Kuih Bamban

Kuih Bamban merupakan salah satu kuih atau makanan tradisional di Sabah. Kuih ini adalah makanan tradisi bagi suku kaum Bajau di Sabah terutamanya di daerah Kota Belud dan Pantai Timur Sabah.

KUIH BAMBAN

Kredit Gambar : Respikuih

Kuih Bamban merupakan salah satu kuih atau makanan tradisional di Sabah yang sangat popular di kalangan suku kaum Bajau dan ia adalah makanan tradisi bagi suku kaum tersebut terutama sekali mereka yang tinggal di Pantai Timur Sabah seperti di Daerah Semporna, Lahad Datu, Tawau dan juga Sandakan. Selain daripada nama Kuih Bamban, ia juga dikenali dengan nama Kuih Pais Jagung yang sememangnya sudah cukup terkenal di Sabah bukan saja dari etnik Bajau tetapi boleh dikatakan semua penduduk atau etnik di negeri Sabah amat menyukai kuih ini.

Kuih Bamban ini biasanya banyak dihidang ketika sambutan majlis keramaian, contohnya seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri lain-lain lagi. Selain daripada hidangan ketika majlis keramaian, kuih ini juga banyak dijual di pasar mingguan atau pun gerai-gerai yang menjual kuih di tepi jalan. Kalau waktu bulan ramadhan kuih ini memang banyak dijual di bazaar dan amat senang untuk anda jumpa kuih ini pada masa itu. Kuih ini tidak terlalu tahan lama, jadi sebaiknya makan kalau ianya masih panas dan jangan biarkan sehingga keesokan hari sebab rasanya pasti tidak sudah sedap.  


Untuk memasak kuih ini terdapat beberapa bahan-bahan yang biasanya digunakan. Antara bahan yang digunakan untuk membuat kuih ini adalah seperti :

Bahan-bahan :

01. Jagung 4-10 (terpulang pada anda)
02. Tepung Gandum 1 cawan
03. 1 cawan kelapa parut
04. Gula 3-4 sudu
05. Sedikit garam
06. Daun jagung (untuk bungkus)

Cara penyediaannya :

Cara 1 (sediakan daun) :

Sebelum mula membuat kuih ini sebaiknya sediakan dulu daun jagung yang hendak digunakan untuk membungkus nanti. Sebaiknya jangan guna lapisan daun jagung yang paling luar dan yang paling dalam sebab lapisan paling luar terlalu keras dan lapisan paling dalam terlalu lembut dan mudah koyak. Jadi boleh ambil 2 lapisan daun yang di bahagian tengah.

Cara 2 (masak kuih) :

01. Parut ini jagung 
02. Campurkan jagung dengan bahan lain
03. Gaul hingga sebati
04. Ambil 2 lapis daun jagung tadi
05. Ambil 1 atau 2 sudu jagung yang sudah di adun
06. Lipat daun jagung tadi, sebaiknya berbentuk segi tiga
07. Letak dalam periuk pengukus
08. Kukus dalam 20 hingga 30 minit
09. Siap boleh sejukkan sikit baru hidang

Nota :
Bahan-bahan tu ikut dari diri sendiri kalau mahu banyak boleh tambah jumlah bahan tu, yang penting waktu lipat daun tu kena hati-hati untuk elakkan dari daun tu koyak yang boleh menyebabkan adunan jagung tadi terkeluar.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan