Mataking Reef Resort merupakan salah satu resort atau pusat peranginan yang menarik terdapat dalam daerah Semporna, Sabah. Resort ni terletak di Pulau Mataking iaitu yang mengambil masa lebih kurang 40 minit perjalanan menaiki bot laju dari jeti yang terdapat di Bandar Semporna.
MATAKING REEF RESORT
Kredit gambar : Mataking
Kredit gambar : Mataking
Kredit gambar : Mataking
Mataking Reef Resort merupakan salah satu daripada beberapa resort yang
terdapat di daerah Semporna dan terletak di Pulau Mataking iaitu lebih kurang 40 minit perjalanan menaiki bot laju dari Bandar Semporna, Sabah. Resort ini sebenarnya telah dibina pada tahun 2003 lagi dan sehingga kini masih dapat bertahan kerana mempunyai ramai pelancong yang datang ke sini setiap tahun tidak kira sama ada yang berasal dari dalam negara atau pun pelancong yang datang dari luar negara. Terletak di perairan Laut Celebes dan jauh dari pusat bandar menjadikan resort ini antara pilihan orang ramai untuk mencari tempat percutian yang lebih menenangkan dan gembira dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan khususnya aktiviti yang berkaitangan dengan laut. Selain itu resort ini juga selalu menjadi pilihan orang ramai kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Pulau Sipadan untuk membolehkan para tetamu pilih resort ini sebagai tempat penginapan jika ingin melakukan aktiviti seperti berenang atau menyelam di tapak menyelam terkemuka dunia yang terdapat di tersebut, lagi pun tidak tempat penginapan yang tersedia di Pulau Sipadan sebab memang tidak dibenarkan siapa pun tinggal di pulau ini yang sudah diwartakan sebagai pulau konservasi laut yang dilindungi. Jadi siapa-siapa yang mahu ke Pulau Sipadan tu bolehlah pilihan resort ini sebagai salah satu tempat pilihan untuk menginap dan jika datang secara persendirian boleh dapatkan pakej ke Pulau Sipadan yang disediakan pihak resort ini agar pihak resort dapat mengatur perjalanan ke pulau tersebut sebab biasanya Pulau Sipadan ni hanya dibenarkan lebih kurang 120 orang pengunjung sahaja dalam satu-satu masa. Di resort ni menyajikan satu pemandangan yang cukup indah dan menawan ke arah laut, terutama sekali pemandangan ketika matahari terbenam yang sudah pasti akan membuatkan anda begitu teruja melihat keindahannya. Apa pun sebelum ke sini sebaiknya juga beli awa-awal barang yang dirasakan perlu atau sekiranya ada kekurangan sama ada di beli dari tempat asal atau sebelum bertolak menaiki bot laju dari jadi boleh beli di Bandar Semporna saja barang keperluan tersebut.
Resort ni juga merupakan antara resort yang bertaraf 5 bintang yang terdapat di pulau, jadi boleh dikira sebagai sebuat resort mewah sesuai untuk mereka yang memang mahu kemudahan dan perkhidmatan yang bertaraf 5 bintang terutamanya mereka yang datang dari luar negara. Memang banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan resort kepada para tetamu mereka yang datang bercuti di sini tidak kira sama ada tetamu tersebut datang untuk percutian sehari sahaja, atau pun datang untuk bermalam dan menginap untuk tempoh beberapa hari. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ini adalah bertujuan agar setiap tetamu yang datang akan berasa selesa dan berbaloi sepanjang mereka berada di sini dan dapat memberikan tetamu tersebut satu pengalaman percutian yang tidak dapat untuk dilupakan. Antara kemudahan yang ada di sini ialah sudah tentulah penginapan yang terdiri daripada lebih kurang 63 buah bilik yang boleh anda pilih jenis mana sesuai untuk anda sama ada suite mewah, keluarga dan beberapa lagi jenis yang lain. Oleh kerana penginapan ni di pulau jadi memang ianya lebih kepada mesra alam, jadi penginapan di sini semua diperbuat daripada kayu dan diukir dengan begitu unik di luar dan dalamnya. Setiap penginapan juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan juga perkhidmatan agar mereka sentiasa berpuas hati serta tenang berehat di penginapan tersebut, antara yang ada disediakan di bilik ialah seperti penghawa dingin yang menggunakan remote, peralatan buat kopi atau teh, kipas angin, TV satelit dengan saluran astro, air pancuran mandian panas serta sejuk, bagi mereka yang rambut panjang tu tidak perlu risau sebab di sini pun ada disediakan pengering rambut untuk anda gunakan selepas mandi, meja dan kerusi dalam bilik, katil, tilam, peti keselamatan di bilik, lampu tidur, tuala serta jubah mandi, kelengkapan peralatan mandian, setiap bilik ada kemudahan kerusi santai di balkoni untuk mereka yang mahu duduk baring sambil melihat keindahan lautan yang luas dan menunggu untuk melihat keindahan pemandangan matahari terbenam pada waktu petang. Bilik ni ada yang memang dilarak merokok, jadi anda boleh bertanya dengan pihak resort di kawasan mana yang boleh atau dibenarkan merokok, dan tidak dibenarkan bawa haiwan peliharaan ke sini.
