Mara Kara Hill & Eco Tourism merupakan salah satu tempat menarik di Sabah khususnya buat mereka yang berminat dengan aktiviti mendaki bukit yang boleh dikira agak mencabar dan berjalan meredah hutan, walaupun ianya mencabar tetapi tempat ini juga sangat sesuai kepada mereka yang baru mahu belajar mendaki di bukit sebelum merancang untuk mendaki ke puncak yang lebih tinggi dan lebih lagi mencabar seperti di Gunung Kinabalu. Lokasi tempat ini terletak di dalam daerak kecil Tamparuli iaitu lebih kurang 17.8 km atau kira-kira 23 minit perjalanan menaiki kenderaan ke tempat titik permulaan atau starting point di Dewan Kampung Sinalapak, Tamparuli Sabah.
MARA KARA HILL

Mara Kara Hill & Eco Tourism merupakan salah satu tempat menarik
di Kota Kinabalu buat anda yang berminat dengan aktiviti mendaki bukit dan juga pengembaraan berjalan meredah hutan yang tebal dan mencabar, bagi anda yang baru mencuba aktiviti mendaki boleh juga untuk datang mendaki ke sini sebab dengan cabaran yang ada ianya akan dapat memberikan anda persiapan dan pengalaman sebelum mendaki ke puncak yang lebih tinggi dan lebih mencabar seperti mendaki ke gunung tertinggi di negara ini iaitu Gunung Kinabalu. Kalau penduduk tempatan memang selalu menggunakan tempat ini sebagi lokasi latihan sebelum membuat pendakian ke gunung, jadi jangan hairan sekiranya anda melihat ada yang sudah berumut pun masih mampu mendaki ke bukit ini. Mara Kara Hill & Eco Tourism adalah sebuah tempat eko pelancongan yang mana ianya diuruskan oleh penduduk yang tinggal di kawasan sekitar tempat ini yang terletak di Kampung Sinalapak, Tamparuli iaitu lebih kurang 17.8 km atau kira-kira 23 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Tamparuli ke starting point, manakala sekiranya anda dari Kota Kinabalu pula jaraknya adalah sekitar 52 km iaitu mengambil masa selama lebih kurang 56 minit dengan menaiki kenderaan ke starting point di Dewan Kampung Sinaalapak. Pengembaraan pendakian ke puncak bukit sememangnya sangat menyeronokkan sekiranya anda datang dalam satu kumpulan yang ramai tidak kira bersama ahli keluarga atau dengan rakan-rakan tidak kira anda adalah penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke negeri ini, sebab pendakian ke puncak bukit ini akan memberikan anda satu pengalaman yang sungguh menakjubkan. Sekiranya anda adalah seorang peminat aktiviti mendaki dan peminat alam semulajadi rasanya anda perlu datang mencuba mendaki dan merasai sendiri kehebatan ekspedisi berjalan di dalam hutan yang tebal. Kalau anda datang ramai-ramai mungkin akan dibahagi kepada beberapa kumpulan tapi tidak perlu risau sebab setiap kumpulan anda tu akan ada seorang guide yang akan menunjukkan jalan mendaki ke bukit ini dan juga turun semula dari bukit
Untuk pengetahuan anda, Kampung Sinalapak dahulunya adalah kawasan hutan yang tebal dan ianya menjadi tempat tinggal monyet atau kera dan bila terbinanya perkampungan ini, maka kera tersebut lari ke bukit dan seterusnya dinamakan nama bukit ini sebagai Mara Kara oleh penduduk kampung yang mana Kara bermaksud kera atau monyet dan bahasa Dusun. Bukit ini mempunyai ketinggian 641 meter dari paras laut, walaupun ianya tidaklah begitu tinggi namun untuk ke puncak bukit jarak perjalananya adalah agak jauh dan anda boleh memilih 3 laluan yang berbeza jarak iaitu laluan dengan jarak 2.5 km, laluan 6 km dan juga laluan 9 km, sekiranya mahu yang lebih mencabar dan lebih banyak pengalaman bolehlah pilih yang 9 km tetapi perlu ingat masa perjalanannya akan memakn masa lama sikit iaitu lebih kurang antara 6 hingga 8 jam