Langkau ke kandungan utama

Langkah Syabas Beach Resort

Langkah Syabas Beach Resort  merupakan salah satu resort yang bertaraf 3 bintang dan resort terletak di Kampung Kinarut Laut, Kinarut Papar di dalam daerah Kota Kinabalu, Sabah iaitu lebih kurang 20 km atau kira-kira 25 minit perjalanan kalau dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.

LANGKA SYABAS BEACH RESORT


Kredit gambar : Agoda

Kredit gambar : Agoda

Langkah Syabas Beach Resort merupakan salah sebuah resort atau pun pusat peranginan yang menarik bertaraf 3 bintang dan terletak di Kampung Kinarut Laut, Papar di dalam daerah Kota Kinabalu, Sabah iaitu ljaraknya lebih kurang 20 km atau kira-kira 25 minit perjalanan menaiki kenderaan daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, kalau dari Pekan Papar pula lebih kurang 16 km atau dalam 20 minit sahaja perjalanan. Resort ini telah dibina pada tahun 1995 dan tempat ini dimiliki oleh seorang warnagenara Australia iaitu Peter Cantwell dengan visinya agar dapat mewujudkan sebuah resort yang bertemakan suasana kampung khususnya suasana kampung yang terdapat di negeri ini dan kedudukan resort ini yang berada di tepi pantai sudah pasti menyajikan satu pemandangan yang cukup indah dan menawan terutama sekali ketika matahari terbenam, oleh itu tidak hairanlah jika ramai pengunjung atau tetamu di sini adalah pelancong daripada luar negara seperti Australia, United Kingdom, Belanda, Brunei dan termasuklah pelancong dari dalam negara Malaysia dan juga tetamu dari penduduk tempatan Negeri Sabah. Bagi mereka yang mahukan percutian lebih tenang dan jauh dari kesibukan bandar bolehlah pertimbangkan untuk datang ke sini bercuti dengan tenang sambil melakukan pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak resort.

Agar setiap pengunjung atau tetamu yang datang sentiasa merasa selesa sepanjang bercuti di sini maka pihak resort telah menyediakan banyak kemudahan dan perkhidmatan untuk para tetamunya tidak kira sama ada tetamu yang datang adalah untuk lawatan sehari sahaja atau pun yang datang bermalam dan menginap di sini sehingga beberapa hari. Tapi kalau anda datang dari jauh memang sebaiknya anda datang dan menginap di resort ini kerana tempat ini memang sangat menarik dan sudah pasti ianya dapat menjadikan percutian anda ke sini yang tidak dapat dilupakan. Antara beberapa kemudahan atau  perkhidmatan yang ada disediakan di sini ialah seperti bilik penginapan yang mana bilik ni terdapat pilihan untuk anda standard chalet, superior chalet, deluxe chalet, chalet keluarga dan bilik deluxe dengan pemandangan ke arah laut. Terdapat 25 chalet kesemuanya di sini dan setiap bilik dilengkapi juga dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan iaitu seperti air botol minum percuma, almari, cermin, kelengkapan mandi, kemudahan seterika, kopi segera yang diberi secara percuma, penghawa dingin, pengering rambut, tuala, telefon, peti sejuk pun ada juga disediakan, jadi anda bolehlah letak minuman tin anda jika ingin minum yang sejuk, dan berbagai macam lagi kemudahan lain di bilik. Sila ambil perhatian bahawa resort ni tidak membenarkan tetamu merokok terutama sekali di dalam bilik, jadi kalau anda mahu merokok boleh tanya kepada kakitangan yang bertugas untuk kepastian di mana kawasan khas yang disediakan untuk ini
.


