Langkau ke kandungan utama

MY Nature Resort

MY Nature Resort merupakan salah sebuah resort yang menarik terletak di daerah Sandakan, Sabah dan resort ini terletak berhampiran dengan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok iaitu lebih kurang 25 km atau kira-kira 33 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pusat Bandar Sandakan.

MY NATURE RESORT


Kredit gambar : MY Nature


Kredit gambar : MY Nature

Kredit gambar : MY Nature

MY Nature Resort merupakan salah sebuah resort menarik yang terletak di daerah Sandakan, Sabah dan resort ini dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat S.I. Tours Sdn Bhd yang juga merupakan sebuah syarikat milik penduduk Sandakan sendiri. Lokasi resort ni berhampiran dengan beberapa pusat pelancongan di Sandakan iaitu Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok jaraknya lebih kurang 2 km, Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo juga sekitar 2 km dan Rainforest Discovery Centre dalam 500 meter sahaja dari resort ni. Tempat ni sebenarnya terletak di Batu 14 Jalan Labuk Sandakan iaitu lebih kurang 25 km atau pun kira-kira 33 minit perjalanan menaiki kereta dari Pusat Bandar Sandakan. MY Nature Resort telah mula dibina pada tahun 2011 dan siap pada bulan Februari 2016 di kawasan yang berkeluasan seluas 25 ekar dengan 12 chalet yang dibina di sini. Dengan dikelilingi hutan hujan tropika yang masih asli dan salah satu hutan yang tertua di dunia dan dengan kedudukannya yang berhampiran dengan beberapa tempat pelancongan utama lain menjadikan resort ini antara tempat pilihan bercuti kepada mereka yang minat dengan alam semulajadi dan hidupan hutan yang lain terutama sekali pelancong yang datang daripada luar negara tidak kira sama ada mereka datang bercuti biasa sahaja atau pun datang bercuti sambil membuat penyelidikan mengenai hutan di sini dan juga hidupan seperti orang utan. Lagi pun tempat ini jauh dari bandar dan suasananya juga lebih tenang lebih-lebih lagi pada waktu malam yang mana hanya kedengaran bunyian cengkerik, jadi dapatlah anda menenangkan fikiran dan merehatkan badan di resort ini setelah lama sibuk dengan kerja seharian.

Resort ini juga sentiasa memastikan agar setiap tetamu yang datang sentiasa rasa berpuas hati dan juga merasa selesa sepanjang mereka berada di sini bercuti, oleh itu pihak pengurusan resot menyediakan banyak kemudahan dan juga perkhidmatan kepada tetamu mereka dan antaranya adalah seperti di sini disediakan penginapan 12 buah chalet dengan 24 bilik dan penginapan ni dibuat daripada kayu kerana resort ini berkonsepkan mersa alam. Chalet ni ada yang jenis berkembar dan antara chalet ni ada yang biliknya khas untuk mereka yang berkeluarga. Setiap bilik juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan agar tetamu yang menginap di sini merasa selesa ketika berehat atau tidur dan antara kemudahan di bilik adalah seperti penghawa dingin, peti sejuk untuk anda simpan minuman atau makanan, terdapat juga cerek untuk anda membuat minuman panas segera seperti kopi atau teh, bagi tetamu wanita anda boleh gunakan kemudahan pengering rambut yang disediakan di bilik, TV dan astro juga ada bagi yang mungkin ingin lepak di dalam bilik sahaja sambil menonton TV. Kalau banyak bawa pakaian bolehlah letak atau sangkutkan pakaian anda di almari yang telah disediakan. Bagi bilik yang bersaiz king dan berkembar setiap bilik mempunyai balkoni yang mana di balkoni ni ada disediakan bangku untuk anda duduk lepak sambil menghadap ke arah hutan hujan tropika di hadapan yang menghijau, kalau nasib baik mungkin dapat melihat haiwan lain seperti monyet di atas pokok. Bilik di sini semua dihias dengan cantik dan kebanyakkan perabot yang ada di dalam bilik juga adalah berasaskan kayu. Selain daripada itu kemudahan lain yang ada di resort ini ialah restoran yang berada tidak jauh dari kawasan chalet dan restoran ni berhampiran dengan hutan yang mungkin membolehkan anda melihat haiwan seperti tupai terbang pada waktu petang
.


