Muzium Mat Sator

Muzium Mat Sator merupakan salah satu muzium dan tempat menarik di Sabah. Muzium ini terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah iaitu di dalam daerah Tambunan, Sabah.

MUZIUM MAT SATOR

Kredit Gambar : Muzium Sabah


Kredit Gambar : Muzium Sabah

Muzium Mat Sator merupakan salah satu tempat menarik di Tambunan yang boleh dikunjungi oleh pelancongan yang datang melancong ke negeri Sabah. Muzium ini dibina bagi memperingati seorang lagi pejuang pembebasan negeri ini iaitu Mat Sator yang juga merupakan orang kanan Mat Salleh. Muzium ini telah dirasmikan pada 3 Julai 2017 oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah pada masa itu.

Mat Sator adalah orang kanan Mat Salleh yang telah sama-sama berjuang menentang pentadbiran British di Sabah beliau merupakan antara orang yang telah banyak membantu mempertahankan kubu Mat Salleh dari serangan pihak British. Apabila pihak British datang semula dengan jumlah tentera yang lebih ramai, mereka telah menyerang kubu Mat Salleh dan Mat Sator dengan tembakan meriam yang berterusan dan akhirnya kubu Mat Salleh telah hancur begitu juga dengan kubu Mat Sator. Mat Salleh telah terkorban bersama sebilangan besar pengikutnya, namun Mat Sator telah berjaya lari dan menyelamatkan diri.


Pada 20 April 1990, Mat Sator telah berjaya mengumpul lebih kurang 300 orang pengikut yang kemudiannya telah bergerak menuju ke daerah Kudat untuk menyerang penempatan British di sana dan telah berjaya mengalahkan pihak British di situ namun ianya tidak bertahan lama kerana pihak British kemudiannya telah membuat serangan balas dan Mat Sator telah terkorban dalam pertempuran tersebut. Sebagai tanda memperingati pengorbanan Mat Sator maka muzium ini telah dibina di tempat atau tapak asal kubu beliau yang kini bekas kubu tersebut masih lagi boleh dilihat.

Di sini juga pengunjung dapat melihat beberapa pameran yang menceritakan tentang sejarah daerah Tambunan, serta pameran beberapa lain seperti alat tradisional pertanian, kraftangan, alat muzik yang mana kebanyakkan alat-alat ini adalah hasil dari masyarakat tempatan. Terdapat juga gambar ikon sukan yang berasal dari daerah Tambunan yang dipamerkan di sini.

Untuk ke sini sebaiknya anda memandu kereta sendiri, kalau tiada kereta anda boleh cuba menyewa kenderaan yang penting anda ada lesen. Ini adalah bagi memudahkan anda pergi ke sini dan pulang semula ke tempat anda selain dapat pergi ke tempat menarik yang lain disekitar daerah Tambunan seperti ke Batu Gong, Tugu Mat Salleh dan lain-lain lagi.

Waktu operasi : 
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Semua : Percuma

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan Muzium Mat Sator di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Muzium Warisan Keningau
Peti Surat 2753, Jalan Kali
Taman Mahathir, 
89007, Keningau,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 087-339 126
Webiste : https://museum.sabah.gov.my/exhibition/79

Lihat ruangan iklan klik sini

  
  


Ulasan