Langkau ke kandungan utama

Muara Beluran

Muara Beluran merupakan salah satu tempat menarik di Sabah terutamanya bagi mereka yang tinggal di sekitar daerah Beluran atau kawasan sekitarnya, tempat ini memang sesuai untuk sesisi keluarga atau boleh juga datang bersama rakan-rakan tidak kira hari apa pun dan tidak kira pagi dan petang terpulang pada anda. Tempat ini terletak di Pekan Beluran iaitu lebih kurang 84 km atau kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan.

MUARA BELURAN


Kredit gambar : Irwan Nusu


Kredit gambar : Eric Simon

Kredit gambar : Irwan Nusu

Muara Beluran adalah salah satu tempat menarik di Beluran sudah semestinya dikunjungi oleh orang ramai atau siapa sahaja tidak kira penduduk tempatan negeri atau daerah ini mahupun pelancong yang datang dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke negeri ini khususnya ke daerah Beluran. Tempat ini sangat sesuai untuk sesisi keluarga beriadah pada waktu petang atau boleh juga datang ke sini bersama rakan-rakan untuk beriadah, berehat setelah penat berkerja seharian, boleh juga tenangkan fikiran di sini sambil melihat pemandangan alam semulajadi yang indah dan cantik dari tempat ini. Muara Beluran ini terletak di Pekan Beluran iaitu lebih kurang 84 km atau kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan, dengan lokasinya yang terletak di Pekan Beluran maka ianya akan lebih memudahkan orang ramai untuk datang ke tempat ini mudah dan cepat dan anda juga boleh datang ke sini tidak kira hari atau masa tapi rasanya adalah baik datang pada waktu sebelah petang sebab ketika itu cuaca adalah lebih redup dan tidak panas, apa pun terpulang pada anda mahu datang bila ke sini sebab ianya bergantung pada anda sendiri.

Nama Muara Beluran ni sebenarnya dikenali sebagai
Dataran Udang Gala Anjung Muara Beluran, tapi orang ramai atau penduduk tempatan di sini lebih selesa dengan panggilan lebih ringkas iaitu Muara Beluran. Memang seronok bila dapat datang ke sini beramai-ramai bersama keluarga atau rakan anda sama ada pagi atau petang, tapi biasanya pada waktu petang memang akan ada ramai orang yang berada di tempat ini terutama sekali ketika cuti hujung minggu seperti hari Sabtu dan Ahad. Jadi anda boleh atur masa yang sesuai sekiranya mahu datang ke sini agar dapat tempat duduk atau kawasan tempat untuk duduk yang lebih selesa untuk mempermudahkan anda melihat pemandangan lautan atau sungai sebab Muara Beluran ada kawasan titik pertemuan Sungai Labuk dan Laut Sulu yang sudah pasti akan menyajikan satu pemandangan yang indah terutama sekali ketika waktu matahari terbenam. Untuk anda yang mencari kemudahan tidak perlu risau sebab di sini memang banyak kemudahan yang tersedia lagi pun tempat ini berada di Pekan Beluran jadi tidak perlu risau. Antara beberapa kemudahan yang ada tersedia berhampiran tempat ini adalah tempat letak kereta yang mana tempat letak kereta memang banyak dan ianya adalah percuma sahaja, oleh itu anda boleh pilih di mana yang anda mahukan cuma pastikan letak elok-elok agar tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.


Selain itu di sini juga ada dibina replika atau arca udang gala besar yang boleh orang ramai bergambar di berhampiran arca ini sebagai kenang-kenangan percutian ke Beluran. Terdapat juga jeti yang dibina ditempat ini untuk kegunaan orang ramai yang ingin menaiki bot ke lokasi tertentu dan di jeti ini juga boleh orang ramai duduk rehat sambil melihat ke arah pemandangan sungai dihadapan. Lain dari itu di jeti ini juga ada beberapa tempat duduk yang disediakan untuk digunakan tapi tempat duduk ni tidak banyak jadi kalau ramai orang memang sukar sikit dapat tempat di jeti tersebut. Terdapat juga kemudahan gerai makan di kawasan tempat ini, kebanyakkan gerai makan di sini buka pada waktu petang sekitar jam 4 sehingga pada waktu malam dan waktu malam memang cantik tempat ni sebab di pasang lampu yang berkelipan menyinari sekitar kawasan Muara Beluran. Oleh kerana lokasi tempat ni yang berada di pekan sudah sememangnyalah terdapat banyak kemudahan lain yang boleh digunakan termasuklah seperti tandas, bank, masjid yang terletak tidak jauh dari pekan, tempat makan lain seperti restoran dan pelbagai lagi kemudahan lain. Apa pun jika anda ke sini boleh juga bawa beberapa barang keperluan yang dirasakan perlu untuk di bawa agar percutian anda ke sini berjalan dengan lebih lancar terutama yang datang luar dari daerah Beluran. Berikut di bawah ini adalah antara barang yang rasanya boleh di bawa bila ke sini :

Barang di bawa :

01. Makanan
02. Minuman
03. Pakai Topi
04. Payung
05. Cermin Mata Hitam
06. Sunscreen
07. Tikar Duduk
08. Ubat Peribadi
09. Duit Poket
10. Pancing


Untuk aktiviti pula, terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan apabila datang berkunjung ke tempat ini iaitu seperti bergambar, memang cantik dapat bergambar dengan berlatarbelakangkan arca udang gala besar yang terdapat ditempat ini. Selain bergambar berhampiran dengan arca tersebut anda juga boleh mengambil gambar jeti dengan suasana pemandangan matahari terbenam pada waktu petang yang cukup cantik dan indah
selepas itu bolehlah kongsi gambar tersebut dengan rakan yang lain. Lain aktiviti yang boleh anda buat bila ke sini ialah memancing ikan sama ada di jeti atau disekitar kawasan ini, tapi pastikan sentiasa berhati-hati ketika memancing terutamanya ketika ramai orang berada dalam kawasan ini. Pancing dan umpan anda kena bawa sendiri, di sini tidak ada yang sediakan kecuali anda beli sendiri dari kedai di Pekan Beluran sekiranya tidak ada membawa pancing sendiri. Di tempat ini juga orang ramai boleh duduk rehat petang hingga malam tenangkan fikiran sambil menjamu selera di gerai berhampiran. Apa juga aktiviti yang buat di sini utamakan keselamatan terutamanya jika berada di sekitar kawasan jeti atau tepi sungai khususnya bagi mereka yang membawa anak kecil ke sini. Selain itu pastikan anda tidak membuang sampah merata-rata di kawasan ini agar Muara Beluran termasuklah sungai berhampiran sentiasa kelihatan bersih sekaligus dapat menarik lebih ramai orang datang.

Siapa yang mahu ke sini tu boleh sahaja naik kereta sendiri terus ke Beluran, atau boleh sewa kereta jika tidak ada kenderaan sendiri. Tempat ni senang sahaja diakses sebab di kawasan Pekan Beluran jadi tidak menjadi masalah sama ada anda naik kereta sendiri atau pun kereta sewa ke sini, penginapan pun banyak juga sekitar pekan ini untuk mereka yang mahu mencari tempat untuk menginap terutama sekali yang datang dari jauh.

Nota :

01. Kalau bawa kanak-kanak ke sini pastikan sentiasa perhatikan ketika mereka bermain sebab di sini berhampiran dengan sungai, ini adalah penting untuk keselamatan mereka.

02. Kalau mahu memancing bolehlah sediakan peralatan memancing awal-awal jadi senang untuk anda melakukan aktiviti memancing sama ada pada waktu siang atau malam.

03. Jangan buang sampah merata-rata diempat ini, sebaliknya buanglah ke dalam tong sampah yang telah disediakan pihak majlis daerah.

Ulasan