiviti water rafting yang sesuai untuk orang dewasa kerana arus sungai yang laju tidak berapa sesuai untuk membawa anak bersama ketika melakukan aktiviti ini, apa pun ianya mungkin ikut keadaan air kalau tidak terlalu deras mungkin dibenarkan tetapi kalau air sungai laju rasanya tidak akan dibenarkan. Ramai yang melakukan aktiviti water rafting ini apabila datang kemari khususnya mereka yang datang ke sini bersama rakan sekerja, rakan sekampung mahu pun dari pertubuhan dan persatuan tertentu termasuklah dari kalangan jabatan kerajaan yang datang untuk merasai sendiri aktiviti ini bersama rakan-rakan, pelancong yang datang dari luar negara untuk aktiviti ini pun ada juga tetapi tidaklah terlalu ramai dan ianya mengikut musim juga dan pakej yang mereka ambil dengan ejen pelancongan. Untuk aktiviti water rafting ini akan ada dikenakan bayaran setiap orang dan anda juga perlu untuk membuat tempahan terlebih dahulu iaitu sebaiknya sebelum datang ke tempat ni dan beritahu tarikh bila anda datang dan juga berapa ramai kumpulan anda yang datang untuk aktiviti tersebut, ini adalah agar pihak pengurusan di sini dapatlah menyediakan semua peralatan yang diperlukan untuk aktiviti ini nanti.
Aktiviti seterusnya yang boleh anda lakukan bila ke sini ialah mendaki bukit untuk menaiki jambatan gantung yang terdapat di tempat ini yang menyajikan satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan sudah pasti akan membuatkan anda rasa tertarik, untuk menaiki jambatan gantung ini tidak pastilah jika ada bayaran dikenakan atau pun tidak ada dan ketika naik tu sebaiknya jangan terlalu ramai orang dalam satu masa. Kadang kala terdapat juga beberapa aktiviti lain yang dianjurkan oleh pihak Kondis Point dengan kerjasama beberapa persatuan lain, contohnya macam kursus asas abseiling yang boleh anda ikut jika kebetulan bercadang ke sini, oleh itu anda bolehlah semak di laman sosial mereka seperti fb untuk mengetahui program atau aktiviti lain yang dijalankan di tempat ini. Untuk anda yang mahu datang ke sini sebaiknya anda memandu kereta sendiri sebab susah mendapatkan pengangkutan awam atau perkhidmatan e-hailing untuk pergi dan balik dari tempat ini, lagi pun sekiranya ada kereta sendiri mudah untuk anda membawa segala barang keperluang yang ingin digunakan ketika berada di tempat ini nanti, lagi pun ada juga kawasan untuk letak kereta anda yang terletak berhampiran saja, selain itu bila anda memandu kereta sendiri ke sini mudah untuk menguruskan perjalanan pergi dan balik dari sini dan juga untuk pergi membeli barang sekiranya ada kekurangan.
Waktu operasi :

Isnin - Jumaat : 7 pagi - 5 petang
Sabtu : Tutup
Ahad : 7 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
RM5.00 : Dewasa
RM3.00 : Kanak-kanak
Bayaran masuk di atas tadi ini tidak termasuk bayaran untuk sewa kemudahan dan peralatan yang anda ingin gunakan bila berada di sini contohnya sewa tapak perkhemahan, sewa pondok, aktiviti rakit dan sebagainya. Untuk pertanyaan, membuat tempahan dan maklumat lebih lanjut bolehlah hubungi pihak Kondis Point di alamat di bawah ini :
Hubungi :

Kondis Point
Kg. Gamut, Poturidong
P.O.Box 78, Kiulu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6013 876 3878
Web Fb : Kondis Point
Kg. Gamut, Poturidong
P.O.Box 78, Kiulu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6013 876 3878
Web Fb : Kondis Point
Ulasan
Catat Ulasan