Ladang Teh Sabah (Sabah Tea) merupakan satu tempat menarik di Sabah. Ladang Teh Sabah ini terletak di Kampung Nalapak, Ranau Sabah iaitu lebih kurang 30 minit perjalanan dari Bandar Ranau.
LADANG TEH SABAH
Bayaran masuk :
Ladang Teh Sabah (Sabah Tea) merupakan salah satu tempat menarik di Ranau yang boleh dikunjungi oleh penduduk tempatan ataupun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah dan ingin melihat sendiri Teh Sabah ini. Ladang ini terletak di Kampung Nalapak, Ranau dan mempunyai keluasan kawasan sekitar 6200 ekar. Dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, ianya menjadikan Ladang Teh Sabah satu tempat tarikan kepada para pelancong dalam dan luar negara yang datang sambil bergambar sambil menghirup udara yang segar.
Di kawasan Ladang Teh Sabah ini juga terdapat beberapa kemudahan yang disediakan iaitu seperti tempat makan dan minum dengan menu yang berasaskan Teh Sabah, penginapan yang boleh anda pilih sama ada ingin bermalam di rumah panjang tradisional, atau penginapan lain. Selain itu terdapat juga tapak perkemahan yang disediakan kepada pengunjung yang bermalam di luar sambil merasai suasana malam di kawasan ladang tersebut.
Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah seperti beberapa buah kedai cenderamata, restoran dan Tea House untuk para pengunjung yang ingin merasai keaslian Teh Sabah, Pankek Teh, Teh Pandan dan Teh Tarik yang menjadi menu utama di Tea House.
Untuk ke sini kalau pelancong ingin bermalam di penginapan Ladang Teh ini atau di sekitar bandar Ranau, bolehlah menaiki bas dari Kota Kinabalu atau dari sebelah Pantai Timur Sabah yang menuju ke Ranau. Tapi kalau ingin untuk berjalan-jalan ke tempat lain, pelancong boleh menaiki kereta sendiri atau menyewa kenderaan agar memudahkan perjalanan anda.
Waktu operasi :
Setiap hari : 7 pagi - 8 malam
Waktu lawatan ke kilang :

Setiap hari mengikut keadaan
Bayaran masuk :
Masuk sahaja :
Percuma
Lawatan + Guide ke kilang :
RM12.00
Lawatan + Guide ke kilang + set makan tengahari :

RM34.00
Harga di atas adalah tidak termasuk dengan harga sewa penginapan sekiranya anda ingin bermalam di penginapan yang disediakan. Harga di atas juga mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Ladang Teh Sabah di alamat seperti berikut :
Alamat :
Sabah Tea Sdn. Bhd
17, Kg. Nalapak,
Jalan Ranau-Sandakan,
89309, Ranau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-440 882
Ulasan
Catat Ulasan