Liogu Ku Silou Silou adalah salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai aktiviti beriadah, berkelah atau pun berkhemah untuk sesisi keluarga ataupun yang mahu datang bersama rakan-rakan bila ada masa lapang. Orang ramai tidak kira penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu mencari lokasi untuk beriadah pada hujung minggu dengan suasana yang tenang bolehlah datang ke tempat ini yang terletak di dalam daerah kecil Kota Belud iaitu lebih kurang 17 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud, Sabah.
LIOGU KU SILOU SILOU




Kredit gambar : Diza Rey Larena

Kredit gambar : Arlean Benessa

Kredit gambar : Arlean Benessa
Liogu Ku Silou Silou adalah salah satu tempat menarik di
Kota Kinabalu yang sangat suai untuk anda kunjungi sama ada bersama keluarga mahu pun bersama rakan-rakan ketika ada masa lapang seperti cuti dihujung minggu untuk aktiviti beriadah, berkelah atau berkhemah. Dengan lokasinya yang jauh dari kesibukan bandar, tempatnya yang bersih serta suasananya yang begitu tenang maka tempat ini memang sesuai untuk menjadikan tempat ini salah satu pilihan untuk percutian anda kali ini kerana ianya akan dapat memberikan anda satu ketenangan ketika berehat di sini setelah penat berkerja dalam seminggu. Tempat ini terbuka untuk orang ramai tidak kira penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melawat ke Negeri Sabah khususnya ke Daerah Kota Kinabalu dan bila bercuti ke sini adalah lebih baik sekiranya dapat datang beramai-ramai agar tidak kira bersama keluarga atau rakan-rakan sebab ianya lebih menyeronokkan jika ada yang datang bersama anda sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik di tempat ini. Tempat ini terletak di dalam daerah kecil Kota Belud iaitu lebih kurang 17 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud dan kalau dari Kota Kinabalu pula jaraknya ada sekitar 87 km atau lebih kurang 2 jam perjalanan. Masa perjalanan tu memang agak lama sikit jika dibanding dengan jaraknya sebab jalan masuk ke dalam tempat ini berbatu atau gravel sikit, jadi kalau kereta yang rendah mungkin tidak boleh terlalu laju bila lalu di sini tapi kalau naik pacuan empat roda mungkin masa perjalanan tu lebih cepat lagi, tapi jangan risau sebab jalan masuk tu tidaklah teruk sangat memang kereta semua pun boleh masuk. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang bercuti di tempat ini tidak kira anda datang untuk lawatan sehari sahaja ataupun yang mahu bermalam untuk satu malam atau beberapa hari. Sebelum datang ke sini juga adalah baik untuk menghubungi pihak pengurusan Liogu Ku Silou Silou ini agar dapat memastikan ia buka pada hari dan tarikh yang anda bercadang untuk datang.
Mungkin masih ramai lagi yang belum tahu akan adanya tempat menarik ini, jadi tidak terlalu ramai orang dari luar daerah Kota Kinabalu yang datang ke sini, tapi bagi penduduk yang tinggal di sekitar daerah kecil Kota Belud ni memang sudah mengenali tempat ini dan sering berkunjung ketika hujung minggu bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Anda tidak perlu risau tentang kemudahan apabila ke sini sebab memang banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Liogu Ku Silou Silou untuk para pengunjung atau tetamu mereka, yang penting anda bawa duit poket bila ke sini untuk sewa kemudahan tersebut tapi tidak perlulah risau sebab harga yang diberikan adalah murah sahaja. Semua kemudahan ini adalah untuk memuaskan hati pengunjung dan memastikan mereka sentiasa merasa selesa sepanjang berada ditempat ini. Antara kemudahan yang disediakan ialah seperti pondok dan pondok ni pula ada beberapa jenis iaitu pondok terbuka, yang tertutup dan ada yang mempunyai bilik, pondok ni semua boleh dikira sebagai tempat penginapan dan harga yang ditawarkan juga berbeza mengikut saiz pondok dan mengikut bilangan hari. Pondok ini semua boleh disewa oleh pengunjung tidak kira yang datang untuk lawatan sehari mahupun yang bermalam dan harganya juga turut berbeza contohnya pondok dengan saiz 10'x10' harga sewa untuk lawatan sehari adalah RM15 manakala jika anda sewa untuk bermalam harganya adalah RM30. Ini adalah harga sebelum ni dan harga tersebut mungkin akan berubah mungkin keadaan, jadi anda boleh hubungi pihak pengurusan tempat ini untuk harga terkini. Anda juga boleh bermalam di sini dengan menggunakan khemah di tapak perkhemahan yang telah disediakan khas untuk aktiviti tersebut, untuk berkhemah anda boleh bawa khemah sendiri dari rumah dan cuma menyewa tapak sahaja atau kalau tidak ada khemah boleh sewa sekali khemah yang ada disediakan di sini, tapi adalah lebih baik menghubungi pihak pengurusan tempat ini terlebih dahulu jika ingin berkhemah untuk memastikan adanya kekosongan tempat pada tarikh yang anda pilih dan juga untuk mereka menyediakan perlatan yang anda mahu sewa.
Kemudahan lain yang ada ialah seperti dewan, yang mana terdapat 2 jenis dewan yang boleh anda sewa iaitu dewan utama dan juga dewan mini, untuk dewan utama ni dapat memuatkan 60 buah tempat duduk atau kerusi manakala bagi dewan mini pula hanya memuatkan 20 kerusi saja dalam satu-satu masa, jadi terpulang dari anda mahu sewa dewan yang mana satu sekiranya ingin mengadakan acara atau majlis di tempat ini. Dewan ini juga anda perlu buat tempahan lebih awal sebelum majlis tersebut diadakan, ini adalah bagi memudahkan pihak pengurusan tempat ini memastikan jumlah orang yang akan datang dan juga dapat mengatur dan menyediakan segala apa yang diperlukan seperti peralatan dan kemudahan untuk memastikan majlis anda itu nanti berjalan dengan lancar. Bagi anda yang mahu memasak di sini, anda boleh menyewa dapur yang mana ianya termasuk tempat memasak dan perlatan untuk memasak, tapi kalau anda mahu membawa perlatan memasak sendiri pun boleh juga, manakala bagi peralatan untuk makan pula sebaiknya anda bawa atau beli sendiri seperti pinggan, gelas dan sudu yang mana anda boleh saja yang jenis pakai buang untuk lebih memudahkan anda tanpa perlu penat untuk mencucinya, cuma pastikan buang di dalam tong sampah yang disediakan. Untuk bahan masakan pula anda perlulah bawa sendiri dan pastikan sedia tempat untuk meletakkan barang masakan tersebut terutamanya jika anda bawa bahan mentah seperti ayam dan daging yang sudah pasti memerlukan satu tempat yang khas agar ia lebih bertahan lama. Kemudahan lain yang anda boleh sewa di sini adalah tilam sama ada saiz single atau pun saiz queen, dan tilam ni memang perlu anda sewa terutamanya jika anda menyewa pondok dan bermalam di sini, harga sewa tilam juga tidak mahal cuma sekitar RM5 hingga RM10 sahaja mengikut saiz, tetapi anda boleh juga buat pilihan dengan membawa beg tidur sendiri dari rumah sekiranya ingin menjimat kos perbelanjaan, begitu juga dengan bantal ia terpulang pada anda mahu sewa atau bawa sendiri, apa yang lebih penting ialah keselesaan anda ketika berehat di tempat ini dengan lebih nyaman.
Selain itu anda juga boleh menyewa kemudahan kipas angin sama ada kipas meja atau kipas berdiri dan kipas ni bolehlah anda gunakan di pondok atau khemah terutamanya bagi mereka yang bermalam di sini memang memerlukan kipas angin untuk menyejukkan badan. Bagi anda yang datang ke sini untuk lawatan sehari saja ada pilihan juga jika tidak mahu sewa pondok kerana anda boleh menyewa kanopi yang biasa warna biru tu untuk anda berehat dan berlindung dari matahari, boleh juga terus sewa kerusi dan meja untuk tujuan letak barang atau menjamu selera di situ. Seterika juga ada disediakan untuk anda sewa jika ingin seterika pakaian khususnya bagi mereka yang bermalam di sini sehingga beberapa hari. Untuk keselamatan ketika berada di sungai terdapat kemudahan jaket keselamatan dan juga tiub pelampung pelbagai saiz untuk anda sewa agar lebih menjamin keselamatan ketika berada di sungai, kemudahan ini memang sangat disarankan untuk anda sewa lebih-lebih lagi jika ada membawa bersama anak kecil mandi di sungai. Banyak lagi sebenarnya kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan tempat ini dan kebanyakkannya ada untuk disewa dengan harga yang sangat murah antara kemudahan lain seperti kelambu, tandas, bilik mandi, lapik getah untuk yang berkhemah, baja makanan ikan jika ingin memberi makan ikan, peralatan sukan seperti bola tampar serta tarik tali dan lain-lain lagi kemudahan yang sudah pun disediakan di tempat ini, cuma perlu bawa duit lebih saja untuk memastikan anda dapat membuat pembayaran ketika menyewa kemudahan tersebut, sebab biasa kena guna wang tunai tapi anda juga boleh bertanya terlebih dahulu sebelum datang ke sini sekiranya mereka ada menyediakan perkhidmatan membayar secara dalam talian (online) jadi bolehlah bawa wang tunai sikit sahaja. Untuk senarai lebih ringkas di bawah ini adalah beberapa kemudahan yang disedia oleh pihak Liogu Ku Silou Silou :
Kemudahan :
01. Pondok Penginapan
02. Dapur Masak
03. Peralatan Memasak
04. Khemah
05. Kanopi
06. Dewan Utama
07. Dewan Mini
08. Tandas
09. Bilik Mandi
10. Air Paip
11. Selimut
12. Tempat Letak Kereta
13. Tilam/Bantal
14. Kipas Angin
15. Meja Dan Kerusi
16. Kerusi Lipat
17. Jaket Keselamatan
18. Tiub Pelampung
19. Tapak Perkhemahan
20. Seterika
Kebanyakkan kemudahan yang disediakan ini perlulah disewa, oleh itu terpulanglah pada anda sama ada mahu menyewa sahaja dari sini atau mungkin ada kemudahan atau peralatan yang boleh anda bawa sendiri dari rumah untuk lebih menjimatkan kos perbelanjaan. Kalau anda datang dalam kumpulan yang ramai bolehlah kongsi bajet untuk sewa kemudahan yang disediakan ataupun bahagikan tukas untuk bawa barang kemudahan sendiri dari rumah, terpulanglah dari anda sendiri. Di bawah ni adalah antara senarai barang keperluan yang mungkin anda boleh bawa dari rumah untuk keperluan sepanjang berada di tempat ini tidak kira yang datang seharian saja atau yang bermalam, ini adalah bagi memastikan percutian anda ke sini berjalan dengan lebih lancar dan tidak perlu risau lagi untuk keluar pergi mencari barang yang diperlukan, tapi kalau memang terdapat kekurangan keperluan bolehlah pergi ke Pekan Kota Belud untuk memberli barang keperluan tersebut khususnya bagi mereka yang datang dari jauh seperti dari luar daerah. Senarai ini adalah cadangan sahaja, terpulang pada anda barang keperluan apa yang dirasakan perlu dan tidak perlu untuk di bawa sekiranya bercadang untuk datang bercuti ke tempat Liogu Ku Silou Silou ini :
Barang perlu bawa :
01. Pakaian lebih
02. Pakaian Mandi
03. Bahan Masakan
04. Kamera
05. Video Kamera
06. Selimut
07. Baju Sejuk
08. Bantal
09. Beg Tidur
10. Tuala mandi
11. Peralatan mandi
12. Lampu suluh
13. Pisau lipat
14. Duit poket
15. Ubat Peribadi
16. Tempat Makanan
17. Sejadah
18. Telekung solat
19. Khemah
20. Powerbank
21. Semburan Nyamuk
22. Peralatan Makan
