Minakit Retreat Bundu Paka merupakan salah satu lagi tempat menarik
di Sabah yang sesuai untuk untuk dikunjungi oleh orang ramai terutama sekali kepada mereka yang berminat dengan aktiviti seperti berkhemah bersama keluarga atau rakan-rakan. Tempat ini terletak di dalam daerah kecil Kota Belud iaitu lebih kurang 28 km atau 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud dan lebih kurang 75 km atau kira-kira 1 jam 20 minit perjalanan menaiki kenderaan jika dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah.
Minakit Retreat Bundu Paka merupakan salah satu tempat menarik di
Kota Belud yang boleh anda datang lawai atau kunjungi khususnya buat anda yang berminat untuk aktiviti perkhemahan tidak kira bersama keluarga atau pun bersama rakan-rakan. Sekiranya anda mencari ingin tempat percutian atau
perkhemahan yang tenang dan jauh dari kesibukan bandar
ketika musim cuti atau seperti cuti sekolah atau cuti hujung minggu maka bolehlah cuba untuk menjadikan tempat ini salah satu daripada pilihan anda yang mana tempat ini terletak di Jalan Kampung Tambatuon, Kota Belud Sabah iaitu lebih kurang 28 km atau pun kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud, manakala bagi anda yang datang dari Kota Kinabalu ianya akan memakan masa lebih kurang 1 jam 20 minit dengan jarak perjalanan kira-kira 75 km. Tempat ini memang cantik dan bersih serta begitu tenang, cuma anda dinasihatkan untuk menaiki atau memandu kenderaan pacuan empat roda sebab dari jalan utama ke lokasi perkhemahan ini jalanya adalah berbatu dan bertanah yang mungkin tidak berapa sesuai untuk kenderaan rendah terutama sekali apabila waktu atau selepas hujan. Kalau anda memandu kereta biasa pun boleh juga tetapi perlu hubungi pihak yang menguruskan tempat ini terlebih dahulu untuk mereka mengambil anda apabila sudah sampai nanti dengan pacuan empat roda yang mereka ada. Kereta anda tu boleh letak di tepi jalan utama, dan jarak jalan utama ke tempat perkhemahan ini tidak begitu jauh cuma makan masa kurang dari 10 minit sahaja jadi anda tidak perlu risau. Kalau anda ada apa-apa yang ingin ditanyakan sebelum datang bolehlah hubungi terlebih dahulu pemilik tempat ini, tidak perlu segan sebab pemiliknya adalah sangat mesra dan sentiasa membantu jika ada keperluan kepada semua tetamu mereka yang datang tidak kira penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara.
Pemilik tempat juga ada menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan kepada para pengunjung mereka yang ke datang ke sini sama ada yang datang berkhemah beberapa hari ataupun yang sekadar datang untuk lawatan sehari sahaja. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ini adalah bertujuan agar dapat memastikan setiap tetamu yang datang akan merasa berpuas hati dan rasa selesa sepanjang mereka berada di tempat ini. Antara beberapa kemudahan yang ada disediakan tapak perkhemahan yang luas dan berumput sekaligus dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung yang datang ke sini berkhemah. Kemudahan lain ialah pengangkutan pacuan empat roda yang disediakan dari pintu masuk ke tapak perkhemahan, seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi untuk pengangkutan ni adalah baik sekiranya anda menghubungi pemilik lebih awal agar mereka dapat membuat persiapan leih awal. Seterusnya ialah kemudahan khemah untuk disewa, ada dua jenis khemah iaitu khemah bersaiz kecil dengan harga sewa RM10 seunit dan dan khemah yang bersaiz besar dengan harga RM15 seunit, tapi kalau anda ada khemah sendiri bolehlah bawa sendiri agar lebih menjimatkan lagi. Bagi anda yang mungkin lebih suka rehat dengan lebih terbuka bolehlah sewa kanvas yang mana ada 2 jenis iaitu saiz besar dan saiz kecil dan harganya juga sama seperti khemah, jadi terpulanglah pada anda mahu sewa yang mana mengikut keselesaan sendiri. Kemudahan dewan juga ada disediakan yang bersaiz besar dan mini dengan harga yang berpatutan untuk pengunjung yang mungkin mahu melakukan acara atau majis kecil seperti sambutan harijadi dan lain-lain lagi. Kalau ada antara anda yang berehat dengan lebih santai bolehlah dapatkan kemudahan buaian yang ada disediakan di sini, tapi buaian ini perlu disewa juga ya dan bukannya percuma. Tilam dan bantal juga ada disediakan untuk disewa dengan harga yang murah sahaja, tapi apa pun kalau anda rasa lebih selesa gunakan tilam atau bantal sendiri bolehlah bawa dari rumah sahaja terpulanglah pada anda.
Untuk makanan pula adalah anda hendaklah membawa makanan anda sendiri agar lebih memudahkan anda sepanjang berada di tempat ini, anda juga boleh membawa makanan mentah dan memasaknya bila berada di sini sebab di sini pun ada disediakan kemudahan dapur gas mudah alih dengan kadar sewa yang murah sahaja, kalau tidak mahu guna dapur gas bolehlah sewa kemudahan set bbq yang ada disediakan di sini, lagi pun kemudahan air paip juga ada tersedia jadi anda tidak perlulah risau untuk memasak ataupun membersihkan badan di tempat ini. Pemilik tempat ini juga ada menyediakan dua unit tandas dan bilik mandi kepada para pengunjung agar dapat memudahkan lagi mereka bila ingin menggunakannya. Boleh dikatakan tempat ini memang dilengkapi kemudahan yang dapat memenuhi keperluan pada pengunjung jadi tidak perlu risau bila datang ke sini, tapi apa pun untuk lebih lanjutnya bolehlah menghungi pihak pemilik sekiranya ada sebarang pertanyaan ya. Untuk tempat letak kereta pula, bagi yang pandu pacuan empat roda ke sini bolehlah letak kereta anda berhampiran kawasan tapak perkhemahan dan bagi mereka yang memandu kereta yang lebih kecil dan memerlukan untuk letak kereta di pintu masuk bolehlah hubungi pemilik tempat ini terlebih dahulu untuk memastikan di mana perlu meletakkan kereta anda agar tidak menghalang laluan penduduk kampung di situ. Kemudahan lain yang ada ialah kawasan tapak perkhemahan ada diletakkan pagar berduri untuk keselamatan para pengunjung sepanjang mereka berada di tempat ini. Banyak lagi kemudahan lain yang ada disediakan, dan kalau ada kemudahan tersebut yang anda raa mahu bawa sendiri dari rumah bolehlah bawa sahaja agar lebih menjimatkan kos perbelanjaan dan jangan lupa untuk membawa makanan atau bahan untuk masakan bila datang ke sini agar tidak perlu lagi keluar semula dari sini untuk pergi membeli. Bila anda sudah berada di tempat ini pastikanlah menjaga semua kemudahan yang telah disediakan dan jangan merosakkannya terutama sekali tandas, jangan buang sampah ke dalam lubang tandas yang mungkin boleh menyebabkan ianya tersumbat dan rosak seterusnya menyukarkan orang lain untuk menggunakan tandas tersebut. Untuk lebih ringkas di bawah ini adalah beberapa kemudahan yang ada termasuklah kemudahan yang diperlu disewa :
Kemudahan :
01. Tandas
02. Bilik Mandi
03. Tapak Perkhemahan
04. Kanvas
05. Khemah
06. Set BBQ
07. Dapur Gas Mudah Alih
08. Dewan Besar Dan Mini
09. Jaket Keselamatan
10. Bantal
11. Tilam
12. Tempat Letak Kereta
13. Buaian
14. Pengangkutan Dari Pintu Masuk
15. Paip Air
Seperti yang ditulis di atas tadi, anda boleh saja membawa kemudahan sendiri dari rumah agar dapat kurangkan kos perbelanjaan dan di bawah ini adalah antara senarai beberapa barang keperluan yang mungkin boleh anda bawa sekiranya ingin datang menginap ke tempat ni tidak kira anda datang untuk berkhemah dan bermalam atau pun untuk lawatan sehari sahaja. Ini cuma cadangan beberapa barang keperluan yang boleh anda bawa, tapi itu semua terpulanglah pada anda sendiri untuk menentukan apa barang atau kemudahan yang dirasakan perlu untuk di bawa bagi memenuhi keperluan anda bersama keluarga atau rakan-rakan sepanjang berada di tempat ini. Antara barang keperulan yang rasanya boleh di bawa tersebut adalah seperti berikut :
Barang perlu bawa :
01. Pakaian lebih
02. Barang masakan
03. Kamera
04. Peralatan makan
05. Kain/Selimut
06. Video kamera
07. Baju Sejuk
08. Bantal
09. Powerbank
10. Tuala mandi
11. Peralatan mandi
12. Lampu suluh
13. Pisau lipat
14. Duit poket
15. Ubat Peribadi
16. Pakaian mandi
17. Sejadah
18. Telekung solat
19. Kompas
20. Khemah
21. Kerusi Lipat
