Kota Marudu merupakan salah sebuah pekan atau daerah yang terdapat di Negeri Sabah dan terletak di sebelah Bahagian Kudat, Sabah iaitu lebih kurang 78 km dari Pusat Bandar Kudat.
KOTA MARUDU
Kota Marudu mempunyai beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh penduduk penduduk tempatan, pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Negeri Sabah, terutamanya yang datang ke daerah Kota Marudu. Antara tempat menarik yang ada di sekitar daerah Kota Marudu ini ialah seperti berikut :
01. Taman Rekreasi Pampang
Kota Marudu merupakan salah satu pekan atau daerah yang terdapat di Negeri Sabah dan terletak di sebelah Bahagian Kudat iaitu lebih kurang 78 km atau kira-kira 1 jam 10 minit perjalanan dari Bandar Kudat dan lebih kurang 120 km atau kira-kira 2 jam 10 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Kota Marudu mempunyai keluasan kawasan sekitar 1,917 kilometer persegi yang mana penduduknya adalah majoriti dari suku kaum Rungus dan Dusun. Nama asal bagi Kota Marudu adalah 'Bandau' yang mana telah digunakan sejak sekian lama sehinggalah pada tahun 1974 iaitu selepas kemerdekaan Sabah. Nama 'Bandau' dikatakan adalah daripada perkataan 'Mondou' iaitu bahasa dari suku kaum Momogun Rungus yang bermaksud 'ketua binatang buas'. Haiwan tersebut dipercayai telah dijumpa oleh seorang iaitu Aki Rungsud di sekitar Sungai Bandau.
Nama Kota Marudu dikatakan diambil bersempena dengan sebuah kota yang juga merupakan sebuah kubu pada suatu masa dahulu yang terletak di Teluk Bandau dan dibina daripada batuan, tanah, dan kayu yang keras. Kota tersebut telah dibina oleh seorang pejuang tempatan iaitu Syariff Osman bersama pengikutnya untuk dijadikan sebagai kubu pertahan ketika penentangan mereka terhadap pentadbiran British di kota tersebut. Perkataan Marudu pula dikatakan telah pun diguna sejak pada abad ke-15 lagi dengan sebutan pada masa itu ialah 'Marudo' seperti yang tercatat pada sebuah peta lama. Dengan itu perkataan kota telah digabungkan dengan perkataan 'Marudo' yang seterusnya menjadikan nama daerah ini Kota Marudu yang lebih sesuai dengan sebutan penduduk tempatan. Kota Marudu pada masa kini mempunyai bilangan penduduk sekitar lebih daripada 90 ribu orang yang meliputi seluruh daerah kecil Kota Marudu dengan kebanyakkan penduduknya adalah bekerja sebagai petani dan juga nelayan.
Kota Marudu adalah sebuah pekan yang masih meningkat maju, walaupun ia adalah sebuah pekan yang kecil, namun terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan agar dapat memberikan keselesaan dan juga kemudahan kepada penduduk yang tinggal di sekitar daerah ini termasuklah para pelancong yang datang dari dalam dan luar negara. Antara kemudahan awam atau kemudahan prasarana yang telah dibina dan disediakan adalah seperti :

01. Supermarket
02. Perbankan (bank)
02. Perbankan (bank)
03. Restoran
04. Pengangkutan Bas
04. Pengangkutan Bas
05. Pasar sayur dan ikan
06. Tandas awam
07. Tamu mingguan
08. Perpustakaan awam
Terdapat juga kemudahan penginapan seperti hotel, resort, chalet yang dibina dan disediakan di sekitar daerah atau pekan Kota Marudu ini untuk memberi kemudahan kepada para pelancong sama ada dari dalam atau luar negara yang datang melancong ke daerah ini dan antara penginapan yang ada di sekitar Kota Marudu adalah seperti :
01. Rajawali Homes
02. Marudu Inn
03. Panorama Paradise The Home
04. Walai Tobilung Cultural Village
Kota Marudu mempunyai beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh penduduk penduduk tempatan, pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Negeri Sabah, terutamanya yang datang ke daerah Kota Marudu. Antara tempat menarik yang ada di sekitar daerah Kota Marudu ini ialah seperti berikut :
01. Taman Rekreasi Pampang
02. Pantai Ria Ulu Kanarom
03. Mundan Hill
04. Walai Tobilung
05. Pantai Mandawang
06. Pangapuyan Campsite
07. Walai Rabbit
08. Taman Kinabalu (Serinsim)
09. Pantai Teringai
Ulasan
Catat Ulasan