Langkau ke kandungan utama

Mabul Beach Resort

Mabul Beach Resort merupakan salah satu resort atau pusat peranginan yang sangat menarik terdapat di di dalam daerah Semporna, Sabah. Resort ni terletak di Pulau Mabul iaitu yang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan menaiki bot dari jeti yang terdapat di Semporna.

MABUL BEACH RESORT


Kredit gambar : Scuba Junkie


Kredit gambar : Scuba Junkie

Kredit gambar : Scuba Junkie

Mabul Beach Resort merupakan salah satu daripada beberapa resort yang terdapat di Pulau Mabul dan resort ni dikendali atau diurus oleh salah sebuah syarikat menyelam iaitu Scuba Junkie yang mana syarikat ni telah ditubuhkan pada tahun 2004 di negeri ini, dan banyak memenangi anugerah sekaligus menjadikan syarikat ni terkenal dibeberapa negara di Asia Tenggara termasuklah juga di Australia, jadi tidak hairanlah bila syarikat ini pernah dijemput menjadi penceramah jemputan untuk ekspo mengenai pemuliharaan hidupan marin di beberapa negara seperti Malaysia, Singapura dan juga Australia. Selain tu resort ni juga pernah beberapa kali disiarkan dalam rancangan tv untuk siaran dokumentari yang disiarkan di saluran seperti National Geographic dan Discovery Channel. Sebenarnya Mabul Beach Resort ni berada di dalam daerah Semporna, iaitu lebih kurang 1 jam perjalanan menaiki bot laju dari jeti di Bandar Semporna dan landskap di kawasan resort ni kebanyakkannya di tanam dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan kemudahan di sini juga banyak yang diperbuat daripada kayu kerana ia adalah sebuah resort yang lebih kepada mesra alam. Oleh itu jika anda bercadang untuk datang bercuti ke pulau yang berada di dalam daerah ini mungkin boleh memilih resort ini untuk dijadikan sebagai penginapan percutian anda kerana bukan sahaja landskapnya yang menarik dan terletak ditepi pantai, tetapi di sini juga merupakan antara tempat yang sesuai sekiranya anda ingin menerokai ke beberapa tempat menyelam atau pulau lain yang berhampiran dengan Pulau Mabul, lagi pun suasana di resort ini sangat tenang dan sesuai untuk lawatan seisi keluarga atau bersama rakan-rakan lain yang mahu bercuti ke sini sambil merehatkan badan dengan lebih tenteram. Kalau ke sini memang anda akan dapati ramai pelancong berada di sini terutama sekali pelancong yang datang daripada luar negara yang meminati aktiviti menyelam khususnya yang disediakan oleh pihak Scuba Junkie.

Biarpun resort ni terletak di pulau dan jauh dari bandar, tetapi anda tidak perlu risau sebab banyak juga kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan resort agar setiap tetamu yang datang ke sini akan sentiasa berasa selesa dan berpuas hati sepanjang mereka berada di resort ini, tidak kira sama ada para tetamu yang datang tu untuk lawatan sehari atau pun yang datang bercuti dan bermalam untuk beberapa hari di resort ini. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini yang utama tentulah penginapan yang terdiri daripada 30 buah bilik suite dan terletak di tepi pantai, oleh itu sudah pasti ia menyajikan satu pemandangan yang menarik ke arah pantai yang putih bersih dan keindahan laut yang terbentang luas, kalau pada waktu petang pula anda akan dapat melihat keindahan suasana pemandangan matahari terbenam di kaki langit yang cukup indah dan mengagumkan. Bilik ini ada beberapa jenis yang boleh anda pilih iaitu bilik vip yang sudah pasti agak mewah sikit, bilik keluarga, bilik yang mempunyai penghawa dingin, bilik yang menggunakan kipas sahaja dan bilik jenis asrama yang mana bilik penginapan jenis asrama ni adalah yang berkongsi beberapa orang dalam satu bilik dan katilnya adalah jenis 2 tingkat yang sangat sesuai jika anda datang ke sini bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan yang ramai. Di dalam bilik semua dilengkapi dengan pelbagai kemudahan iaitu seperti katil, tilam, bantal, almari pakaian, penghawa dingin, kipas angin, selimut, meja dan kerusi, kipas siling kelengkapan tandas atau bilik mandi boleh beli di sini dan pelbagai lagi kemudahan lain yang sudah pun disedikan oleh pihak resort untuk kegunaan para tetamu. Semua bilik di sini adalah dilarang merokok, jadi kalau anda mahu merokok boleh tanya pihak resort terlebih dahulu di mana kawasan yang dikhaskan untuk ini, selain itu semua bilik juga mempunyai balkoni sendiri yang siap disediakan kerusi dan ayunan untuk anda duduk santai bersama keluarga sambil melihat keindahan alam semula jadi termasuklah pantai dan lautan yang terbentang indah
.