Antara beberapa aktiviti yang boleh anda sekeluarga atau bersama rakan-rakan lakukan apabila berada di tempat ini adalah seperti berkhemah yang mana ini adalah antara tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti tersebut dan merupakan antara tujuan utama pengunjung datang ke sini, dan kalau anda mahu berkhemah di sini terpulang dari anda sama ada mahu menggunakan khemah tertutup atau pun hanya gunakan kanvas berbumbung, ianya terpulang keselesaan anda. Selain daripada berkhemah anda juga boleh melakukan aktiviti mandi di sungai yang terletak berhampiran dengan tapak perkhemahan, tapi kalau anda berada di kawasan sungai tidak kira mandi ataupun berjalan-jalan maka sentiasalah berhati-hati sebab batuan yang ada di situ mungkin licin dan tajam lebih-lebih lagi ketika air surut yang mana boleh dilihat jelas banyak batuan berada di kawasan sungai. Selain itu jika mandi di sungai ini anda haruslah berhati-hati dan sebaiknya anda sewa jaket keselamatan yang ada disediakan pemilik tempat ini terutamanya jika anda ada membawa anak-anak sebab kadang kala air sungai mungkin boleh jadi deras terutamanya selepas waktu hujan. Oleh itu adalah perlu untuk anda ikut segala peraturan yang telah pun ditetapkan oleh pihak pengurusan tempat ini agar dapat dapat menjamin keselamatan anda dan keluarga sepanjang melakukan aktiviti di sungai. Apa pun bila mand di sungai sebaiknya anda memakai pakaian yang tutup aurat sebab sungai adalah kawasan terbuka yang mana mungkin akan ada ramai pengunjung lain yang turut sama mandi di sungai tersebut. Selain daripada berkhemah dan mandi di sungai, anda juga boleh buat melakukan memasak bbq di tempat ini dan kemudahan set bbq juga ada disediakan yang membolehkan anda memasak tapi yang penting pastikan anda ada membawa bahan makanan untuk di masak. Memang sangat seronok dan juga meriah sekali apabila dapat beramai-ramai ke sini berkhemah dan memasak bbq bersama selepas itu bolehlah jamu selera bersama yang mana sudah pasti akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan atau persahabatan, ditambah lagi apabila dapat aktiviti pasang unggun api pada waktu malam sambil duduk bercerita pengalaman atau kenangan hidup masing-masing.
Aktiviti lain yang mungkin boleh anda lakukan apabila datang ke sini ialah mendaki Bukit Kalangadan, tidak perlu risau sebab bukit ini tidaklah tinggi dan mudah untuk di akses, pemandangan dari bukit ini sememangnya cukup mengagumkan kerana di sini anda akan dapat melihat keindahan pemandangan Gunung Kinabalu dengan jelas, teurtamanya apabila tidak ada awan tebal dan cuaca yang cerah. Untuk mendaki ke bukit ini sebaiknya anda minta kebenaran terlebih dahulu dengan pemilik tempat ini agar mereka tahu aktiviti yang lakukan. Banyak lagi aktiviti lain yang boleh anda lakukan bila berada di sini contohnya membuat majlis kecil-kecilan seperti menyambut harijadi dan sebagainya. Apa pun aktiviti yang anda lakukan di sini pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata khususnya di sungai sebaliknya buanglah sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Ini adalah bagi memastikan alam sekitar di kawasan ini sentiasa bersih sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang ke sini pada masa depan. Yang paling penting sekali ialah ketika melakukan aktiviti pastikan sentiasa menjaga keselamatan diri anda dan keluarga atau rakan-rakan serta patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pemilik tempat ini sepanjang anda berada di sini tidak kira siang atau malam.
Untuk
sebarang pertanyaan atau ingin maklumat lebih lanjut boleh
terus menghungi Minakit Retreat Bundu Paka seperti alamat bawah :
Hubungi :
Hubungi :
Minakit Retreat Bundu Paka
Jln Tambatuon,
89150, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6014 804 2365
Web Fb : Minakit Retreat
Jln Tambatuon,
89150, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Tel : +6014 804 2365
Web Fb : Minakit Retreat
Ulasan
Catat Ulasan