Kebanyakkan menu makanan yang dihidangkan di restoran ini adalah menu makanan orang Malaysia iaitu seperti nasi putih, mi goreng, dengan beberapa lauk pilihan seperti sayur, daging lembu, daging ayam dan beberapa jenis makanan laut. Jadi anda boleh menjamu selera di sini untuk sarapan, makan tengahari atau pun makan malam dan makanan yang dihidangkan di sini adalah yang halal. Yang menariknya juga adalah di sini juga ada menyediakan sarapan dengan kuih tempatan seperti karipap, roti bakar, telur dan lain-lain lagi. Menu makanan di sini juga sering ditambahbaik agar dapat penuhi permintaan daripada para tetamu yang datang ke sini. Kemudahan seterusnya adalah kolam renang yang terletak berhampiran dengan chalet dan kolam ini adalah di kawasan terbuka, kalau anda minat berenang bolehlah mandi di kolam ni tapi bagi yang muslim mungkin boleh bawa pakaian mandi yang menutup aurat. Kolam ni terbahagi kepada dua iaitu kolam utama adalah untuk orang dewasa yang mungkin air adalah dalam sedikit, dan satu lagi ialah kolam yang dikhaskan untuk kanak-kanak, dua-dua kolam ni bersebelahan saja. Kemudahan dan perkhidmatan lain ialah internet percuma seperti wifi agar tetamu tetap sentiasa dapat berhubung dengan keluarga dan rakan di luar sana kerana di sini ni liputan talian telefon agak tidak berapa baik, tetapi anda tidak perlulah risau sebab dengan adanya wifi percuma ni dapatlah juga anda berhubung dan memuatkan naik gambar kegembiraan percutian anda di resort ini ke dalam laman sosial milik anda. Tempat letak kereta juga ada disediakan bagi mereka yang memandu kereta sendiri ke sini dan tempat letak kereta ni adalah percuma dan boleh diletak dekat restoran yang berhampiran dengan penginapan anda.

Bagi pelancong yang datang dari negeri lain atau luar negara dan tidak ada pengangkutan untuk MY Nature Resort anda boleh mendapatkan kemudahan atau perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang yang disediakan oleh pihak resort, tetapi untuk khidmat ni anda perlulah memberitahu pihak resort lebih awal agar mereka dapat menyediakan pengangkutan untuk mengambil atau menghantar anda dari Lapangan Terbang Sandakan.
Selain daripada perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang ni, pihak resort juga ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk anda yang ingin ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, jadi kalau anda berminat boleh membuat permintaan dengan pihak resort dan untuk ke Sepilok ni ada masa tertentu iaitu masa pergi ialah jam 9 pagi dan jam 2 petang, manakala masa balik ke resort pula ialah jam 11 pagi dan jam 4 petang. Kemudahan lain ialah pihak resort ada menyediakan kawasan untuk anda melihat tupai terbang, kawasan khas ni dibina berhampiran dengan kawasan hutan dan biasanya masa yang baik untuk lihat tupai terbang ni adalah pada waktu pagi dan juga petang. Untuk peminat burung terdapat juga kawasan khas iaitu bird view point untuk anda melihat pelbagai jenis burung tapi kalau ada kamera yang dapat lihat dari jauh atau guna teropong mungkin lebih menarik ketika ingin melihat burung yang ada di sini. Kawasan untuk melihat hutan hujan tropika dengan lebih dekat juga ada disediakan dengan kawasan untuk jalan kaki yang diperbuat daripada kayu sekali dengan tempat duduk di platform ini. Untuk lebih ringkas di bawa ni adalah beberapa senarai kemudahan yang disediakan di sini iaitu :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Penginapan chalet
02. Dewan majlis
03. Restoran
04. Bird view point
05. Kolam renang
06. Pengangkutan lapangan terbang
07. Pengangkutan lawatan
08. TV dan astro
09. Penghawa dingin
10. Tempat lihat tupai terbang
11. Tempat letak kereta
12. Internet percuma
13. Pengawal keselamatan 24 jam
14. CCTV tempat umum
15. Pengering rambut
16. Air botol minuman percuma
17. Tempat duduk sekitar kolam