bermula dari anda mula mendaftar sehinggalah balik semula ke titik permulaan di Dewan Kampung Sinalapak. Oleh kerana laluan pendakian yang agak jauh jadi untuk ke bukit ini disarankan untuk memulakan perjalanan pendakian seawal pagi agar mudah untuk anda atur perjalanan pergi dan balik dari sini. Selepas anda sampai di Dewan Kampun Sinalapak dan membuat pendaftaran, semua peserta mendaki akan diberikan taklimat ringkas khususnya untuk keselamatan sepanjang perjalanan dan membuat pendakia sebabnya laluan pendakian ke puncak bukit ini adalah antara yang dianggap mencabar dengan hutannya yang tebal dan bentuk muka buminya yang berbukit dan memerlukan anda berjalan naik turun bukit beberapa kali ditambah lagi dengan keadaan sebahagian laluannya yang curam dan juga banyak akar kayu yang timbul termasuklah juga batuan yang besar. Tapi anda tidak perlu terlalu risau sebab seperti yang telah disebut di atas tadi akan ada juga guide yang akan menemani kumpulan anda nanti, walaupun taklimat sudah diberikan tetapi anda perlulah juga sentiasa mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guide dari masa ke semasa untuk memastikan keselamatan anda dan rakan anda lebih terjamin sepanjang membuat aktiviti pendakian ke bukit ini.
Perlu ambil perhatian terdapat beberapa amaran atau larangan yang perlu anda patuhi sekiranya datang mendaki ke bukit ini iaitu dilarang membuang sampah merata-rata sepanjang laluan perjalanan hingga ke puncak bukit, oleh itu sekiranya anda ada sampah seperti plastik makanan dan sebagainya hendaklah anda sentiasa bawa dan buang bila terjumpa kemudahan tong sampah. Larangan lain ialah anda adalah dilarang untuk merosakkan atau mencacatkan sebarang tumbuhan ketika melakukan aktiviti mendaki ini contohnya seperti mencabut pokok, mematahkan dan lain-lain lagi, jadi apa yang anda perlu lakukan adalah berjalan sahaja tanpa merosakkan tumbuhan yang ada dihutan ini sebab hutan di Borneo adalah satu kawasan hutan yang paling biodiversiti yang menempatkan pelbagai hidupan flora dan juga fauna termasuklah buah-buhaan liar. Selain itu haiwan peliharaan juga dilarang untuk dibawa ke sini dan yang paling penting adalah anda dilarang membawa minuman yang memabukkan ketika mengikuti aktiviti pendakian mendaki ke Bukit Mara Kara. Seawal 1 km perjalanan anda akan dapat lihat air terjun yang pertama iaitu Air Terjun Gonipis tapi biasanya orang tidak singgah di sini jadi anda boleh teruskan lagi perjalanan ke 1.2 km anda akan sampai ke Dundorongon Point dan anda boleh mengambil gambar di sini untuk jadikan kenangan point pertama yang anda sampai. Selepas berjalan sejauh 2 km anda akan sampai ke Bambangan Point, seperti biasa anda boleh berhenti sekejap di sini untuk minum dan ambil gambar bersama rakan-rakan sebelum meneruskan lagi perjalanan seterusnya. Selepas berjalan naik dan turun bukit yang mencabar serta berliku anda akan sampai ke tempat yang biasanya para pendaki ingin sampai untuk berehat iaitu di Mantaranau Camp Site di laluan yang berjarak 4 km. Di camp site ni anda boleh berehat sambil makan, minum dan mandi di sungai, kalau ada bawa baju lebih boleh juga mandi di sungai dan boleh ganti pakaian di bilik persalinan yang ada dibina di sini, tandas pun tandas ada juga disediakan di sini untuk memudahkan lagi para pendaki yang mahu menggunakannya, air dalam tandas tu pun ada juga jadi tidak perlulah risau. Kalau anda tidak ada bawa makanan boleh beli saja makanan dan minuman yang ada dijual di camp site ni, tapi jangan makan yang berat-berat takut pula susah mahu berjalan mendaki bukit nanti.