Manakala bagi aktiviti pula terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang datang ke sini bercuti, sebelum tu perlu ambil perhatian bahawa tempat ini buka jam 8 pagi dan tutup pada jam 6 petang, oleh itu bagi mereka yang datang untuk lawatan sehari pastikan anda tidak berada di sini lebih dari masa yang ditetapkan. Manakala bagi mereka yang mahu bermalam pula, masa masuk adalah antara jam 12 tengah hari hingga jam 6 petang dan masa keluar (check out) adalah jam 12 tengah hari pada keesokkan harinya. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bila berada di sini ialah berkhemah di tapak perkhemahan yang telah pun dikhaskan dan kalau mahu berkhemah bawalah khemah sendiri dari rumah terutamanya jika datang ke sini dalam berkumpulan sebab takut khemah yang ada disediakan di sini tidak mencukupi. Memang menarik dapat melakukan aktiviti perkhemahan di tempat ini sebab kawasannya yang bersih serta udaranya yang segar, kalau malam pun cuacanya sejuk oleh itu tidak ada masalah jika mahu berkhemah di sini tapi pastikan bawa baju tebal atau selimut untuk panaskan badan. Aktiviti lain ialah mandi di sungai yang terletak berhampiran, sungai ini tidak terlalu dalam dan sesuai juga untuk kanak-kanak mandi, selain itu sungai ini juga terlindung daripada matahari kerana banyak pokok yang terdapat di tepian sungai, jadi anda boleh mandi pada bila-bila masa sahaja di sungai itu. Ketika melakukan aktiviti di sungai pastikan anda sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga atau rakan-rakan sebab walaupun sungai di sini tidak dalam tetapi aliran sungai mungkin boleh menjadi laju, selain itu dan batuan yang berada dalam dan tepi sungai adalah licin yang boleh menyebabkan anda jatuh tergelincir jadi sentiasalah berhati-hati terutama sekali jika ada membawa bersama kanak-kanak mandi di sungai. Sebaiknya anda sewa jaket keselamatan dan juga tiub pelampung yang disediakan oleh pihak pengurusan ketika melakukan aktiviti di sungai termasuklah memberi makan kepada ikan tetapi aktiviti memberi makan ikan ni anda harus beli makanan ikan tu yang ada dijual di sini dan tidak boleh bawa makanan daripada luar.
Perlu ambil perhatian juga bahawa ketika mandi di sungai sabun dan syampu adalah tidak digalakkan untuk dipakai agar dapat menjaga ekosistem di sungai tersebut, selain itu sungai di eko pelancongan ini juga berada di bawah perlindungan sistem tagal yang mana semua aktiviti menangkap, memukat atau memancing ikan dan kehidupan lain di sungai adalah dilarang sama sekali, oleh itu patuhi segala peraturan yang telah dibuat atau ditetapkan oleh pihak pengurusan tempat ini. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan ialah bersukan seperti bermain bola tampar dan juga lawan tarik tali, sebab itulah adalah baik jika dapat datang beramai-ramai sebab dapat melakukan pelbagai aktiviti sekaligus memeriahkan lagi hari percutian anda di sini. Bagi anda yang suka menyanyi tu bolehlah bawa karaoke sendiri ke sini tapi ianya terhad sehingga jam 11 malam sahaja dan tidak boleh lebih daripada itu, ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung lain yang mungkin mahu berehat dengan lebih tenang dan aman tanpa sebarang bunyi bising. Apa pun aktiviti yang anda lakukan ketika bercuti di Liogu Ku Silou Silou pastikan anda sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan tidak kiralah anda ke sini untuk lawatan sehari atau mereka yang bermalam semua tertakluk pada peraturan yang diberikan, ini adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda sekeluarga dan juga rakan-rakan. Semasa ataupun selepas melakukan aktiviti pastikan tidak ada sampah yang ditinggalkan dan dibuang merata tempat terutama sekali di sungai, sebaliknya sampah tersebut hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang telah pun disediakan di beberapa lokasi sekitar tempat ini. Untuk aktiviti seterusnya mungkin anda boleh melawat ke beberapa tempat menarik lain yang ada di sekitar Kota Belud, itu pun jika anda ada kereta sendiri agar lebih mudah untuk pergi dan balik semula ke sini.
Bayaran masuk :
13 tahun - 59 tahun : RM3.00 (siang)
13 tahun - 59 tahun : RM6.00 (bermalam)
7 tahun - 12 tahun : RM2.00 (siang)
7 tahun - 12 tahun : RM4.00 (siang)
Warga emas, OKU dan bawah 6 tahun adalah percuma
Waktu operasi :
Lawatan sehari : 8 am - 6 pm
Bermalam : 12 pm - 6 pm (daftar masuk)
Bermalam : 12 pm (daftar keluar)
Untuk
sebarang pertanyaan atau ingin maklumat lebih lanjut boleh
terus menghungi Liogu Ku Silou Silou seperti alamat bawah :
Hubungi :
Hubungi :
Liogu Ku Silou Silou
Kg. Koung Malaan,
89150, Kota Belud
Sabah, Malaysia.
Tel : +6014 978 5922
Kg. Koung Malaan,
89150, Kota Belud
Sabah, Malaysia.
Tel : +6014 978 5922
Ulasan
Catat Ulasan