Kemudahan lain yang ada di resort ini ialah kedai runcit yang menjual barang keperluan seperti barang atau peralatan mandian, barang aksesori menyelam dan beberapa lagi barang keperluan yang lain, kedai runcit ni ada juga di luar iaitu di kawasan perkampungan yang ada di pulau ni tapi perlu jalan jauh sikit lah untuk sampai jika anda mahu beli makanan ringan atau minuman. Tapi adalah disarankan jika anda dapat membeli barang-barang keperluan khusus di Bandar Semporna sebelum berangkat ke pulau atau resort ini. Selain itu kedai runcit di resort ni juga ada menjual barangan cenderahati yang boleh anda beli sebagai kenangan percutian ke pulau ini. Cenderahati ni biasanya yang berkaitan dengan resort, negeri ini atau pun cenderahati yang menggambarkan aktiviti utama di sini iaitu seperti menyelam. Sebaiknya anda membeli cenderahati di sini agar dapat dijadikan kenangan sebab tempat ni agak jauh dan tidak pasti bila lagi anda akan dapat peluang datang bercuti di resort ini lagi. Kemudahan restoran juga turut ada disediakan di resort ini dengan pelbagai menu makanan seperti makanan Malaysia dan makanan Antarabangsa yang dihidang buat para tetamu untuk menjamu selera tidak kira sama ada ia menu sarapan pagi, makan tengahari atau pun makan malam. Kalau anda jenis yang cepat lapar pada waktu tengah malam, sebaiknya beli awal-awl makanan ringan dan juga air minuman untuk dimakan dan di minum pada waktu tengah malam bila terasa lapar. Apa pun sebaiknya anda bawa sedikit duit poket bila datang ke sini sebab tidak ada kemudahan mesin ATM yang disediakan di sini untuk anda keluarkan duit, pertukaran mata wang juga tidak ada disediakan di sini, oleh itu sekiranya belum tukar mata wang bolehlah tukar terlebih dahulu di Bandar Semporna sebelum datang ke Mabul Beach Resort, sebab kebanyakkan kedai runcit seperti di perkampungan biasanya hanya menerima bayaran yang dibuat secara tunai sahaja bila anda membeli barang seperti makanan ringan, minuman atau apa-apa barang keperluan lain.

Selain daripada kemudahan di atas, terdapat juga kemudahan internet yang disediakan oleh pihak resort tapi kelajuan internet wifi di sini bergantung juga dengan keadaan cuaca, contohnya kalau cuaca tidak baik pada masa tu memang kelajuannya juga akan berkurangan, tetapi anda tidak perlulah risau anda tetap dapat berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan sebab di sini ada liputan talian telefon yang menggunakan talian 4G, jadi anda boleh gunakan telefon pintar anda untuk melayari internet untuk berhubung dengan mereka, bagi pelancong yang datang dari luar negara sebaiknya beli simkad di Bandar Semporna sebelum datang ke Pulau Mabul ni. Kemudahan dan perkhidmatan lain ialah di sini juga ada Pusat Menyelam yang mampu memuatkan lebih kurang 100 orang dalam satu-satu masa, pusat ni dilengkapi dengan peralatan menyelam yang berkualiti tinggi untuk disewa oleh peminat aktiviti menyelam yang datang ke resort ini. Kemudahan atau khidmat shuttle lapangan terbang juga ada di sini buat mereka yang mahu menggunakannya agar perjalanan ke resort ini berjalan dengan lebih lancar dan cepat, terutama bagi mereka yang datang daripada luar negeri ini atau luar negara. Bila ada kemudahan shuttle lapangan terbang ni, pihak resort akan menyediakan kemudahan pengangkutan dari mula anda sampai ke negeri ini sehingga la ke Mabul Beach Resort, tapi kemudahan ni anda perlu buat tempahan lebih awal agar pihak resort dapat menyediakan segala kemudahan untuk mengambil atau menghantar anda dari dan ke lapangan terbang termasuklah pengangkutan laut ke pulau ini. Untuk keselamatan pula pihak resot menyediakan khidmat pengawal keselamatan yang bertugas berganti-ganti dalam 24 jam dan terdapat juga pihak berkuasa keselamatan yang sentiasa menjalankan rondaan di perairan dan pulau ini untuk memastikan keselamatan orang ramai lebih terjamin. Ringkasnya di bawah ni adalah antara senarai kemudahan dan perhidmatan yang ada di sini :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Penginapan 30 bilik
02. Internet percuma
03. Restoran
04. Shuttle lapangan terbang
05. Kedai runcit resort
06. Pengawal keselamatan 24 jam
07. Kedai runcit kampung
08. Kerusi dan payung pantai
09. Liputan telefon
10. Peralatan menyelam
11. Peralatan snorkeling
12. Peralatan aktiviti sukan air
13. Tapak menyelam
14. Pusat menyelam
15. Penghawa dingin & kipas

Dengan lokasi resort ini yang berada di pulau, maka aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah lebih banyak kepada aktiviti di air atau laut. Walaupun aktiviti tidaklah begitu banyak berbanding jika berada di tanah besar, tetapi aktiviti di sini sememangnya sangat menarik dan mampu menarik lebih ramai orang datang terutama sekali pelancong daripada luar negara yang memang ramai suka dengan aktiviti di laut. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini bila datang bercuti ialah petama sudah tentu aktiviti menyelam yang disediakan oleh pihak resort dengan terdapat lebih kurang 100 tapak menyelam yang disediakan untuk anda pilih dan kebanyakkan tapak menyelam yang disediakan ni memang bertaraf dunia, aktiviti menyelam ni akan dikawal selia oleh penyelam profesional dari pihak resort sendiri, bot untuk ke tapak menyelam juga adalah yang dibina khas untuk aktiviti ini, jadi anda tidak perlu risau jika ke sini dan melakukan aktiviti menyelam. Bagi yang tidak tahu cara menyelam tu anda bolehlah ikuti kursus yang ditawarkan oleh pihak resort, terdapat banyak kursus yang disediakan untuk mereka yang mahu belajar cara-cara menyelam dan jika anda berminat boleh terus menghubungi pihak pengurusan resort iaitu Scuba Junkie untuk lebih lanjut. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini ialah duduk santai di kerusi dengan payung besar disediakan pihak resort di tepi pantai yang putih bersih sambil melihat keindahan lautan dan keindahan pemandangan matahari terbenam. Kalau tidak mahu duduk bolehlah berjalan bersiar-siar disekitar pantai, kalau semasa berjalan tu agak panas boleh bawa payung atau pun pakai topi yang lebar, atau anda boleh juga buat aktiviti bersiar disekitar resort dan juga pergi ke jeti untuk santai di kerusi baring yang disediakan sambil melihat ke dalam air laut, kalau nasib baik mungkin boleh lihat bermacam-macam jenis ikan berenang di permukaan laut.

Aktiviti lain ialah buat aktiviti laut lain seperti berenang di tepi pantai, snorkeling, memancing ikan, berkayak dan beberapa sukan air lain yang disediakan pihak resot. Terdapat juga beberapa tempat menarik berhampiran Pulau Mabul atau daerah Semporna ni, jadi bila anda bercadang untuk datang ke resort ini bercuti, mungkin bolehlah juga senaraikan sekali aktiviti melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar daerah ini sekiranya cuti anda tu masih panjang. Antara tempat menarik yang boleh anda lawat sekiranya datang ke daerah ini atau pun ke resort ini ialah seperti

Tempat menarik berhampiran :

01. Pulau Sipadan
02. Pulau Kapalai
03. Bukit Tengkorak
04. Muzium Tun Sakaran
05. Pulau Mataking
06. Pulau Bohey Dulang
07. Tanjung Parapat
08. Pulau Timba-Timba
09. Pulau Sibuan
10. Pulau Pom-Pom
11. Tropical Research & Conservation Centre
12. Jeti Pelancong Semporna
13. Pakalangan Bay

Banyak lagi kemudahan, pekhidmatan dan juga aktiviti yang disedikan oleh pihak resort ini, untuk lebih lanjut anda boleh melayari laman web rasmi Scuba Junkie Mabul Beach Resort atau boleh terus sahaja menghubungi mereka melalui telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai resort ini. Untuk cara ke sini mungkin adalah mudah sekiranya anda menghubungi pihak pengurusan resort sendiri dan membuat tempahan terus dengan mereka seperti tempahan bilik dan juga tempahan pengangkutan jadi ianya akan lebih memudahkan perjalanan anda ke sini kerana semua pengangkutan telah disediakan oleh pihak resort

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Scuba Junkie Mabul Beach Resort di alamat seperti di bawah ini.

Scuba Junkie Mabul Beach Resort
Blok B, Lot 36,
91308, Semporna,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6089 785 372
Website : Scuba Junkie

Ulasan