Langkau ke kandungan utama

Martini Glamping Park

Martini Glamping Park merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang sesuai untuk para peminat aktiviti perkhemahan dan tempat ini juga adalah mesra keluarga yang sangat sesuai untuk jadikannya sebagai tempat percutian anda seterusnya tidak kira datang bersama keluarga atau rakan-rakan dengan pemandangan alam semulajadi di sini yang begitu menarik dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Lokasi tempat ini terletak di dalam Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di daerah Keningau dan tidak begitu jauh dari pusat bandar iaitu dengan jarak lebih kurang 15.4 km atau pun kira-kira 24 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Keningau, Sabah.

MARTINI GLAMPING PARK


Kredit gambar : Martini


Kredit gambar : Martini

Kredit gambar : Martini

Tiunung Riverside Camp merupakan salah satu tempat menarik di Keningau untuk aktiviti berkhemah yang boleh anda kunjungi sekiranya ingin mencari lokasi tempat perkhemahan di Sabah khususnya di daerah Keningau. Lokasinya yang berada berhampiran dengan Sungai Bunsit menjadikan tempat ini sering menjadi tumpuan orang ramai terutamanya bagi mereka yang tinggal berhampiran di kawasan daerah Keningau atau kawasan sekitarnya. Sekiranya anda mencari tempat percutian atau perkhemahan yang tenang dan bersih serta jauh dari kesibukan bandar bolehlah cuba untuk menjadikan tempat ini sebagai salah satu pilihan lokasi perkhemahan anda seterusnya tidak kira anda adalah penduduk negeri ini atau pun pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin datang ke sini sama ada untuk lawatan 1 hari sahaja atau pun bermalam dan berkhemah dalam beberapa hari. Tempat ini sebenarnya tidak juga jauh betul dari
bandar iaitu lebih kurang 15 km atau kira-kira 23 minit perjalanan menaiki kenderaan saja dari Pusat Bandar Keningau dan ia mudah untuk diakses sebab berada tidak jauh dari jalan besar yang memudahkan anda memandu kenderaan terus ke sini dengan lebih cepat. Bagi anda yang datang dari luar daerah seperti Kota Kinabalu pula jarak perjalanannya adalah sekitar 122.5 km atau kira-kira 2 jam 20 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan sendiri. Oleh itu sekiranya anda datang ke Keningau bolehlah cuba datang melawat ke sini kalau tidak dapat bermalam dan berkhemah tidak juga menjadi masalah sebab anda boleh datang ke tempat ini untuk lawatan sehari saja atau day trip untuk melakukan riadah bersama sesisi keluarga atau bersama rakan anda sambil melakukan pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini, tetapi rasanya adalah lebih baik kalau anda dapat datang berramai-ramai sebab ianya akan lebih menyeronokkan bila datang dalam satu kumpulan yang ramai kerana dapat bercerita dan melakukan aktiviti bersama di tempat ini dengan lebih meriah.

Tempat ini juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada para pengunjung yang ke sini menginap tidak kira berapa lama sekali pun dan kemudahan yang disediakan ini adalah bertujuan agar setiap tetamu yang datang akan sentiasa merasa berpuas hati dan selesa sepanjang mereka berada di sini, kemudahan ini juga adalah untuk memudahkan tetamu yang ingin ke sini dengan tidak perlu lagi membawa terlalu banyak barang keperluan sebab banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini ialah seperti penginapan yang mana penginapan ni terdiri dari beberapa jenis iaitu seperti glamping kubah, glamping khemah, jenis kabin, dan cottagem penginapan seperti glamping itu pula ada yang biasa dan ada yang deluxe jadi terpulang pada anda mahu pilih mana satu pun tempat untuk menginap sebab semua pun menarik yang penting bersesuaian dengan bajet anda saja, oleh itu bila ke sini tidak perlu lagi membawa khemah sendiri sebab sudah ada penginapan yang disediakan dan tempat penginapan ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan didalamnya contohnya seperti glamping kubah yang dilengkapi dengan kemudahan seperti 2 unit katil bersaiz queen, periuk elekrtik, periuk nasi, peti sejuk mini, cerek elektrik, peralatan untuk makan, tandas dan bilik mandi lengkap dengan air panas, ruangan kecil dapur termasuk meja dan keruti makan, penghawa dingin dan internet wifi secara percuma, manakala kemudahan yang ada diluar untuk glamping kubah ini pula adalah seperti tempat bbq, tempat makan dengan meja serta kerusi disediakan dan anda yang menginap di glamping ini juga akan diberikan akses untuk ke sungai berhampiran secara percuma tanpa sebarang bayaran tambahan. Namun kadang kala ada juga orang yang tidak biasa kalau menginap di glamping, oleh itu sekiranya anda tidak selesa tinggal di glamping kubah ini bolehlah pilih untuk menyewa di penginapan jenis kabin atau cottage sebab kemudahan yang ada di dalam dan luar penginapan ini juga adalah lebih kurang sama dengan glamping kubah tadi, cuma bezanya dari kapasiti muatan orang dalam penginapan tersebut yang mana kalau glamping kubah maksimum 6 orang, tetapi kalau penginapan seperti kabin boleh sehingga 8 orang.


