Muzium Tun Mustapha

Muzium Tun Mustapha merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Muzium Tun Mustapha ini menempatkan galeri kehidupan Tun Mustapha dan galeri lain dan ia terletak di daerah Kudat.

MUZIUM TUN MUSTAPHA

Kredit Gambar : Muzium Sabah

Muzium Tun Mustapha merupakan salah satu tempat menarik di Kudat. Muzium ini terletak di Jalan Lintas Kudat iaitu lebih kurang 2 km atau kira-kira 6 minit perjalanan dari bandar Kudat dan lebih kurang 190 km atau kira-kira 3 jam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu. Bangunan Muzium ini telah siap dibina sepenuhnya pada penghujung tahun 2019, seterusnya melakukan proses meletakkan galeri-galeri yang patut untuk dipamerkan di muzium ini. Perasmian muzium ini telah diadakan pada 31 Mac 2021 yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah iaitu YB Datuk Jafry bin Haji Ariffin.

Muzium ini ditubuhkan dengan tujuan utama iaitu untuk mempamerkan atau memaparkan kisah hidup Tun Mustapha yang merupakan salah seorang yang menjadi kebangaan rakyat atau penduduk negeri ini kerana beliau telah banyak berjuang dan berbakti kepada negeri Sabah. Selain daripada kisah hidup Tun Mustapha, muzium ini ada mempamerkan beberapa galeri mengenai sejarah, asal usul etnik dan budaya masyarakat di daerah Kudat terutamanya dari etnik Rungus yang merupakan majoriti etnik di daerah ini. Muzium ini adalah muzium yang pertama telah ditubuhkan atau dibina yang terletak di dalam daerah Kudat, Sabah.


Orang ramai yang ingin mengetahui tentang kisah kehidupan Tun Mustapha yang banyak membantu pembangunan negeri ini dan beberapa pemimpin lain di Kudat termasuk sejarah mengenai daerah Kudat, bolehlah datang ke muzium ini, kerana di sini adalah tempat yang amat sesuai untuk anda mengetahui sejarah kehidupan pemimpin di Sabah termasuklah sejarah daerah Kudat dan kebudayaan suku kaum penduduk di daerah ini. 

Untuk ke sini pengunjung yang dari luar daerah Kudat bolehlah memandu kereta sendiri atau menyewa kenderaan (pastikan anda ada lesen memandu). Ini adalah bagi memudahkan anda untuk ke sini dan melawat tempat menarik lain yang berada di daerah Kudat.

Waktu operasi :
Setiap hari : 9 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Percuma

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak pengurusan Muzium Tun Mustapha di alamat seperti di bawah : 

Alamat :
Muzium Tun Mustapha
Jalan Lintas,
89050 Kudat,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 088-613 630 / 088-613632

Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan