Langkau ke kandungan utama

Masjid Labuan

Masjid Labuan adalah masjid bagi bagi penduduk islam di Pulau Labuan atau Wilayah Persekutuan Labuan dan merupakan satu-satunya masjid yang terletak di Bandar Labuan.

MASJID LABUAN

 



Masjid Wilayah Persekutuan Labuan juga dikenali dengan nama Masjid Jamek An-Nur Labuan. Masjid ini telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan siap sepenuhnya pada tahun 1987. 

Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan telah dirasmikan pada 1 Februari 1988 oleh Yang Di-Pertuan Agong pada masa itu iaitu Sultan Iskandar bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan.

Pelbagai kemudahan disediakan di masjid ini untuk kegunaan orang awam yang ingin mengadakan aktiviti seperti seminar atau kursus. Antara kemudahan tersebut adalah 3 buah bilik dewan, bilik mesyuarat, perpustakaan dan lain-lain lagi.

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan.


Ulasan