Dengan lokasinya yang berada berhampiran dengan kawasan hutan, terdapat beberapa aktiviti yang mungkin boleh dilakukan oleh para tetamu yang datang menginap di resort ini dan antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti mandi di kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak, tapi jika anda membawa kanak-kanak mandi di kolam ni pastikan sentiasa perhatikan mereka ketika mandi agar dapat memastikan keselamatan mereka dan agar tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Aktiviti mandi ni anda boleh lakukan bila-bila masa saja, mungkin boleh mandi di sini ketika anda merasa sikit panas pada waktu tengahari atau pada masa yang anda rasakan sesuai. Aktiviti jalan di kawasan resort pada waktu malam juga boleh atas permintaan tetamu tapi perlulah ada pemandu jalan daripada pihak resort agar keselamatan anda lebih terjaga kerana mungkin anda tahu tempat yang perlu dilalui jika jalan pada waktu malam. Aktiviti seterusnya adalah dengan pergi melihat burung, tupai terbang dan hutan hujan tropika di kawasan yang telah dikhaskan untuk aktiviti tersebut, pastikan bawa kamera atau video kamera untuk mengambil gambar kenangan dan dikongsikan pada rakan anda di tempat asal nanti dan pastikan guna kamera yang mempunyai resolusi tinggi agar gambar yang dihasilkan lebih jelas dan menarik untuk kenangan. Selain itu anda juga boleh berjalan atau bersiar-siar di laluan papan yang dibina dengan kepanjangangan 1000 kaki yang bersebelahan dengan Hutan Simpan Sepilok, di sini anda dapat lihat keindahan alam semulajadi khusunya hutan yang masih asli dan menghijau.

Pihak resort juga sebenarnya ada menyediakan pakej lawatan untuk pilihan para tetamu jika ingin buat aktiviti seperti lawatan yang mana aktiviti lawatan ni termasuklah lawatan ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, lawatan ke Sungai Kinabatangan dan beberapa lagi tempat menarik lain. Apa pun ianya terpulang pada anda jika ingin ikut aktiviti melalui pakej yang disediakan oleh pihak resort atau pun tidak. tapi kalau datang dari jauh rasanya adalah lebih baik jika ke sini dengan pakej yang disediakan oleh pihak resort agar anda dapat melawat tempat-tempat yang telah diatur untuk lawatan itu nanti dan dapat maklumat yang baik daripada pemandu pelancong anda yang akan memberikan penerangan mengenai tempat yang dikunjungi. Bagi penduduk tempatan negeri ini, atau pelancong yang datang bercuti ke sini dengan memandu kereta sendiri mungkin boleh merancang untuk melawat ke tempat menarik lain yang ada berhampiran dengan resort dan juga disekitar daerah Sandakan. Antara beberapa tempat menarik yang mungkin anda boleh masukkan dalam senarai untuk lawatan ketika datang bercuti di resort ini adalah seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Pusat Pemulihan Orang Utan
02. Rainforest Discovery Centre
03.
Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo
04. Aisyadelia Cottage
05. Pantai Dandulit
06. Hutan Simpan Sepilok
07. Taman Buaya Sandakan
08. Labuk Bay Proboscis Monkey
09. Sandakan Memorial Park
10. Pulau Berhala
11. Agnes Keith House
12. English Tea Sandakan
13. Pasar Besar Sandakan
14. Pulau Selingan
15. Pulau Lankayan
16.
Sandakan Heritage Trail
17. Gua Gomantong


Sebenarnya banyak juga lagi kemudahan, perkhidmatan, dan aktiviti yang boleh anda dapatkan atau lakukan di sini, untuk senarai lain anda bolehlah baca dan lihat di laman web rasmi MY Nature Resort, atau mungkin boleh terus menghubungi pihak pengurusan resort. Untuk ke sini kalau dari luar daerah Sandakan dan datang ke sini menaiki kapal terbang, boleh ambil teksi atau sewa perkhidmatan e-hailing lain untuk ke resort ini, atau mungkin anda boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang ada disediakan pihak resort untuk mengambil dan menghantar anda dari lapangan terbang dan ini adalah antara cara yang lebih mudah untuk anda terutama yang datang dari luar negeri atau negara tapi perlu buat tempahan awal dengan pihak resort agar mereka dapat sediakan pengangkutan lebih awal untuk ambil anda di lapangan terbang. Kalau penduduk tempatan negeri Sabah yang mahu ke sini dengan naik kereta sendiri tu bolehlah terus ke resort ini yang terletak di Batu 14, Jalan Labuk Sandakan.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan MY Nature Resort di alamat seperti di bawah ini.

MY Nature Resort
Jalan Fabia, RDC Sepilok,
90000, Sandakan
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6012 818 0222
Website : MY Nature

Ulasan