Untuk penginapan yang paling murah adalah jenis glamping khemah yang biasa saja sebab kemudahan yang ada didalamnya tidak banyak seperti yang lain tetapi selesa juga untuk anda menginap di sini dan antara kemudahan yang ada di glamping khemah ini adalah seperti satu katil bersaiz queen, kipas angin, soket, internet wifi secara percuma dan beberapa lagi kemudahan asas lain, untuk kemudahan di luar pula terdapat kemudahan tempat masak bbq, tempat makan, kolam renang mini, tandas umum yang berkongsi dengan pengunjung lain yang juga menginap di glamping khemah dan juga akses percuma ke sungai berhampiran
. Sekiranya anda menginap di penginapan glamping khemah ini sebaiknyalah anda membawa peralatan makan dari rumah seperti piring, gelas, sudu dan beberapa lagi peralatan lain yang dirasakan perlu. Harga penginapan di sini adalah berbeza antara hari biasa dan hujung mingg, hari biasa adalah isnin hingga khamis dan harganya adalah lebih murah berbanding hujung minggu iaitu hari jumaat hingga ahad, oleh itu sekiranya anda mahu berjimat boleh datang pada hari biasa saja, tapi kalau hanya dapat datang ketika hujung minggu saja pun kira ok juga sebab beza harga pun tidak jauh sangat iaitu beza lebih kurang RM30 sahaja. Apa pun sekiranya anda bercadang ke sini pastikan bertanya lebih dahulu sekiranya pihak pengurusan di sini ada menjual barang masakan seperti beras, makanan basah untuk dimasak dan barang lain yang diperlukan untuk memasak, sekiranya mereka ada menjual barang tersebut maka rasanya lebih baik anda beli sahaja dari sini, tetapi jika mereka tidak menjual maka anda haruslah membeli dari tempat anda atau dari Bandar Keningau sebelum datang ke tempat ini, selain itu bolehlah tanya sekali sekiranya mereka ada menyediakan atau menjual arang untuk bbq, itu pun kalau anda mahu masak bbq di sini terutama sekali lagi jika datang beramai-ramai dengan rakan sebab adalah lebih seronok kalau anda gunakan kemudahan bbq yang disediakan untuk memasak di sini agar ianya akan lebih memeriahkan lagi percuan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Kepada anda yang memandu kereta sendiri ke sini tu tidak perlu risau untuk tempat letak kereta sebab di sini memang ada kawasan letak kenderaan yang disediakan dan luas, lokasinya pun adalah dekat saja dengan tempat penginapan jadi mudah untuk anda melihat dan menjaganya, lagi pun pihak pengurusan di sini juga turut mengawai kawasan sekitar tempat ini setiap masa siang dan malam termasuklah setiap kereta para pengunjung yang diletak di kawasan tempat letak kereta, lagi pun dengan keadaan jalan raya ke sini yang begitu baik maka para pengunjung akan lebih tertarik untuk memandu sendiri kereta mereka ke tempat ini tanpa perlu menaiki pengangkutan awam atau menyewa perkhidmatan e-hailing. Selain itu kemudahan lain yang ada ialah terdapat tempat untuk memasang unggun api yang disediakan di sini untuk anda duduk melepak atau santai pada waktu malam sambil bercerita bersama keluarga dan rakan-rakan atau mungkin juga boleh duduk di sini sambil anda menjamu selera beramai-ramai selepas memasak tidak kira masak di dapur atau masak guna kemudahan bbq. Dengan semua kemudahan yang ada ini, maka anda tidak perlu risau bila datang ke tempat ini, tetapi bila anda bercadang untuk datang kemari sebaiknyalah menghubungi terlebih dahulu pihak pengurusan tempat ini untuk anda membuat tempahan agar mereka dapat memastikan adanya kekosongan tempat penginapan yang anda pilih pada tarikh dan masa yang diinginkan sekaligus menyimpankan tempat tersebut untuk anda nanti, semasa buat tempahan tu tanyalah apa yang perlu seperti kemudahan peralatan yang disediakan selain dari yang ada di atas atau boleh juga bertanya lagi untuk memastikannya. Bila anda sudah berada di sini pastikan menjaga semua kemudahan yang telah disediakan dan jangan merosakkannya terutama sekali tandas, jangan buang sampah ke dalam lubang tandas yang mungkin boleh menyebabkan ianya tersumbat dan rosak seterusnya menyukarkan orang lain untuk menggunakan tandas tersebut. Di bawah adalah senarai antara barang keperluan yang mungkin boleh anda bawa sekiranya ingin datang menginap ke tempat ni tidak kira berapa malam sekal pun :

Barang perlu bawa :

01. Pakaian lebih
02. Barang masakan
03. Alat memasak
04. Peralatan makan
05. Kamera
06. Video kamera
07. Kain sarung
08. Selimut tidur
09. Powerbank
10. Tuala mandi
11. Peralatan mandi
12. Lampu suluh
13. Pisau lipat
14. Duit poket
15. Baju sejuk
16. Pakaian mandi
17. Sejadah
18. Telekung solat
19. Kompas
20. Ubat peribadi
21. Berdoa