Bagi pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan atau berbulan madu di sini pun boleh juga sebab pihak resort juga ada menyediakan pakej untuk mereka yang mahu berkahwin atau berbulan madu di sini, kalau yang mahu berkahwin tu memang ada kawasan yang dikhaskan untuk majlis tersebut tetapi anda perlulah membuat tempahan lebih awal agar pihak resort dapat menyediakan segala keperluan dan menyusun landskap untuk majlis anda itu nanti. Kemudahan pakej perkahwinan ni anda boleh lihat di laman web rasmi Mataking Reef Resort sebab ada beberapa pakej yang boleh anda pilih nanti di situ. Kemudahan dan perkhidmatan seterusnya adalah restoran yang menyediakan pelbagai jenis menu makanan sama ada makanan Malaysia mahu pun menu makanan antarabangsa dan restoran di sini ada yang menyediakan khas untuk makanan halal bagi tetamu mereka yang muslim. Restoran ni pun menarik sebab ia menghadap ke arah laut yang luas dan membiru dengan angin sepoi-sepoi yang sudah pasti membuatkan anda terpesona sambil menjamu selera tidak kira sarapan pagi, makan tengah hari atau pun makan malam. Kalau anda tidak mahu atau malas untuk makan di restoran bolehlah buat BBQ bersama keluarga atau rakan-rakan, sebab di sini pun ada kemudahan untuk masak BBQ yang telah disediakan oleh pihak resort. Selain itu terdapat juga kemudahan gim atau pusat kecergasan untuk mereka yang mahu bersenam dengan menggunakan peralatan yang telah disediakan di gim seperti elips, basikal tegak, treadmill dan bermacam-macam lagi kemudahan peralatan yang lain. Kalau anda datang berkumpulan di sini mungkin boleh gunakan kemudahan padang bola tampar dan bola sepak yang ada disediakan di sini untuk mencergaskan badan anda, jadi tidaklah bosan daripada duduk di dalam bilik setiap hari. Kemudahan pusat menyelam juga turut disediakan buat mereka yang minat menyelam untuk mendapatkan pelbagai perlatan menyelam yang disediakan oleh pihak resort di pusat ini, lagi pun kemudahan pusat menyelam ni diluluskan oleh PADI bertaraf 5 bintang yang sudah pasti peralatan di sini adalah berkualiti dari segi peralatan termasuklah tenaga pengajar yang profesional. Sebelum anda menaiki bot untuk pergi menyelam mungkin anda bolehlah ambil masa sikit singgah ke kemudahan cafe yang terdapat di pusat menyelam ini untuk menikmati secawan kopi atau apa-apa saja minuman yang anda suka.
