Muzium Antanom merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Muzium ini terletak di Pedalaman Sabah iaitu di daerah Tenom iaitu terltak di tengah Pekan Tenom, Sabah.
MUZIUM ANTANOM
Selain daripada kisah hidup dan perjuangan Antanom, di Muzium Antanom ini juga ada dipamerkan beberapa lagi artifak dan juga maklumat lain iaitu seperti maklumat mengenai sejarah daerah Tenom yang menceritakan bagaimana dan bila Tenom mula diterokai termasuklah bagaimana nama tenom itu diperolehi. Selain itu terdapat juga beberapa artifak lama dipamerkan di sini yang berkaitan dengan daerah Tenom seperti perlatan tradisional lama, pedang, dan lain-lain lagi. Sebenarnya di sini bukan saja dipamerkan barangan atau artifak lama tetapi terdapat juga pameran barangan kraftangan yang di buat atau dihasilkan oleh penduduk Tenom yang kebanyakannya dari suku kaum Murut. Jadi memang amat menarik sekiranya anda ke sini, sebab anda boleh mengetahui sejarah daerah Tenom, sejarah pahlawan Antanom dan juga dapat melihat kepelbagaian hasil kraftangan suku kaum Murut dari masa dahulu hinggalah yang terkini.
Untuk ke muzium ini pelancong atau pengunjung boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu yang terletak di Padang Merdeka yang menuju ke Tenom. Selepas sampai di Tenom bolehlah jalan kaki saja ke muzium ini sebab tidak jauh. Pilihan lain ialah dengan memandu kereta sendiri atau kalau tidak ada kereta boleh menyewa kenderaan yang penting anda ada lesen sahaja sekaligus bolehlah anda melawat ke tempat menarik lain disekitar daerah Tenom.
MUZIUM ANTANOM
Muzium Antanom merupakan salah satu tempat menarik di Tenom yang patut dikunjungi sesiapa saja yang ingin mengetahui mengenai sejarah Antanom, iaitu salah seorang pejuang pembebasan Sabah khususnya Tenom dari kalangan penduduk tempatan ketika zaman penjajahan dahulu. Muzium ini terletak di tengah Pekan Tenom, dan telah dibina pada tahun 2009 untuk kunjungan orang ramai. Tapak muzium ini dahulunya merupakan tanah kubur orang eropah atau lebih dikenali dengan nama European Cemetery. Muzium ini merupakan tempat yang amat sesuai bagi mereka yang mahu mengetahui sejarah daerah Tenom termasuklah juga Antanom iaitu seorang pahlawat suku kaum Murut yang berasal dari daerah Tenom.
Muzium ini dinamakan Muzium Antanom iaitu sempena nama seorang pahlawan Murut yang berasal dari daerah Tenom iaitu Antanom atau juga dikenali sebagai Ontoros yang telah menentang penjajahan British akibat daripada cukai tinggi yang dikenakan kepada penduduk Sabah pada masa itu terutamanya di daerah Tenom pada sekitar awal tahun 1900. Di sini dipamerkan sejarah atau susur jalur perjuangan Antanom dari mula penentangannya terhadap Biritsh hinggalah beliau ditangkap dan dihukum bunuh. Dengan keberanian Antanom yang mempertahankan kebajikan dan kepentingan masyarakat suku kaum Murut daripada penindasan yang dibuat pihak penjajah British maka pada tahun 2004 Kerajaan Negeri Sabah telah memberikan pengiktirafan atas jasa beliau sekaligus menganugerahkan pingat kebesaran tertinggi Negeri Sabah iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Antanom.
Selain daripada kisah hidup dan perjuangan Antanom, di Muzium Antanom ini juga ada dipamerkan beberapa lagi artifak dan juga maklumat lain iaitu seperti maklumat mengenai sejarah daerah Tenom yang menceritakan bagaimana dan bila Tenom mula diterokai termasuklah bagaimana nama tenom itu diperolehi. Selain itu terdapat juga beberapa artifak lama dipamerkan di sini yang berkaitan dengan daerah Tenom seperti perlatan tradisional lama, pedang, dan lain-lain lagi. Sebenarnya di sini bukan saja dipamerkan barangan atau artifak lama tetapi terdapat juga pameran barangan kraftangan yang di buat atau dihasilkan oleh penduduk Tenom yang kebanyakannya dari suku kaum Murut. Jadi memang amat menarik sekiranya anda ke sini, sebab anda boleh mengetahui sejarah daerah Tenom, sejarah pahlawan Antanom dan juga dapat melihat kepelbagaian hasil kraftangan suku kaum Murut dari masa dahulu hinggalah yang terkini.
Selepas anda melawat muzium ini, bolehlah juga terus melawat ke tugu Antanom yang terletak dekat dengan muzium ini. Lokasi muzium ini yang berada di tengah Pekan Tenom juga akan lebih mudakan para pengunjung untuk melawat, lagi pun bila berada ditengah pekan sudah tentu banyak kemudahan di sekitar muzium ini. Antara beberapa kemudahan ada didalam, disekitar muzium ataupun dikawasan berhampiran muzium ini ialah seperti berikut :
Kemudahan di muzium :
01. Papan/gambar maklumat
02. Pusat pameran
03. Tempat letak kereta
04. Laluan berjalan kaki
Kemudahan di pekan :
01. Restoran
02. Bank
03. Tandas
04. Tempat letak kereta
05. Penginapan
06. Tempat pelancongan
07. Dan lain-lain lagi
Untuk ke muzium ini pelancong atau pengunjung boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu yang terletak di Padang Merdeka yang menuju ke Tenom. Selepas sampai di Tenom bolehlah jalan kaki saja ke muzium ini sebab tidak jauh. Pilihan lain ialah dengan memandu kereta sendiri atau kalau tidak ada kereta boleh menyewa kenderaan yang penting anda ada lesen sahaja sekaligus bolehlah anda melawat ke tempat menarik lain disekitar daerah Tenom.
Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Percuma
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Muzium Antanom Tenom di alamat seperti di bawah ini :
Bayaran masuk :
Percuma
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Muzium Antanom Tenom di alamat seperti di bawah ini :
Alamat :
Muzium Warisan Keningau
Peti Surat 2753,
Jalan Kali, Taman Mahathir,
89007, Keningau
Sabah, Malaysia.
Telefon : 087-339 126
Website : www.museum.sabah.gov.my/exhibition/76
Ulasan
Catat Ulasan