Seterusnya kemudahan lain ialah di sini juga ada 2 kolam untuk para tetamu dan kolam ni boleh anda guna tidak kira umur sama ada tua atau pun muda dan kolam ni terletak berhadapan dengan penginapan saja dan tidak jauh dari tepi pantai iaitu lebih kurang 100 meter saja dari pantai. Bagi yang suka atau minat membaca tu di sini pun ada juga perpustakaan yang disediakan dengan bermacam-macam pilihan buku. Kemudahan lain ialah kedai cenderahati untuk sesiapa yang membeli barangan cenderahati untuk di bawa pulang ke tempat asal nanti dan cenderhati yang ada dijual ni biasanya adalah yang berkaitan atau melambangkan Negeri Sabah dan ada banyak pilihan cenderahati ni dari segi pakaian, perhiasan, makanan, kraftangan dan lain-lain lagi. Oh ya, kalau anda datang dari jauh seperti dari luar daerah Kota Kinabalu dan memandu kereta sendiri ke sini, anda tidak perlu risau sebab resort ini ada kemudahan tempat letak kereta secara percuma dan boleh letak kereta anda dekat dengan penginapan. Anda juga boleh dapatkan kemudahan faks, fotostat dan perkhidmatan menarik di sini khususnya mereka yang ada keperluan urusan jadi tidak perlu pergi jauh lagi untuk cari perkhidmatan ini. Kalau anda mahu ke sini untuk mengadakan acara, majlis atau mesyuarat pun boleh sebab di sini ada disediakan tempat khas untuk majlis dan mesyuarat yang anda ingin adakan dan ia dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan yang diperlukan untuk majlis tersebut tetapi anda perlulah membuat tempahan lebih awal agar pihak resort dapat menyediakan tempat dan menyiapkan segala apa yang perlu termasuklah memastikan ada kekosongan tempat untuk majlis itu pada tarikh yang yang anda pilih.

Kemudahan internet dan wifi juga ada disediakan secara percuma di kawasan umum resort ini, jadi anda boleh kekal berhubung dengan rakan dan keluarga bila datang bercuti ke sini dan kongsi gambar percutian gembiran anda di sini dengan mereka. Untuk pelancong asing yang tidak sempat menukar mata wang tu anda tidak perlulah risau sebab di sini pun ada juga perkhidmatan pertukaran mata wang yang boleh anda gunakan. Untuk kemudahan dan perkhidmatan keselamatan pula pihak resort telah pun menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan yang bertugas bergilit selama 24 jam, cctv juga ada untuk memastikan tidak ada sebarang perkara yang diingini berlaku, penggera asap dan pemadam api pun ada untuk kegunaan bila ada sebarang kecemasan yang perlu untuk digunakan. Siapa yang mahu menjamu selera tidak perlulah pergi jauh sebab di sini pun ada juga 2 restoran yang boleh anda pilih untuk menjamu selera sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari atau pun makan malam. Restoran ni menyediakan pelbagai menu makanan termasuklah makanan halal, menu makanan asia, dan menu makanan barat. Siapa yang bercuti di sini dalam tempoh beberapa hari tu bolehlah dapatkan khidmat dobi dan cucian kering yang ditawarkan oleh pihak resort jadi dapat menjimatkan masa anda untuk buat aktiviti lain dan juga tidak perlulah bawa balik pakaian yang kotor ke rumah bila balik nanti. Di bawah ni adalah senarai ringkas kemudahan dan perkhidmatan yang ada :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Penginapan
02. Dewan acara/majlis
03. Restoran 2 buah
04. Tempat letak kereta
05.
Pengawal keselamatan 24 jam
06. Kolam renang
07. Kedai cenderahati
08. Khidmat dobi
09. Khidmat hantar makanan
10. Tukaran mata wang
11. CCTV keselamatan
12. Perpustakaan
13. Bas mini sewa
14. Faks, fotostat & menaip
15. Telefon IDD
16. Internet/wifi
17. Peralatan snorkeling (sewa)