Selain daripada kemudahan di atas terdapat juga kemudahan lain yang ada disediakan oleh pihak resort untuk para tetamu yang datang bercuti ke sini iaitu kemudahan internet atau wifi secara percuma di kawasan umum dan semua bilik, jadi dengan adanya internet wifi secara percuma ni dapatlah para tetamu sentiasa berhubung dengan keluarga atau rakan mereka diluar sana dan dapat berkongsi gambar menarik percutian mereka di resort dan pulau ini, sekalighus mungkin akan dapat menarik minat mereka yang lain untuk datang ke resort ini bila ada kelapangan suatu hari nanti. Bagi yang mahukan hiburan anda boleh dapatkan kemudahan karaoke dan permainan seperti main billiard di bilik yang telah disediakan khas untuk ini, tapi kalau waktu tu ramai orang yang turut menggunakan kemudahan ni, maka anda perlulah tunggu giliran jadi sebaiknya anda daftar awal-awal agar dapat tempat mengikut masa yang anda pilih. Sekiranya percutian anda di sini sudah hampir tamat adalah baiknya jika anda membeli sedikit cenderhati untuk di bawa pulang ke tempat asal nanti, yang mana kedai cenderahati ni menjual beberapa barangan cenderahati dan biasanya yang berkaitan dengan resort tu sendiri, atau berkaitan dengan Pulau Mataking dan khususnya berkaitan dengan Negeri Sabah, contohnya adalah seperti pakaian dengan corak yang berkaitan dengan kebudayaan masyarakat Sabah, rantai kekunci, kraftangan tempatan, scarves, patung, dan bermacam-macam lagi cenderahati. Untuk keselamatan pula pihak resort menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengawal keselamatan yang bertugas secara berganti dalam 24 jam, cctv yang berfungsi 24 jam dan juga peti deposit keselamatan. Kemudahan pengangkutan juga ada disediakan kepada mereka yang membuat tempahan bilik termasuk pengangkutan lapangan terbang untuk mengambil anda daripada lapangan terbang dan menghantar ke lapangan terbang bila sudah tamat percutian ke sini, tapi pastikan buat tempahan tu awal-awal dengan pihak resort agar mereka dapat siapkan pengangkutan anda. Untuk senarai ringkas di bawah ni adalah beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan :
Kemudahan/Perkhidmatan :
01. Penginapan 63 bilik
02. Internet wifi percuma
03. Restoran & restoran halal
04. Shuttle lapangan terbang
05. Kedai cenderahati
06. Pengawal keselamatan 24 jam
07. CCTV 24 jam
08. Tempat majlis perkahwinan
09. Liputan telefon
10. Peralatan menyelam & snorkeling
11. Pusat & tapak menyelam
12. Penghawa dingin & kipas
13. Peralatan buta kopi
14. Air mandi panas/sejuk
15. Gim atau pusat kecergasan
16. Bilik karaoke
17. Bilik permainan
18. Padang bola tampar dan sepak
19. Satelit TV & astro
20. Kemudahan Spa
Resort ini menawarkan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bila datang bercuti di sini sama ada aktiviti di laut atau pun aktiviti di darat, tapi oleh kerana lokasi resort ni yang berada di pulau maka sudah pastilah aktiviti di laut yang lebih banyak diberikan tumpuan. Antara aktiviti yang boleh anda buat bila ke sini ialah aktiviti menyelam disekitar perairan Pulau Mataking, yang mana terdapat lebih kurang 30 tapak menyelam di sini yang boleh anda jelajahi dan tempatnya memang sangat menarik kerana air lautnya yang jernih dan membiru dengan kepelbagaian hidupan laut yang dapat dilihat jelas seperti terumbu karang, ikan, barakuda, kuda laut, ketam, udang dan lain-lain lagi. Semua tapak untuk menyelam ni ada nama tertentu yang diberikan dan antara yang paling popular ialah tapak selam yang dinamakan D'Wall yang terletak di perairan laut Mataking Kecil kerana di sini terdapat banyak hidupan marin dan ikan yang paling banyak warna warninya. Selain daripada buat aktiviti menyelam anda juga boleh lakukan aktiviti snorkeling terutamanya jika anda tidak mahir untuk menyelam. Aktiviti snorkeling ni pun menarik juga sebab dengan air laut di sini yang jernih jadi anda akan dapat lihat juga pelbagai spesis ikan di bawah lautan ketika melakukan aktiviti ini, peralatan untuk aktiviti ini boleh anda dapatkan atau sewa dengan pihak resort. Jika mahu aktiviti laut yang santai anda mungkin boleh berkayak bersama pasangan anda sambil menikmati keindahan lautan dan menghirup udara segar yang bertiup di lautan yang luas. Aktiviti pengembaraan bio marin juga turut ada ditawarkan oleh pihak Mataking Reef Resort yang mana anda akan menyelam menerokai keindahan dalam lautan dan aktiviti ni anda akan ditemani oleh pakar bio marin yang ditugaskan. Kepada tetamu yang minat melukis pula, anda boleh ikut aktiviti melukis dalam kelas lukisan batik dan baju kameja yang dibuat oleh pihak resort, kelas lukisan ni terbuka pada semua peringkat umur tidak kira tua atau muda, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk tonjolkan bakat yang anda ada di sini. Anda juga boleh ambil pakej yang disediakan oleh pihak resort untuk aktiviti lawatan ke Pulau Sipadan untuk melakukan aktiviti laut di pulau tersebut yang sudah pun cukup terkenal di seluruh dunia.