Biasanya para pendaki akan berehat di camp site ini selama 30 minit hingga 1 jam sebelum meneruskan lagi perjalanan dan di depan camp site ini ada juga jambatan gantung yang menyeberangi sungai yang boleh anda pergi ke situ bersiar-siar dan mengambil gambar tapi jangan jalan sendirian ya, kalau mahu ke jambatan gantung ketika masih berehat sebaiknya bawa kawan dan beritahu guide anda terlebih dulu agar mereka tahu. Selepas habis masa berehat dan meneruskan perjalanan anda boleh memilih untuk pilih laluan ikut jambatan gantung atau pun melalui sungai, tetapi laluan sungai ini memang sangatlah mencabar sebab banyak batu yang besar yang perlu anda lalui termasuklah batuan sungai yang mungkin agak licin ketika dipijak. Selepas meneruskan perjalanan hingga ke jarak 4.7 km akan sampai pula ke Daradaat Point dan anda boleh pilih berehat sekejap atau teruskan saja perjalanan sekiranya ingik cepat sampai, selepas 6 km anda akan sampai ke Air Terjun Dalamas dan bila sampai di air terjun ini pula ada pilihan laluan lagi iaitu laluan biasa atau ikut jalan air terjun yang mempunyai banyak batuan, terpulang pada anda dan guide mahu ikut laluan yang mana bersesuain dengan stamina kumpulan anda. Selepas melalui laluan yang penuh cabaran dan dugaan akhirnya anda sampai Tudan Tuai di jarak 7 km dan di sini laluannya lebih santai dan bukannya dalam kawasan hutan yang tebal lagi dan anda boleh berjalan di laluan yang telah dibersihkan dan ada sebahagian laluan dibuat berbentuk tangga untuk memudahkan lagi para pendaki berjalan dan akhirnya anda akan sampai ke puncak Bukit Mara Kara dan di puncak bukit ini terdapat platform papan yang dibina untuk tempat anda berdiri dan mengambil gambar. Dari sini anda akan dapat melihat keindahan alam semulajadi yang menghijau dan terbentang luas dan dapat juga dilihat perkampungan Sinalapak dengan jelas. Sebaiknya anda ambil masa yang cukup untuk rehat dan kalau ada air minum boleh minum dahulu dan makan sedikit makanan yang boleh tambahkan lagi tenaga sebab ketika turun ada juga tali untuk berpegang tetapi laluannya memang sangat curam dan memerlukan kekuatan kaki untuk tahan, jadi memang perlukan tenaga yang lebih tapi tidaklah terlalu sukar seperti anda membuat pendakian tadi.
Untuk makluman anda di puncak bukit ini tidak ada pokok besar untuk anda berteduh, jadi sekiranya anda sampai ke puncak ketika cuaca agak panas maka sebaiknya pakai topi untuk lindungi dari terkena pancaran matahari yang panas, boleh pakai siap-siap krim pelindung matahari sebelum anda membuat pendakian agar lebih memudahkan nanti. Di bawah ini adalah antara beberapa kemudahan yang ada disediakan oleh pihak pengurusan Mara Kara Hill dari titik permulaan atau starting point hinggalah ke laluan mendaki di hutan dan di puncak bukit. Semua kemudahan ini adalah untuk memberikan para pendaki keselesaan sepanjang mereka melakukan aktiviti mendaki ke bukit ini. Selain dari kemudahan yang disediakan, di sini juga disenaraikan antara beberapa barang keperluan yang boleh anda bawa bila datang mendaki dan barang keperluan ini tidak perlu bawa banyak sebab takut akan menyukarkan anda membuat pendakian dan berjalan di hutan yang tebal nanti, kalau datang ramai dalam satu kumpulan boleh bagikan tugas untuk membawa barang keperluan yang boleh dikongsikan antara kawan-kawan. Senarai barang perlu di bawa ini adalah cadangan saja, yang mana anda rasa perlu bawa maka bolehlah bawa saja, sebaliknya jika anda rasa tidak perlu maka tinggalkan saja yang penting ianya tidak ganggu aktiviti pendakian anda di sini :
