Menggatal

Menggatal merupakan salah sebuah sub-daerah yang terdapat di Negeri Sabah. Menggatal terletak di dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 15 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.

MENGGATAL


Kredit Gambar : Iloveborneo

Menggatal merupakan salah sebuah sub-daerah yang terdpaat di Negeri Sabah. Menggatal terletak di dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 15 km atau kira-kira 20 minit perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Sub-daerah ini ditadbir serta diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), oleh itu setiap aktiviti pernigaan atau apa-apa yang berkaitan dengannya hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak DBKK. Pada masa kini jumlah penduduk Menggatal dianggarkan sekitar lebih daripada 20 ribu orang yang kebanyakkan dari penduduknya adalah berkerja dalam bidang perindustrian dan pertanian. Nama Menggatal sudah ditukar beberapa tahun yang lalu kepada nama Manggatal, namun penduduk tempatan masih lagi terbiasa dengan panggilan nama Menggatal sehingga ke hari ini.

Menurut cerita, nama Menggatal ini diambil sempena nama sepohon pokok mangga yang apabila buah mangga tersebut dimakan akan menyebabkan mereka yang memakannya akan terasa gatal. Oleh itu penduduk pada masa itu memanggil tempat tersebut sebagai 'mangga gatal', namun lama kelamaan ia telah menjadi sebutan 'menggatal'. Selain mangga, nama tempat ini juga dikatakan berkaitan dengan ikan basung, namun penduduk di menggatal yang pada masa itu majoritinya dari suku kaum Kadazan Dusun dan sudah lama tinggal di sini lebih bersetuju bahawa nama daerah kecil ini adalah daripada pokok mangga yang gatal. Oleh sebab itu jugalah nama Menggatal telah ditukar semula kepada nama Manggatal bersempena dengan nama asal daerah kecil ini.


Keluasan kawasan menggatal tidaklah begitu luas dan pusat pelancongan juga tidak begitu banyak di sub-daerah ini, namun apa yang menjadi tarikan di daerah kecil Menggatal ialah terdapatnya beberapa pusat pendidikan terutamanya dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) seperti :
 
01. Universiti Teknologi Mara (UITM) 
02. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
03. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Sabah

Walaupun tidak banyak tempat pelancongan, namun Menggatal juga mempunyai beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh penduduk tempatan atau pun pelancongan dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah terutamanya ke Kota Kinabalu, antaranya adalah :

01. Le One Kokol Elf
02. Kokol Hill Villa
03. Kokol Farmstay
04. Kasih Sayang Health Resort
05. Kokol Height
06. Kokol Resort

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan