Menara Tun Mustapha

Menara Tun Mustapha merupakan satu tempat menarik di Sabah. Menara ini juga dahulunya dikenali sebagai Menara Yayasan Sabah dan terletak di Teluk Likas iaitu 8 km dari Bandar Kota Kinabalu.

MENARA TUN MUSTAPHA


Sumber Gambar : Wikimedia

Menara Tun Mustapha merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Menara ini terletak di Teluk Likas iaitu kira-kira 8 km dari pusat bandar Kota Kinabalu atau lebih kurang 15 minit perjalanan menaiki kereta. Menara setinggi 30 tingkat ini mempunyai ketinggian 122 meter dan telah siap dibina pada tahun 1977, serta merupakan bangunan Ibupejabat bagi Kumpulan Yayasan Sabah. Tempat ini sesuai dikunjungi oleh pelancong yang datang melancong ke Sabah terutamanya di Kota Kinabalu

Pada awalnya, nama menara ini adalah Menara Yayasan Sabah, namun pada 31 Julai 2001 nama Menara Yayasan Sabah telah ditukar kepada Menara Tun Mustapha bersempena dengan Ulang Tahun ke-35 Kumpulan Yayasan Sabah dan ia juga sebagai tanda penghargaan/pengiktirafan kepada Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun atas sumbangan dan perjuangan serta inspirasi beliau untuk menubuhkan Kumpulan Yayasan Sabah yang mana sehingga kini Yayasan Sabah tetap menjadi pemangkin dalam pendidikan dan pembangunan sosioekonomi negeri Sabah.


Menara Tun Mustapha ini dibina menggunakan aluminium dan kaca serta mempunyai reka bentuk bangunan tergantung. Menara ini juga merupakan antara bangunan ketiga terawal didunia dan merupakan yang pertama di rantai ini yang telah dibina menggunakan reka bentuk bangunan tergantung.


Selain daripada dapat melihat keunikan menara, pengunjung yang datang ke sini juga berpeluang untuk melihat keindahan suasana persekitaran bangunan tersebut yang dihias dengan bunga-bunga yang cantik sesuai bergambar. Selain itu keindahan matahari terbenam di waktu petang juga amat menarik kerana lokasinya yang berhampiran dengan laut.

Menara ini juga menyediakan beberapa kemudahan bagi pengunjung yang datang ke sini. Antara kemudahan tersebut adalah seperti mini teater, tandas, perpustakaan, gimnasium, auditorium dan restoran (restoran berputar) dan merupakan satu-satunya restoran berputar yang terdapat di Borneo

Untuk ke sini pengunjung atau pelancong boleh menaik kereta sendiri atau kereta sewa (yang penting anda ada lesen). Selain itu pengunjung juga boleh menaiki bas yang terletak di terminal bas Wawasan Plaza Kota Kinabalu, Pilihan lain adalah menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan