Langkau ke kandungan utama

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan lapangan terbang yang kedua paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU

Kredit Gambar : Klia2

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) salah satu lapangan terbang yang terdapat di Sabah dan merupakan pintu masuk utama para pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke negeri Sabah. KKIA terletak kira-kira 8 km dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. 

Lapangan Terbang Kota Kinabalu telah dinaik tarafkan dan mampu menampung sehingga 9 juta orang dalam setahun dan boleh menerima pesawat yang lebih besar seperti Boeing 747.

Beberapa kemudahan terdapat di dalam kawasan lapangan terbang ini seperti kedai runcit, cafe dan restoran. Selain itu terdapat juga kemudahan perkhidmatan teksi yang disediakan agar memudahkan lagi perjalanan pengunjung yang datang ke negeri ini.

Terdapat banyak syarikat penerbangan yang menjalankan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan antaranya adalah seperti :

01. Malaysia Airlines
02. AirAsia
03. Malindo Air
04. China Airlines
05. MasWings
06. Cebu Airlines
07. FireFly Airlines
08. Hong Kong Dragon Airlines
09. Korea Airlines

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sentiasa dimajukan atau dinaiktarafkan agar ianya dapat menampung lebih ramai pelawat dan juga dapat memberikan lagi lebih keselesaan kepada para pengunjung dan pelancong yang datang melawat ke negeri Sabah.


Ulasan