Nahandang Melangkap Homestay and Campsite merupakan salah satu tempat menarik di Sabah untuk aktiviti perkhemahan dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang begitu cantik dan indah, anda boleh datang ke sini bersama ahli keluarga atau rakan-rakan untuk berkhemah sambil melakukan pelbagai lagi aktiviti menarik lain dengan suasana yang tenang. Tempat ini terletak di Kampugn Melangkap Tiong iaitu lebih kurang 30 km atau kira-kira 39 minit perjalanan menaiki kenderaan dari Pekan Kota Belud, dan kira-kira 77 km atau pun lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan sekiranya anda datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
NAHANDANG CAMPSITE

Kredit gambar : Nahandang

Kredit gambar : Nahandang

Kredit gambar : Nahandang
Nahandang Melangkap Homestay and Campsite merupakan salah satu lagi tempat yang menarik
yang ada di Kota Kinabalu buat para peminat aktiviti perkhemahan dengan berlatarbelakang pemandangan Gunung Kinabalu yang berdiri megah dan begitu indah. Dari sini anda boleh melihat dengan lebih jelas betapa tingginya gunung yang tertinggi di Malaysia ini, oleh itu sekiranya ada kesempatan bolehlah ke sini untuk merasai sendiri percutian menarik di Nahandang Melangkap Homestay and Campsite. Selain itu tempat ini adalah mesra keluarga jadi bolehlah anda bawa bersama ahli keluarga ke sini atau boleh juga kalau mahu datang bersama rakan-rakan, kalau ramai lagi menyeronokkan sebab ada kawan yang menemani untuk melakukan aktiviti dan ada kawan untuk bercerita. Sekiranya anda mencari tempat bercuti dengan suasana yang aman dan tenang serta ada pemandangan yang cantik seperti ini bolehlah mempertimbangkan untuk menjadikan tempat ini lokasi anda bercuti dikemudian hari terutamanya bagi mereka yang suka dengan aktiviti perkhemahan. Tempat ini terletak dalam Kampung Melangkap Tiong iaitu lebih kurang 30 km atau pun kira-kira 39 minit perjalanan dengan menaiki
kenderaan dari Pekan Kota Belud, dan kira-kira 77 km atau pun lebih
kurang 1 jam 30 minit perjalanan menaiki kenderaan sekiranya anda datang
dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Tempat ini terbuka untuk semua orang tidak kira sama ada penduduk tempatan negeri ini mahupun pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sabah untuk bercuti khususnya mereka yang mahu bercuti ke daerah Kota Belud, Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya dan ingin mencari tempat untuk berkhemah. Untuk datang ke sini pun jalan rayanya dalam keadaan baik jadi ianya akan memudahkan anda memandu kereta terus sampai ke tempat ini, tetapi
apa pun sebelum anda datang ke sini adalah disarankan untuk menghubungi terlebih
dahulu pihak pengurusan tempat ini untuk membuat apa-apa tempahan awal dan untuk memastikan tempat ini buka untuk kunjungan pada
tarikh yang anda bercadang untuk datang
Walaupun tempat ini agak jauh daripada kawasan pekan atau bandar, tetapi ada terdapat banyak juga kemudahan dan perkhidmatan tersedia berhampiran kawasan ini dan juga kemudahan lain yang telah disediakan sendiri oleh pihak pengurusan tempat ini yang mana kemudahan yang disediakan pihak di sini adalah bertujuan untuk memastikan semua tetamu atau pengunjung yang datang bercuti di tempat ini akan sentiasa merasa selesa dan berpuas hati sepanjang mereka berada di sini tidak kira berapa hari sekalipun. Antara kemudahan disediakan pihak pengurusan di sini adalah seperti rumah penginapan yang mana terdapat beberapa bilik dalam rumah penginapan tersebut dan jumlahnya mungkin adalah terhad, oleh itu sekiranya anda bercadang bercuti ke sini dan ingin menginap di rumah penginapan itu sebaiknya menghubungi pihak tempat ini terlebih dahulu untuk membuat tempahan awal agar pihak di sini dapat menyimpankan bilik untuk anda nanti terutamanya bila anda bercadang datang ketika hujung minggu atau ketika musim cuti sebab biasanya tempat ini dipenuhi orang ramai ketika waktu tersebut. Oleh kerana ia adalah rumah penginapan sudah tentulah terdapat banyak juga kemudahan lain dalam rumah tersebut termasuklah bilik yang akan anda sewa seperti katil, tilam selimut, dapur, tandas, kipas angin, penyaman udara, tempat duduk, elektrik dan beberapa lagi kemudahan lain. Biasanya kadar sewa bilik rumah penginapan di sini adalah berbeza antara hari biasa, hujung minggu dan ketika cuti umum, selain itu kadar sewa bilik juga berbeza mengikut jumlah bilik yang ingin disewa, kalau lebih dari satu bilik mungkin ada kurang sikit, jadi sekiranya bercadang cuti ke tempat ini sebaiknya aturlah perjalanan percutian dengan sebaik mungkin jika ingin berjimat tetapi kalau mahu datang ketika hujung minggu atau cuti umum pun tidak menjadi masalah sebab terpulang pada masa terluang anda, yang penting buat tempahan awal untuk mengelak daripada terlepas menyewa tempat penginapan tersebut dan jangan lupa juga untuk beritahu jumlah orang dalam kumpulan anda sebab dalam satu bilik mungkin hanya akan dihadkan beberapa orang sahaja dalam satu masa.
