Linangkit Cultural Village merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai dikunjungi oleh orang ramai tidak kira penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu mengenali lebih jauh kehidupan dan kebudayaan masyarakat atau etnik Lotud yang juga merupakan sub-etnik bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Tempat ini terletak tidak jauh dari Pekan Tuaran iaitu cuma 3 km saja atau kira-kira 8 minit perjalanan menaiki kenderaan.
LINANGKIT CULTURAL
Kredit gambar : Linangkit
Kredit gambar : Linangkit
Kredit gambar : Linangkit
Kredit gambar : Linangkit
Linangkit Cultural Village atau ringkasnya LCV merupakan salah satu tempat yang menarik
di Kota Kinabalu yang terletak di daerah kecil Tuaran dan tempat ini merupakan sebuah Kampung Budaya yang mempamerkan atau memperkenalkan sosio budaya dan tradisi etnik Lotud yang merupakan sub-etnik suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Oleh itu bagi anda yang mahu mengenali kebudayaan etnik Lotud bolehlah datang ke tempat ini yang terletak di Kampung Selupoh, Tuaran iaitu lebih kurang 3 km atau kira-kira 8 minit saja perjalanan dari Pekan Tuaran, manakala kalau anda dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 35 km iaitu kira-kira 45 minit perjalanan menaiki kenderaan. Linangkit adalah Suatu teknik sulaman tangan menggunakan jarum untuk membuat simpulan bercorak unik yang biasanya di buat atau digunakan oleh etnik Lotud untuk membuat kraftangan. Memang tidak rugi jika dapat datang ke tempat ini kerana banyak aktiviti dan persembahan yang akan dipamerkan kepada anda tidak kiralah anda adalah penduduk tempatan Sabah atau pun pelancong yang datang dari dalam dan luar negara ke negeri ini khususnya ke daerah kecil Tuaran. Tempat ini sesuai untuk sesisi keluarga, jadi adalah lebih seronok jika dapat datang beramai-ramai bersama keluarga atau pun rakan-rakan untuk merasai sendiri cara kehidupan dan budaya etnik Lotud. Kalau memang bercadang ke sini sebaiknya anda aturkan masa yang sesuai sebab aktiviti dan persembahan yang ada di sini memang banyak jadi mungkin akan makan masa beberapa jam, oleh itu bila anda dapat atur masa dengan lebih baik maka tidaklah perlu terlalu kelam kabut untuk pulang bila sudah berada di tempat ini.
Etnik Lotud sememangnya sangat mahir dalam membuat hasil kraftangan termasuklah menenun atau membuat pakaian tradisional mereka yang dikatakan antara tercantik dan unik sehinggakan pakaian mereka sering menjadi pilihan para peserta Ratu Pesta Keamatan atau Unduk Ngadau ketika sambutan Pesta Kaamatan Negeri Sabah. Oleh yang demikian sekiranya berpeluang datang ke sini pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba pakaian etnik Lotud yang mempunyai reka bentuk atau corak yang sangat cantik dengan penggunaan warna menarik seperti warna emas, merah, perak, putih dan hitam untuk dijadikan kenangan sempena lawatan anda ke sini. Selain daripada itu anda juga akan di bawa untuk melawat sekitar kampung budaya ini termasuklah ke rumah panjang tradisional etnik Lotud dan di sini anda berpeluang untuk memahami dengan lebih dekat gaya hidup dan juga budaya mereka dari dahulu hinggalah kini. Di rumah panjang ini anda akan ada jurupandu atau guide yang akan bawa anda berjalan untuk melihat beberapa barangan antik menarik etnik Lotud dan ada antara barangan tersebut yang berusia lebih dari seratus tahun, namun anda tidak dibenarkan mengambil gambar dikawasan pameran berikut jadi kalau anda mahu mengambil dikawasan pameran ini boleh beranya terlebih dahulu dengan kakitangan atau jurupandu anda jika dibenarkan. Bila melawat di kampung budaya, anda juga akan dipersembahkan dengan cara membuat hasil kraftangan yang biasa dibuat etnik berkenaan dan mungkin anda juga boleh turut serta mencuba untuk membuat kraftangan tersebut, sekurang-kurangnya ada juga pengalaman baru. Selain daripada tu terdapat juga demostrasi penyediaan makanan tradisional etnik Lotud khususnya Moniang iaitu makanan sireh yang dikunyah bersama beberapa bahan lain sehingga air liur menjadi merah kemudian membuang ludah untuk keluarkannya, pastikan anda tidak menelannya ya sebab ia bukan untuk ditelan.
