Kuih Bom

Kuih Bom merupakan salah satu kuih tradisional di Sabah. Kuih ini sangat popular dan juga amat diminati oleh seluruh penduduk Negeri Sabah tidak kira umur tua atau pun muda.

KUIH BOM

Kredit Gambar : Rasa

Kuih Bom atau ada juga sesetengah orang yang menyebut kuih bom bijan merupakan salah satu kuih tradisional di Sabah. Kuih ini sangat popular dan sememangnya diminati oleh semua penduduk negeri ini tidak kira tua ataupun muda pasti akan menyukai kuih ini kerana rasanya yang sedap. Kuih ini banyak dijual pada hari-hari biasa terutamanya seperti di kawasan taman perumahan, di gerai-gerai kuih tepi jalan dan lain-lain lagi. Kuih yang intinya begitu sedap memang senang untuk dijumpa kalau di Sabah kerana pasti ada yang membelinya kalau menjual kuih ini dan ia juga antara kuih yang paling cepat habis kalau dijual.

Walaupun kuih ini tidaklah begitu sukar untuk membuat dan memasaknya namun mesti mahu ada kemahiran juga sebab kalau tidak mahir boleh jadi kuih tersebut akan menjadi keras dan sukar untuk dimakan. Kalau yang mahi masak kuih ini pasti kuih itu akan menjadi lebih kenyal dan lembut serta rasa bijan diluar itu pun lebih rangup. Cara membuatnya kadang berbeza antara orang yang memasaknya sebab ada yang pakai 2 jenis tepung, ada juga yang cuma pakai 1 jenis tepung saja, tapi cara membuatnya lebih kurang sama juga cuma bahan saja yang berbeza. Jadi kalau mahu cuba dulu masak sendiri pun boleh juga sebab kalau balik-balik membeli susah juga kan kalau tiba-tiba kuih tu awal habis atau penjual cuti.


Kalau yang mahu cuba buat kuih ini boleh cuba cara di bawah ini, dan antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk membuat kuih bom adalah :

Bahan A (untuk buat kuih ) :
01. 1 paket tepung pulut 
02. 2 sudu makan tepung gandum
03. ½ sudu kecil garam
04. 2 sudu gula
05. 1 cawan air / 230ml

Bahan B (untuk inti) :
01. 500 gram kacang merah
02. Gula melaka seketul atau terpulang anda
03. Gula secukup rasa
04. 1 sudu kecil garam
05. 1 sudu besar tepung gandum
06. Air (yang cukup untuk rebus kacang merah)
07. Bijan

Cara penyediaanya :

Cara 1 - buat doh kuih :

01. Gunakan mangkuk atau apa-apa tempat yang besar kemudian masukkan  Bahan A iaitu gula, garam, air dan kacau sehingga gula dan garam larut.

02. Masukkan Bahan A iaitu tepung pulut dan tepung gandum ke dalam mangkuk tersebut dan uli sehingga ia menjadi doh. Selepas itu biarkan dahulu doh itu dalam setengah jam (30 minit).

Cara 2 - buat inti kuih :

01. Rebus kacang merah sehingga keempukan, selepas itu masukkan bahan seperti gula melaka, gula, garam dan juga tepung gandum kemudian kacau sehingga hampir kering (pastikan jangan terlalu kering).

02. Matikan api, lepas itu tunggu sejuk sikit dahulu rebusan kacang merah dan bahan-bahan lain tadi.

Bila sudah buat inti kuih dan doh pun sudah dibiarkan dalam lebih kurang 30 minit jadi bolehlah buat langkah seterusnya seperti di bawah :
 
Cara 3 - bentukkan kuih :

01. Ambil doh yang sudah siap tadi, ambil sikit-sikit (boleh agak-agak macam mana saiz yang anda mahukan) dan leperkan doh tersebut di tapak tangan saja pun boleh.

02. Ambil inti yang sudah siap tadi, boleh bulat-bulatkan sikit inti tu tapi jangan terlalu besar (saiznya ikut anda asalkan muat untuk 1 biji doh yang sudah dileperkan tadi. Letak inti itu pada doh dan tutup doh tersebut dengan kemas.

03. Boleh bulat-bulatkan doh yang sudah di isi inti tadi sebab kalau bulatnya cantik boleh lebi menyelerakan lagi. Lepas bulatkan bolehlah masukkan atau golekkan doh tersebut pada bijan (golek sehingga semua bahagian pada doh tersebut disalut bijan).

04. Buat sehingga habis doh yang telah diuli tadi, kemudian panaskan kuali dan minyak (gunakan minyak banyak sikit dan api sederhana saja). Lepas itu bolehlah goreng doh tadi sehingga warna berubah menjadi keemasan atau keperangan (macam gambar).

05. Selepas kuih itu sudah masak, bolehlah angkat dan tuskan minyaknya. Kemudian boleh hidang untuk dimakan.

Nota :

1. Semasa membuat atau mengadun doh jangan sampai kurangkan gula supaya doh tersebut tidaklah mudah pecah ketika sedang digoreng.

2. Kalau doh agak lembut boleh tambah tepung gandum sikit saja dan jangan terlalu banyak sebab kalau ditambah dengan banyak kuih tersebut akan jadi keras.

3. Kalau tiada kacang merah, boleh juga menggunakan kelapa atau kacang tanah biasa, ianya terpulang pada cita rasa anda mahu letak inti apa pada kuih tersebut.

4. Semasa masukkan doh ke kuali jangan guna api terlalu besar (gunakan sederhana saja) sebab kalau guna api besar nanti minyak terlalu panas dan boleh sebabkan kuih itu pecah atau meletup. 

5. Kalau kuih sudah terapung bolehlah besarkan api sikit dan boleh juga kalau mahu tekan-tekan kuih tu ke bawah untuk membentukkan menjadi lebih bulat.

6. Pastikan guna banyak sikit minyak, jadi kuih tu boleh terapung agar tidak terlalu rapat di bawah kuali yang boleh menyebabkan baunya tidak berapa bagus (hangit).

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan