Konunukan Garden & Camping merupakan salah satu tempat menarik di Negeri Sabah khususnya di daerah Kundasang untuk anda menjadikannya sebagai tempat percutian pada kali ini yang mana tempat ni mempunyai pemandangan yang cukup cantik dan tempat ini terletak di Kundasang, Sabah iaitu lebih kurang 8.8 km atau kira-kira 15 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kundasang.
KONUNUKAN GARDEN & CAMPING
Kredit gambar : Konunukan
Kredit gambar : Konunukan
Konunukan Garden & Camping merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dijadikan pilihan sebagai tempat percutian anda sekiranya datang berkunjung serta bercuti ke daerah Kundasang atau pun daerah Ranau. Tempat ni adalah sebuah kawasan penginapan yang juga mempunyai kawasan tapak perkhemahan untuk para tetamu yang ingin datang untuk berkhemah, lokasinya adalah sedikit masuk ke dalam hutan dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan yang hidup segar menghijau. Konunukan Garden & Camping ni terletak di Kampung Tenompok, Bundu Tuhan, Kundasang iaitu lebih kurang 8.8 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dari Pekan Kundasang, kalau dari Bandar Ranau pula jaraknya adalah sekitar lebih kurang 22 km atau kira-kira 33 minit perjalanan, manakala jika anda dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula memang lama sikit sebab akan memakan masa selama 1 jam 40 minit perjalanan menaiki kenderaan dengan jarak lebih kurang 90 km. Perkataan Konunukan yang digunakan untuk nama tempat ni adalah bersempena nama pokok beringin yang banyak tumbuh di sekitar tempat ini, yang mana 'nunuk' panggilan daripada masyarakat Dusun untuk pokok beringin. Dengan kedudukan tempat ini yang berada di atas kawasan tanah tinggi, maka cuaca di sini adalah sangat sejuk terutama sekali pada waktu malam hari atau awal pagi dan juga ketika musim hujan yang mana suhunya boleh serendah 10 darjah celsius. Tapi apa yang menarik apabila anda datang ke sini beructi ialah anda mungkin berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi keindahan suasana atau pemandangan ketika matahari terbit yang muncul disebalik celahan Gunung Kinabalu pada waktu pagi sekiranya cuaca pada masa itu adalah cerah.
Kemudahan penginapan yang ada di tempat ini adalah jenis studio dan ia dapat memuatkan sehingga 5 orang dalam satu-satu masa dan terdapat 8 kemudahan rumah penginapan yang disediakan di sini untuk para tetamu pilih jika datang ke sini bercuti dan agar dapat memberikan keselesaan kepada para tetamu maka pihak pengurusan di sini telah menyediakan beberapa kemudahan atau kelengkapan dalam setiap bilik, antara kemudahan yang disediakan pada setiap bilik atau studio ialah seperti televisyen dengan siaran astro, ruangan dapur memasak, ruang tamu, bilik mandi, tandas, soket untuk anda cas telefon, kelengkapan bilik mandai serta kelengkapan tandas, meja tulis dan kerusi di dalam studio dan juga di balkoni untuk anda duduk lepak, almari pakaian, penghawa dingin dan lain-lain lagi kemudahan. Kalau anda tidak mahu menginap di kemudahan penginapan jenis studio ni, anda bolehlah pilih sama ada ingin tinggal di penginapan jenis asrama yang mana katilnya adalah yang jenis 2 tingkat, jadi rasanya sesuai jika anda datang ke sini dengan satu kumpulan yang ramai, atau kalau anda tidak mahu menginap di penginapan studio ni mungkin bolehlah memilih untuk berkhemah sahaja di kawasan atau tapak perkhemahan yang telah disediakan khas di sini, biasanya harga kalau berkhemah murah saja iaitu dalam RM30 sahaja untuk satu malam. Anda boleh tanya pihak pengurusan di sini sekiranya mereka ada menyediakan khemah, kalau tidak ada maka anda perlulah bawa sendiri khemah dari rumah, tapak perkhemahan tu anda boleh pilih sama ada yang berhampiran dengan penginapan studio atau pun mahu berkhemah di tapak yang baru saja dibuka berhampiran sikit dengan kawasan hutan. Apa pun terpulang pada anda mahu menginap dan bermalam di mana sama ada di studio atau pun dengan berkhemah sahaja.
Bagi yang memilih untuk berkhemah di sini, anda tidak perlu risau sebab di sini terdapat juga beberapa kemudahan yang telah disediakan di kawasan umum yang boleh anda gunakan dan antara kemudahan di kawasan umum ni ialah tandas umum, bilik mandi umum, dan juga dapur untuk anda memasak. Kalau musim cuti seperti cuti hujung minggu biasanya kemudahan di kawasan umum ni selalu penuh sebab ramai orang yang menginap di sini dan kalau ramai kadang tu jika orang yang menginap dalam satu studio tu ramai maka mereka pun ada yang menggunakan kemudahan umum ini, jadi anda perlu bersabar untuk menunggu giliran sekiranya pada masa tersebut memang ramai orang. Untuk tapak perkhemahan memang ianya adalah tempat yang sesuai kerana rumputnya yang lembut serta tidak ada batu dan juga lumpur serta mempunya pemandangan ke arah alam semulajadi termasuklah Gunung Kinabalu yang begitu indah sekali. Sekiranya anda bercadang datang bercuti ke sini berkhemah sebaiknya anda membuat beberapa persiapan seperti membawa barang keperluan untuk tidur, makan, minum, dan sebagainya. Kemudahan lain yang ada di Konunukan Garden & Camping ni ialah internet wifi secara percuma yang boleh para tetamu gunakan, dengan adanya kemudahan internet dapatlah juga anda kekal berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan lain dan dapat berkongsi gambar anda bercuti di sini kepada mereka dengan memuat naik gambar tersebut ke dalam media sosial anda yang mungkin akan dapat menarik mereka untuk datang ke sini juga suatu hari nanti. Selain itu dengan ada kemudahan internet ni juga ianya mungkin dapat juga membantu bagi tetamu yang mempunyai pekerjaan untuk di siapkan menggunakan internet atau mungkin untuk membuat mesyuarat secara dalam talian, jadi cuti anda di sini lebih berjalan dengan lancar.
Tempat ni berada di kawasan tanah tinggi dan hampir dengan kawasan hutan jadi mungkin tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, lagi pun biasa orang ke sini adalah untuk berehat sambil melihat keindahan pemandangan alam semulajadi termasuklah keindahan pemandangan Gunung Kinabalu dan juga keindahan suasana ketika matahari terbit dan juga matahari terbenam. Aktiviti yang mungkin anda boleh buat bila ke sini ialah berkhemah di tapak perkhemahan yang telah disedikan khas untuk aktiviti ini, tetapi sekiranya anda memang mahu ke sini untuk berkhemah sebaiknya anda membawa khemah sendiri agar lebih menjimatkan masa dan membuat tempahan lebih awal untuk tapak perkhemahan itu sebab di sini selalu menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti tidak kira sama ada mereka yang datang dari dalam negeri ini, atau pun pelancong dari dalam dan luar negara terutama sekali ketika musim cuti sama ada musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu. Jadi kalau anda sudah buat tempahan awal dapat juga pihak pengurusan di sini simpankan kawasan tapak perkhemahan untuk anda atau kumpulan anda. Kalau anda tidak mempunyai khemah sendiri, boleh bertanya pihak Konunukan sekiranya mereka ada menyediakan kemudahan sewa khemah, kalau tidak ada maka anda perlulah beli sendiri. Apa pun jika anda merancang untuk berkhemah pastikan bawa barang-barang yang diperlukan untuk perkhemahan itu nanti, antara barang yang perlu di bawa ialah seperti :
Barang perlu bawa :
01. Khemah
02. Makanan untuk masak
03. Minuman
04. Baju tebal
05. Selimut tebal
06. Bantal tidur
07. Beg tidur
08. Tikar duduk
09. Lampu suluh
10. Penghalau nyamuk
11. Powerbank
Aktiviti lain yang boleh anda buat bila ke sini ialah dengan berjalan ke taman bunga yang berhampiran dengan penginapan ni, taman ni memang cantik dan anda boleh bergambar di sekitar taman ni yang berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalum lebih-lebih lagi pada waktu pagi iaitu ketika matahari mula terbit dicelah gunung yang sudah pasti memberikan satu pemandangan yang sangatlah mengagumkan mata memandang. Selain berjalan ke taman, anda juga boleh bersiar-siar di kawasan ini untuk melihat keindahan bentuk penginapan di sini yang mana ianya dibina dengan reka bentuk seperti bangunan di bahagian eropah, ditambah lagi kabus dan embun yang turun pada waktu pagi seakan-akan menggambar anda sedang bercuti di satu negara eropah. Jika anda ada kereta sendiri bolehlah senarai tempat menarik yang ada di sekitar daerah Kundasang dan Ranau untuk aktiviti lawatan anda sekiranya datang ke sini sebab di dua daerah ni memang banyak tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi, jadi rugi rasanya kalau sudah datang ke tempat ni tetapi tidak melawat ke tempat menarik yang lain walaupun tempatnya tidak jauh antara satu sama lain. Antara beberapa tempat menarik yang boleh anda lawat ketika datang ke daerah ini ialah seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Taman Negara Kinabalu
02. Gunung Kinabalu
03. Poring Hot Spring
04. Kundasang War Memorial
05. Tambiau Forest Ranau
06. Ladang Teh Sabah
07. Desa Dairy Farm
08. Bukit Kimondou
09. Hounon Ridge
10. Bukit Maragang
11. Bukit Sosodikon
Sebenarnya banyak lagi kemudahan, perkhidmatan yang boleh anda dapatkan bila datang bercuti ke sini dan untuk kemudahan lain anda bolehlah lawat laman web rasmi Konunukan Garden & Camping ni atau pun kalau mahu lebih mudah boleh saja terus menghubungi mereka melalui telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai penginapan mereka, perkhidmatan dan kemudahan yang di tawarkan. Untuk ke sini, anda yang datang dari luar daerah Kundasang boleh naik bas yang menuju atau melalui daerah ini kemudian turun di Pekan Kundasang dan dapatkan khidmat teksi atau e-hailing lain untuk membawa anda ke sini, tapi kadang kala sukar sikit dapat khidmat e-hailing di sini, jadi memang sangat disarankan untuk ke sini dengan memandu kereta sendiri ke sini lagi pun jika ada kereta sendiri senang untuk anda pergi mencari barang keperluan seperti makanan untuk di masak atau pun pergi makan di luar, selain tu kalau anda memandu kereta sendiri dapatlah memudahkan anda pergi melawat ke tempat menarik lain seperti yang dinyatakan di atas tadi.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda bolehlah hubungi pihak pengurusan Konunukan Garden & Camping di alamt seperti di bawah ini :
Hubungi :

12. B.E Wonderland
13. Timpohon Gate
14. Kundasang Selfie Corner
15. Mont K Skybike
16. Pekan Nabalu
17. Magical Garden
18. Arnab Village Ranau
19. Rnau Rabbit Farm
20. Bombon Marakau Fish Spa

Konunukan Garden & Camping
Peti Surat 295, Bundu Tuhan,
89307, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6019 888 4359
Website : Konunukan
Peti Surat 295, Bundu Tuhan,
89307, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6019 888 4359
Website : Konunukan
Ulasan
Catat Ulasan