Persembahan budaya juga turut dipersembahkan di sini iaitu seperti persembahan tarian tradisional, alat muzik tradisional dan bermacam-macam lagi persembahan lain dan anda juga boleh turut serta untuk mengikuti persembahan tersebut contohnya menari beberapa tarian kebudayaan suku kaum Kadazan-Dusun khususnya etnik Lotud. Jadi memang seronok apabila dapat datang ke sini dan ikut persembahan yang ada lebih-lebih lagi kalau anda datang dalam kumpulan yang ramai seperti bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain itu anda juga mungkin boleh mencuba untuk buat aktiviti lain seperti memancing ikan secara tradisional dan semua peralatan untuk memancing termasuklah tempat duduk atau payung dan sebagainya anda sendiri yang kena sediakan, pihak LCV tidak menyediakannya dan tidak boleh guna pukat atau rambat adalah tidak dibenarkan, untuk memancing ada dikenakan bayaran tetapi tidak mahal dan tidak ada had masa jadi anda boleh memancing mengikut masa operasi kampung budaya ini beroperasi dari pagi hingga petang. Bila di sini jangan lupa juga untuk mencuba aktiviti mencabut ubi kayu terutamanya bagi mereka yang mungkin belum pernah merasai cara mencabut ubi kayu atau petik daunnya, oleh itu inilah peluang yang anda mesti cuba. Anda tidak perlu risau kalau lapar sebab pihak pengurusan di sini ada menyediakan beberapa juadah tradisional buat para pengunjung yang datang dan tidak perlu risau sebab biasanya juadah yang akan dihidang adalah halal tapi kalau anda mahukan lebih kepastian boleh saja tanya dengan kakitangan yang bertugas pada waktu itu. LCV buka dari pagi hingga petang tapi jika mahu datang perlulah menghubungi pihak pengurusan di sini terlebih dahulu iaitu lebih kurang 3 jam sebelum datang agar pihak LCV dapat mempersiapkan segala keperluan untuk seperti buat persiapan untuk persembahan kebudayaan, makanan, lawatan ke rumah panjang dan lain-lain lagi seperti yang dinyatakan di atas tadi, ini juga adalah agar dapat memudahkan pekerjaan pihak dan juga kakitangan di sini agar tidak kelam kabut bila menyambut kedatangan kumpulan anda nanti.
Untuk memudahkan lagi para pengunjung yang datang ke LCV, maka pihak pengurusan disini telah pun menyediakan beberapa kemudahan agar ianya dapat memberi lebih keselesaan kepada pengunjung bila atau selama mereka berada di tempat ini melawat dan melakukan pelbagai aktiviti lain. Antara beberapa kemudahan yang disediakan ialah seperti tempat letak kereta secara percuma buat semua pengunjung yang datang melawat ke sini, tapi kawasan tempat letak kereta ni tidak banyak jadi kalau anda datang ketika ramai pengunjung memang akan susah sikit dapat tempat untuk meletakkan kereta. Bila keadaan ini berlaku anda tidak perlu risau sebab pihak pengurusan sini akan membantu anda untuk selesaikan masalah ini dan seterusnya mendapatkan tempat untuk meletetakkan kereta anda. Oleh yang demikian jika anda datang ke sini beramai-ramai maka adalah baik bila dapat berkongsi kereta dengan rakan atau keluarga agar dapat memudahkan anda bila sampai di tempat ini dan meletakkan kereta. Selain itu ada juga kemudahan kolam memancing ikan yang terdapat di sini buat mereka yang berminat memancing ikan dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Sebaiknya anda melihat laman sosial LCV atau boleh hubungi pihak mereka untuk bertanya mengenai jenis umpan yang dibenarkan sekiranya anda ingin ke sini memancing sebab tidak semua jenis umpan dibenarkan, selain itu terdapat juga beberapa peraturan lain yang perlu anda ikuti apabila memancing di sini. Ikan yang anda dapat hasil daripada memancing itu adalah menjadi milik anda sepenuhnya dan boleh bawa pulang ke rumah untuk di masak dan makan bersama keluarga. Bagi sesiapa yang mahu bersenam boleh ke gimnasium kecergasan yang terdapat di kampung ini untuk mengisi masa lapang sebelum pulang semula ke tempat atau rumah masing-masing nanti, tapi kalau ramai orang pada waktu itu terpaksalah anda tunggu giliran dan kalau tidak mahu pun tidak menjadi masalah juga, selain ke gim anda juga mungkin boleh bermain badminton bersama rakan kerana di sini pun ada disediakan kemudahan dua buah gelanggang badminton untuk para pengunjung yang mahu bermain badminton tetapi semua peralatan perlu bawa sendiri seperti bulu tangkis dan raket.