Kemudahan disediakan :
01. Dewan daftar
02. Tempat letak kereta
03. Tandas
04. Bilik persalinan
05. Bilik mandi
06. Guide
07. Sijil (jika mahu)
08. T-Shirt sublimation
09. T-Shirt biasa
10. Tali berpaut (laluan)
11. Camp site
12. Jualan air/makanan
13. Beli/sewa kasut
14. Kerusi rehat (laluan)
15. Lokasi bergambar (laluan)
16. Lokasi bergambar (puncak)
17. Kerusi/meja (dewan)
Untuk kemudahan di atas, diwajibkan memakai kasut getah atau lebih dikenali dengan adidas kampung oleh penduduk tempatan negeri ini. Kasut ini boleh anda sewa atau beli di sini yang dijual oleh pihak pengurusan Mara Kara Hill. Kalau anda datang dari luar Negeri Sabah sebaiknya beli kasut ini sebab tidak juga mahal dan boleh dijadikan kenangan pendakian anda di sini. Sijil dan t-shirt adalah pilihan sahaja sama ada anda mahu atau tidak, tapi rasanya sijil tu baik anda ambil untuk membuktikan anda telah mendai di bukit ini dan boleh ditunjukkan kepada keluarga atau rakan anda yang lain.
Barang di bawa :
01. Pakaian sesuai
02. Pakaian lebih
03. Kasut sesuai
04. Makan cukup
05. Minuman cukup
06. Tongkat mendaki
07. Baju hujan
08. Peti kecemasan
09. Lampu suluh
10. Wisel kecemasan
11. Telefon
12. Kamera
13. Video kamera
14. Tuala (jika perlu)
15. Duit poket
16. Sejadah
17. Telekung
18. Kompas
19. Ubat peribadi
20. Berdoa
Jika bercadang datang mendaki ke sini sebaiknya anda memandau kereta sendiri ke sini sebab tidak ada pengangkutan awam yang ke sini dan kalau mahu guna perkhidmatan e-hailing pun agak sukar juga sebab jauh dan mungkin sukar untuk perjalanan pergi dan balik dari tempat ini, lagi pun tambang naik e-hailing mungkin mahal sikit sebab lokasi tempat ini. Oleh itu sebaiknya pandu kereta sendiri sebab ada juga kawasan untuk letak kereta anda yang terletak berhampiran dewan kampung dan akan dijaga oleh pihak pengurusan. Selain itu bila anda memandu kereta sendiri ke sini bolehlahlah pergi melawat ke tempat menarik lain yang ada disekitar daerah kecil Tamparuli ini.
Waktu operasi :

Sentiasa buka
Bayaran masuk :
RM35.00 : Seorang
Termasuk guide
1 guide untuk 5 pendaki
Bayaran lain (jika mahu) :
RM5.00 : Sijil/seorang
RM50.00 : T-shirt sublimation
RM35.00 : T-shirt
Bayaran kasut :
Hubungi pihak Mara Kara
Anda perlulah membuat tempahan lebih awal sebelum ke sini agar pihak pengurusan di tempat ini dapat menyediakan segala keperluan yang mungkin diperlukan kumpulan anda nanti termasuklah sijil dan beberapa lagi keperluan lagi. Untuk pertanyaan, membuat tempahan dan maklumat yang lebih lanjut boleh hubungi pihak Mara Kara Hill & Eco Tourism di alamat di bawah ini :
Hubungi :

Mara Kara Hill & Eco Tourism
Kampung Sinalapak,
Peti Surat 198, Tamparuli
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6017 836 8681 (MrJJ)
Telefon : +6013 325 2149 (Mary)
Telefon : +6016 716 4089 (Tony)
Web Fb : Mara Kara
Kampung Sinalapak,
Peti Surat 198, Tamparuli
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6017 836 8681 (MrJJ)
Telefon : +6013 325 2149 (Mary)
Telefon : +6016 716 4089 (Tony)
Web Fb : Mara Kara
Ulasan
Catat Ulasan