Kundasang

Kundasang merupakan salah sebuah pekan atau daerah yang terdapat di Negeri Sabah. Kundasang terletak di sebelah Pantai Barat, Sabah dan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Ranau.

KUNDASANG

Kredit Gambar : Xploresabah

Kundasang merupakan salah satu pekan atau daerah kecil yang terdapat di Negeri Sabah. Kundasang terletak di Bahagian Pantai Barat dan merupakan daerah kecil yang terdapat dalam daerah Ranau iaitu cuma lebih kurang 14 km atau kira-kira 20 minit perjalanan sahaja dari Bandar Ranau dan lebih kurang 98 km atau kira-kira 2 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu iaitu. Pekan Kundasang ialah pekan yang paling hampir sekali dengan Gunung Kinabalu yang mana boleh dilihat dengan begitu jelas sekali gunung ini bila berada di Kundasang. Selain itu pekan ini juga sangat berdekatan dengan Taman Negara Kinabalu iaitu hanya berjarak 6.5 km atau lebih kurang 11 minit perjalanan sahaja.

Kundasang adalah pekan atau daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran dan jugaa seliaan Pejabat Daerah Ranau. Majoriti penduduk yang tinggal di daerah kecil Kundasang adalah dari suku kaum Dusun, Bajau,Cina dan Sungai dan kebanyakkan daripada mereka adalah yang berkerja sebagai petani, ini adalah kerana dengan cuaca dan tanah di sini yang amat sesuai untuk aktiviti pertanian seperti penanaman sayur, buah-buahan termasuklah strawberry dan sebagainya. Sayur dan buah-buahan yang ditanam di sini hidup subur dan segar, ini sekaligus membolehkan penduduk yang tinggal di sini dapat menjual hasil tanaman mereka yang segar kepada para pembeli. Sememangnya tidak sukar anda untuk mencari sayur-sayuran dan buah-buahan ketika berada di Pekan Kundasang ini.


Walaupun keluasan Kundasang tidaklah begitu luas atau besar namum dengan lokasinya yang tidak jauh dari Gunung Kinabalu dan juga Taman Negara Kinabalu menjadikan Kundasang antara tempat pilihan utama kepada para pengusaha penginapan untuk membuat penginapan, hotel atau chalet yang dibina menghadap ke arah Gunung Kinabalu yang cukup indah. Dengan ini akan dapat memberikan peluang kepada para pelancong dari dalam dan luar negara untuk untuk memilih penginapan yang yang mereka inginkan. Antara penginapan yang ada di dalam kawasan Kundasang ini ialah seperti :

01. Kinabalu Pine Resort
02. Bayu Senja Lodge
03. Ayana Holiday Resort
04. Celyn Resort Kinabalu
05. Azrien Homestay Kundasang
06. Kupi-Kupi & Stay
07. Sutera Sanctuary Lodge

Terdapat banyak tempat menarik di sekitar daerah kecil Kundasang ini yang boleh dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah terutamanya ke Kundasang seperti :

01. Taman Peringatan Perang
02. Desa Cattle (Ladang Lembu)
03. Sosodikon Hill
04. Hounon Ridge Farmstay & Camping
05. Maragang Hill
06. Strawberry & Rose Garden
07. One Stop Selfie Garden
08. Kinabalu Park
09. Mesilou Cats Village

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan