Langkau ke kandungan utama

Nexus Resort & Spa Karambunai

Nexus Resort & Spa Karambunai merupakan salah satu resort menarik di Sabah yang bertaraf 5 bintang dan resort ini terletak di dalam daerah Kota Kinabalu iaitu lebih kurang 26 km jaraknya daripada Pusat Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

KASIH SAYANG HILL RESORT


 Kredit gambar : Nexusresort


 Kredit gambar : Nexusresort

Nexus Resort & Spa Karambunai merupakan antara resort yang terkenal di Negeri Sabah khususnya bagi mereka yang tinggal di daerah Kota Kinabalu Sabah dan resort ini adalah sebuah pusat peranginan yang mewah dengan bertaraf 5 bintang dengan suasana yang agak tenang jauh dari kesibukan bandar. Terletak di Karambunai dalam daerah Kota Kinabalu, resort ini berada tidak jauh dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu iaitu cuma lebih kurang 26 km atau kira-kira 35 minit perjalanan sahaja, kalau dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pula jaraknya lebih kurang dalam 36 km atau 45 minit perjalanan dan resort ini terletak di kawasan yang sangat strategik berhadapan dengan lautan yang terbentang luas iaitu Laut China Selatan dengan pantai yang cantik dan putih bersih. Hotel ini telah di bina pada tahun 1997 lagi dengan jumlah bilik dianggarkan dalam 250 yang boleh memuatkan lebih kurang 500 orang dalam satu-satu masa, kini dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang telah dipertingkatkan semakin ramai pelancong yang menjadikan tempat ini sebagai salah satu tempat untuk percutian mereka tidak kira sama ada pelancong dari dalam atau daripada luar negara yang datang melancong ke negeri ini.

Terdapat banyak kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan buat para pengunjung atau tetamu yang datang bercuti di sini tidak kira dalam lawatan sehari ataupun untuk mereka yang bercadang untuk bermalam di resort ini. Antara beberapa kemudahan dan perkhidmatan yang ada ialah penginapan atau hotel yang bertaraf 5 bintang, penginapan ini terdapat lebih kurang 250 buah bilik yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan peralatan seperti penghawa dingin, tab mandi, air mineral, peralatan buat kopi, pengering rambut, almari, peti keselamatan, selipar, telefon, tuala mandi, jubah mandi dan juga kelengkapan bilik mandi. Sesetengah bilik ada juga yang mempunyai balkoni dan juga penstriman video, jadi anda boleh bertanya dengan kakitangan di sini untuk bilik yang diinginkan, atau boleh membuat pilihan bilik tersebut ketika anda membuat tempahan secara online. Kalau datang seisi keluarga boleh pilih bilik yang khas untuk keluarga jadi boleh jimat sikit. Perlu diingat juga bilik di sini ni tidak dibenarkan merokok jadi kalau mahu merokok tu perlu tanya kakitangan di mana kawasan yang dikhaskan untuk merokok. yang lain. Kemudahan lain yang ada ialah internet
percuma sama ada wifi atau LAN kabel, wifi biasanya di tempat umum dan juga di dalam bilik dan LAN kabel pula hanya ada di dalam bilik sahaja, jadi terpulang dari anda mahu gunakan capaian internet yang mana saja.


Tempat letak kereta juga ada disediakan di sini secara percuma, jadi bagi mereka yang datang dari luar daerah atau dari Kota Kinabalu sendiri dan memandu kereta bolehlah meletakkan kereta anda di sini, bagi yang datang dari negeri lain atau luar negara boleh juga dapatkan perkhidmatan shuttle lapangan terbang dengan resort ini untuk mengambil atau menghantar anda ke lapangan terbang. Selain itu di sini juga ada padang golf lebih kurang 3 km jaraknya dan mempunyai 18 lubang. Seterusnya kemudahan lain ialah kedai seperti kedai runcit dan juga kedai cenderahati, jadi bagi anda yang mahu beli barang yang diperlukan atau ingin membeli barang cenderahati untuk di bawa ke tempat masing-masing nanti bolelah melawat ke kedai-kedai ini yang menyediakan pelbagai macam cenderahati khusunya yang ada kaitan dengan negeri ini. Penginapan di resort ni terdiri dari 5 tingkat tapi anda tidak perlu risau sebab ada juga kemudahan lif di sini jika bilik yang anda sewa tu terletak di tingkat yang tinggi dan bagi yang rasa bercuti lama di sini tapi malas mahu cuci pakaian, bolehlah dapatkan kemudahan khidmat dobi dan cucian kering atau boleh juga terus dapatkan perkhidmatan seterika pakaian yang disediakan oleh pihak resort ini. Untuk keselamatan pula di sini ada pengawal keselamatan yang bertugas selama 24 jam, cctv juga ada disediakan di kawasan umum dan alat penggera asap juga ada bagi mengelakkan sebarang masalah sekiranya ada sebarang kecemasan.