Kemudahan seterusnya ialah dewan serbaguna untuk sesiapa para tetamu yang mahu menyewa dan juga menggunakan dewan tersebut untuk membuat majlis atau acara yang berskala kecil atau sederhana iaitu seperti majlis perkahwinan, majlis harijadi, gathering dan lain-lain lagi. Sebaiknya anda buat tempahan lebih awal sekiranya mahu menggunakan dewan serbaguna ini agar pihak pengurusan LCV dapat buat segala persiapan seperti mengatur dan menyusun meja dan kerusi serta mungkin juga makanan untuk majlis anda itu nanti dan kalau anda buat tempahan awal dapatlah juga pihak mereka memastikan ada kekosongan tempat pada hari dan tarik yang telah dipilih tersebut. Tempat ni memang sesuai untuk buat majlis kerana lokasinya yang strategik serta keadaan persekitarannya yang cantik dan bersih, mungkin untuk tempat letak kereta sahaja yang mungkin kurang tapi tidak menjadi masalah seperti yang telah di nyatakan di atas tadi bahawa pihak pengurusan di sini sendiri yang akan membantu menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan itu nanti. Di sini ada juga kemudahan kafe buat anda yang mungkin mahu menjamu selera atau minum pagi dan petang sambil menunggu setelah selesai berjalan melawat sekitar kampung budaya ini dan sebelum pulang ke rumah. Jadi kalau anda tidak biasa dengan makanan tempatan negeri ini tidak perlulah risau sebab anda boleh juga makan di kafe ini sekiranya terasa lapar dan terdapat pelbagai menu makanan dan minuman yang tersedia untuk anda pilih. Bagi anda yang ke sini bersama keluarga dan anak-anak bolehlah bawa anak anda ke pusat aktiviti yang dibina khas buat kanak-kanak tidak kira anak dari kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong dari dalam dan juga luar negara yang datang berkunjung ke LCV ini. Untuk secara ringkasnya di bawah ini adalah beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan LCV bagi kegunaan para pengunjung yang datang ke tempat ini iaitu seperti :
Kemudahan dan perkhidmatan :
01. Dewan serbaguna
02. Gelanggang badminton
03. Tandas awam
04. Gim kecergasan
05. Restoran/Kafe
06. Tempat letak kereta
07. Pusat aktiviti kanak-kanak
08. Kolam memancing
Sebenarnya banyak lagi kemudahan dan perkhidmaran lain yang ada disediakan, cuma di atas adalah sebahagian sahaja dan untuk yang lain-lain anda boleh mendapatkan maklumat lanjutnya dengan lihat di laman sosial LCV atau menghubungi mereka terus untuk lebih kepastian sebelum anda berangkat ke sini. Apa pun bila anda sudah berada di Tuaran jangan lupa untuk senaraikan aktiviti melawat ke tempat menarik lain disekitar daerah kecil Tuaran yang mana ramai orang sudah sedia maklum di sini memang banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti :
Tempat menarik berhampiran :
01. Pantai Shahbandar
02. Chanteek Borneo
03. Peak Of Hope
04. Borneo Ant House
05. Taman Buaya Tuaran
06. Rumah Terbalik
07. Tuaran Lagoon Park
08. Pekan Tuaran
09. Tradisional Lotud House
10. Rasa Ria Reserve
11. 3D Wonders Museum
12. Tuaran Clock Tower
13. River Bay Beach
14. Jambatan Tamparuli
15. Zip Borneo
Tempat ini terletak di daerah tuaran jadi kalau mahu jimat boleh naik bas sahaja dari Kota Kinabalu yang menuju ke Pekan Tuaran, selepas sampai pekan boleh naik teksi atau perkhidmatan e-hailing lain untuk hantar anda terus ke tempat ini. Kalau ada kereta sendiri pun lagi baik sebab dapat memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini seterusnya pergi melawat ke beberapa tempat menarik sekitar Tuaran dan kawasan berhampirannya.
Waktu operasi :

Setiap hari : 9 pagi - 6 petang
Untuk pertanyaan bayaran masuk, bayaran lain-lain kemudahan dan sebarang pertanyaan lain atau pun ingin maklumat lebih lanjut, anda bolehlah hubungi terus pihak pengurusan Linangkit Cultural Village di alamat seperti di bawah :
Hubungi :

Linangkit Cultural Village
Kampung Selupoh,
P.O.Box 508,
89208, Tuaran,
Sabah, Malaysia.
Orang dihubungi : Ms. Angela
Telefon : +6011 272 32016
Website : Linangkit Fb
Kampung Selupoh,
P.O.Box 508,
89208, Tuaran,
Sabah, Malaysia.
Orang dihubungi : Ms. Angela
Telefon : +6011 272 32016
Website : Linangkit Fb
Ulasan
Catat Ulasan