Langkau ke kandungan utama

Mari-Mari Gumagayo

Mari-Mari Gumagayo merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga atau rakan dalam suasana tenang dan aman sebab jauh dari kesibukan bandar atau pekan. Tempat ini terletak di dalam daerah Kota Marudu iaitu lebih kurang 28 km atau kira-kira 32 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Marudu, Sabah.

MARI-MARI GUMAGAYO


Kredit gambar : Gumagayo


Kredit gambar : Gumagayo

Kredit gambar : Gumagayo

Mari-Mari Gumagayo merupakan sebuah tempat menarik di Kota Marudu yang juga adalah salah satu tempat eko pelancongan di daerah ini dan ianya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai tempat percutian sesisi keluarga atau bersama rakan-rakan kerana suasana yang lebih tenang dan aman serta jauh dari kesibukan bandar. Tempat riadah yang lebih santai ini sememangnya sangat menarik untuk dikunjungi tidak kira sama ada untuk lawatan sehari atau day trip atau pun menginap serta bermalam di sini dan semua orang boleh datang sebab tempat ini mesra keluarga tidak kira anda adalah penduduk tempatan negeri ini mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah khususnya ke daerah Kota Marudu dan Kudat. Tempat ini terletak di daerah kecil Kota Marudu iaitu lebih kurang 28 km atau kira-kira 32 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Marudu, sekiranya anda dari Kudat pula ianya akan memakan masa selama 1 jam 45 minit dengan jarak perjalanan lebih kurang sejauh 107 km dengan menaiki kenderaan. Tetapi kalau dari Kota Kinabalu memang agak jauh sikit iaitu dengan jarak perjalanan sejauh 147 km yang akan mengambil masa kira-kira 2 jam 20 minit untuk sampai dengan menaiki kenderaan. Mari-Mari Gumagayo sering dikunjungi orang ramai terutamanya mereka yang tinggal sekitar daerah Kota Marudu ini untuk datang beriadah bersama keluarga dan juga yang datang bersama kumpulan agensi, jabatan mahu pun rakan taulan ketika cuti hujung minggu atau musim cuti yang lain termasuklah juga cuti sekolah, jadi kalau anda mencari tempat percutian yang tenang bolehlah cuba pertimbangkan untuk memilih tempat ini sebagai lokasi percutian anda seterusnya tidak kira lawatan pergi balik atau pun bermalam di sini.

Oleh kerana tempat ini boleh dikunjungi untuk lawatan sehari dan juga untuk mereka yang mahu ke sini bermalam maka terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan yang telah pun dipersiapkan oleh pihak pengurusan di sini agar ianya akan lebih memudahkan kepada para tetamu apabila datang ke tempat ini tanpa perlu terlalu banyak membawa barang dan dengan adanya kemudahan ini juga ianya sekaligus dapat membuatkan para tetamu merasa lebih selesa sepanjang percutian mereka dan
mereka tidak perlu risau sekiranya bercuti sehingga dua atau tiga hari di sini. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah penginapan yang berupa homestay dan terdapat beberapa bilik yang boleh anda pilih apabila ke sini mengikut jenis yang anda mahukan. Setiap bilik juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain seperti katil, tilam, bantal, selimut, kipas angin, kerusi, almari pakaian dan beberapa kemudahan lagi yang ada. Kemudahan bilik mandi dan tandas juga ada tersedia sebab penginapan jenis homestay jadi sudah semestilah ada kemudahan tersebut tetapi mungkin akan berkongsi dengan tetamu lain yang turut sama menyewa bilik dalam tempat penginapan tersebut. Tapi kalau anda datang ramai-ramai boleh terus tempah semua bilik yang ada dalam satu penginapan tu jadi tidak lagi perlu risau atau segan bila sebab berkongsi dengan orang lain. Rumah penginapan ni ada juga kemudahan ruang tamu yang mana terdapat beberapa kerusi sofa turut disediakan untuk anda duduk-duduk bercerita bersama keluarga atau rakan dan mungkin juga mahu bercerita dengan tuan rumah tersebut. Terdapat juga kemudahan tempat letak kereta yang disediakan buat anda yang memandu kenderaan sendiri ke tempat ini, oleh itu bagi yang datang dari jauh tu tidak perlulah risau jika bawa kereta sendiri ke sini. Di penginapan ini juga ada ruang tempat untuk memasak, jadi anda bolehlah bawa barangan untuk di masak sekiranya bercadang untuk menginap dan bermalam di sini.