Perkhidmatan dan kemudahan lain yang ada disediakan di sini ialah kemudahan tempat makan atau restoran yang mana terdapat 6 buah restoran di sini untuk anda pilih bagi menjamu selera tidak kira sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang atau pun makan malam. Restoran yang ada di sini telah diberikan nama untuk setiap restoran iaitu restoran The Penyu yang menyediakan menu makanan Malaysia dan juga antarabangsa, Kingfisher Restaurant menyediakan menu makanan Malaysia sahaja, Noble House menyediakan masakan cina dan bufet, The Olives menyediakan makanan mediterranean dan bufet, Sunset Bar & Grill menyediakan makanan antarabangsa, pizza dan bufet, dan restoran keenam pula dinamakan Seoul Faiway yang menyediakan menu makanan korea dan bufet. Jadi anda boleh pilih mana restoran yang menjadi pilihan anda untuk menjamu selera sebab restoran ni memang ada menyediakan makanan yang halal. Kemudahan lain ialah pihak resort juga menyediakan khidmat tukaran mata wang, kolam renang ada juga disediakan di sini untuk para tetamu yang datang tidak kira umur semuanya dibenarkan menggunakan kolam yang ada, untuk kanak-kanak pula ada juga kolam khas buat mereka. Setiap kolam juga ada pengawal keselamatan yang menjaga bagi mengelakkan dari berlakunya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Bagi mereka yang datang ke pantai pula, di tepi pantai pun ada disediakan beberapa tempat duduk buat tetamu untuk duduk bersantai sambil melihat keindahan pemandangan di laut yang cukup indah dan menawan lebih-lebih lagi ketika waktu matahari terbenam yang sudah pasti anda akan terpesona lihat keindahannya. Bagi yang mahu bersenam pula boleh berjoging di pantai atau boleh ke bilik kecergasan atau gim yang ada disediakan di sini tapi mungkin ada bayaran sedikit yang akan dikenakan. Bagi yang mahu ke sini bercuti sambil membuat acara atau majlis seperti majlis perkahwinan, majlis keramaian atau mesyuarat bolehlah menyewa dewan atau bilik yang disediakan khas mengikut program acara atau majlis yang anda ingin buat di sini. Dewan untuk majlis memang besar dan luas yang boleh memuatkan beberapa ratus orang dalam satu-satu masa dan ia juga dilengkapi dengan bermacam-macam peralatan khas untuk majlis tersebut. Jadi anda tidak perlu risau jika mengadakan majlis di sini yang penting beritahu awal-awal dengan pihak resort agar mereka dapat memastikan ada kekosongon tempat pada waktu dan tarikh yang anda pilih dan ianya agar dapat memudahkan pihak resort menyediakan segala keperluan atau peralatan yang anda inginkan untuk majlis tersebut itu nanti Memang banyak lagi sebenarnya perkhidmatan dan juga kemudahan yang ada disediakan di sini, tapi untuk lebih ringkas di sini saya senaraikan beberapa kemduahan yang ada :

Kemudahan/Perkhidmatan :

01. Penginapan 250 bilik
02. Dewan majlis/acara
03. Kolam renang
04. Tempat letak kereta
05. Wifi percuma
06. Pengawal keselamatan 24 jam
07. Kaunter pendaftaran 24 jam
08. 6 buah Restoran
10. Bilik mesyuarat
11. CCTV 24 jam tempat umum
12. Bilik kecergasan/gim
13. Gelongsor air
14. Shuttle lapangan terbang
15. Tukaran mata wang
16. Khidmat dobi
17. Simpnanan bagasi
18. Lain-lain lagi

Sekiranya anda bercadang untuk datang bercuti di resort ni pastikan anda merancang juga aktiviti yang akan di lakukan di sini nanti agar dapatlah anda menyiapkan apa-apa keperluan yang perlu. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan apabila bercuti ke Nexus Resort & Spa Karambunai adalah seperti bersenam di bilik kecergasan atau gim, berjalan-jalan di tepi pantai tapi kalau malas bolehlah sewa basikal yang disediakan pihak resort untuk anda naik dan bersiar menggunakan basikal tersebut di tepi pantai. Aktiviti lain ialah main golf, main tenis, main pingpong, skuasy, mendaki buki, main dart dan juga main beberapa sukan air seperti berkayak dan lain-lain lagi. Aktiviti lain ialah mandi di kolam sama ada kolam di luar atau dalam dan kolam ini juga ada yang khas untuk kanak-kanak, jadi kalau anda ada membawa kanak-kanak bolehlah bawa mereka mandi di kolam tersebut tapi sentiasa pastikan keselamatan mereka teruttamanya jika kanak-kanak yang masih kecil. Kalau anda ada bawa kereta sendiri ke sini bolehlah buat aktiviti lain seperti pergi melawat ke tempat menarik yang terletak di kawasan berhampiran dengan resort ini atau disekitar Kota Kinabalu seperti :

Tempat menarik berhampiran :

01. Air Terjun Kionsom
02. Taman Awam Teluk Likas
03. Pantai Sabandar
04. Menara Tun Mustapha
05. Kota Kinabalu Wetland
06. Muzium Negeri Sabah
07. Mari-Mari Culturan Village
08. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
09. Menara Jam Atkinson
11. Signal Hill Observatory
12. Pulau Manukan
13. Pulau Sepanggar
14. Pulau Sapi
15. Pulau Mamutik
16. Pulau Tiga
17. Mengkabong Bay

Untuk ke sini dari Kota Kinabalu sebaiknya anda memandu kenderaan sendiri untuk lebih memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ni sebab kalau naik bas mungkin akan makan masa atau boleh juga menyewa perkhidmatan e-hailing tapi mungkin tambang agak mahal sikit. Pilihan lain ialah dengan dengan membuat tempahan pengangkutan daripada pihak resort yang akan mengambil dan menghantar anda daripada lapangan terbang, tetapi perlu beritahu pihak resort lebih awal untuk mereka dapat buat persediaan. Sebenarnya mana-mana cara untuk ke sini pun boleh anda pilih yang penting percutian anda ke sini berjalan dengan lancar.

Untuk sebarang maklumat yang lebih lanjut anda bolehlah menghubungi pihak pengurusan Nexus Resort & Spa Karambunai di alamat seperti di bawah ini.

Nexus Resort & Spa Karambunai
Off Jalan Sepanggar,
Locked Bag 100,
88993, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 480 888
Tel. Fax: +6088 480 999
Website : Nexus Resort

Ulasan