Kalau anda tidak mahu bermalam di rumah penginapan, bolehlah memilih untuk berkhemah di kawasan tempat perkhemahan yang telah ditetapkan dan kebanyakkan orang yang datang ke sini pun lebih ramai yang berkhemah sebab lebih mudah untuk melihat keindahan alam semulajadi yang ada di sini, lagi pun memang seronok juga buat aktiviti perkhemahan di tempat ini lebih-lebih lagi sekiranya anda ke sini dalam satu kumpulan yang agak ramai. Untuk berkhemah anda boleh menghubungi pihak pengurusan tempat ini buat tempahan khemah tersebut atau boleh juga membawa khemah sendiri dari rumah sebab ianya akan lebih memudahkan anda dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan, kemudahan lain turut ada disediakan di sini untuk disewa buat mereka yang ingin berkhemah juga seperti bantal, selimut, tilam dan beberapa lagi barangan lain, apa pun kalau mahu lebih berjimat adalah lebih baik membawa semua barangan tersebut dari rumah sendiri. Khemah yang ada disediakan untuk disewa di sini ada beberapa jenis iaitu yang muat untuk 2 orang, 4 orang, 6 orang dan 8 orang yang mana semua ini adalah berbeza kadar sewanya, jadi terpulang kepada anda mahu sewa mana satu yang sesuai dengan keperluan dalam kumpulan anda, kalau ramai mungkin boleh sewa yang lebih besar agar lebih mudah. Untuk makluman anda bayaran masuk ke tempat ini adalah tidak termasuk bayaran sewa tapak perkhemahan dan jika ingin berkhemah di sini ketika hujung minggu atau cuti umum sebaiknya anda buat tempahan tapak tersebut lebih awal sebab seperti yang dinyatakan di atas tadi tempat ini ada ramai orang yang datang berkunjung dan berkhemah pada waktu tersebut, pastikan jumlah orang dalam kumpulan anda yang akan ikut berkhemah agar mudah untuk pihak pengurusan tempat ini sediakan satu kawasan atau tapak perkhemah untuk kumpulan anda nanti, biasa mana-mana tempat pun kalau buat tempahan pasti akan dikenakan bayaran deposit dan bayaran tersebut biasanya tidak akan dikembalikan sekiranya anda jadi datang pada tarikh yang ditetapkan, jadi pastikan anda mempunyai masa yang sesuai sebelum datang bercuti ke sini agar tidak ada masalah perjalanan.
