Langkau ke kandungan utama

Kun Kun Riverside Park

Kun Kun Riverside Park merupakan satu lagi tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk dikunjungi orang ramai untuk beriadah, berkelah atau pun membuat aktiviti perkhemahan. Tempat ini berada jauh dari kesibukan bandar, jadi memang sesuai untuk mereka yang mahukan tempat percutian lebih tenang lagi pun tempat ini diurus serta diselia oleh pihak Jabatan Perhutanan Sabah dan berada dalam kawasan Hutan Simpan Deramakot di Tengkulap, Telupid, Sabah iaitu lebih kurang 40 km atau kira-kira 1 jam perjalanan menaiki kereta dari Pekan Telupid, Sabah.

KUN-KUN RIVERSIDE


Kredit gambar : Alistair Reed


Kredit gambar : Alistair Reed

Kredit gambar : Alistair Reed

Kun Kun Riverside Park adalah salah satu tempat menarik di Telupid untuk anda yang sukakan aktiviti beriadah, berkelah mahupun aktiviti perkhemahan dan ianya juga sangat sesuai untuk sesisi keluarga, boleh juga datang beramai-ramai bersama rakan anda. Kalau mencari tempat bercuti dengan berkhemah anda boleh pertimbangkan untuk memilih tempat ini yang jauh dari kesibukan bandar, lagipun suasana di sini sangat tenang sesuai untuk mereka yang mahukan satu percutian yang lebih aman dan tenang. Tempat ini berada dibawah penjagaan dan seliaan Jabatan Perhutanan Sabah dan berada dalam kawasan Hutan Simpan Deramakot di Tengkulap Telupid, Sabah iaitu lebih kurang 40 km atau kira-kira 1 jam perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Telupid, manakala kalau dari Pusat Bandar Sandakan pula jarak perjalananya adalah sekitar 128 km yang mana akan memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit untuk sampai ke sini jika menaiki kenderaa. Buat masa sekarang kereta kecil pun ada yang boleh masuk ke sini sekiranya pada ketika itu cuaca adalah baik dan tidak dalam musim hujan, oleh itu adalah sangat disarankan untuk anda memandu kereta pacuan empat roda sekiranya ingin ke sini agar perjalanan anda tu lebih berjalan dengan lancar. Sebelum anda datang ke sini sebaiknya untuk menghubungi pihak yang menguruskan tempat ini iaitu Jabatan Perhutanan Sabah, Deramakot untuk memastikan tempat ini buka pada waktu atau hari yang anda bercadang untuk datang, sebab tempat ini memang jauh jadi kalau anda datang ke sini tetapi tempat ini tidak buka maka akan merugikan masa, jadi anda pastikan menghubungi pihak di sini terlebih dahulu. Untuk makluman, terdapat 3 gate yang perlu anda lalui sebelum sampai ke tempat ini dan di gate pertama tu anda perlu membayar yuran masuk oleh itu sila bawa duit poket bila datang ke sini untuk memudahkan segala urusan.

Untuk makluman anda juga, untuk ke tempat ini anda akan melalui kawasan hutan dan ladang kelapa sawit, sebab itulah terdapat 3 gate atau pusat pemeriksaan yang perlu dilalui, tapi tidak perlu risau ini adalah peraturan biasa yang akan dibuat oleh mana-mana syarikat atau ladang kelapa sawit ketika anda melalui kawasan ladang mereka. Perjalanan jauh ini pasti akan anda rasakan berbaloi selepas sampai ke tempat ini serta berehat, beriadah, berkhemah dan melakukan pelbagai aktiviti menarik. Kemudahan di sini juga banyak disediakan buat para pengunjung yang datang agar dapat memberikan keselesaan pada mereka sepanjang berada di sini beberapa hari, dengan kemudahan ini juga akan membuatkan tetamu yang datang ke sini akan rasa berbaloi dengan perjalanan mereka yang jauh. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah beberapa buah penginapan bagi sesiapa yang mahu bermalam di sini dengan menginap di penginapan yang telah disediakan, ada beberapa buah penginapan yang
ada termasuklah yang diperbuat daripada buluh. Penginapan ini perlu buat tempahan awal terlebih dahulu sebelum anda datang untuk memastikan adanya kekosongan tempat penginapan pada waktu tersebut sebab kadang kala tempat ini ada ramai pengunjung. Penginapan ini dilengkapi juga dengan beberapa kemudahan lain seperti katil, tilam jenis single dan queen, bantal, kipas angin, selimut serta beberapa lagi kemudahan lain dan ada juga antara penginapan tersebut yang dilengkapi dengan pendingin hawa, jadi kalau anda mahukan penginapan yang ada pendingin hawa ni pastikan memberitahu pihak pengurusan tempat ini ketika anda membuat tempahan, tapi tu semua terpulang pada kekosongan tempat penginapan tersebut. Kemudahan tandas turut disediakan di tempat ini bagi memudahkan para pengunjung menggunakan bila perlu, tandas ni sentiasa dijaga dengan baik jadi anda perlulah menjaga kebersihan tandas tersebut ketika menggunakannya dengan tidak menconteng dan membuang sampah terutama sekali ke dalam lubang tandas yang mungkin akan menyebabkannya tersumbat sekaligus akan menyukarkan anda atau pengunjung lain menggunakannya.


