Langkau ke kandungan utama

Lankayan Island Dive Resort

Lankayan Island Dive Resort merupakan salah sebuah resort atau pusat peranginan menarik terletak di daerah Sandakan, Sabah dan resort ini terletak di Pulau Lankayan iaitu lebih kurang 77 km atau pun kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki bot dari jeti di Pusat Bandar Sandakan.

LANKAYAN ISLAND RESORT


Kredit gambar : Lankayan Resort


Kredit gambar : Lankayan Resort


Kredit gambar : Lankayan Resort

Lankayan Island Dive Resort merupakan salah sebuah resort menarik yang terletak di daerah Sandakan, Sabah dan resort ini sebenarnya terletak dalam Pulau Lankayan yang berada di perairan Laut Sulu iaitu lebih kurang 77 km atau kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki bot dari Pusat Bandar Sandakan. Pulau Lankayan ni telah diisytiharkan sebagai salah sebuah kawasan Perlindungan Marin yang besar dan ianya berkonsepkan eko pelancongan yang mesra alam, oleh itu kebanyakkan resort ini adalah di perbuat daripada bahan kayu. Bagi yang berminat dengan aktiviti di laut dan pulau sudah pasti resort ni adalah salah satu lokasi pilihan untuk percutian anda kerana pulau ini adalah jauh dari kesibukan bandar dan suasananya juga lebih tenang sesuai untuk mereka yang ingin mencari tempat untuk bercuti dengan suasana tenang, lagi pula resort ni sesuai untuk seisi keluarga jadi anda boleh bawa keluarga termasuk anak-anak datang ke sini. Resort ni sangat menarik kerana kedudukannya yang berada di atas air yang mana ianya membolehkan anda melihat pemandangan lautan yang terbentang luas dihadapan dan sudah pastilah ianya dapat memberi peluang kepada anda untuk melihat keindahan matahari terbit dan juga matahari terbenam di kaki langit yang indah di Perairan Laut Sulu ini. Biasanya tetamu di resort ni akan ramai sekitar bulan Mac hingga Mei dan juga bulan Jun hingga September terutamanya bagi pelancong yang datang dari luar negara sebab mereka memilih antara bulan tersebut untuk melihat penyu dan juga jerung paus yang biasanya akan muncul pada masa tersebut.

Dengan lokasi pulau ini yang agak jauh dan memakan masa lebih dari 1 jam menaiki bot maka di sini pihak resort ada menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada para tetamu yang datang bercuti tidak kira sama ada mereka datang untuk lawatan sehari atau pun datang bercuti dan bermalam di resort ini dalam tempoh beberapa hari, ini adalah bagi memastikan setiap tetamu yang datang ke sini bercuti akan merasa selesa sepanjang mereka berada di resort atau pulau ini.
Antara kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak resort di sini adalah seperti penginapan yang terdiri daripada 23 chalet yang terletak di tepi laut dan chalet ni semua dibina dengan menggunakan kayu serta ruangan di dalam bilik chalet ni juga adalah luas dan selesa sesuai untuk seisi keluarga. Di chalet atau bilik resort ni semua dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti katil, tilam, kemudahan elektrik, tandas, bilik mandi yang mempunyai mandian air panas untuk mereka yang suka mandi air panas ketika cuaca agak sejuk, peralatan untuk membuat kopi atau teh serta peti sejuk pun ada disediakan oleh pihak resort di bilik chalet, jadi anda tidak perlu risau jika haus sebab boleh buat kopi sendiri, anda boleh juga beli minuman botol atau tin di resort ini dan meletakkan di peti sejuk yang telah disediakan sekiranya ingin minum minuman yang sejuk terutama sekali pada waktu tengahari yang mungkin cuacanya agak panas dan lain-lain lagi kemudahan yang telah pun disediakan disetiap bilik. Chalet di resort ini juga dibina ruangan balkoni sekali dengan tempat duduk jadi anda bolehlah lepak di luar balkoni sambil melihat keindahan laut yang terbentang luas dan pantai yang putih bersih.