Kemudahan lain yang ada ialah pondok dan juga kanopi yang boleh disewa oleh para pengunjung bila datang ke sini untuk tujuan seperti tempat berehat, menjamu selera, memasak dan mungkin boleh juga untuk sewa pondok tersebut dan mendirikan khemah khususnya jika ketika datang ke sini dalam cuaca hujan, kanopi tu bersaiz 15x10, manakala pondok pula ada 2 jenis iaitu pondok kayu dan pondok besar yang mana kedua-dua pondok ni dilengkapi dengan kemudahan soket, jadi mudah untuk anda gunakan untuk tujuan lain seperti pasang kipas tetapi kipas tu kena bawa sendiri dari rumah, mengecas dan sebagainya. Selain itu di sini juga ada dewan terbuka yang boleh anda sewa sekiranya ingin buat majlis kecil seperti sambutan harijadi, makan dan lain-lain lagi, harga sewa dewan terbuka yang dikenakan di sini adalah termasuk kipas, meja, kerusi dan di dewan ini juga dilengkapi dengan kemudahan soket agar dapat memudahkan lagi mereka yang menyewa dewan ini untuk memasang peralatan yang memerlukan soket tersebut. Kalau anda sewa pondok atau kanopi ni, boleh juga sewa sekali beberapa peralatan lain yang disediakan seperti tikar kekabu, tilam, bantal, beg tidur dan termasuklah tempat masak bbq, tetapi untuk peralatan bbq sebaiknya anda bertanya terlebih dahulu dengan pihak pengurusan sekiranya di sini ada menyediakan sekali arang untuk buat bbq dan peralatan lain untuk makan seperti pinggan, sudu, dan gelas ada juga disediakan di sini tapi kalau waktu tu ramai orang mungkin agak sukar juga jadi adalah lebih baik anda bawa sendiri peralatan tu dari rumah atau beli sahaja yang jenis pakai buang agar lebih memudahkan tanpa perlu mencuci lagi. Tandas pun ada disediakan di sini untuk kegunaan semua pengunjung dan pastikan jangan buang sampah ke dalam tandas terutamanya ke dalam lubang tandas sebab ianya akan menyebabkan tandas tersebut tersumbat sekaligus menyukarkan orang lain atau anda sendiri untuk menggunakan, sebaliknya buanglah sampah anda ke dalam kemudahan tong sampah yang telah disediakan di sekitar kawasan tempat ini. Banyak lagi kemudahan lain yang ada disediakan di sini dan di bawah ini adalah antara ringkasan beberapa kemudahan yang ada disediakan pihak pengurusan tempat ini untuk para tetamu :
Kemudahan :
01. Penginapan
02. Tapak berkhemah
03. Khemah
04. Tilam
05. Selimut
06. Water heater
07. Tandas
08. Dapur
09. Tempat bbq
10. Tempat letak kereta
11. Pondok
12. Kanopi
13. Soket
14. Air bersih
15. Elektrik
16. Peralatan makan
17. Tikar
18. Dewan terbuka
19. Kerusi dan meja
20. Kipas angin
Di sini pun sebenarnya ada kedai runcit juga yang terletak berhampiran dengan penginapan tetapi di kedai ni tidak begitu banyak barang, mungkin hanya untuk keperluan asas dan beberapa barangan makanan ringan dan minuman. Apa pun bolehlah rujuk dengan pihak pengurusan sekiranya mereka ada menjual barangan makanan untuk di masak, jika tidak ada maka anda perlulah membawanya sendiri dari rumah. Di bawah ini adalah antara senarai barangan keperluan yang rasanya boleh anda bawa sekiranya ingin datang bercuti ke tempat ini sama ada menginap di rumah penginapan atau berkhemah. Dengan anda bawa barangan seperti di bawah ini maka ianya akan dapat mengurangkan sedikit kos perbelanjaan dan akan lebih memudahkan segala urusan percutian anda di sini tanpa perlu berulang alik ke bandar atau pekan untuk mencari barang yang diperlukan. Apa pun senarai ini adalah cadangan saja ya, sebab ianya terpulang pada anda sendiri apa barangan yang dirasakan perlu untuk di bawa mengikut kesesuaian dan keperluan anda sekeluarga atau dengan rakan-rakan :
Barang perlu bawa :
01. Khemah sendiri
02. Pakaian lebih
03. Pakaian mandi
04. Makanan basah
05. Bekas simpan makanan
06. Kamera
07. Lampu suluh
08. Pisau lipat
09. Tali (jika perlu)
10. Bantal tidur
11. Selimut tidur
12. Beg tidur
13. Penghalau nyamuk
14. Sejadah solat
15. Telekung solat
16. Kerusi berkhemah
17. Piring, gelas, sudu
18. Pemetik api
19. Powerbank
20. Duit poket
21. Ubat peribadi
22. Peralatan memasak
23. Kipas usb
24. Lain-lain lagi
Tidak begitu banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini sebab di sini pengunjung lebih kepada tujuan utama mereka iaitu untuk berehat dan menikmati pemandangan alam semulajadi yang cantik dan dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang berdiri megah dan begitu indah. Antara aktiviti yang anda boleh buat di sini ialah buat aktiviti perkhemahan tidak kira sama ada bersama ahli keluarga atau pun bersama rakan-rakan dan untuk berkhemah di sini sangat disarankan untuk anda membuat tempahan awal terlebih dahulu sekiranya ingin ke sini ketika hujung minggu atau waktu musim cuti disebabkan ramainya pengunjung pada waktu ini. Khemah boleh disewa dari pihak pengurusan atau boleh juga jika mahu membawa khemah sendiri daripada rumah, memang seronok bila dapat berkhemah di tempat ini sebab dari khemah pun dapat melihat terus pemandangan Gunung Kinabalu, lokasi tempat berkhemah yang terletak hampir dengan sungai akan membuatkan udara lebih segar dan sejuk. Anda juga boleh ke sungai ini untuk aktiviti mandi manda yang mana air sungai ini mengalir terus dari Gunung Kinabalu jadi airnya memang sejuk dan sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak sebab airnya adalah cetek saja tetapi perlu diingatkan ketika melakukan aktiviti di sungai sama mandi atau berada ditepi sungai harus sentiasa utama keselamatan terutamanya jika ada membawa kanak-kanak mandi bersama di sungai. Ini adalah kerana arus air sungai kadang boleh menjadi laju dan dalam, selain itu keadaan kawasan sungai sama ada di dalam sungai atau banyak batu yang timbul dan bersaiz besar serta mungkin dalam keadaan yang licin, oleh itu sentiasalah berhati-hati sepanjang anda mandi di sungai ini. Jangan lupa untuk bawa pakaian mandi yang sesuai, bagi yang muslim sebaiknya pakai pakaian mandi yang lebih menutup aurat sebab ketika mandi di sungai ini mungkin akan ada juga pengunjung lain yang turut mandi atau yang berada berhampiran dengan sungai pada masa tersebut terutama sekali jika anda datang ke sini ketika hujung minggu dan ketika cuti umum yang selalunya akan dipenuhi pengunjung yang datang dari dari merata tempat sama ada penduduk negeri ini atau juga pelancong dari dalam dan luar negara.
