Langkau ke kandungan utama

Marais Center

Marais Center merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sangat sesuai untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda untuk merasai hidup berkomuniti dalam suasana kampung sambil mengenali dengan lebih dekat kebudayaan masyarakat Murut di Sabah khususnya di daerah Tenom. Tempat ini terletak di daerah kecil Tenom iaitu lebih kurang 39 km atau kira-kira 47 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Tenom.

MARAIS CENTER


Kredit gambar : lilyrianitravel


Kredit gambar : Hellosabah


Kredit gambar : Sabahtourism

Marais Center merupakan salah satu tempat menarik di Tenom yang sangat sesuai untuk kunjungi orang ramai lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin merasai suasana kehidupan dalam suasana kampung sambil merasai carak hidup dan kebudayaan masyarakat atau suku kaum Murut di negeri ini khusunya di daerah Tenom. Sebenarnya tempat ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menggalakkan kelestarian dikalangan orang ramai terutama para pengunjung yang datang sekaligus dapat membantu tingkatkan lagi taraf hidup masyarakat dan penduduk di sini. Tempat ini terletak di dalam daerah Tenom iaitu lebih kurang 39 km atau kira-kira 47 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Tenom, manakala kalau dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula ianya akan memakan masa selama lebih kurang 3 jam 10 minit dengan jarak perjalanan sejauh kira-kira 188 km dengan menaiki kenderaan sendiri. Sekiranya anda mahu mencari satu tempat percutian dengan susana kampung bolehlah untuk pertimbangkan tempat ini sebagai lokasi percutian anda seterusnya kerana tempat ini sememangnya sangat sesuai lebih-lebih lagi jika anda memilih untuk bermalam di penginapan atau rumah tamu yang telah disediakan kampung ini agar anda dapat merasai dan menikmati dengan lebih mendalam suasana kehidupan di kampung. Di sini anda boleh pilih sama ada untuk lawatan sehari atau day trip atau pun bermalam tapi adalah lebih baik jika dapat bermalam lagi pun kampung ni sangat cantik dengan pemandangan yang berlatarbelakangkan kawasan pergunungan, sawah padi terbentang luas dan dengan sungai yang mengalir menceriakan lagi tempat ini dan memberikan udara yang lebih bersih serta segar. Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke Marais Center sekiranya ada peluang bercuti ke daerah Tenom pada masa hadapan dan ambil masa walaupun mungkin cuma satu malam untuk cuba bermalam agar dapat merasai keindahan serta keunikan berkomuniti kampung ini.

Banyak aktiviti yang anda dapat lakukan apabila datang berkunjung ke tempat ini termasuklah beberapa aktiviti turun temurut etnik Murut di Sabah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah seperti berbasikal tapi sebaiknya anda bawa basikal sendiri ke sini dan boleh bawa basikal yang macam basikal lumba agar mudah untuk berjalan di sekitar kawasan sawah padi dan juga lereng bukit. Sangat seronok bila dapat berbasikal ramai-ramai bersama keluarga atau rakan di sini yang berlatarbelakangkan satu pemandangan yang cukup indah disamping sawah padi yang terbentang luas, Kalau di bahagian lereng bukit tu haruslah berhati-hati ya agar keselamatan anda semasa menunggang basikal lebih terjamin dan tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Selain berbasikal anda juga boleh melakukan aktiviti menanam padi di sawah yang mana untuk aktiviti ini segala peralatan menanam akan disediakan oleh pihak pengurusan Marais jadi anda hanya perlu ikut menanam sahaja dan pastikan bawa pakaian yang sesuai ke sini sekiranya anda bercadang mahu turut serta melakukan aktiviti menanam padi. Bila dapat peluang sebegini memang seharusnya anda ambil peluang untuk melakukannya kerana ia adalah satu pengalaman yang baru buat anda yang mungkin belum pernah melihat cara orang menanam padi di sawah. Seterusnya ialah aktiviti menoreh getah yang mana kita semua pun mengetahui untuk menoreh getah mesti ada sedikit kemahiran menoreh agar mudah untuk mengeluarkan hasil getah dari pokoknya tapi anda tidak perlulah risau sebab bila berada di sini anda akan di bawa ke kawasan ladang pokok getah dan diajar cara menoreh yang betul dan mudah, oleh itu jangan lepaskan peluang anda untuk mengikuti aktiviti ini yang mungkin sukar untuk anda dapat di tempat lain. Untuk aktiviti menoreh ini anda boleh gunakan pakaian yang sama saja dengan menanam padi tadi sekiranya melakukan kedua-dua aktiviti dalam hari yang sama.


