Langkau ke kandungan utama

NariouCraft and Eco Tourism

NariouCraft and Eco Tourism adalah salah satu tempat menarik di Sabah untuk anda yang ingin tempat bercuti dan melakukan pelbagai seperti berjalan meredah hutan, mendaki, ke air terjun, ke gua kelawar, dan lain-lain lagi. Oleh kerana aktiviti di sini adalah jenis lasak maka tidak semua orang sesuai ke sini contohnya macam kanak-kanak kecil dan juga orang yang sudah lanjut betul usia. Tempat ini terletak di Kampung Melangkap Nariou iaitu lebih kurang 33 km atau kira-kira 43 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Kota Belud dan lebih kurang 90 km atau kira-kira 1 jam 40 minit perjalanan menaiki kereta sekiranya datang dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

NARIOUCRAFT & ECO TOURISM


Kredit Gambar : Narioucraft


Kredit Gambar : Narioucraft


Kredit Gambar : Narioucraft


Kredit Gambar : Narioucraft

NariouCraft and Eco Tourism merupakan salah satu lagi tempat menarik di Kota Belud buat penggemar aktiviti lasak seperti berjalan meredah hutan dan mendaki dan aktiviti siapa pun boleh ke sini tidak kira penduduk tempatan mahu pun pelancong dari dalam dan juga luar negara yang datang bercuti ke negeri ini dan ingin mencari lokasi untuk melakukan aktiviti seperti di atas tadi. Seronok sebenarnya apabila dapat melakukan aktiviti ini terutama sekali sekiranya datang dalam satu kumpulan yang ramai sebab ia akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan atau tali persahabatan antara anda, lagi pun kalau ramai ada juga kawan untuk bercerita sepanjang perjalanan meredah hutan ke air terjun, gua kelawar dan juga mendaki ke puncak bukit. Tempat ini terletak di Kampung Melangkap Nariou iaitu lebih kurang 33 km atau kira-kira 43 minit perjalanan menaiki kereta dari Pekan Kota Belud dan kalau dari Pusat Bandar Kota Kinabalu pula jarak perjalanan adalah lebih kurang 90 km atau kira-kira 1 jam 40 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Sekiranya pihak pengurusan NariouCraft and Eco Tourism ada menyediakan penginapan untuk disewa bolehlah datang awal ke sini dan membuat perjalanan aktiviti pada keesokan harinya terutamanya bagi mereka yang datang dari jauh, tapi biasanya kalau kawasan eco tourism pasti ada rumah penginapan disediakan untuk anda sewa bilik di rumah penginapan tersebut. Tapi kalau anda tidak mahu menginap dan bermalam pun boleh juga sebab laluan untuk aktiviti yang ditawarkan di sini tidaklah juga terlalu jauh dan tidak terlalu memakan masa, kecualilah anda mengambil masa yang lama ketika berada di suatu tempat seperti di air terjun atau ketika berada di puncak bukit. Kalau tidak mahu mencari penginapan dan tidak mahu bermalam anda boleh datang awal sikit ke sini dan atur masa anda dengan sebaik mungkin agar dapat melakukan perjalanan balik semua ke tempat anda dengan mudah. Seperti biasa oleh kerana tempat ini menyediakan aktiviti meredah hutan, mendaki dan ke kawasan air terjun sebaiknya anda hubungi dahulu pihak pengurusan di sini untuk memastikan tempat ini buka pada tarikh dan masa yang telah anda pilih untuk datang.

Bila anda datang ke tempat ini bersama keluarga atau rakan-rakan untuk melakukan aktiviti terdapat 3 pakej yang ada ditawarkan untuk anda pilih, ketiga-tiga pakej tersebut juga mempunyai jarak perjalanan dan kadar bayaran yang berbeza, oleh itu anda boleh pilih mana satu yang kumpulan anda minat untuk ambil dan pastikan ianya sesuai untuk semua orang dalam kumpulan anda agar tidak ada masalah ketika melakukan perjalanan nanti. Pakej A iaitu pakej gua kipungit yang mana untuk pakej pertama ini jarak laluan perjalananya adalah 1.5 km dan mungkin akan memakan masa antara 45 minit sehingga 1 jam untuk menamatkannya, tetapi ianya bergantung juga pada kelajuan dan kepantasan anda berjalan sebab di laluan ini anda akan berjalan meredah hutan yang mungkin mempunyai bentuk muka bumi berbukit jadi sudah pastilah anda akan berjalan turun naik bukit, kalau stamina kuat bolehlah berjalan dengan lebih cepat. Antara aktiviti dan lokasi yang akan anda lakukan dan lawati dalam Pakej A adalah seperti melawat 4 buah, berjalan meredah hutan sambil melihat keindahan pelbagai hidupan flora dan fauna yang ada di dalam kawasan hutan ini, selain itu pakej ini juga menawarkan anda pergi melihat lokasi bunga rafflesia tetapi bunga ini ikut musim juga seperti yang anda tahu bunga rafflesia mengambil masa yang lama untuk kembang tetapi ia hanya bertahan untuk tempoh 5 hingga 7 hari sebelum mati, oleh itu jika anda datang ke sini ketika ada bunga rafflesia yang sedang kembang maka memang beruntunglah anda. Pakej A ini juga memberikan anda peluang untuk melawat ke air terjun tetapi air terjun yang ada di pakej ini tidaklah terlalu tinggi iaitu cuma lebih kurang 25 kaki atau 7 meter sahaja ketinggiannya, tapi anda pasti akan berpuas hati juga apabila datang ke air terjun ini dan di sini pun anda boleh mandi jika mahu tetapi jangan lupa untuk membawa baju gantu atau tuala untuk dipakai ketika berjalan balik nanti agar tidaklah terlalu kesejukan pakai baju yang basah.


Pakej B pula menawarkan aktiviti dan lawatan yang cukup menarik tetapi jarak laluannya agak jauh sikit iaitu sekitar 4.3 km yang mana akan memakan masa 3 hingga 4 jam untuk perjalanan di laluan ini tapi seronok bila dapat ambil pakej ini dan datang beramai-ramai bersama ahli keluarga atau pun juga bersama rakan-rakan anda, oleh sebab perjalannya memakan masa agak lama maka digalakkan anda ke sini datang kumpulan yang ramai agar lebih memudahkan anda sebab ada kawan untuk membantu jika ada masalah ketika dalam perjalanan, selain itu tidaklah teras bosan bila berjalan di dalam hutan bila ramai kawan yang ada bersama anda melakukan aktiviti di sini. Apa yang anda boleh buat jika ambil pakej ini adalah berjalan meredah hutan dengan jarak yang agak jauh dan akan dapat memberikan lagi peluang kepada anda untuk melihat pelbagai spesis pokok, tumbuhan, flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan ini. Selain itu di sini juga anda boleh melakukan aktiviti mendaki di beberapa puncak bukit yang ada
. Kalau bernasib baik bolehlah juga dapat melihat bunga rafflesia yang sedang kembang tetapi seperti yang disebutkan di atas tadi bunga ikut musim untuk berkembang. Apa pun pakej B ini memang ramai yang ambil atau pilih sebab ingin melihan keindahn air terjun bertingkat yang setinggi 36 meter atau 120 kaki yang begitu menakjubkan. Nama air terjun ini adalah Air Terjun Kuminangkad dan di sini anda boleh mandi sama ada bawah atau pun di tingkat atas, tetapi anda harus ikut arahan yang diberikan oleh guide anda, jika dia tidak membenarkan anda ke atas maka janganlah naik, sebaliknya mandilah sahaja di bawah sebab sama juga tu lagi pun ianya adalah untuk kebaikan dan keselamatan anda ketika mandi di sini. Kawasan sekitar air terjun ni adalah berbatu jadi pastikanlah anda sentiasa berhati-hati ketika mandi atau berjalan di kawasan ni sebab mungkin batu yang ada di sini dalam keadaan licin yang boleh menyebabkan anda tergelincir apabila tersalah pijak. Air Terjun Kuminangkad ini adalah antara yang cantik bentuknya dan airnya pun jernih serta sejuk sangat sesuai untuk mandi manda di sini, tetapi seperti biasa jangan lupa pakaian kering atau tuala jika ingin mandi.