Aktiviti lain ialah memasak bbq bersama ahli keluarga atau rakan anda, sangat seronok dapat masak di sini beramai-ramai sambil berkhemah, selepas masak bbq bolehlah duduk bersama dan menjamu selera sama ada di pondok yang anda sewa atau duduk ditepi sungai yang mengalir jernih sambil melihat ke arah pemandangan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Seperti yang sudah dinyatakan untuk buat aktiviti bbq ni peralatan semua disediakan tetapi boleh juga anda hubungi terlebih dahulu pihak di sini untuk memastikan jika mereka ada sediakan sekali arang untuk masak bbq, walaupun peralatan untuk makan seperti sudu, pinggan dan gelas ada disediakan rasanya boleh juga bawa sendiri dari rumah bila ke sini sebab takut peralatan tersebut tidak mencukupi jika waktu itu ada ramai pengunjung di tempat ini. Selepas masak bbq dan menjamu selera makan tengahari, boleh berehat sekejap selepas itu jalan di sekitar kawasan Nahandang Melangkap Homestay and Campsite ini sambil melakukan aktiviti ambil gambar ataupun bergambar dengan pemandangan yang begitu mengagumkan untuk dijadikan kenangan percutian anda ditempat ini dan boleh kongsikan juga gambar tersebut dengan rakan lain yang mungkin belumada kesempatan datang ke sini. Memang cantik pemandangan di tempat ini tidak kira siang atau malam lebih-lebih lagi kalau cuacanya cerah pada masa itu yang pasti akan menampakkan sepenuhnya bentuk Gunung Kinabalu dari tempat ini. Apa juga aktiviti yang anda lakukan di sini tidak kira mandi di sungai, bergambar atau mengambil gambar dan lain-lain lagi sila pastikan keselamatan anda terjaga dan ikut segala peraturan yang telah ditetapkan pihak pengurusan tempat ini untuk kebaikan anda dan jangan membuang sampah merata tempat terutamanya ke dalam sungai, ini adalah untuk memastikan tempat ini sentiasa cantik dan bersih agar dapat menarik lebih ramai lagi pengunjung datang pada masa akan datang nanti.
Waktu operasi :

Sentiasa buka
Bayaran masuk :
RM10.00 : Dewasa
Bayaran masuk :
RM10.00 : Dewasa
RM5.00 : Kanak2 (7-12 tahun)
Percuma : Kanak2 (1-6 tahun)
Percuma : 70 tahun ke atas
Percuma : Orang kurang upaya
Bayaran lain :
RM30.00 : Kanopi
RM40.00 : Pondok kayu
RM80.00 : Pondok besar
RM100.00 : Dewan terbuka
Bayaran masuk serta bayaran lain yang dinyatakan di atas ini mungkin boleh berubah mengikut masa, keadaan dan keperluan pengurusan tempat ini dari masa ke semasa Oleh itu sebarang pertanyaan lanjut mengenai harga atau ingin membuat tempahan bolehlah hubungi Nahandang Melangkap Homestay and Campsite seperti alamat di bawah ini :
Hubungi :

Nahandang Melangkap
Homestay and Campsite
Kg. Melangkap Tiong
89150, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6013 254 7488
Website FB : Nahandang
Homestay and Campsite
Kg. Melangkap Tiong
89150, Kota Belud,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6013 254 7488
Website FB : Nahandang

Ulasan
Catat Ulasan