Kemudahan dan perkhidmatan lain yang ada di resort ni adalah restoran yang mana restoran ni juga diperbuat daripada kayu dan terletak di atas air dan kawasan restoran ni adalah terbuka jadi anda boleh menjamu selera sambil melihat laut dan pelbagai kehidupan marin lain di laut termasuklah berpeluang untuk melihat ikan jerung hitam di bawah lautan. Restoran ini ada menyediakan pelbagai jenis menu makanan untuk para tetamu yang ingin menjamu selera di sini sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Untuk sarapan pagi masanya adalah sekitar jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi, makan tengahari masanya adalah jam 1 petang hingga 2.30 petang dan makan malam pula masa adalah dalam jam 7 malam hingga 8.30 malam. Kalau anda tidak sempat makan di restoran ni mungkin boleh beli dan bungkus untuk di makan di bilik nanti, cuma perlu diingatkan setiap tetamu di resort ni tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman daripada luar ke dalam resort. Kalau tidak mahu makan di restoran anda mungkin boleh memilih kemudahan BBQ di kawasan yang telah disediakan khas tapi perlu minta kebenaran terlebih dahulu daripada pihak resort, boleh tanya juga dengan pihak resort sekiranya mereka ada menyediakan bahan makanan basah untuk di masak jika ingin buat BBQ. Seterusnya kemudahan dan perkhidmatan yang lain ialah di sini ada disediakan perkhidmatan internet yang terletak dibangunan utama resort tapi internet di sini tidak 24 jam ya, ia dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 11 malam sahaja dan ada caj yang akan dikenakan iaitu RM15 jika menggunakan desktop di pejabat resort dan masa penggunaan adalah 30 minit sahaja, manakala jika menggunakan laptop sendiri caj bayaran adalah sebanyak RM20 sehari menggunakan wireless.

Jadi anda tidak perlu risau jika ke sini sebab walaupun mungkin liputan talian telefon susah dapat di sini tapi dengan adanya perkhidmatan internet ni dapatlah juga anda sentiasa berhubung dengan rakan serta keluarga dan boleh memuat naik atau kongsi gambar menarik percutian anda di sini kepada mereka yang mungkin akan dapat menarik minat mereka untuk datang ke sini juga suatu masa nanti. Selain itu di sini juga anda boleh menyewa kemudahan atau peralatan untuk aktiviti di laut iaitu seperti peralatan
berenang, snorkeling, menyelam dan berkayak, selain peralatan aktiviti laut di sini juga ada kedai yang menjual peralatan kamera atau video kamera anda seperti bateri kamera dan sebagainya. Bagi yang percutian mereka di sini sudah hampir tamat bolehlah berkunjung kedai cenderahati yang ada disediakan untuk membeli pelbagai jenis cenderahati yang dijual di sini seperti pakaian kemeja-T, rantai kunci, kraftangan tempatan dan beberapa lagi barang cenderahati yang lain untuk anda beli dan jadikan kenangan bila sudah sampai ke tempat asal masing-masing nanti. Selain itu untuk kemudahan pengangkutan lapangan terbang ke sini mungkin anda boleh berhubung dengan pihak resort untuk mendapatkannya agar perjalanan anda ke sini lebih lancar. Banyak lagi kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak resort untuk memudahkan dan memberikan keselesaan kepada para tetamu mereka, untuk lebih ringkas di bawah ni adalah antara kemudahan dan perkhidmatan yang ada di sediakan oleh pihak resort iaitu :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Penginapan chalet
02. Restoran
03. Peralatan snorkeling
04. Peralatan menyelam
05. Peralatan berkayak
06. Pengangkutan lapangan terbang
07. Bilik menonton TV
08. Kemudahan BBQ
09. Peti sejuk
10. Mandian air panas
11. Kedai runcit
12. Kedai cenderahati
13. Kemudahan elektrik
14. Perkhidmatan internet
15. Keselamatan 24 jam

