Langkau ke kandungan utama

Latok

Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Latok merupakan masakan atau makanan tradisi bagi suku kaum Bajau terutamanya bagi Bajau Laut di daerah Semporna.

LATOK



Latok merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah dan makanan ini adalah sejenis makanan yang berasaskan daripada rumpai laut. Makanan ini sememangnya begitu popular dan diminati oleh masyarakat dari suku kaum Bajau terutama sekali Bajau Laut di Sabah yang kebanyakkannya mereka tinggal di persisir pantai di daerah Semporna, Sabah.

Latok biasanya dimakan mentah begitu sahaja, atau boleh juga dicampur dengan bawang, cili dan perahan air limau untuk menambahkan lagi rasanya agar lebih sedap ketika dimakan. Ia juga biasanya dimakan bersama nasi dan ikan yang dipanggang seperti ikan yu dan sebagainya.


Latok dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dianggap dapat memberi kebaikan dan kesihatan kepada orang yang memakannya. Antara khasiat yang terdapat pada Latok adalah :


Khasiat latok :

01. Awet muda
02. Merawat kanser
03. Kesihatan darah
04. Tulang, otot dan urat berfungsi dengan baik.
05. Memberi Vitamin C
06. Memberi Protein

Nota :
Oleh kerana latok biasanya dimakan begitu saja jadi pastikan sebelum makan cuci atau bersihkan terlebih dulu rumpai laut berkenaan.

Ulasan