Biasanya orang ke sini adalah untuk bercuti dan merehatkan badan dalam suasana yang lebih tenang dan aman tanpa sebarang gangguan dan bunyi bising, oleh itu aktiviti yang ada ditawarkan di sini tidak terlalu banyak dan antara aktiviti tersebut ialah pergi mandi di sungai berhampiran, untuk ke sungai ini anda sebaiknya memberitahu pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum ke sana agar mereka dapat tahu akan keberadaan anda dan mungkin mereka akan menyediakan pekhidmatan guide yang akan bawa kumpulan anda ke sungai tersebut. Bila mandi di sungai adalah lebih baik memakai pakaian yang tutup aurat sebab di sungai ni mungkin akan ada ramai orang atau pengunjung lain yang turut sama mandi di sini dan kalau ke sungai sentiasalah berhati-hati tidak kira ketika berada di tepi sungai atau ketik mandi di dalam sungai, ini adalah kerana kadang kala arus air sungai kadang boleh laju, dan batuan yang ada di kawasan tepi sungai juga mungkin agak licin yang boleh menyebabkan anda terjatuh sekiranya salah pihak batu tersebut. Oleh itu sentiasalah berhati-hati terutama sekali sekiranya datang ke sungai ini bersama anak anda yang masih kecil, ini adalah untuk memastikan agar keselamatan anda sekeluarga sentiasa terjaga sepanjang berada di kawasan sungai dan ikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan untuk aktiviti ini. Selain daripada mandi, anda juga boleh buat aktiviti memasak bbq di sini, kemudahan bbq tersebut berada di luar penginapan jadi sangat meriah sekali sekiranya anda beramai-ramai ke sini kemudian memasak bersama selepas itu bolehlah buat aktiviti pasang unggun api dan boleh memilih untuk makan di meja yang disediakan atau dihadapan unggun api sambil bercerita dengan ahli keluarga atau rakan anda yang lain. Ini sudah pasti akan memberikan anda satu kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan dengan dapat masak bersama lepas tu makan bersama akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara keluarga atau tali persahabatan antara rakan.

Untuk yang menginap di glamping khemah, anda bolehlah buat aktiviti mandi di kolam renang mini yang telah disediakan, kolam ini kecil sahaja jadi kalau ramai orang waktu itu maka anda haruslah sabar menunggu giliran, tetapi kolam ini sememangnya sangat sesuai untuk semua golongan tidak kira tua atau muda begitu juga dengan anak kecil, tetapi biarpun kolam ini tidak terlalu dalam anda haruslah sentiasa berada di situ sekiranya anak anda mandi di kolam tersebut pada ketika itu dan jangan biarkan mereka mandi sendirian tanpa pengawasan yang rapi daripada anda sebagai ibu bapa atau pun penjaga. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan ialah berjalan bersiar-siar di kawasan tempat ini sambil melihat keindahan pemandangan alam semulajadi yang terbentang luas dihadapan anda, kalau dari penginapan pun dapat lihat namun adalah lebih menarik jika anda berjalan bersiar-siar, tapi jangan jalan terlalu jauh ya pastikan jalan di sekitar tempat ini sahaja dan boleh juga kalau mahu bergambar di sini dengan satu pemandangan yang menakjubkan dengan berlatarbelakangkan tumbuhan yang hijau dan bukit bukau yang dapat kelihatan dari jauh. Kalau mahu buat aktiviti yang paling ringkas pun ada juga iaitu duduk sahaja di kerusi yang telah disediakan di luar glamping, cabin atau cottage yang anda sewa sambil itu bolehlah minum kopi dan santai bercerita bersama yang lain. Terdapat juga beberapa tempat menarik yang terletak berhampiran saja dengan tempat ini iaitu 2 buah kolam memancing dan Bukit Chanang, sekiranya anda berminat untuk buat aktiviti memancing di kolam atau mendaki ke bukit ini bolehlah memberitahu dengan pihak pengurusan Martini Glamping Park untuk mereka mengaturkan perjalanan melakukan aktiviti tersebut termasuk menyediakan guide yang akan membawa kumpulan anda, tetapi akan ada dikenakan bayaran sikit ya untuk aktiviti ini.

Seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi, jalan raya ke tempat ini sememangnya dalam keadaan baik dan bertar jadi adalah lebih baik untuk anda memandu kereta saja ke sini untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik dari tempat ini dan kalau ada kereta sendiri mudah juga untuk pergi membeli barang keperluan sekiranya ada kekurangan di Bandar Keningau.
 
Untuk tempahan dan jika pertanyaan atau ingin maklumat lebih lanjut boleh terus menghungi Martini Glamping Park seperti alamat bawah :

Hubungi :
Martini Glamping Park
Jln Bunsit, Bingkor
89000, Keningau
Sabah, Malaysia.
Tel : +6011 3123 1994
Web Fb : Martini Glamping


Ulasan