Misompuru Homestay Kudat adalah salah satu tempat menarik di daerah Kudat yang juga merupakan tempat homestay bagi mereka yang ingin menginap bersama pemilik rumah untuk lebih mengenali kebudayaan penduduk tempatan di daerah Kudat, tempat ini terletak lebih kurang 27 km atau kira-kria 32 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Kudat, Sabah.
MISOMPURU HOMESTAY
Kredit gambar : Sabahtourism
Kredit gambar : Melancong
Kredit gambar : Sabahtravel
Misompuru Homestay Kudat merupakan satu tempat yang menarik di Kudat buat mereka yang mencari tempat penginapan dengan susana kehidupan masyarakat tempatan negeri ini khususnya daerah Kudat yang mana tempat penginapan ini terdiri daripada 15 buah kampung dengan lebih kurang 42 keluarga yang menjadi hos untuk tempat penginapan tersebut dan di sini anda boleh memilih dengan keluarga mana satu untuk anda tinggal bersama, maksudnya di sini anda akan tinggal di homestay itu bersama dengan tuan rumah sekaligus dapat memberi peluang kepada anda untuk lebih mengenali kebudayaan dan cara hidup berjiran penduduk tempatan di daerah Kudat terutamanya di Misompuru ini. Ini sudah pasti akan menjadi sebuah percutian yang sangat menarik serta memberikan satu pengalaman yang baru buat anda bila dapat tinggal di homestay ini, dan boleh di lihat ramai tetamu yang ada ke sini tidak kira mereka adalah penduduk tempatan negeri ini mahu pun pelancong dari dalam dan luar negara seperti dari eropah yang datang ke sini bercuti untuk mengalami sendiri keindahan dan kemeriahan percutian di tempat ini. Homestay ini terletak lebih kurang 27 km atau kira-kira 32 minit perjalanan menaiki kereta dari Pusat Bandar Kudat, bagi yang datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu pula ianya akan memakan masa 2 jam 30 minit dengan jaraknya adalah sekitar 156 km dengan menaiki kenderaan sendiri dari Kota Kinabalu. Oleh itu tidak hairanlah homestay ini pernah menjadi juara Anugera ASEAN Homestay Standard yang dianugerahkan oleh ASEAN Tourism Secretariat selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 hingga 2021. Jadi bagi anda yang datang bercuti ke daerah Kudat ni bolehlah cuba ke sini untuk menginap bila ada masa lapang sebab tidak rugi juga bila anda ke sini yang mana pelbagai pakej termasuk aktiviti juga ada ditawarkan buat anda.
Misompuru Homestay Kudat adalah sebuah tempat homestay yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), jadi anda tidak perlu risau bila datang bercuti dan menginap di tempat ini kerana ia merupakan sebuah tempat yang memang diiktiraf oleh kerajaan di negara ini. Homestay tersebut juga memang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan khas buat para tetamu yang datang menginap di sini yang bertujuan agar dapat berikan keselesaan kepada para tetamu sepanjang mereka berada di sini menginap dan melakukan pelbagai aktiviti lain yang boleh dibuat di sini. Antara kemudahan yang ada di sini sudah tentulah yang pertama ialah homestay yang mana seperti dinyatakan di atas tadi terdapat lebih kurang 42 keluarga yang akan menjadi hos di 15 buah kampung yang ada di dalam kawasan Misompuru ini, jadi kalau anda datang ke sini bolehlah pilih dengan keluarga atau tuan rumah mana yang anda mahu pilih untuk tinggal bersama. anda tidak perlu risau mahu pilih yang mana pun sebab semua mereka di sini memang sangat mesra dengan para tetamu. Sekiranya anda dapat datang ke sini dalam kumpulan yang ramai rasa ianya lebih menyeronokkkan sebab anda dan rakan-rakan lain dapat tinggal dalam beberapa buah homstay untuk merasai sendiri cara kehidupan berjiran masyarakat di sini seterusnya dapat melakukan aktiviti bersama dengan beramai-ramai mengikut pakej yang telah anda pilih. Biasanya tetamu yang datang dan tinggal di kemudahan homestay ni akan menginap dalam beberapa hari dan paling kurang pun dalam dua atau tiga hari sebab kalau anda tinggal satu hari sahaja contohnya hari ini datang esok terus sudah pulang memang rasanya tidak akan terasa kemeriahan tinggal di sini, jadi kalau mahu datang ke sini sebaiknya atulah masa yang sesuai agar percutian anda ke sini lebih aman tanpa sebarang gangguan dan tanpa perlu tergesa-gesa untuk pulang.