Kemudahan lain yang ada di sini ialah kawasan tapak perkhemahan yang luas untuk anda yang mahu ke sini dan berkhemah tidak kira bersama keluarga atau rakan-rakan. Sekiranya anda mahu ke sini bercuti dan berkhemah sama ada sehari atau beberapa hari sebaiknya menghubungi juga terlebih dahulu pihak pengurusan tempat ini untuk membuat tempahan tapak, anda juga boleh bertanya sekiranya mereka ada menyediakan kemudahan khemah untuk disewa, sekiranya tidak ada maka anda perlulah membawa sendiri khemah dan peralatan untuk perkhemahan dari rumah. Tempat letak kereta juga ada disediakan di sini dan berada berhampiran dengan kawasan tapak perkhemahan jadi tidak perlu risau memandu kereta sendiri ke sini, tempat letak kereta juga banyak dan percuma sahaja tetapi seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi bahawa adalah lebih baik sekiranya dapat memandu kenderaan pacuan empat roda ke tempat ini. Tempat masak bbq juga ada disediakan untuk para pengunjung yang mahu memasak di sini tetapi pastikan bawa sendiri barang makanan yang mahu dimasak nanti dan pastikan juga bawa tempat untuk menyimpan makanan basah sekiranya ada seperti ikan, ayam, daging dan lain-lain lagi. Biasanya untuk bbq ni memang ada peralatan lain disediakan seperti arang, periuk dan beberapa lagi perlatan lain tetapi ini pun sebaiknya anda menghubungi dan bertanya terlebih dahulu pihak pengurusan di sini sekiranya mereka ada menyediakan semua peralatan tersebut termasuklah peralatan untuk makan seperti pinggan, sudu dan gelas, kalau tidak ada maka anda perlulah juga bawa sendiri. Peralatan untuk makan ni rasanya boleh juga beli sahaja yang jenis pakai buang tu agar tidak perlu lagi penat mencuci selepas menjamu selera di tempat ini. Tapi ianya terpulanglah pada anda sekiranya mahu bawa saja dari rumah peralatan makanan tersebut sebab di sini pun ada juga menyediakan kemudahan air bersih yang boleh digunakan untuk mencuci peralatan tersebut termasuklah kegunaan lain seperti mandi, memasak, mencuci baju dan sebagainya.

Di sini juga ada disediakan kemudahan kayak buat pengunjung yang minat dengan aktiviti berkayak di sungai, tidak pasti berapa kadar bayaran untuk berkayak jadi anda boleh bertanya atau bawa sahaja duit poket bila ke sini agar lebih memudahkan segala urusan percutian anda di sini. Selain itu kemudahan jaket keselamatan turut disediakan untuk anda yang mahu melakukan aktiviti di sungai jadi adalah perlu untuk anda menyewa jaket ini ketika berada di sungai seperti mandi, berkayak dan lain-lain lagi. Di sini ada disediakan beberapa tong sampah untuk kegunaan para pengunjung membuang sampah mereka, jadi pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata sebab kawasan ini adalah termasuk dalah Hutan Simpan Deramakot yang dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Sabah, sekiranya anda didapati buang sampah merata-rata maka boleh dikenakan denda. Banyak lagi kemudahan lain yang disediakan di sini, sekiranya anda pertanyaan mengenai kemudahan yang mungkin ada disediakan termasuk bayarannya, bolelah hubungi saja pihak pengurusan tempat ni. Di bawah ini adalah antara barang yang boleh anda bawa sekiranya bercadang datang ke sini agar dapat memudahkan perjalanan dan percutian anda serta dapat serba sedikit menjimatkan kos perbelanjaan, apa pun ini adalah cadangan sahaja, terpulang pada keperluan anda sendiri untuk membawanya :