Selain itu anda juga boleh mengikuti beberapa aktiviti membuat kraftangan yang biasanya dihasilkan oleh masyarakat atau suku kaum Murut di negeri ini iaitu seperti bakul yang diperbuat daripada rotan dan bakul ini biasa digunakan ketika menjalankan aktiviti pertanian, selain bakul anda juga berpeluang untuk sama-sama membuat pakaian yang dibuat daripada kulit kayu yang juga merupakan salah satu pakaian tradisional Murut. Kalau belum puas melakukan aktiviti bolehlah cuba untuk belajar membuat manik yang banyak digunakan untuk hiasan pada pakaian wanita suku kaum berkenaan. Adalah sangat
menyeronokkan bila dapat melakukan aktiviti membuat kraftangan ini secara beramai-ramai tidak kira bersama keluarga, rakan mahupun bersama pengunjung lain yang ada juga di tempat ini pada masa itu. Bagi anda yang suka menangkap ikan atau menangkap haiwan lain terutamanya bagi anda yang tinggal di kawasan perkampungan atau pedalaman pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk mempelajari cara untuk membuat jala yang biasanya digunakan untuk menangkap ikan dan juga membuat perangkap untuk menangkap haiwan lain. Oleh itu bila berada di sini anda pasti akan sentiasa sibuk dengan semua aktiviti ini dan oleh sebab itu jugalah digalakkan untuk anda menginnap dan bermalam beberapa hari agar dapat mengikuti seberapa banyak aktiviti yang mampu sekiranya masih ada masa cuti anda. Sebab kalau sehari saja memang tidak akan dapat melakukan semua aktiviti yang begitu banyak di sini. Semua aktiviti ini adalah pilihan dan tidak semestinya anda perlu ikut semua aktiviti yang ada, ianya adalah terpulang pada bajet yang anda ada pada masa itu sebab aktiviti yang dijalankan di tempat ini biasanya akan ada dikenakan sedikit bayaran tapi tidak perlu risau sebab tidak juga terlalu mahal. Kalau dapat ikut banyak aktiviti memang sangat berbaloi sebab sekurang-kurangnya anda dapat satu pengalaman yang baru apabila berada di sini dan sekaligus dapat menjadikan percutian anda pada kali ini sebagai satu percutian yang tidak dapat dilupakan.

Di Marais Center ini anda juga akan diperkenalkan dengan pakaian suku kaum Murut yang terdiri dari pakaian untuk lelaki dan perempuan, mereka juga akan menerangkan mengenai pakaian tersebut seperti warna, manik yang digunakan, perhiasan yang digunakan dan sebagainya. Untuk bayaran sedikit anda juga berpeluang untuk mencuba pakaian tersebut dan bolehlah anda mengambil gambar ketika pakai pakaian tersebut untuk dijadikan kenangan selepas pulang ke rumah nanti. Selain pakaian anda juga akan dipersembahkan dengan tarian tradisional suku kaum Murut dan ketika persembahan tarian ini boleh cuba bertanya dengan pihak pengurusan sekiranya mereka membenarkan anda mencuba untuk turut sama menari tarian tersebut. Jangan lupa juga ya mencuba makanan tradisional mereka yang di masak dari sumber bahan tempatan dan biasanya makanan tradisional ini adalah halal sebab berasaskan tumbuhan dan juga hasil pertanian, tapi tidak menjadi masalah juga jika anda bertanya terlebih dahulu pada pihak pengurusan di sini sekiranya makanan itu halal terutamanya bagi yang muslim, ini adalah untuk memastikannya dan anda tidak merasa ragu-ragu lagi. Apa pun sebelum datang ke sini adalah baik jika anda membuat persiapan untuk barang apa yang perlu di bawa apabila bercadang untuk ke sini sama ada untuk lawatan sehari atau menginap dan bermalam dalam beberapa hari sambil melakukan pelbagai aktiviti yang ada. Pastikan bawa barang yang penting terutama sekali pakaian untuk aktiviti seperti menanam padi dan juga menoreh getah dan apa yang lebih penting ialah bawa bajet lebih sikit agar tidak kekurangan jika ingin buat banyak aktiviti bila berada di sini. Antara beberapa barang yang perlu di bawa bila ke sini ialah seperti :