Setiap homestay yang ada di sini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain yang telah disedia untuk kegunaan para tetamu yang datang iaitu seperti bilik tetamu dan bilik tetamu ni juga dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain iaitu seperti katil, yang mana katil tersebut ada beberapa jenis yang tersedia iaitu jenis single dua buah dalam sebilik, jenis queen atau king yang sesuai untuk keluarga dan ada katil jenis yang bertingkat seperti dua tingkat dan ada homestay yang sediakan katil dua tingkat ni yang dapat memuatkan sehingga lapan orang dengan 4 buah katil yang bertingkat, jadi terpulanglah pada anda mahu pilih untuk menginap homestay mana yang dirasakan lebih selesa mengikut katil yang disediakan, tapi kalau anda datang dalam satu kumpulan yang ramai rasanya katil bertingkat tu yang lebih sesuai agar dapat menjimat sikit kos. Selain katil terdapat juga kemudahan lain yang disediakan di dalam bilik para tetamu iaitu seperti selimut, almari, cermin, bantal, kipas angin dan lain-lain lagi. Bagi anda yang mungkin dari jauh boleh juga menghubungi pihak pengurusan homestay ni untuk menempah lebih awal dan beritahu sahaja bilik yang macam mana anda mahukan, nanti pihak di sini yang akan aturkan semuanya untuk anda. Kemudahan lain yang ada di homestay ni ialah ruang tamu, tandas, bilik mandi, dapur, ruangan beranda di luar dengan kerusi dan meja untuk anda duduk santai bersama rakan atau keluarga dan lain-lain lagi kemudahan seperti rumah biasa. Untuk kemudahan makanan serta minuman pula anda boleh berunding dengan pihak pengurusan homestay ni sama ada bayaran pakej yang anda ambil tersebut termasuk juga dengan makan dan minum atau pun tidak, biasanya termasuk juga tu sekali tapi ada baiknya bertanya lebih dahulu agar dapat memudahkan nanti, dan makanan yang biasa dihidang di sini adalah makanan moden dan juga makanan tradisional Sabah khususnya di Kudat.
Kemudahan seterusnya ialah tempat letak kereta yang ada disetiap homestay dan anda boleh letakkan kereta tersebut dihadapan atau berhampiran homestay sahaja jadi anda tidak perlu risau sekiranya memandu kereta sendiri ke sini, sebaiknya juga bila sampai di kawasan homestay ni bertanya di mana boleh meletakkan kereta anda agar ianya dapat memastikan kereta tersebut tidak menghalang laluan penduduk kampung yang lain yang lalu di situ. Biasanya di Misompuru Homestay Kudat ada tawarkan pakej promosi dalam bulan tertentu yang boleh anda semak dalam laman fb mereka dan pakej tersebut menawarkan pelbagai aktiviti yang sudah pasti terdapat banyak kemudahan lain yang disediakan untuk kegunaan aktiviti tersebut yang telah disediakan oleh pihak di pengurusan homestay seperti kayak, peralatan snorkeling, menyelam, berenang, memancing, peralatan menanam tumbuhan dan banyak lagi. Pastikan anda menjaga semua kemudahan yang telah disediakan dan jangan merosakkannya, tidak kira sama ada kemudahan yang ada di homestay atau pun kemudahan peralatan untuk aktiviti agar ianya dapat digunakan semula oleh pengunjung lain yang datang kemudian. Untuk lebih memudahkan dan menyenangkan anda sepanjang berada di tempat ini maka adalah lebih baik untuk anda menyediakan segala barang keperluan yang dirasakan perlu untuk di bawa apabila bercadang ke sini agar ianya tidak mengganggu segala perjalanan percutian anda di homestay ini sekaligus dapat melakukan pelbagai aktiviti yang ada dengan lebih lancar, aman dan gembira bersama keluarga dan rakan-rakan yang lain. Di bawah ini adalah antara beberapa barangan keperluan yang rasanya perlu untuk anda bawa bila ke sini menginap dan bermalam iaitu seperti :
Barang di bawa :
01. Pakaian lebih
02. Pakaian aktiviti
03. Baju tebal
04. Kamera/video kamera
05. Bajet/duit sikit
06. Tuala mandi
07. Peralatan mandi
08. Kasut sesuai
09. Selipar
10. Selimut (jika perlu)
11. Topi/payung
12. Krim lindung matahari
13. Beg (jungle trekking)
14. Teropong (jika ada)
15. Ubat peribadi
Senarai barangan perlu dibawa di atas ni seperti pakaian, kasut, selipar, teropong dan beg adalah untuk digunakan bagi tujuan aktiviti sekiranya anda mengambil pakej yang memerlukan barangan tersebut seperti pakaian untuk jungle trekking, pakaian untuk aktiviti di laut seperti snorkeling, berenang, selam, berkayak dan lain-lain lagi. Anda boleh lihat juga senarai aktiviti yang disediakan bila anda menempah homestay di sini dengan pakej yang disediakan, lepas itu bolehlah anda fikirkan apa barangan yang perlu dibawa untuk aktiviti yang ada. Sekiranya ada lagi barang keperluan lain yang anda rasa tidak tersenarai di atas bolehlah bawa sahaja mengikut apa yang anda rasakan perlu untuk di bawa agar dapat memudahkan lagi sepanjang percutian anda di sini. Bagi yang muslim pula anda boleh juga membawa tambahan barang keperluan seperti kompas untuk lihat kiblat, sejadah, telekung solat bagi muslimah, lelaki pula boleh juga kalau mahu bawa bawa kain pelikat untuk solat. Selain itu bawalah pakaian yang menutup aurat buat lelaki dan wanita muslim untuk melakukan aktiviti nanti terutama sekali untuk aktiviti di laut yang mana ia adalah merupakan kawasan terbuka yang mungkin akan ramai orang pada masa tersebut, jadi sebaiknya anda menyediakan pakaian yang sesuai untuk aktiviti tersebut agar ia lebih memberikan keselesaan kepada anda sepanjang melakukan aktiviti.
Terdapat pelbagai aktiviti yang ada disediakan untuk para tetamu yang datang menginap di homestay ni tidak kira berapa hari pun anda tinggal di sini dan aktiviti tersebut adalah mengikut bayaran pakej yang anda ambil. Antara aktiviti yang ada bila berada di sini ialah seperti aktiviti di laut iaitu berenang, menyelam, snorkeling, belayar, berkayak, memancing dan beberapa lagi aktiviti lain di laut, pastikan anda ikut segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan apabila melakukan aktiviti laut ini agar keselamatan anda adalah lebih terjamin. Selain itu terdapat juga aktiviti melawat ke telaga minyak yang bersejarah yang terletak di Kampung Minyak, nanti guide anda memberikan penerangan kepada anda mengenai telaga tersebut dan sejarahnya. Aktiviti di paya bakau juga ada ditawarkan iaitu seperti redah bakau atau mangrove trekking, pelayaran sungai bakau, pencarian tempurung bakau, tangkap ketam bakau dan memancing di bakau. Aktiviti di bakau ini memang sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi untuk aktiviti menangkap ketam bakau yang mungkin tidak ramai yang tahu caranya, cuma perlulah juga sentiasa berhati-hati dan patuhi segala arahan yang guide anda berikan lagi pun untuk aktiviti di bakau ni anda akan menyusuri sungai jadi memang perlu sentiasa berhati-hati sepanjang perjalanan dan ketika melakukan aktiviti. Seterusnya ialah aktiviti jungle trekking iaitu berjalan meredah hutan yang ada berhampiran dengan homestay, untuk ini anda perlulah memakai pakaian yang sesuai agak lebih memudahkan anda bergerak di dalam hutan dan sebaiknya memakai seluar panjang serta pakai kasut untuk mengelakkan anda daripara tergelincir atau sukar berjalan apabila menggunakan selipar ke dalam hutan, kalau anda tidak ada bawa penyembur halau nyamuk pastikanlah memakai baju yang berlengan panjang agar tidak digigit nyamuk.