Manakala bagi anda yang memilih Pakej C pula antara aktiviti dan lokasi lawatan yang boleh anda cuba adalah berjalan meredah hujan dengan jarak laluan sejauh 4.7 km atau mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk tamatkan laluan ini. Di laluan ni pun anda akan berpeluang melihat keindahan hutan yang subur tumbuh menghijau dengan pelbagai spesis pokok, tumbuh-tumbuhan serta flora dan juga fauna yang ada di dalam hutan ini. Dalam pakej ini juga memberi peluang kepada anda untuk melihat bunga rafflesia sekiranya ada yang kembang pada ketika itu, lokasi tempat bunga ni memang akan anda lalui tetapi tidak pasti sekiranya ada bunga rafflesia yang kembang pada ketika itu sebab ianya adalah bermusim dan tidak selalu ada yang kembang. Untuk pakej ini aktiviti yang menarik sekali ialah anda akan mendaki ke Puncak Nuluh Kagarasan yang setinggi 1240 meter dari paras laut, tetapi untuk anda mendaki ke puncak ini memang laluannya agak sukar dan mencabar, oleh itu pastikan anda sudah sedia dengan stamina yang kuat dan tidak ada masalah kesihatan bila ingin ambil pakej ini dan juga mendaki. Laluan yang mencabar ini pasti akan membuatkan anda cepat terasa penat dan lelah, tetapi tidak perlu risau sebab apabila sudah berjaya sampai ke puncak pasti rasa penat itu akan hilang dengan sendirinya apabila melihat keindahan alam semulajadi yang terbentang luas dihadapan anda dan jika keadaan cerah mungkin dapat melihat Gunung Kinabalu dengan lebih jelas. Anda bolehlah berehat di puncak bukit ini sekejap sebelum berpatah balik dan jangan lupa untuk mengambil gambar kenangan di puncak bukit ini yang berlatarbelakangkan pemandangan alam semulajadi yang cukup indah dan menawan. Oleh kerana laluan mendaki ke puncak Nuluh Kagarasan ini agak mencabar maka sentiasalah berhati-hati sepanjang perjalanan anda mendaki, sentiasa berjalan bersama dengan rakan anda dan jangan terpisah dari mereka kalau ada yang rehat maka sebaiknya semua pun turut sama berehat, begitulah juga bila menyambung semula perjalanan maka semua pun harus teruskan perjalanan jangan ada yang tinggal.

Dengan pakej yang ditawarkan ini anda sebaiknya membuat beberapa persiapan sebelum datang ke sni tidak kira mana satu pun pakej yang akan anda ambil, persiapan ini adalah seperti apa yang perlu anda bawa dan apa yang perlu dipakai sekiranya ingin datang ke sini untuk melakukan aktiviti berdasarkan pakej. Antara yang penting persiapan anda harus buat ialah pakai pakaian yang sesuai iaitu seperti pakai baju lengan panjang, pakai seluar panjang, pakai topi atau tutup kepala, pakai stokin anti lintah dan juga pastikan anda memakai kasut dan bukannya selipar. Untuk makluman anda ketika-tiga pakej ni semua ada berjalan meredah hutan jadi sebaiknya anda memakai stokin anti lintah tersebut untuk elak daripada lintah atau pacat melekat dikaki anda sebab laluan anda adalah kawasan hutan tebal yang mungkin akan ada pacat terutama jika keadaan laluan pada ketika itu lembap. Berikut di bawah ini adalah antara apa barang keperluan yang boleh anda pakai dan bawa sekiranya ingin datang ke sini dan memilih pakej yang ada ditawarkan, tapi senarai ini adalah cadangan sahaja ia terpulang kepada diri sendiri sama ada mahu pakai atau bawa keperluan tersebut :

Barang di bawa :

01.
Baju lengan panjang
02. Seluar panjang
03. Topi/tutup kepala
04. Makanan
05. Minuman
06. Kasut mendaki
07. Baju mandi sesuai
08. Tongkat
09. Stokin anti lintah
10. Baju lebih
11. Duit poket
12. Ubat peribadi
13. Kompas
14. Baju hujan
15. Tuala
16. Kamera
17. Telefon bimbit
18. Wisel kecemasan
19. Baju sejuk
20. Tali (jika perlu)
21. Sapu tangan
22. Sarung tangan
23. Beg kalis air

Terdapat juga beberapa aktiviti lain yang boleh dibuat bila ke sini iaitu seperti mencuba buat kraftangan yang diperbuat daripada bambu dan rotan serta melihat persembahan muzik tradisional yang dimainkan menggunakan gong, tetapi kedua aktiviti ini ikut dari pemintaan pengunjung juga barulah akan dibuat persembahan tersebut. Uuntuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lebih lanjut seperti bayaran bolehlah menghubungi terus pihak pengurusan NariouCraft and Eco Tourism di alamat seperti yang ada tertera di bawah ini :

Alamat :
NariouCraft and Eco Tourism
Kg. Melangkap Nariou
Kota Belud, Sabah.
Telefon : +6016 848 8609
Web fb : Kuminangkad

Ulasan