Muzium Warisan Sandakan merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Muzium ini merupakan muzium yang mempamerkan pelbagai galeri sejarah berkaitan daerah Sandakan, Sabah
MUZIUM WARISAN SANDAKAN
Muzium Warisan Sandakan merupakan satu tempat menarik di Sandakan yang boleh dikunjungi oleh para pelancong yang datang melancong ke daerah Sandakan. Muzium ini terletak di tengah Bandar Sandakan dan bersebelahan dengan bangunan Majlis Perbandaran Sandakan. Muzium ini juga merupakan salah satu tapak warisan Sandakan dan bangunan ini juga adalah bekas bangunan pentadbiran British. Di sini adalah tempat yang amat sesuai kepada pelancong dari luar negara yang datang melancong ke Sandakan dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai daerah Sandakan.
Di sini pengunjung akan dapat melihat pelbagai barang sejarah, beberapa kelengkapan pejabat, pertanian dan lain-lain lagi. Kelengkapan-kelengkapan yang ada dipamerkan di sini ada yang dari tahun 1920an lagi. Terdapat juga beberapa gambar pemimpin tempatan yang terdahulu dan juga pemandangan lama bandar Sandakan sebelum, semasa dan selepas Perang Dunia ke-2. Sejarah Bandar Sandakan juga ada dipaparkan di sini untuk pengunjung mengetahui sejarah bandar ini. Selain itu, terdapat juga beberapa bentuk rumah tradisional, pakaian tradisional dan peralatan tradisional dari suku kaum atau etnik di Sabah yang dipamerkan di sini.
Kalau belum puas melawat, anda boleh turun ke tingkat bawah muzium ini yang juga ada mempamerkan sedikit galeri yang dinamakan galeri "Safari Di Sandakan" yang menunjukkan beberapa warisan Borneo Utara semasa di bawah pemerintahan British. Gambar-gambar di galeri ini adalah pemberian dari Osa Johnson dan Martin Johnson mengembalikan gambar ini semula kepada pihak Muzium Sabah untuk tatapan umum.
Kalau rasa masih belum puas berjalan, boleh juga berjalan ke Dataran Majlis Perbandaran Sandakan sebab di sini anda boleh melihat Tugu Pembebasan Sandakan dan juga Tugu William Pryer (orang pertama yang merintis kepada pembukaan Bandar Sandakan). Tempat ini cuma berhadapan dengan muzium tadi, cuma berjalan 1 minit boleh sampai.
Untuk ke muzium ini pengunjung boleh menaiki bas yang menuju ke Bandar Sandakan, kemudian boleh berjalan kaki sahaja lebih kurang dalam 5 minit perjalanan dari terminal bas Bandar Sandakan.
Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 9 pagi - 5 petang
Bayaran masuk :
Percuma
Nota :

01. Muzium Warisan Sandakan tidaklah terlalu besar, sebab kebanyakkan bahan sejarah di sini lebih kepada mengenai daerah Sandakan, jadi anda jangan letak harapan ia seperti Muzium Negeri yang sudah semestinya lebih besar.
Ulasan
Catat Ulasan