Selain itu terdapat juga aktiviti memerhati burung atau bird watching ditawarkan yang mana anda dan kumpulan anda akan dibawa ke lokasi untuk memerhati burung untuk melihat pelbagai spesis burung yang ada, oleh itu anda boleh membawa kamera, video kamera atau membawa teropong untuk dapat melihat burung dengan lebih jelas apabila menggunakan teropong. Aktiviti lain ialah belajar bahasa tempatan khusunya bahasa etnik Rungus yang merupakan etnik majoriti di daerah Kudat, aktiviti ini sudah pasti sangat menyeronokkan terutamanya bagi mereka yang berasal dari luar negeri ini seperti dari Sarawak, Semenanjugn dan juga dari luar negara yang datang ke sini. Selain itu anda juga akan di bawa untuk melakukan aktiviti menanam beberapa jenis tumbuhan di lokasi yang telah ditetapkan dan ini rasanya juga sangat menarik untuk anda cuba sebab bila anda sudah menanamnya pastilah juga anda ingin melihat hasilnya, jadi bolehlah datang ke sini lagi bila ada masa lapang untuk melihat sendiri hasil tanaman yang dibuat, sekurang-kurangnya ada juga kenangan yang ditinggalkan di sini apabila sudah tamat percutian di Misompuru Homestay. Selain aktiviti di atas, anda juga akan di bawa ke beberapa tempat untuk melihat sendiri cara kraftangan atau barangan buatan penduduk tempatan dihasilkan iaitu seperti cara buat kain tenunan, cara buat gong, cara buat parang, cara buat alat muzik tempatan, cara buat manik tempatan, pembuatan kraftangan berasaskan kelapa, pembuatan lilin, hasilkan madu lebah dan lain-lain lagi. Banyak lagi sebenarnya aktiviti lain yang ada ditawarkan dan aktiviti tersebut adalah ikut pakej anda, kalau yang mahal sikit memang lebih banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Apa pun bila sudah ke daerah Kudat bolehlah senaraikan tempat menarik yang ada di sini untuk dijadikan tempat aktiviti lawatan anda iaitu seperti
Tempat menarik berhampiran :
01. Tanjung Simpang Mengayau
02. Gombizou Honey Bee Farm
03. Pantai Bak-Bak
04. Pantai Simpang Mengayau
05. Muzium Tun Mustapha
06. Borneo Honeybee Centre
07. Muzium Mat Sator
08. Kampung Bavanggazo
09. Pantai Bavang Jamal
10. Tampat Do Aman
11. James Fish Farm
12. Pantai Tindakong Dazang
13. Secret Place Beach
Untuk ke sini anda boleh menaiki kenderaan sendiri agar lebih memudahkan perjalanan pergi dan juga balik anda dari homestay ini selain daripada mudah untuk pergi membeli barang keperluan yang lain sekiranya ada kekurangan. Kalau tidak ada kereta sendiri boleh naik bas dari Kota Kinabalu ke Kudat kemudian sewa teksi atau perkhidmatan e-hailing lain untuk menghantar anda ke tempat ini. Apa pun sebaiknya anda membuat tempahan homestay lebih awal sebelum datang ke sini agar pihak pengurusan dapat memastikan ada kekosongan tempat untuk tarikh yang anda pilih dan juga dapatlah menyediakan apa juga keperluan yang ingin disediakan untuk kegunaan anda nanti.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut mengenai tempahan, bayaran, pakej dan apa juga pertanyaan lain bolehlah cuba menghubungi pihak pengurusan Misompuru Homestay Kudat di alamat seperti yang tertera di bawah ini :
Misompuru Homestay
Datuk Jeffry Yahya @ Cobra
Jalan Sk Minyak,
89505, Kudat,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6016 815 5056
Website : Misompuru
Ulasan
Catat Ulasan