Aktiviti seterusnya yang boleh anda buat bila bercuti ke resort ni ialah menyelam ke kapal karam dan peti pos bawah air. Kapal karam tersebut adalah kapal kargo diperbuat daripada kayu berukuran lebih kurang 40 kaki yang telah ditenggelamkan oleh pihak resort pada bulan Mac 2006. Kapal ni adalah sebuah kapal lama yang sudah tidak digunakan lagi, oleh itu pihak resort telah mengambil keputusan menenggelamkannya sekaligus dapat menjadikannya sebagai sebuah terumbu tiruan yang akan menjadi tempat tinggal kepada hidupan marin di situ. Kapal karam tu diletakkan sebuah peti pos yang terletak di bahagian hadapannya dan penyelam boleh menghantar surat atau poskad mereka melalui peti pos yang ada bawah air ni dan stem yang direka khas serta beg pos plastik kalis air untuk meletakkan surat dan poskad juga boleh anda dapatkan atau beli di kedai hadiah resort ini. Aktiviti ni memang sangat unik dan menarik lebih-lebih lagi pos dalam air ni hanya ada 5 sahaja di dunia dan di Mataking Reef Resort adalah yang pertama dan satu-satunya yang ada di Malaysia, jadi jika anda kesempatan datang bercuti ke resort ini bolehlah mencuba aktiviti ini sebab bila lagi dapat peluang ini yang hanya ada satu sahaja di Malaysia. Aktiviti lain yang disediakan oleh pihak resort ialah lawatan ke pulau lain yang berada di sekitar Pulau Mataking iaitu seperti ke Pulau Timba-Timba, Pulau Pandanan dan Pulau Bohey Dulang. Bila sudah berada di pulau-pulau ni anda boleh lakukan aktiviti yang telah diatur oleh pihak resort iaitu seperti snorkeling dan mendaki ke Gunung Berapi Tenggelam di Pulau Bohey Dulang. Tapi jika anda mahu buat aktiviti mendaki ni pastikan pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti mendaki agar dapat memudahkan anda membuat pendakian nanti, pastikan sedia air minuman untuk diminum jika terasa haus. Aktiviti lain di Mataking Reef Resort adalah seperti bermain bola sepak dan bola tampar di padang yang telah disediakan di resort, bersenam di pusat kecergasan atau gim, berjalan bersiar di tepi pantai yang pasirnya putih dan bersih dan bermacam-macam lagi aktiviti lain. Mungkin bolehlah juga senaraikan sekali aktiviti melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar daerah ini sekiranya cuti anda tu masih panjang. Antara tempat menarik yang boleh anda lawat sekiranya datang ke daerah ini atau pun ke resort ini ialah seperti
Tempat menarik berhampiran :
01. Pulau Sipadan
02. Pulau Kapalai
03. Muzium Tun Sakaran
04. Pulau Mataking
05. Bukit Tengkorak
06. Pulau Pom-Pom
07. Tanjung Parapat
08. Pulau Timba-Timba
09. Pulau Sibuan
10. Pulau Bohey Dulang
12. Jeti Pelancong Semporna
13. Pakalangan Bay
Banyak lagi sebenanya yang disediakan oleh pihak resort dari segi kemudahan, pekhidmatan dan juga aktiviti bila anda bercuti ke resot ini, oleh itu jika anda mahu senarai yang mungkin lebih banyak boleh layari laman web rasmi Mataking Reef Resort atau boleh terus sahaja menghubungi mereka melalui telefon sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai kemudahan dan perkhidmatan di sini. Untuk cara ke sini adalah mudah sekiranya anda menghubungi pihak pengurusan resort sendiri dan membuat tempahan terus dengan mereka seperti tempahan bilik dan juga tempahan pengangkutan jadi ianya akan lebih memudahkan perjalanan anda ke sini kerana semua telah di atur oleh pihak resort termasuklah juga pengangkutan dari lapangan terbang hinggalah pengangkutan bot dari Bandar Semporna ke resort.
Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Mataking Reef Resort di alamat seperti di bawah ini.
Mataking Reef Resort
91308, Semporna,
Sabah, Malaysia.
Sabah, Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan