Kota Kinabalu Wetlands merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Tempat ini merupakan kawasan pelancongan tanah lembab yang terletak di Likas, Kota Kinabalu Sabah.
KOTA KINABALU WETLANDS
Kota Kinabalu Wetlands merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang terletak tidak jauh dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Tempat ini adalah sebuah kawasan tanah lembab dan dahulunya di kenali sebagai Santuari Burung Kota Kinabalu sebelum ditukarkan nama kepada Kota Kinabalu Wetlands dan telah diperakui serta didaftarkan sebagai tapak RAMSAR yang telah dirasmikan oleh Datuk Masiji Manjun yang merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Sabah pada masa itu yang mewakili Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman. Ini menjadikannya tapak RAMSAR kedua di negeri ini selepas Hilir Kinabatangan-Segama dan juga merupakan yang ketujuh di Malaysia. Bagi sesiapa minat memerhati pelbagai jenis burung, ini adalah antara tempat paling sesuai yang terdapat di negeri ini terutamanya di Kota Kinabalu.
Luas kawasan tanah lembab KK Wetlands ini adalah 60 ekar dan ia dipenuhui dengan hutan paya bakau yang tebal sekaligus menjadikan tempat ini yang terletak hampir dengan Bandar Kota Kinabalu sebagai tapak RAMSAR yang kedua di dunia terletak dalam bandar. Kawasan ini juga adalah sebagai salah satu pusat tanah lembab yang biasa digunakan dengan beberapa tujuan seperti pemuliharaan, pendidikan, rekreasi, pelancongan dan penyelidikan. Di tempat ini ada dibina jambatan kayu sepanjang 1.5 km yang dijadikan sebagai laluan berjalan untuk anda melawat atau melihat ke sekitar kawasan bakau sambil melihat flora dan fauna terutamanya pokok bakau unik yang dipanggil dengan nama 'berus mata buaya' atau nama saintifiknya 'bruguiera hainesii' yang tidak dapat atau sukar untuk ditemui di paya bakau lain diseluruh dunia.
Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah seperti memerhati burung kerana di sini ada disediakan tempat khas yang boleh anda memerhati burung dengan lebih aman dan dianggarkan terdapat lebih daripada 80 spesis burung yang selalu datang ke sini terutamanya pada musim penghijrahan burung iaitu sekitar bulan September hingga bulan April. Yang menariknya burung itu bukan sahaja yang biasa dilihat di sini tetapi ia juga ada yang datang dari negara lain seperti dari Utara Asia seperti Siberia, ini sekaligus menjadikan tempat ini antara tempat yang digemari oleh pencinta burung. Tetapi jangan lupa untuk membawa teropong supaya lebih senang melihat burung-burung tersebut dari jauh. Sekiranya tiada teropong rasanya kamera telefon pun boleh yang penting dapat lihat burung dari jauh, namun kalau anda memang ingin menggunakan teropong juga bolehlah menyewa teropong yang ada disediakan oleh pihak KK Wetlands.
Selain daripada melihat atau memerhati burung, terdapat juga haiwan lain yang boleh anda lihat dan temui di sini seperti ular air, udang karang, rama-rama, mudskipper, ketam bakau dan lain-lain lagi. Kalau anda mahu berjalan dan mempelajari hidupan flora dan fauna yang ada di sini anda boleh juga menggunakan pemandu jalan (guide) yang mungkin akan dapat menerangkan anda tentang hidupan yang ada di sini. Kalau anda tidak menggunakan guide pun tidak apa sebab ada juga papan maklumat mengenai hidupan yang ada seperti maklumat spesis burung, ketam pokok bakau dan sebagainya. Jadi ia terpulang pada anda yang mana anda lebih selesa yang penting datang ke sini melihat keindahan flora dan fauna yang masih ada terutamnya hidupan yang kebanyakkannya hanya dijumpa dikawasan bakau.
Terdapat beberapa kemudahan yang telah pun ada disediakan oleh pihak KK Wetlands kepada para pengunjung atau pelawat yang datang ke sini, antaranya adalah :
01. Jambatan kayu sepanjang 1.5km yang telah dibina dan disediakan agar dapat lebih memudahkan para pengunjung untuk berjalan di kawasan bakau sambil melihat hidupan flora dan fauna.
02. Pusat maklumat terletak dibangunan utama tempat anda mendaftar masuk dan di sini anda boleh dapatkan peta kawasan, maklumat flora dan fauna serta kalau mahu menyewa telefon dan beli minuman.
03. Bilik mesyuarat yang boleh disewa oleh para pengunjung sekiranya ingin membuat mesyuarat atau apa-apa perbincangan.
04. Papan maklumat yang disediakan pada bahagian-bahagian tertentu dalam kawasan ini untuk memberi maklumat kepada para pengunjung mengenai hidupan flora dan fauna.
05. Perpustakaan KK Wetlands yang mana ianya menyediakan bahan rujukan terutamanya berkaitan dengan hidupan flora dan fauna yang biasanya hidup di kawasan paya bakau.
Terdapat banyak lagi kemudahan yang ada disediakan di sini untuk anda guna bila datang ke sini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini bersama keluarga atau kawan-kawan untuk melihat keindahan hidupan flora dan fauna yang ada. Pastikan juga bateri kamera atau telefon banyak, jadi boleh jugalah ambil gambar lebih sikit di sini terutamanya apabila anda ingin mendapatkan maklumat mengenai hidupan di hutan paya bakau termasuk pelbagai jenis burung yang datang ke kawasan ini.
Untuk ke sini anda yang datang dari luar daerah Kota Kinabalu bolehlah naik bas menuju ke Kota Kinabalu, kemudian boleh ambil teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain agar lebih mudah perjalanan anda. Tapi kalau ada kereta sendiri pun lagi baik, atau kalau tiada kereta sendiri bolehlah sewa dengan orang yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa (yang penting anda ada lesen). Ini agar lebih memudahkan perjalanan anda sekaligus dapat pergi ke tempat menarik lain di sekitar Kota Kinabalu.
Waktu operasi :
Selasa - Ahad : 8 pagi - 6 petang
Isnin : Cuti
Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM5.00
Warganegara kanak-kanak : RM3.00
Warga asing dewasa : RM15.00
Warga asing kanak-kanak : RM5.00
Bayaran di atas ini mungkin boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keadaan semasa. Oleh itu anda sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Kota Kinabalu Wetlands seperti alamat di bawah :
Alamat :
Kota Kinabalu Wetlands
Jalan Bukit Bendera Upper,
88400, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-246 955
Fax : 088-247 955

Ulasan
Catat Ulasan