Oleh kerana lokasi resort ini adalah di Pulau Lankayan jadi terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bila datang bercuti di sini dan antara aktiviti yang ada ialah aktiviti laut seperti menyelam, snorkeling, berenang berkayak dan lain-lain lagi. Untuk aktiviti di laut ni anda perlulah mendapatkan kebenaran daripada pihak resort terlebih dahulu ya agar mereka dapat mengatur segala peralatan yang kumpulan anda ingin gunakan nanti, dan ia juga adalah bertujuan agar dapat memastikan keselamatan anda sepanjang melakukan aktiviti di laut adalah lebih terjamin. Semua peralatan untuk aktiviti di laut ni anda boleh sewa dengan pihak resort jadi anda tidak perlu risau tapi pastikan buat tempahan awal sikit agar pihak resort dapat memastikan peralatan untuk disewa tu masih ada sebab di sini memang kebanyakkan yang datang adalah untuk membuat aktiviti laut untuk melihat keindahan hidupan marin seperi karang, ikan jerung paus, penyu hijau, barakuda ekor kuning, ikan anemone badut, udang karang, ketam labah-labah, ikan kakaktua dan bermacam lagi jenis ikan yang lain. Bagi siapa yang mahu tengok ikan jerung paus boleh cuba datang pada bulan Mac hingga Mei sebab pada pada waktu ni jerung tersebut lebih mudah kelihatan di lautan. Manakala bagi yang berminat untuk melihat penyu hijau mendarat dan bertelur di pulau ni bolehlah cuba datang sekitar bulan Jun hingga September kerana penyu tersebut banyak mendarat pada bulan tersebut. Jadi pada antara bulan-bulan di atas ini memang ramai pelancong yang ada di sini terutama sekali pelancong yang datang daripada luar negara, pelancong dalam negara pun ada pada waktu ni tapi mungkin tidak begitu ramai.

Aktiviti lain ialah berjalan bersiar-siar di pantai yang putih bersih sambil mengambil gambar laut yang terbentang luas dan munkin anda boleh lepak di pantai pada waktu petang untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam. Bila anda bercuti ke sini khusisnya daerah Sandakan, sebaiknya anda senaraikan juga aktiviti melawat ke beberapa tempat menarik yang ada berhampiran daerah ini. Antara beberapa tempat menarik yang mungkin anda boleh masukkan dalam senarai untuk lawatan ketika datang bercuti di resort ini adalah seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Pusat Pemulihan Orang Utan
02. Rainforest Discovery Centre
03.
Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo
04. Pasar malam
05. Tembok Sandakan
06. Hutan Simpan Sepilok
07. Taman Buaya Sandakan
08. Labuk Bay Proboscis Monkey
09. Sandakan Memorial Park
10. Pulau Berhala
11. Agnes Keith House
12. Sandakan Waterfront
13. Pasar Besar Sandakan
14. Pulau Selingan

Sebenarnya banyak juga lagi kemudahan, perkhidmatan, dan aktiviti yang boleh anda dapatkan atau lakukan di resort ini terutama sekali untuk aktiviti di laut.
Untuk ke sini anda mungkin bolehlah terus menghubungi pihak pengurusan resort atau melalaui ejen pelancongan yang sah berdaftar agar ia lebih memudahkan perjalanan anda dari lapangan terbang ke resort ini. Ingat ya, kalau anda ke sini melalaui ejen pelancongan pastikan ejen pelancongan yang anda mahu buat tempah tu betul-betul sah berdaftar.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak yang menguruskan resort ni di alamat seperti di bawah ini.

Kota Kinabalu Office
Pulau Sipadan Resort & Tours Sdn Bhd
Blok B, Tingkat 1, Lot B-1-1, Plaza Tanjung Aru,
Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru,
88100, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 238 113
Tel Fax :
+6088 238 112

Sandakan Office
Pulau Sipadan Resort & Tours Sdn Bhd
Tingkat Bawah, Lot 38 & 39, Blok C
Batu 5, Taman Tyng, Jalan Utara
PPM 255 Elopura,
90000, Sandakan
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6089 673 999

Ulasan