Masjid Jamek Hasabollah At-Tohiri adalah masjid yang tertua di negeri Sabah. Masjid ini dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek Bandar Sandakan dan terletak di Pusat Bandar Sandakan, Sabah.
MASJID JAMEK HASABOLLAH AT-TOHIRI
Masjid Jamek Hasabollah At-Tohiri juga dikenali dengan nama Masjid Jamek Bandar Sandakan kerana lokasinya yang terletak di pusat bandar. Masjid Jamek Hasabollah At-Tohiri telah dibina pada tahun 1890 dan merupakan masjid yang tertua di negeri Sabah (lebih dari 130 tahun). Dengan tempoh yang begitu lama dan sudah pun lebih dari 130 tahun, maka masjid ini telah diwartakan sebagai salah satu Jejak Warisan Sabah yang terdapat di daerah Sandakan.
Masjid ini dikatakan telah dibuka sekiar tahun 1890 oleh seorang saudagar kain yang berasal dari India yang bernama Damsah dan lokasi asal tapak masjid ini juga dikatakan adalah di tapak Restoran Zakaria III yang berhadapan dengan Wisma Sandakan. Nama masjid ini pada asalnya adalah Masih Jamek yang digunakan dengan begitu lama dan kemudian telah ditukar kepada Masjid Jamek Hasabollah At-Tohiri pada 6 Disember 1991 sempena nama seorang guru agama yang sangat dikenali di daerah Sandakan.
Semasa berlakunya Perang Dunia Ke-2, masjid ini telah dijadikan sebagai salah satu tempat berlindung oleh penduduk tempatan daripada pihak tentera Jepun. Oleh kerana pihak tentera Jepun merasakan ada kemungkinan tentera British atau Australia juga bersembunyi di masjid ini maka tentera Jepun telah beberapa kali membuat serangan keatas masjid ini. Walaupun Perang Dunia Ke-2 telah menghancurkan Bandar Sandakan dengan teruk sekali sehingga menyebabkan Pusat Pentadbiran Sabah yang berpusat di Sandakan terpaksa dipindahkan ke Kota Kinabalu, namun bangunan Masjid Jamek masih tetap teguh berdiri dan terus menjadi tempat beribadah bagi orang islam di sekitar daerah Sandakan.
Sehingga kini, Masjid Jamek Hasabollah At-Tohiri masih tetap berdiri kukuh dan menjadi masjid utama penduduk islam di Sandakan untuk menunaikan ibadah seperti solat 5 waktu, solat jumaat dan tempat umat islam belajar agama islam. Selain itu masjid ini juga masih terdapat tiang seri asal yang terletak di bahagain dalam ruangan solat disamping reka bentuk asal masjid juga masih terus dikekalkan.

Ulasan
Catat Ulasan