Maranjak Longhouse merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini adalah homestay Rumah Panjang suku kaum Rungus yang terletak di dalam daerah Kudat, Sabah.
MARANJAK LONGHOUSE
Maranjak Longhouse meruapakan salah satu tempat menarik di Kudat, tempat ini sebenarnya adalah sebuah rumah panjang yang dijadikan penginapan dengan bertemakan budaya suku kaum Rungus yang juga merupakan penduduk majoriti di daerah Kudat. Rumah Panjang ini terletak di Jalan Bavanggazo, iaitu lebih kurang 41 km atau kira-kira 45 minit perjalanan menaiki kereta dari Bandar Kudat, kalau anda dari Kota Kinabalu jaraknya adalaha lebih kurang 143 km atau kira-kira 2 jam 25 minit perjalanan menaiki kenderaan. Rumah ini telah diasaskan oleh penduduk tempat sendiri iaitu Encik Maranjak Malarag dan semasa mula diasaskan nama rumah panjang ini dikenali sebagai Maranjak Homestay. Beliau juga merupakan antara pengasas beberapa rumah panjang lain seperti yang ada di Kundasang dan juga di Kuala Lumpur.
Sebenarnya Rumah Panjang memang sinonim sudah dengan Suku kaum Rungus di Sabah dan rumah panjang merupakan rumah tradisi bagi suku kaum ini yang mana pada masa dahulu mereka tinggal beramai-ramai di sebuah Rumah Panjang yang boleh memuatkan sehingga beberapa keluarga. Apabila antara kalangan keluarga mereka yang berkahwin maka jumlah bilik juga akat turut ditambah kerana jumlah keluarga yang semakin ramai. Rumah Panjang Bavanggazo ini dibina dengan menggunakan bahan asas daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi contohnya seperti pokok bambu yang dipotong kecil dan disusun dengan kemas untuk dijadikan lantai rumah, bahagian dinding pula dibuat daripada kayu manakala atap rumah pula dibuat daripada daun nipah.
Jika anda datang melawat ke sini anda akan dapat melihat bagaimana bentuk rumah ini, dengan ruang tamunya yang sangat panjang, selain itu terdapat juga beberapa peralata alat muzik tradisional dan juga peralatan tradisional lain yang akan dipamerkan diruangan galeri dan antara yang ada dipamerkan ialah seperti manik atau dikenali sebagai Pinakol yang mana suku kaum Rungus sangat terkenal dengan karya pembuatan manik yang kemas dan cantik. Di sini anda juga akan dapat melihat carakebudayaan suku kaum Rungus iaitu seperti cara kehidupan mereka seharian, makanan tradisional mereka, pakaian tradisional dan lain-lain lagi. Selain melihat rumah dan galeri di dalamnya, anda juga boleh melawat ke taman botani herba, meredah hutan, menangkap ketam dan melihat pelbagai jenis monyet.
Tapi adalah lebih baik juga sekiranya anda dapat bermalam di rumah panjang ini jika anda mahu lebih mendalami cara kehidupan suku kaum Rungus Anda boleh memilih mengambil pakej untuk bermalam di Rumah Panjang ini yang biasanya sekali dengan beberapa aktiviti/ Jika mahu bermalam lebih baik anda beritahu lebih awal-awal dengan pihak pengurusan Rumah Panjang agar mereka dapat membuat persiapan. Jika bermalam di sini anda mungkin berpeluang untuk merasai makanan tradisional suku kaum ini, termasuk melihat kraftangan mereka, persembahan kebudayaan seperti tarian dan anda boleh juga diberikan kesempatan untuk bersama-sama mencuba tarian mereka.
Untuk ke sini, pengunjung sebaiknya memandu kenderaan anda sendiri atau menyewa kenderaan untuk pandu sendiri sebab boleh terus ke tempat ini, jadi lebih memudahkan anda jika ada membawa barang seperti pakaian. Kalau mahu naik bas pun boleh juga, contohnya dari Kota Kinabalu boleh naik bas yang menuju ke Kudat, selepas itu cari perkhidmatan e-hailing dan beritahu pemandu untuk membawa anda ke tempat ini.
Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 6 petang
Bayaran masuk :
Warganegara : RM3.00
Bukan warganegara : RM5.00
Kanak-kanak (pelajar) : RM2.00
Kanak-kanak bawah 12 tahun : RM1.00
Kanak-kanak bawah 3 tahun : Percuma
Sebarang pertanyaan, tempahan atau pun maklumat lebih lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Maranjak Longhouse seperti alamat di bawah ini
Alamat :
Sebarang pertanyaan, tempahan atau pun maklumat lebih lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Maranjak Longhouse seperti alamat di bawah ini
Alamat :
Maranjak Longhouse
89050, Kudat,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-622 524
Website : facebook.com/maranjaklonghouselodge
Ulasan
Catat Ulasan