Kalau tidak mahu memasak di dapur bolehlah menggunakan kemudahan tempat BBQ yang disediakan di sini, apa pun untuk memasak sama ada di dapur atau masak BBQ ni anda perlulah membawa bahan masakan sendiri agar lebih memudahkan urusan anda bila sudah berada di sini. Selepas selesai masak tu bolehlah gunakan kemudahan meja dan kerusi yang telah disediakan untuk menjamu selera jadi tidak perlu risau lagi untuk mencari tempat duduk untuk makan. Memang seronok rasanya apabila dapat bercuti dan menginap di homestay yang bertemakan kampung ini sebab dapat merasakan keunikan dan kemeriahannya terutama sekali jika anda datang beramai-ramai. Apa pun bagi mereka yang mahu menginap di rumah penginapan yang ada di sini sebaiknya anda membuat tempahan lebih awal agar memudahkan pihak pengurusan di sini untuk memastikan adanya kekosongan bilik dan juga dapat mengatur dan mempersiapkan apa-apa yang patut untuk keperluan kumpulan anda itu nanti. Selain itu terdapat juga kemudahan tapak untuk berkhemah yang disediakan di sini buat tetamu yang mungkin lebih suka untuk bermalam dengan menggunakan berkhemah di luar lebih-lebih lagi kalau yang datang dalam satu kumpulan yang ramai sebab lebih seronok dapat berkhemah beramai-ramai. Bagi yang datang untuk lawatan sehari tu tidak perlu risau sebab di sini ada juga beberapa buah pondok yang disediakan jadi bolehlah anda sekeluarga duduk di pondok tersebut sambil berehat atau menjamu selera, selain itu ada juga terdapat kemudahan tandas di luar untuk yang buat lawatan sehari sahaja dan juga yang bermalam di sini tapi menggunakan khemah. Kalau ada yang mahu buat acara atau majlis seperti majlis harijadi dan perkahwinan pun boleh juga sebab terdapat juga dewan terbuka yang disediakan di sini, dewan ini tidaklah terlalu besar tetapi boleh juga adakan majlis di sini yang berskala sederhana.

Kemudahan lain yang disediakan oleh pihak Gomagayo ialah terdapat juga kawasan lapang yang telah disediakan untuk para tetamu yang mungkin mahu buat beberapa aktiviti sukan di sini agar mereka dapat mengisi masa lapang. Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang bercuti ke sini, antaranya ialah bersukan di kawasan lapang atau padang yang ada di sini contohnya bermain bola sepak, main bola tampar, main sepak takraw, main badminton atau boleh juga buat aktiviti sukaneka untuk orang dewasa atau pun untuk kanak-kanak yang sudah pasti akan memeriahkan lagi percutian anda. Padang ni tidaklah terlalu besar tapi sesuai juga untuk buat aktiviti sukan sebab padangnya yang berumput halus dan tanahnya yang rata jadi tidak menjadi masalah apabila bersukan di sini. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan apabila ke sini ialah mandi di sungai yang terletak berhampiran dengan tempat ini, terdapat juga tali buat mereka yang mahu melakukan terjunan menggunakan tali ke sungai tersebut, tetapi perlu ingat anda haruslah mematuhi segala peraturan dan juga arahan yang diberikan oleh pihak pengurusan di sini sepanjang melakukan aktiviti di sungai sebab kadang kala aliran sungai boleh menjadi deras dalam keadaan tertentu dan terdapat juga banyak batu-batuan yang besar terdapat di tebing sungai dan juga di dalam sungai yang mana mungkin batuan tersebut dalam keadaan licin dan boleh membahayakan apabila tergelincir jatuh. Jadi pastikanlah sentiasa jaga keselamatan diri anda dan juga keluarga sepanjang mandi di dalam sungai atau ketika berjalan-jalan di tepi sungai tersebut agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini terutama sekali sekiranya ada membawa bersama kanak-kanak yang masih kecil dan tidak pandai berenang pergi ke sungai.

Aktiviti seterusnya ialah berkhemah di kawasan atau tapak perkhemahan yang terletak di tempat ini juga, sangat seronok bila dapat berkhemah beramai-ramai sebab anda boleh pasang khemah berdekatan antara satu sama lain kemudian buat aktiviti memasak BBQ bersama-sama, selepas sudah siap masak bolehlah minta kebenaran pihak pengurusan di sini untuk pasang unggun api dan duduk untuk menjamu selera di bawah sinaran bulan terang dan kerlipan bintang yang cantik di langit, sambil-sambil tu boleh juga bercerita dengan rakan-rakan lain kenangan anda yang mana sudah pasti akan mengeratkan lagi tali persaudaraan atau tali persahabatan antara kalian. Tapi terpulanglah pada anda juga sama ada mahu bermalam di penginapan atau pun berkhemah sebab ia adalah dari keselesaan anda sendiri sebab ada juga orang yang mungkin tidak selesa apabila tinggal bermalam di khemah. Tapi kalau anda betul mahu datang untuk berkhemah maka adalah digalakkan untuk membawa khemah sendiri dari rumah sebab kalau gunakan khemah sendiri mungkin anda akan rasa lebih selesa dan dapat menjimatkan kos anda sebab tidak perlu lagi menyewa khemah, lagi pun tidak pasti juga sekiranya di sini ada menyediakan khemah untuk disewa. Untuk aktiviti berkhemah ni juga anda perlulah membuat tempahan terlebih dahulu agar pihak di sini dapat memastikan ada kekosongan tapak untuk berkhemah pada tarikh dan juga masa yang anda pilih tersebut lebih-lebih lagi kalau anda bercadang datang ketika hujung minggu yang mana selalu ramai orang yang datang ke sini pada waktu tersebut. Di bawah ini adalah antara beberapa barangan keperluan yang mungkin boleh anda bawa apabila bercadang datang ke tempat ini agar memudahkan urusan anda bila berada di sini :

Barang di bawa :

01. Makanan/minuman
02. Makanan basah
03. Pakaian lebih
04. Khemah (jika perlu)
05. Selimut (jika perlu)
06. Baju sejuk
07. Lampu suluh
08. Kamera/video kamera
09.
Beras untuk masak
10. Penghalau nyamuk
11. Pakaian sukan
12. Kasut sukan
13. Beg tidur (berkhemah)
14. Ubat jika ada sakit
15. Pemetik api jika perlu

Kalau anda rasa ada lagi barang yang tidak tersenarai seperti di atas ini tetapi anda rasa perlu untuk di bawa maka bolehlah bawa saja ya sebab ia adalah mengikut keperluan anda sendiri. Bagi yang muslim pula mungkin boleh bawa beberapa keperluan tamabahn seperti pastikan bawa pakaian mandi menutup aurat terutamnya sekali jika mahu buat aktiviti mandi di sungai sebab kolam itu berada di luar dan ia adalah kawasan terbuka jadi memang akan ada ramai orang lain di situ yang turut sama mandi, selain itu boleh juga bawa sejadah untuk solat dan juga bawa telekung bagi muslimah.

Mari-Mari Gumagayo ni boleh kira jauh juga dari Pekan Kota Marudu jadi sebaiknya anda membawa atau memandu kenderaan
sendiri jika ingin ke sini sebab atau e-hailing mungkin kosnya adalah mahal sikit tetapi jika ada kereta sendiri ianya dapat lebih  memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari sini terutamanya bagi mereka yang datang dari luar daerah Kota Marudu. Lagi pun kalau kalau ada kereta sendiri dapatlah memudahkan anda pergi membeli barang keperluan lain sekiranya ada yang kurang dan dapat juga memberi peluang kepada anda untuk pergi melawat ke beberapa tempat menarik yang ada di sekitar daerah ini.

Untuk pertanyaan harga sewa bilik dan pertanya lain anda bolehlah terus menghubungi pihakMari-Mari Gumagayo di alamat seperti di bawah :

Mari-Mari Gumagayo
Kg. Tangkol, Jalan Marak Prak,
Bandau, Kota Marudu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6019 861 6231
Website : Mari-Mari Gomagayo


Ulasan