Langkau ke kandungan utama

Mandalipau White Water View & Fishpond

Mandalipau White Water View & Fishpond merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah sesuai bagi sesisi keluarga atau bersama rakan-rakan untuk berkelah, beriadah dan berkhemah sekiranya ada kelapangan masa seperti hujung minggu atau cuti umum tidak kira sama ada penduduk tempatan negeri ini mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah khususnya ke daerah Kota Kinabalu. Tempat ini buka setiap hari dan terletak di Mandalipau, Papar iaitu lebih kurang 26 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Papar dan lebih kurang 50 km atau kira-kira 55 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

MANDALIPAU WHITE WATER


Kredit gambar : Mandalipau


Kredit gambar : Mandalipau


Kredit gambar : Mandalipau

Kredit gambar : Rizan Hj Osman

Mandalipau White Water View & Fishpond adalah salah sebuah tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh dikunjungi orang ramai tidak kira sama ada penduduk tempatan negeri ini mahu pun pelancong dari dalam dan juga luar negara yang datang melancong ke Sabah khususnya ke Kota Kinabalu. Tempat ini adalah mesra keluarga jadi anda bolehlah bawa ahli keluarga ke sini atau boleh juga kalau mahu ke sini bersama rakan-rakan sekiranya ada kelapangan masa sama ada hari-hari biasa, cuti umum atau pun boleh datang ketika hujung minggu untuk beriadah, berkelah dan berkhemah sambil melakukan banyak aktiviti menarik yang ada di sini. Mandalipau White Water View & Fishpond terletak di Mandalipau, Papar iaitu lebih kurang 26 km atau kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Papar, manakala bagi anda yang datang dari Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah pula jarak perjalanannya adalah sekitar lebih kurang 50 km atau kira-kira 55 minit perjalanan menaiki kenderaan. Sekiranya mencari tempat untuk bercuti dan berehat bolehlah cuba untuk datang ke tempat ini yang jauh daripada kawasan pekan atau bandar menjadikan tempat ini lebih aman dan tenang sesuai untuk merehatkan badan dengan lebih selesa, lagi pun jalan ke sini pun dalam keadaan baik membolehkan anda memandu kereta terus ke tempat ini tidak kira kereta kecil atau besar. Selain itu di sini pun suasananya sejuk kerana lokasinya yang berhampiran dengan sungai dan dikelilingi tumbuhan semulajadi yang subur menghijau. Cuma perlu diingatkan sebelum anda datang ke tempat ini adalah sebaiknya menghubungi pihak pengurusan di sini terlebih dahulu untuk memastikan yang mereka buka pada hari tersebut dan juga untuk bertanya sekiranya pada hari tersebut sesuai untuk melakukan aktiviti di sungai seperti mandi terutamanya jika cuaca tidak berada baik termasuklah untuk membuat sebarang tempahan seperti tapak perkhemahan dan lain-lain lagi. Satu lagi yang perlu anda ingat ialah line telefon di sini adalah susah mahu dapat tetapi tidak perlu risau sebab boleh juga guna wifi, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke tempat ini sekiranya ada kesempatan dan kelapangan masa.

Tempat ini sebenarnya adalah sebuah kawasan eko pelancongan jadi yang mana sudah pastilah banyak kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan eko pelancongan ini untuk para pengunjung yang datang tidak kira pengunjung itu adalah penduduk tempatan negeri ini mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke sini. Kesemua kemudahan dan perkhidmatan ini disediakan bertujuan untuk lebih memudahkan pengunjung dan memberikan keselesaan kepada mereka agar sepanjang berada di tempat ini bercuti. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah seperti ada penginapan untuk mereka yang mahu bermalam dan di penginapan ini juga dilengkapi denagn beberapa kemudahan lain seperti katil, tilam, kipas angin, bantal, selimut, dapur, tandas, bilik mandi dan juga beberapa lagi kemudahan yang lain, tetapi penginapan tidak banyak dan terhad oleh itu sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal sekiranya ingin ke sini dan bermalam di penginapan tersebut agar pihak pengurusan di sini dapat memastikan ada kekosongan pada tarikh dan masa yang anda inginkan dan seterusnya menyimpankan penginapan untuk anda. Sekiranya anda ke sini dan ingin bermalam tetapi tidak mahu menyewa penginapan tersebut bolehlah memilih untuk menyewa kemudahan tapak untuk berkhemah yang telah disediakan khas untuk pengunjung yang ingin berkhemah di sini dengan kadar bayaran tertentu, tidak pasti jika di pihak pengurusan tempat ini ada menyediakan khemah untuk disewa atau tidak ada, anda boleh menghubungi mereka terlebih dahulu sebelum datang ke sini tetapi kalau anda ada khemah sendiri maka adalah lebih baik bawa khemah tersebut agar lebih memudahkan anda dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan. Kalau mahu berkhemah sebaiknya juga membuat tempahan awal untuk tapak perkhemahan agar dapat disediakan untuk kumpulan anda terutamanya jika datang dalam satu kumpulan yang agak ramai. Untuk makluman anda bayaran penginapan atau berkhemah di sini adalah tidak termasuk bayaran masuk ke tempat ini.


Kemudahan lain yang disediakan adalah kawasan tempat letak kereta yang luas dan percuma, jadi anda boleh memanduk kereta terus ke tempat ini dan meletakkannya di kawasan yang telah dikhaskan tetapi pastikan letak kereta anda dengan baik agar tidak mengganggu laluan kenderaan lain yang mungkin baru baru masuk atau mahu keluar. Selain itu di sini juga ada kemudahan jaket keselamatan yang mana jaket ini mesti anda sewa dan pakai sekiranya ingin mandi di sungai, kalau tidak ada jaket maka anda tidak akan dibenarkan mandi di sungai tersebut, tapi kalau ada jaket keselamatan sendiri di rumah boleh bawa agar lebih menjimatkan kos perbelanjaan anda. Tandas dan bilik persalinan pun ada juga untuk para pengunjung gunakan, pastikan ada bekalan air dalam tandas tersebut sebelum menggunakannya dan kalau boleh jangan membuang sampah di dalam tandas ini terutama sekali ke dalam lubang tandas sebab ianya akan menyebabkan tandas itu tersumbat sekaligus menyukarkan orang lain menggukannya termasuk anda sendiri. Kemudahan dan perkhidmatan lain yang ada di sini ialah terdapat perkhidmatan daripada pihak rela yang akan mengawal dan menjaga anda ketika mandi atau berada di kawasan sungai dan pihak rela juga akan memastikan anda memakai jaket keselamatan terlebih dahulu sebelum berikan atau benarkan anda masuk mandi di sungai. Dengan adanya khidmat penjagaan daripada pihak rela ini maka ianya akan memberikan satu keyakinan kepada para pengunjung ketika melakukan aktiviti dalam sungai dan lain-lain aktiviti. Terdapat juga kemudahan pondok yang dibina di sini yang boleh disewa, dengan adanya pondok dapatlah memudahkan anda menyimpan barangan keperluan, duduk berehat dan boleh duduk menjamu selera di pondok ini bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Pondok ini harus disewa bersama deposit kebersihan tetapi deposit tersebut tidak akan dikembalikan apabila anda buang sampah merata-rata atau mengotorkan pondok tersebut, oleh itu pastikan kebersihan pondok tersebut sepanjang anda menggunakannya dan pondok tu ada yang mempunyai kemudahan soket dan ada juga yang tidak ada, jadi terpulang pada anda mahu pilih yang mana satu.

Tempat masak bbq pun ada disediakan sekiranya anda ingin memasak bbq ketika datang bercut ke sini dan tempat bbq ni terletak dekat pondok jadi akan lebih memudahkan anda ketika memasak. Tetapi di sini tidak pasti sekiranya semua kemudahan peralatan untuk masak bbq ada disediakan, sebaiknya anda hubungi pihak pengurusan di sini untuk bertanya dan memastikan apa peralatan yang ada disediakan di sini termasuklah arang dan makanan basah untuk masak bbq tersebut. Kalau anda tidak mahu memasak pun tidak menjadi masalah sebab di tempat ini pun ada juga tersedia kafe dan katin yang boleh anda kunjungi sekiranya ingin menjamu selera yang penting pastikan bawa duit poket untuk mudah membuat pembayaran nanti, terdapat menu makanan yang boleh anda pilih jika ingin menjamu selera di kafe atau kantin tersebut. Banyak sebenarnya kemudahan yang telah pun disediakan oleh pihak pengurusan di sini untuk para pengunjung gunakan atau sewa termasuklah seperti dewan mini, rakit, dan untuk lebih lanjut mengenai kemudahan lain yang ada lagi disediakan di sini agar mudah untuk anda membuat satu semakan mengenai apa barang yang perlu di bawa dan tidak perlu di bawa. Di bawah ini adalah antara senarai ringkas kemudahan yang ada disediakan pihak pengurusan Mandalipau White Water View & Fishpond buat semua pengunjung yang datang gunakan sama ada mereka datang untuk lawatan harian atau yang datang bermalam di sini :

Kemudahan :

01. Tempat Berkhemah
02. Penginapan
03. Dewan Mini

04. Bilik persalinan
05. Papan notis
06. Tandas
07. Tempat letak kereta
08. Tong sampah
09. Pondok
10. Elektrik
11. Bekalan Air
12. Jaket keselamatan
13. Tempat bbq
14. Rakit
15. Kantin
16. Sinki
17. Wifi
18. Kafe
19. Jaket Keselamatan
20. Khidmat rela

Sememangnya banyak kemudahan yang telah disediakan pihak pengurusan tempat ini seperti yang disenaraikan di atas dan rasanya boleh juga membuat beberapa penambahbaikan agar lebih mudahkan para pengunjung ketika mereka berada di sini antaranya ialah seperti membina surau kecil agar lebih memudahkan pengunjung khususnya yang muslim untuk mereka menunaikan solat dengan lebih mudah tanpa perlu pergi jauh untuk mencari tempat solat sekaligus dapatlaah juga menjimatkan masa mereka dan membolehkan mereka luangkan masa yang lebih di tempat ini. Mungkin boleh juga dikuatkuasakan penjagaan pada waktu malam seperti memastikan tidak ada lagi yang bernyanyi atau berkaraoke dengan kuat selepas dari jam 11 malam agar suasana malam lebih tenang dan aman untuk membolehkan para pengunjung berehat dengan tenang dan selesa. Apa pun, anda juga boleh membawa beberapa barangan keperluan sendiri dari rumah untuk lebhi memudahkan sepanjang berada di tempat ini berehat sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik dan juga dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan anda ketika ke sini bercuti. Senarai barang keperluan di bawah ini adalah cadangan sahaja, terpulang pada keperluan pengunjung sendiri sama ada perlu atau tidak bawa keperluan tersebut tidak kira yang datang ke sini untuk lawatan harian saja atau yang bermalam di penginapan dan berkhemah. Berikut adalah beberapa barangan anda bawa bila datang ke sini :

Barang di bawa :

01. Pakaian lebih
02. Pakaian mandi
03. Kamera
04. Khemah sendiri
05. Makanan basah
06. Tempat makanan basah
07. Beg tidur
08. Selimut
09. Lampu suluh
10. Kerusi lipat
11. Peralatan makan
12. Duit poket
13. Minuman
14. Makanan ringan
15. Tali (jika perlu)
16. Sejadah
17. Telekung
18. Ubat peribadi
19. Kompas
20. Powerbank
21. Penghalau nyamuk
22. Kipas usb
23. Tuala mandi
24. Peralatan mandi

Untuk aktiviti pula terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang bercuti ke tempat ini sama ada yang datang untuk lawatan harian sahaja atau yang bermalam, antara aktiviti tersebut ialah seperti mandi sungai yang sejuk dan bersih, anda boleh mandi di sungai sepuasnya
hati tetapi dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5 petang sahaja dan tidak akan dibenarkan mandi sebelum atau selepas waktu yang ditetapkan ini. Selain itu anda juga tidak akan dibenarkan mandi sungai sekiranya tidak memakai jaket keselamatan, oleh itu pastikan anda menyewa jaket tersebut daripada pihak pengurusan tempat ni sebelum ke sungai dan pihak rela akan mengawasi para pengunjung sepanjang mereka berada di sungai ini. Walaupun ada pihak rela yang akan menjaga dan mengawasi anda tetapi anda sendiri perlulah jaga keselamatan diri dan keluarga semasa berada di sungai ini sebab biasa tempat ini akan ada ramai orang yang mandi jadi tidak mungkin pihak rela hanya menjaga anda sahaja. Di sungai ini ada bahagian yang paras airnya agak dalam dan di sungai ini juga terdapat batuan sama ada dalam sungai atau tepi sungai yang besar dan mungkin berada dalam keadaan licin serta memerlukan perhatian yang lebih ketika jalan atau melangkah. Untuk kebaikan dan juga keselamatan bersama maka haruslah utamakan keselamatan diri dan keluarga terlebih dahulu ketika berada di kawasan sungai, satu lagi air sungai kadangkala kita tidak dapat jangka arus airnya boleh menjadi laju atau deras. Oleh itu sentiasalah berhati-hati dan juga sentiasa patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan pihak Mandalipau White Water View & Fishpond untuk aktiviti ini terutama sekali jika ada membawa bersama kanak-kanak. Apa pun memang seronok dapat mandi di sungai ini bersama ahli keluarga atau rakan dengan saiz sungainya yang agak besar dan luas membolehkan anda berenang dengan selesa. Boleh juga naik kayak atau rakit di sungai ini tetapi kalau ramai orang terpaksa ikut giliran sebab mungkin jumlah rakit atau kayak tersebut terhad ketika ramai pengunjung yang datang ke sini pada masa itu. Sebelum terlupa pastikan anda memakai pakaian mandi yang sesuai dan tidak terlalu menjolok mata sebab sungai adalah terbuka dan memang akan ada pengunjung lain yang turut sama mandi di situ.

Aktiviti lain ialah berkhemah yang mana memang sangat sesuai untuk buat perkhemahan di tempat ini kerana lokasinya yang berhampiran dengan sungai dan berhampiran dengan tumbuhan semulajadi yang sudah pasti akan menjadikan suasana tempat ini sejuk dan udaranya juga lebih bersih dan segar. Kalau berkhemah dalam kumpulan yang ramai lagilah seronok sebab bukan saja dapat berkhemah bersama tapi dapat juga melakukan aktiviti lain beramai-ramai contohnya seperti boleh bersama-sama memasak bbq kemudian menjamu selera bersama sambil berkongsi cerita kenangan masa lalu yang pastinya akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan atau tali persahabatan sesama anda. Bagi anda yang ingin ke sini untuk berkhemah dan juga masak bbq pastikan hubungi pihak pengurusan di sini untuk membuat tempahan tapak perkhemahan dan juga pondok untuk bbq nanti dan jangan lupa untuk bertanya apa lagi peralatan bbq yang ada disediakan di sini agar mudah untuk anda persiapkan sekiranya tidak ada. Alat makan seperti pinggan, sudu dan gelas sebaiknya anda bawa sendiri dari rumah atau beli sahaja yang jenis pakai buang untuk lebih memudahkan anda tanpa perlu lagi penat mencucinya yang penting buang peralatan yang sudah dipakai tu kedalam tong sampah yang ada disediakan sekitar kawasan tempat ini. Apa pun juga aktiviti yang anda lakukan di Mandalipau White Water View & Fishpond silalah pastikan utama keselamatan terlebih dahulu dan pastikan juga anda patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan tempat ini agar tidak ada perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Selain itu sentiasa menjaga kebersihan tempat yang anda gunakan dengan tidak membuang sampah merata tempat agar tempat ini sentiasa dalam keadaan bersih dan cantik sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi para pengunjung datang ke sini pada masa hadapan.

Waktu operasi :
(tidak bermalam)
Setiap hari : 8.30 pagi - 5 petang

Untuk bayaran masuk, kadar sewa kemudahan, ingin buat tempahan atau ingin membuat pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi terus pihak Mandalipau White Water View & Fishpond ini seperti alamat di bawah berikut :

Hubungi :
Mandalipau
White Water View & Fishpond

Papar, Sabah
Tel : +6013 879 0994
Web Fb : Mandalipau


Ulasan