Barang perlu bawa :

01. Basikal (jika ada)

02. Pakaian sesuai

03. Kasut sesuai

04. Bajet lebih sikit

05. Lampu suluh

06. Makanan/minuman

07. Kamera/video kamera

08. Krim pelidung matahari

09. Pakaian lebih

10. Tuala mandi

11. Peralatan mandi

12. Ubat jika sakit


Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan juga turut disediakan di sini buat para pengunjung yang datang tidak kira untuk lawatan sehari atau pun yang datang untuk menginap dan bermalam dalam beberapa hari. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ini adalah bertujuan agar semua tetamu sentiasa merasa selesa dan berbaloi sepanjang mereka berada di tempat ini bercuti. Antara kemudahan yang ada ialah penginapan yang berupa rumah tamu dan rumah tamu ini sudah tentulah ia seperti rumah biasa yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti bilik, katil, tilam, almari pakaian, ruang tamu dengan tempat duduk dan meja, tandas, bilik mandi, dan pelbagai lagi kemudahan lain. Selain itu untuk aktiviti seperti menanam padi, menoreh getah, membuat kraftangan dan membuat bakul biasanya bahan akan disediakan oleh pihak pengurusan di sini jadi anda tidak perlu risau tentang itu kecuali aktiviti berbasikal sahaja yang perlu anda bawa kemudahan basikal sendiri. Cuma sekiranya anda mahu bawa beberapa barang lain untuk lebih memudahkan anda bila berada di sini bolehlah bawa sahaja seperti yang disenaraikan di atas tadi. dan kalau tidak ada di dalam senarai tu bawa saja yang anda rasakan menjadi keperluan nanti bila berada di tempat ini. Sekiranya cuti anda masih panjang dan mempunyai masa lebih bolehlah sekali melawat beberapa tempat menarik lain di sekitar daerah Tenom untuk lebih menceriakan lagi percutian anda pada kali ini, lagi pun alang-alang sudah berada di Tenom jadi ambil peluang ini untuk pergi ke tempat menarik tersebut seperti :


Tempat menarik berhampiran :

01. Taman Pertanian Sabah
02. Muzium Antanom
03. Pusat Kebudayaan Murut
04. Rundum Highlands
05. Keretapi Tenom
06. Pekan Tenom
07. Tenom Valley
08. Yit Foh Kopi Tenom Park
09. Yong Farmstay
10. Air Terjun Muaya
11. Bukit Rukud
12. Masjid Pekan Tenom
13. Pammos View

Untuk ke tempat ini anda boleh memilih untuk menaiki bas contohnya bertolak dari Kota Kinabalu dan menuju ke Tenom, selepas sampai di Pekan Tenom boleh sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain untuk menghantar anda ke tempat ini. Tetapi sangat menarik sekiranya anda mempunyai kereta sendiri untuk dipandu atau mungkin boleh menyewa kereta agar ianya dapat lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik dari Marais Center ini seterusnya mudah untuk anda pergi melawat ke beberapa tempat menarik seperti yang disenarai di atas tadi. Anda sangat digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang ke tempat ini agar memudahkan pihak pengurusan di sini menyediakan segala keperluan dan memastikan ada kekosongan tempat pada hari dan tarikh yang anda pilih.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bolehlah menghungi pihak pengurusan Marais Center di alamat seperti di bawah ini :

Hubungi :
Marais Center
Kampung Maris,
Peti Surat 206,
89908, Tenom,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6016 834 9781


Ulasan