Le' One Kokol Elf merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Kokol Elf ini terletak di Kuala Menggatal, Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 35 minit perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah.
LE' ONE KOKOL ELF
Kredit gambar : Kokol Elf
Le' One Kokol Elf atau juga lebih ringkasnya dipanggil Kokol Elf adalah salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh dikunjungi oleh penduduk tempatan atau pun pelancong terutamanya bagi mereka yang sering memasukkan gambar-gambar cantik ke media sosial. Tempat ini terletak di Bukit Kokol, Kuala Menggatal iaitu lebih kurang 28 km atau kira-kira 35 minit perjalanan menaiki kereta dari Bandar Kota Kinabalu dan sesuai untuk aktiviti beriadah bersama rakan atau keluarga sambil melihat pemandangan yang cukup indah. Kalau yang tidak berkesempatan untuk ke daerah Ranau atau luar negara untuk untuk mengambil gambar pemandangan yang indah, tidak perlu risau lagi sebab di Kokol Elf ini pun mampu memberikan anda suatu kepuasan bila berkunjung ke sini.
Di sini juga adalah tempat tumpuan orang ramai terutama sekali dari penduduk tempatan untuk datang bergambar dan beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan ketika cuti pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Dengan lokasinya yang berada di atas Bukit Kokol ianya sudah pasti dapat memberikan satu pemandangan keindahan yang cukup indah dan mengagumkan, lebih-lebih lagi pemandangan pada waktu petang iaitu pemandangan ketika matahari terbenam. Tempat ini juga telah dilengkapi dengan beberapa lokasi untuk bergambar yang disediakan khas agar dapat memudahkan para pengunjung atau pun pelancong yang datang ke sini untuk mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan keindahan pemandangan alam semulajadi. Ini sudah pasti akan menjadikan percutian atau perjalanan anda ke sini akan menjadi lebih berbaloi dan juga menjadi satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Tempat ini adalah lokasi terbaik untuk mengambil gambar, terutama sekali bagi mereka yang suka letak atau upload gambar-gambar pemandangan yang cantik di instagram. Tempat ini juga amat sesuai bagi mereka yang ingin mengambil gambar perkahwinan dengan berlatarbelakngkan pemandangan yang cukup indah tanpa perlu membuang banyak duit untuk ke luar negara. Antara beberapa kemudahan tempat atau lokasi bergambar yang disediakan di sini adalah seperti buaian, yang mana anda bolehlah menaiki buaian yang besar ini untuk berayun sambil mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan keindahan pemandangan alam semulajadi. Kalau anda yang mahu ambil gambar perkahwinan dibuaian bolehlah naik buaian ini bersama pasangan anda kemudian berayun sambil mengambil gambar, tapi yang sebaiknya minta kawan atau keluarga yang ambilkan gambar.
Tempat ini adalah lokasi terbaik untuk mengambil gambar, terutama sekali bagi mereka yang suka letak atau upload gambar-gambar pemandangan yang cantik di instagram. Tempat ini juga amat sesuai bagi mereka yang ingin mengambil gambar perkahwinan dengan berlatarbelakngkan pemandangan yang cukup indah tanpa perlu membuang banyak duit untuk ke luar negara. Antara beberapa kemudahan tempat atau lokasi bergambar yang disediakan di sini adalah seperti buaian, yang mana anda bolehlah menaiki buaian yang besar ini untuk berayun sambil mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan keindahan pemandangan alam semulajadi. Kalau anda yang mahu ambil gambar perkahwinan dibuaian bolehlah naik buaian ini bersama pasangan anda kemudian berayun sambil mengambil gambar, tapi yang sebaiknya minta kawan atau keluarga yang ambilkan gambar.
Lokasi bergambar kedua yang ada di sini adalah kawasan mengambil pemandangan matahari terbenam atau juga lebih dikenali dalam English sebagai the sunset catcher area. Di lokasi ini ada disediakan tempat duduk yang betul-betul menghadap ke arah pemandangan matahari terbenam, jadi anda boleh lihat betapa indahnya suasana alam pada ketika itu. Bagi lokasi ketika pula ialah kawasan bergambar yang berbentuk seperti sarang burung atau juga disebut the city circle. Anda boleh duduk di dalam ini sendiri atau bersama pasangan anda untuk mengambil gambar dan yang keempat adalah kawasan yang disebut sebagai pondok bantal beruang atau the bear pillow hut yang mana di sini anda boleh ambil gambar dengan berlatarbelakangkan bantal gergasi dan terdapat juga beberapa patung beruang diletak di sini, jadi bolehlah mengambil gambar beramai-ramai di sini bersama keluarga atau rakan-rakan anda.
Terdapat juga beberapa kemudahan yang berhampiran dengan tempat ini iaitu seperti restoran, tandas, tempat letak kereta dan bagi yang datang dari jauh bolehlah menginap di beberapa penginapan yang ada berhampiran dengan tempat ini. Terdapat penginapan di sini seperti resort dan juga homestay, jadi anda boleh pilih saja yang mana anda mahu sebab penginapan ini juga mempunyai satu pemandangan dan tempat bergambar yang cukup indah dan cantik. Jadi terpulang pada anda jika mahu bermalam di sini atau memilih untuk mencari penginapan di Bandar Kota Kinabalui.
Untuk ke sini, sebaiknya anda memandu kereta sendiri atau kalau tiada kereta bolehlah cuba menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen). Ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini sekaligus dapat melawat tempat lain sekitar Kota Kinabalu. Pilihan lain adalah jika tidak ada kereta bolehlah menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain yang penting beritahu pemandu di mana anda hendak pergi, dan pastikan juga untuk buat temujanji dengan pemandu untuk datang ambil anda semula dari sini.
Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 7 malam
Bayaran masuk :
Warganegara
Dewasa (13 tahun ke atas) : RM10.00
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM5.00
Kanak-kanak (0-4 tahun) : Percuma
Warga asing
Dewasa : RM100.00
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Le'One Kokol Elf seperti alamat di bawah ini :
Alamat :
Le' One Kokol Elf
KM7, Jalan Kokol,
Menggatal, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 016-831 3220
Website : facebook.com/kokolelf
Ulasan
Catat Ulasan