Barang di bawa :

01. Makanan
02. Minuman
03. Pakai Topi
04. Payung
05. Cermin Mata Hitam
06. Sunscreen
07. Khemah
08. Ubat Peribadi
09. Duit Poket
10. Pakaian Lebih
11. Pakaian Mandi Sesuai
12. Lampu Suluh
13. Peralatan Makan
14. Tali
15. Tuala
16. Peralatan Mandi
17. Kamera
18. Powerbank
19. Kompas
20. Bantal
21. Selimut
22. Beg Tidur


Ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang berkunjung ke Kun Kun Riverside Park iaitu seperti berkhemah, untuk lebih jimat adalah lebih baik bawa khemah dan peralatannya sendiri dari rumah agar lebih memudahkan anda nanti. Memang eronok dapat melakukan aktiviti perkhemahan di sini sebab lokasi kawasannya yang jauh dari kesibukan bandar akan dapat memberikan satu suasana yang aman sekaligus membolehkan anda berehat dengan lebih tenang, selain itu tempat ini juga adalah kawasan hutan simpan yang sudah pasti dapat memberikan udara yang lebih segar dengan tumbuh-tumbuhan alam semulajadi yang menghijau. Di sini juga anda boleh buat aktiviti mandi di sungai yang ada terltak di sini iaitu Sungai Kun-Kun, pastikan anda membawa pakaian mandi yang sesuai dan sopan sekiranya ingin mandi di sungai, sebab ini adalah salah satu peraturan yang perlu dipatuhi bila mandi di sungai ini. Sekiranya anda membawa anak bercuti ke sini dan ingin mandi sungai pastikan juga setiasa mengawasi mereka dan jangan biarkan mereka mandi atau bermain di kawasan sungai sendirian, b
oleh pakai jaket keselamatan atau boleh pakai pelampung sekiranya ada disediakan di sini sebab ini adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda sendiri. Terdapat beberapa peraturan lain yang perlu anda patuhi ketika ingin mandi di sungai tersebut dan anda boleh membacanya di papan kenyataan yang disediakan. Selain itu aktiviti berkayak juga boleh anda buat di sini, biasanya dalam satu kayak tu boleh naik dua orang jadi bolehlah anda berkayak dengan keluarga atau rakan-rakan tetapi adalah penting juga untuk anda memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti ini terutama sekali bagi mereka yang masih kecil dan juga mereka yang tidak tahu berenang. Berikut di bawah adalah ringkasan aktiviti yang boleh anda lakukan di sini :

Aktiviti :

01. Berkhemah
02. Mandi sungai
03. Berkayak
04. BBQ
05. Bergambar
06. Bersiar-siar
07. Team building

Apa juga aktiviti yang anda lakukan di sini pastikan patuhi segala peraturan yang telah pun ditetapkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Sabah untuk kebaikan dan juga keselamatan anda sepanjang berada di sini tidak kira satu hari atau beberapa hari. Pastikan anda tidak menebang atau merosakkan sebarang pokok yang ada di sini termasuklah dilarang membuat pembakaran terbuka, ikan yang ada di dalam sungai ini juga tidak boleh ditangkap tanpa kebenaran. Selain itu segala kemudahan yang disediakan perlulah dijaga dengan baik dan tidak merosakkannya, ini adalah bagi mengelakkan diri anda dikenakan tidakakan denda oleh pihak Jabatan Perhutanan Sabah. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau ingin maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi terus pihak pengurusan Kun Kun Riverside Park seperti alamat di bawah :

Hubungi :

Jabatan Perhutanan Sabah
Deramakot
Beg Berkunci 68,
90009, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6089 278800

Ulasan