Resort ni terletak jauh dari pusat bandar dan ia lebih kepada bertemakan suasna kampung tapi terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, walaupun mungkin tidaklah begitu banyak tetapi aktiviti yang anda boleh lakukan di sini sudah pasti dapat memenuhi masa lapang yang anda boleh luangkan bersama kelurga dan juga rakan-rakan agar dapat mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain. Antara akviti yang boleh anda lakukan adalah seperti bergambar di tepi pantai dengan pemandangan matahari terbenam yang begitu cantik dan indah, seterusnya adalah aktiviti mandi di kolam renang, kolam ni depan penginapan saja tapi ia adalah kawasan terbuka, jadi bagi yang muslim mungkin boleh sediakan pakaian mandi yang menutup aurat. Anda boleh mandi di kolam ni bersama keluarga tetapi jika ada anak-anak kecil tu sentiasa perhatikan mereka ketika mandi agar tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini berlaku. Aktiviti lain ialah di pantai atau di laut iaitu dengan melakukan aktiviti seperti berjalan bersiar-siar sepanjang pantai yang putih bersih, boleh snorkeling atau mandi di laut, tetapi apa pun yang anda lakukan aktiviti di pantai atau laut ni utamakan keselamatan anda dan juga keluarga anda terutama sekali jika datang ke pantai bersama anak kecil.

Pihak resort juga ada menyediakan anda aktiviti yang telah disusun oleh mereka untuk lawatan sehari ke beberapa tempat, jadi anda boleh pilih jika ingin ikut aktiviti tersebut namun ianya mungkin ada bayaran tambahan, antara aktivitinya ialah seperti lawatan ke Bandar Kota Kinabalu termasuk lawatan waktu malam, aktiviti lain yang ada ialah kampung tour iaitu anda akan di bawa ke beberapa tempat perkampungan budaya untuk memperkenalkan budaya masyarakat Sabah yang berbilang kaum dan bangsa, aktiviti lain ialah membawa anda berjalan di pasar minggu iaitu di Pasar Minggu Jalan Gaya, aktiviti ke Rafflesia Sanctuary untuk melihat bunga ini yang terbesar di dunia dan akhir sekali aktiviti menaiki pesawat ringan. Apa pun ini adalah pilihan saja jadi terpulang pada anda mahu ikut atau tidak, atau mungkin anda mahu lebih privasi bersama keluarga dengan berjalan pergi melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Papar atau pun Kota Kinabalu. Antara tempat yang mungkin anda boleh pergi melawat  yang berhampiran ialah seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Muzium Negeri Sabah
02. Taman Hidupan Liar Lok Kawi
03. Pantai Manis Papar
04. Pantai Beringgis
05. Menara Jam Atkonson
06. Tugu Peringatan Petagas
07. Tagal Tinopikon
08. Papar Riverfront
09. Taman Kaktus Papar
10. Green Cottage Trading
11. Signal Hill Observatory
12. Pantai Telinting
13. Tree House Ponohuan

Jika anda ingin ke sini sebaiknya adalah datang dengan memandu kenderaan sendiri kerana tempat ni terletak boleh dikira agak jauh dari bandar dan pekan jadi kalau ada kereta sendiri ianya akan dapat memudahkan perjalanan pergi dan juga balik anda dari tempat ini dan juga agar anda mudah untuk pergi mencari dan membeli barang keperluan sekiranya ada kekurangan. Atau anda juga mungkin boleh bertanya dengan pihak resort sekiranya mereka ada menawarkan khidmat shuttle lapangan terbang atau pengangkutan mengambil dan menghantar anda ke lokasi seperti ke Bandar Kota Kinabalu. Apa pun cara anda ke sini ianya terpulang kepada pilihan anda sendiri yang mana lebih memudahkan diri dan keluarga atau kumpulan anda bila ke sini, yang penting segala perjalanan anda pergi dan balik dari sini berjalan dengan lancar dan selamat.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Langkah Syabas Beach Resort  di alamat seperti di bawah ini.

Langkah Syabas Beach Resort
P.O.Box 451, Tanjung Aru,
88858, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 752 000
Telefon :
+6013 891 9911
Tel Fax : +6088 752 111
Email : info@langkahsyabas.com.my
Website : Langkah Syabas

Ulasan