Kundasang Selfie Corner merupakan tempat menarik di Sabah yang juga adalah tempat untuk orang ramai mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan indah seperti Gunung Kinabalu dan tempat ini terletak di Kundasang, Ranau Sabah.
KUNDASANG SELFIE CORNER
Kredit gambar : Fb
Kundasang Selfie Corner adalah salah satu tempat menarik di Sabah yang juga merupakan antara tempat paling popular untuk mengambil gambar selfie di Kundasang. Tempat ini terletak di daerah Kundasang, Ranau iaitu lebih kurang 92 km atau kira-kira 2 jam perjalanan daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, kalau dari Ranau pula cuma memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan saja, tapi kalau anda sudah berada di Kundasang bolehlah pilih naik kereta atau jalan kaki sebab tempat ni tidak jauh dari Pekan Kundasang iaitu lebih 1.1 km saja. Tempat ni di tepi jalan utama jadi mudah untuk anda datang singgah sebentar di sini untuk berselfie terutamanya bagi mereka yang datang dari jauh seperti Sandakan, Tawau, dan lain-lain lagi dan ingin menuju ke Kota Kinabalu. Jadi tidak hairanlah kalau tempat ini selalu dipenuhi oleh orang ramai dari seluruh Sabah termasuk pelancong asing sebab tempatnya yang mudah dikunjungi dan menyajikan pemandangan yang cukup indah dan menawan.
Di Kundasang Selfie Corner ni banyak di bina landskap serta rekaan seperti pondok, bunga matahari, kapal terbang bingkai gambar, dan bermacam-macam lagi rekaan atau replika yang boleh anda gunakan untuk bergambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan indah Gunung Kinabalu. Bagi mereka yang minat untuk mengambil gambar seperti berselfi, ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda dan kalau pandai mengambil gambar di sini mungkiin boleh menjadikannya seperti anda sedang ambil gambar di luar negara. Walaupun tempat ni di tepi jalan utama tetapi ia adalah tempat yang selamat, jadi memang sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira tua atau muda dan juga kanak-kanak. Kalau anda membawa anak ke sini sudah pasti akan menghiburkan hati mereka kerana dapat bergambar dengan bermacam bentuk replika menarik yang disediakan di sini. Apa pun sentiasalah juga pastikan anak-anak anda dan jangan biarkan mereka berjalan sendirian ketika berada di sini.
Kalau anda bercadang untuk singgah di sini bergambar pastikan pakai pakaian yang sesuai agar dapat ambil gambar yang lebih cantik dan menarik, kalau mahu pakai baju tebal pun boleh sebab Kundasang merupakan kawasan tanah tinggi dengan suhu yang sejuk terutamanya ketika waktu awal pagi, lewat petang dan juga ketika musim hujan. Tapi kalau cuaca sangat sejuk atau ketika hujan biasanya kabus tebal jadi pemandangan Gunung Kinabalu mungkin tidak akan kelihatan, oleh itu sangat digalakkan untuk ke sini ketika cuaca adalah cerah sebab boleh pemandangan yang disajikan ketika waktu cerah adalah sangat mengagumkan. Kalau anda singgah di sini waktu matahari tinggi perlulah pakai topi atau payung sebab mungkin cuaca agak panas sedikit. Biasanya orang akan ramai di tempat ini ketika waktu tengah hari dan juga petang kerana dapat bergambar dengan pemandangan Gunung Kinabalu, kalau pagi bergantung juga pada keadaan cuaca, lagi pun bagi embun masih tebal jadi belum berapa nampak lagi pemandangan di sekitar kawasan ini.
Terdapat juga beberapa kemudahan yang telah disediakan di tempat ini iaitu seperti tempat letak kereta tapi pastikan datang awal sedikit untuk dapat tempat ni sebab ia adalah terhad, selain itu tandas juga ada disediakan di sini, gerai-gerai makanan ringan juga terdapat disedikar kawasan ini, kalau anda mahu bawa makanan sendiri pun boleh juga tapi tidak boleh makanan dalam kawasan selfie ni, jadi anda boleh dahulu lepas tu baru pergi bergambar. Pastikan juga pakai kamera yang resolusinya tinggi agar dapat mengambil gambar lebih jelas, rugi rasanya kalau datang dari jauh tapi tidak dapat ambil gambar dengan cantik dan jelas untuk dijadikan kenang-kenangan.
Kalau anda mahu ke sini sama ada dari Kota Kinabalu, atau dari daerah di sebelah Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan lain-lain lagi bolehlah menaiki bas yang melalui kawasan ini, dan minta pemandu atau pembantu pemandu untuk menurunkan anda di tempat bergambar ni sebab di sini sudah pasti pemandu-pemandu bas tersebut tahu akan tempat ni. Tapi sangat digalakkan untuk anda memandu kenderaan sendiri sebab boleh terus ke tempat-tempat menarik yang terdapat disekitar tempat selfie ni seperti Kundasang War Memorial, Desa Dairy Farm dan beberapa lagi tempat menarik.
Bayaran masuk :
Dewasa : RM3.00 seorang
Kanak-kanak : RM2.00 seorang
Kanak-kanak : RM2.00 seorang
Ulasan
Catat Ulasan