Mont K Skybike dan Rabbit Farm Ranau merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Kedua-dua tempat ini terletak bersebelahan sahaja dan terletak di Kampung Kigiok Ranau, Sabah.
MONT K SKYBIKE & RABBIT FARM
Kredit Gambar : Montkskybike
Mont K Skybike Dan Rabbit Farm adalah salah satu tempat menarik di Ranau yang mana ia adalah dua tempat menarik dalam kawasan yang sama di Ranau yang boleh anda datang lawat dan melakukan aktiviti sekiranya ke sini. Tempat ini terletak di Kampung Kigiok, Ranau iaitu kira-kira 100 km atau lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu dan ia berada tidak jauh dari Pekan Kundasang iaitu hanya lebih kurang 25 meter saja. Jadi ia amat sesuai untuk anda ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan ketika cuti sekolah atau cuti kerja yang pasti akan memberikan anda satu percutian yang sangat menarik.
Mont K Skybike dan Rabbit Farm ini bersebelahan saja, kalau ada yang tidak biasa naik Skybike bolehlah ke Rabbit Farm sambil menunggu keluarga atau kawan anda selesai aktiviti mereka. Mont K Skybike merupakan aktiviti berbasikal di atas rel yang berketinggian kira-kira 100 kaki atau 30 meter di udara dan panjang rel tersebut ialah 200 meter. Tapi anda jangan risau sebab aktiviti naik basikal skybike ini memang sudah dilengkapi dengan peralatan keselamatan bagi setiap orang yang menaikinya. Oleh kerana ada 2 rel basikal saja yang ada disediakanp, jadi maksudnya hanya 2 orang saja yang boleh lalui rel tersebut dalam satu-satu masa. Jadi jangan lupa ambil gambar semasa naik skybike sebab ia menyajikan satu pemandangan yang cukup indah iaitu pemandangan keindahan Gunung Kinabalu.
Kalau anda memang bercadang datang ke sini dan melakukan aktivi skybike sebaiknya sediakan atau pakailah pakaian yang sesuai untuk aktiviti tersebut, terutamanya bagi wanita. Jika anda ada membawa beg yang agak berat boleh beritahu dengan petugas di sini untuk kepastian sama ada boleh bawa sekali beg tu naik basikal atau harus disimpan, tapi kalau ramai kawan boleh bagi kawan pegang dulu sementara anda buat aktiviti tersebut. Tapi kalau ada yang masih takut-takut naik skybike, anda bolehlah ke Rabbit Farm yang berada cuma bersebelahan saja. Atau kalau puas naik skybike boleh ke Rabbit Farm untuk melihat arnab-arnab yang candik dan comel.
Di Rabbit Farm ini anda boleh beli makanan arnab yang dijual di sini dan memberikan arnab-arnab tersebut makanan, tapi jangan beli makanan arnab dari luar sebab tidak dibenarkan. Arnab di sini sememangnya comel, cantik dan sangat jinak. Anda boleh angkat arnab tersebut tapi ada caranya agar tidak menyakitkan arnab tersebut, jadi anda boleh tanya petugas di Rabbit Farm ini untuk tanya cara yang betul untuk mengangkat arnab tersebut. Kalau sudah angkat arnab tu jangan lupa terus bergambar sekali sebab pemandangannya cukup cantik dengan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Kawasan Rabbit Farm pun tidak banyak cerun jadi memang sesuai untuk anda membawa anak-anak bermain dengan arnab di sini.
Antara kemudahan yang ada jika anda ke Mont K Skybike dan Rabbit Farm adalah seperti tapak letak kereta dan kafe. Kalau anda sudah penat buat aktiviti Skybike kemudian ke Rabbit Farm bermain dengan arnab, anda boleh ke kafe di sini untuk menjamu selera sambil melihat pemandangan gunung dan menghirup udara yang segar. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini untuk naik ke Skybike dan ke Rabbit Farm yang pasti akan menjanjikan satu pengalaman yang cukup indah dan berharga buat anda, lebih-lebih lagi mereka yang tidak pernah naik skybike.
Untuk ke sini, mereka yang berada luar dari Daerah Ranau boleh menaiki bas yang menuju ke Ranau. Kalau dari Kota Kinabalu dalam 2 jam perjalanan dan kalau dari Sandakan akan memakan masa 4 jam, manakala kalau dari Tawau pula sekitar 5 jam perjalanan. Selepas itu minta pemandu bas turunkan anda dekat dengan Pekan Kundasang. Tapi rasanya lebih mudah sekiranya anda memandu kereta sendiri atau menyewa kenderaan agar mudahkan lagi pergi dan balik serta dapat ke tempat menarik lain sekitar Ranau.
Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 6 petang
(Semasa cuti umum masa di atas mungkin boleh berubah)
Bayaran Skybike :
Warganegara : RM90.00
Warga Asing : RM150.00
Bayaran Rabbit Farm :
Warganegara dewasa : RM5.00
Warganegara kanak-kanak : RM3.00
Warga Asing dewasa : RM10.00
Warga Asing kanak-kanak : RM5.00
Warga Emas 65 tahun ke atas : Percuma
Kanak-kanak 2 tahun ke bawah : Percuma
Orang kurang upaya : Percuma
Harga di atas mungkin boleh berubah mengikut keadaan semasa, oleh itu sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh menghubungi pihak Mont K Skybike dan Rabbit Farm seperti alamat di bawah :
Alamat :

Mont K Skybike & Rabbit Farm
Sabah, Malaysia.
Telefon : 019-832 9868
Website : facebook.com/RanauRabbitFarm
Website : facebook.com/MontKSkybike
Sabah, Malaysia.
Telefon : 019-832 9868
Website : facebook.com/RanauRabbitFarm
Website : facebook.com/MontKSkybike
Ulasan
Catat Ulasan